Wednesday, December 31, 2003


sayang menyayang
kasih dan sayang adalah nikmat yg diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya… seperti nikmat2 yang lain.. nikmat ini juga harus dijaga .. dibajai.. dan dibentengi seadanya.. jika kita tak jalankan pest control ke atas nikmat yg ini pun … akan memudaratkan diri dikemudian hari…bersyukurlah kepada Allah jika kita adalah salah seorang hamba yang dipilih untuk menikmati nikmat ini.. sbb believe me bukan semua org boleh rasa betapa manisnya nikmat kasih sayang ini… :)

kadang2 kita nak orang yg kita sayang merasai kegembiraan yg pernah kita rasa… kalau kita dpt makan coklat 3 bar besar seminggu (bnyk btol!!) kita nak org yg kita sayang pun dpt makan makanan kegemaran dia bnyk2 seminggu.. (sbb bukan semua org suka coklat)… kalau kita dpt straight a’s kita nak org yg kita sayang pun dpt menda yang sama… kalau kita dpt kebestsesan berjalan .. traveling.. dan mcm2 lagi keseronokan yg kita buat pasti kita akan cuba utk bagi org yg kita sayang rasa menda yang sama…

Islam dah lama menganjurkan kasih sayang yang dibina melalui tautan iman yg kukuh kepada Allah… bila terasa manisnya iman… terasalah betapa manisnya ukhuwah… terjalinlah rindu antara dua hati… dengan rasa sayang pada Allah juga secara tak langsung rasa sayang pada makhluk timbul…

betapa hati ini teringin nak org lain rasa nikmat Islam dan iman yang jauh lebih besar dari nikmat2 yang lain…. Tapi kadang2 bukan semua org nak rasa apa yang kita rasa… sedangkan Rasulullah pun ditolak bulat2 oleh org kafir quraisy… inikan kita yang fuh solat lima waktu pun tak on time kadang2…junjungan besar tunjukkan sayangnya pada umat… dimulut baginda tak henti menyebut ummati… ummati.. ummati… di saat2 terakhir baginda…

kita??? Memang hidayah Allah yang bagi .. dan asbab hidayah nih mcm2…yg penting sama ada kita di dlmnya ataupun tidak???

hijrah
peristiwa hijrah Rasulullah dari mekah ke madinah membuka satu lembaran baru dalam dakwah islamiyah… penat jerih… dan kesabaran core2 di mekah … seperti abu bakar.. abd rahman bin auf.. bilal… umar.. ali.. mus’ab umair… zaid… dan ramai lagi…dan tidak lupa junjungan besar Muhammad telah dibayar dengan terbukanya sebuah negara Islam…

kita sering mendengar ceramah2 berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik bila mana topic2 hijrah ini dibincangkan… namun untuk merasakan perubahan yang optimum kita juga perlu berhijarah dari satu tempat ke tempat yang lain… dalam suasana yang berbeza… supaya kita tidak leka dengan suasana … seperti yang telah ditunjukkan dalam sejarah… bila mengenangkan peristiwa hijrah Rasulullah ini teringat cik nur pada cerita seorang budak lebih dari sepuluh tahun yang lalu….

hijrah seorang budak
di sebuah kampung ada sebuah keluarga.. yang… hmmm sederhana… keperluan mereka sentiasa mencukupi… lebih sket la dari org lain di kampung tersebut… couple tu ada beberapa org anak… dijadikan cerita… mereka dikurniakan oleh seorang anak yang bijak… namun… disebabkan kebijaksanaan budak nih… dia leka dengan keadaan sekelilingnya…

maklumlah dikelilingi oleh anak2 kampung yg mak bapak pun endah tak endah dengan pendidikan anak2… jadi budak nih antara yg terteror gak la kat skolah… tapi disebabkan dia sort of gifted … jadi dia malas dan tidak mahu dengar langsung apa cikgu cakap…. Dia tak pernah buat kerja sekolah sbb denda yg plg teruk yg cikgu bagi adalah.. ketuk ketampi 100 kali … walhal ayahnya lebih garang di rumah…

dengar sekali dah masuk… so bila cikgu tanya dia boleh jawab… dijadikan cerita… cikgu pun tak tau nak marah dia mcm mana…

melihatkan akan potensi budak tersebut cikgu nih pun jumpa lah dengan ibu bapa budak ini untuk menceritakan tentang masalah anaknya di sekolah…
cikgu : saya rasa cara terbaik adalah keluarkan dia daripada kampung ini… sbb kalau dia tinggal di sini .. mindanya tidak akan bergerak… dia akan kekal ditakuk lama… nanti susah dia nak maju… walaupun rekodnya baik di sekolah…

fikir dok punya fikir… parents budak ini pun mengambil keputusan untuk berpindah dibandar… dijadikan cerita… dia dimasukkan kesebuah sekolah terbaik di bandar tersebut… dan didalam kelas terbaik… bezanya antara langit dengan bumi… hari pertama masuk kelas dia dah kena marah… sbb…. Dia tak ada buku tapi dia tak pinjam buku budak sebelahnya.. lalu dia kene baling dengan pemadam papan hitam…

baru dia sedar langit tinggi rendah… satu hari dia tak dpt eja chocolate…. Satu pelempang hinggap kat pipi putih budak nih… budak2 lain tanak kawan dengan dia… pergi sekolah kena marah… balik rumah kene marah lagi… kerja sekolah tak tau nak buat…

timbulah satu azam baru dalam jiwa budak ini untuk belajar… dan belajar… dengan segala apa yang ada… masuk tahun kedua… dia dah ada sikit kawan… masuk tahun ketiga… budak2 yang dulu mengejeknya kini menjadi kawan2 nya… result dia pun dah makin naik… dan alhamdulillah kekal sehingga dia menamatkan pengajian di sekolah tersebut… dan alhamdulillah dia masih mengekalkan kecemerlangan hingga hari ini…

hehheheh cerita budak2… budak tu sapa??? Dekat je tak jauh… kawan baik cik nur sendiri…hehehhe… dia selalu gak la duk ungkit citer lama nih… skang nih dia selalu la jugak cakap dia berterima kasih kat cikgu tu sbb ada inisiatif utk jumpa mak bapak dia bagitau pasal dia… guru tugasnya mendidik.. dan dia rasa cikgu tu dah buat duty yg sepatutnya dia buat alhamdulillah… diharap agar awak terus berusaha dan berjaya bukan saja dlm pelajaran tapi dlm semua bidang yg awak buat…

wokeh… cerita lain pulak… heheheh
ujian Allah
ujian Allah pada setiap hambaNya ada mcm2… tadi kawan lama ada call…dulu kenal masa kat yayasan tun razak… ok la jugak.. kadang2 contact … pastu diam.. pastu contact balik… cik nur sempat la korek cerita sket2 pasal dia laa pasal sapa lagi… tgh pening kepala rupenya dia tu… sbb apa… mcm mana nak cakap kat family dia dia nak kawin… cik nur tanya la bila dia nak kawin… dia cakap tak tau.. sbb???? Cik nur pun taktau la dia nih.. maybe dia confuse kot… pastu dia cakap laa… yg kat pihak lagi satu tu senang je… family dia dah bagi green light tinggal tunggu masa je lagi…

siap … ada org tanya nak masuk line lagi tuu… huhuhuhu… cik nur tanya la kat dia… ko takut ke dia memilih tawaran2 yang lain tu… kawan cik nur tu… dlm nak cakap takut ngan tidak… “ye la jodoh di tangan Allah kan… kalau dah tak dek nak buat mcm mana…” amboii sayu nya bunyi… pastu sembang2 lagi… pastu cik nur pun terasa nak tergelak… sbb apa… ye la ujian Allah pada setiap org berbeza… ko susah nak cakap kat family ko… family ko pun susah nak bagi.. yg dia sbb senang sgt… ramai pulak org bertanya… maka jadi susah la jugak… hehehhe… dia pun ikut gelak sekali….

Selamat membuat keputusan la kepada ko… and insyaAllah aku doakan segala yang terbaik utk ko… selamat lah ye…

Yang penting… cara kita lihat dan tgk satu2 ujian tu… kita boleh utk melatah.. tapi pilihan terbaik adalah bersabar… dan teruskan usaha… berdoa terus pada Allah… pasti itu adalah yg terbaik berlaku ketika itu… tak semestinya apa yang terbaik utk org lain adalah terbaik untuk kita… kan???

I have to go laa… ok esok insyaAllah bertolak ke kl… ada re-orientation… sapa2 yg ada hal nak cakap call la hanset eh… number lama jugak cam last year… ok laaa selamat untuk semua… selamat bagi sapa yg nak kawin… selamat pengantin baru… sapa yg nak dpt anak … selamat dpt anak… sapa yg nak exam… selamat amik exam dalam keadaan yg tenang.. semoga dpt result yg best…. Cheers everybody

Thursday, December 25, 2003


Christmas
the Christians celebrated this day because of the death of jesus (if im not mistaken la) or the other way round the birth of jesus is on Christmas day and the death of jesus is on Easter.. that is not a big problem here… both are wrong anyway… the main thing is… jesus the true messiah is like other prophet send by Allah to bring the message to worship the God of Abraham… same message … jesus was sent to bani Israel..

some jews accepted him and believed in him but most of them rejected him… they continue to reject him as the Messiah to this day. The Quran declared that they boasted (at that time) of having killed him (by crucifixion)

that they say (in boast) : we killed the Messiah, Jesus, the son of Mary, the Messenger of Allah, and they killed him not, no crucified him, but so it was made to appear to them, and those who differ therein are full of doubts, with no (certain) knowledge, but only conjecture to follow, for of a surety they killed him not (al-Nisa’ : 157)

Indeed Jesus will return to break the cross kill the pigs abolish jizyah and he’ll be a just ruler…( refer to the hadith by bukhari I’ve posted before )

jerusalem in the Quran
alhamdulillah ive finished reading this book yesterday ( I took ages to finish reading).. and after the talk by dr. and finished reading this book… semangat lagi berkobar2 nak baca buku The international Jews there are 4 volumes of this book… insyaAllah when I go to kl again next 2 weeks ill try to find this book… and sapa2 yg dah get a hold of this book and know where to get it… bagitau.. tak pun sapa2 yg terjumpa after reading this belikan la skali nanti I bayar.. kay..

fuh sebulan dah berlalu… stay kat rumah… I’ve finished reading 2 books and 2 crap novels (im very very slow at reading)… guess what… I was trying to write the drama/ radio script for the script writing competition berunsurkan Islam yg ikim buat tu kan.. heheh but baru write satu page dah malas… tapi after reading this book… I will try insyaAllah to transalate it… tu laa masa is running very fast everything nak buat… tulis script tu bagi kat org lain laa… ramai lagi org kat Malaysia nih dengaq abt that thing tapi maybe tak ramai sgt org yg baru baca buku Jerusalem in the Quran tu… biasa la pengaruh media..

to nicknacks… eh awak ada try transalate tak… anyway… nanti kita buat sama2… heheh..

ok last hadith for today…

Abu Hurairah reported that the Prophet said: Black banners shall emerge from Khorosan (i.e an area which is now included in Afganistan, Pakistan and a littler in Iran and Central Asia), and no force will be able to stop them until they are inserted in Aelia (Jerusalem). (Sunan Tirmidhi)

if you are a true muslim you should fill something after reading this hadith… surely victory will be to Islam… it’s whether u r in it or not… tepuk dada tanya iman…

Tuesday, December 23, 2003


The Last Hour

Narrated by Abu Hurairah: Allah’s Messenger said: by Him in Whom Hand is my soul (I swear that) the son of Mary will shortly descend amongst you as a just ruler. He will break the cross and kill the pigs and abolish Jizyah. Then there will be abundance of money and nobody will accept charitable gifts. (Sahih Bukhari)

Narrated by Hudhayfah ibn Usayd Ghifari: Allah’s Apostle came to us all of a sudden as we were (busy in discussion) he said: What do you discuss about? (The companions) said: we are discussing about the Last Hour. Thereupon he said: it will no come until you see ten signs before and (in this connection) he made a mention of the smoke, Dajjal, the beast, the rising of sun from the west, the descent o9f Jesus son of Mary, Gog and Magog, and landslides in three places, one in the east, one in the west and one in Arabia at the end of which fire would burn forth from Yemen, and would drive people to the place of their assembly. (Sahih Muslim)

Friday, December 19, 2003


assalamualaikum.. ada org tegur pasal my comment on siti.. saya bukan nak buruk2 kan siti .. tu sebagai satu contoh yg masyarakat islam sekarang dah kurang sensitivity terhadap islam… semoga siti juga mendapat hidayah seperti wardina… :)

perkahwinan
esok k mira kahwin… hari tu ada sorang kawan bagitau cik nur yg dia tak jadi balik.. atas alasan nak kumpul duit utk berkahwin.. mmg tak dinafikan.. perbelanjaan perkahwinan sekarang makin meningkat… sungguh pun kita try sedaya upaya nak cut down the price tapi… ye laa kita bukan kawin dengan sorang je.. kita “kawin” ngan mak dia… ayah dia.. tok nenek dia.. makcik and pakcik2 dia.. soo… perbelanjaan ini la yg sakit sikit…

teringat kata2 sorang member hari tu…
“aarrgghh aku tak peduli.. time nih la nak mintak.. kalau dia nak kat aku…”
ada hadith rasulullah yg cakap pasal makin murah mahar sorang2 perempuan itu makin berkat lah dia… mmg susah untuk redhakan diri dlm dunia skarang nih mintak mahar yg sangat “rendah”… saya nak surah ar-rahman je… cukuplah islam yg ada pada dirinya itu menjadi mahar saya… huhuhuh dlm masa skarang mana ada perempuan yg cakap cam nih… I mean susah la nak jumpa…(ada sebenarnya)

apa2 lah malas nak comment bnyk2.. tapi cik nur dah bincang2 dah ngan suya nak mintak apa nanti.. emmmm nak kata murah… tak dek la murah sgt… mahal la jugak… mungkin sgt mahal bagi org2 yg tak mampu… permudahkanlah segalanya ya Allah…

Wednesday, December 17, 2003


long way… memorable journey…
assalamualaikum warahmatullah. alhamdulillah. Selawat dan salam buat rasul junjungan. Semoga kalian semua sihat di bawah lindugan Allah. Seminggu telah berlalu. Mcm2 kisah , pahit manis, maung berkulat. Setiap kisah telah ditetapkan Allah. Pastinya apa yg telah berlalu itu adalah yg terbaik daripada yg mungkin berlaku. Allah maha tahu, kita merancang Allah yg menentukan, pastinya perancangan Allah adalah perancangan terbaik. Pastinya Allah tidak akan menghampakan hambaNya.

Perjalanan dimulakan dengan doa yg bnyk2 kepada Allah. Agar dipermudahkan perjalanan kali ini. Setiap kali hati berdetik takut, setiap kali itulah cik nur berfikir, apakah niat aku pergi kali ini. Dan setiap kali lah membetulkan niat, agar segala yg dipertaruhkan diredhai Allah.

First day sampai di rumah kak syima. Petang itu ada gathering kecil2an di rumah k syima. Ramai jugak yg dtg. Md nor and k zila pun ada. Fuh!! BBQ asimilasi Malaysia Australia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Esoknya.. program pun start

Kitorang adalah muka2 yg sampai awal. Cik nur ternanti2 kehadiran yg tersayang. Lambat jugak dia nih ye. Hati melonjak gembira bila munculnya kiah and walla. Lama beb tak jumpa budak2 nih. pastu baru la cik suya kita nak dtg. Alhamdulillah terubat sudah rindu sekian lama menunggu.

Antara yg menarik sepanjang program.. kepentingan , ciri2 and matlamat tarbiyah. Dan peperangan intelektual. Best tapi tatau nak type mcm mana kat sini sbb rasanya kene buat revision balik. Usu dtg malam tu bagi buku2 yg cik nur pesan. So perjalanan kali nih cik nur beli 2 buku.. fiqh al-sirah(3 jilid), and juruselam in the quran (buku nih nicknacks yg recommend) dua2 tak baca lagi. So dari 11-14 dec program habis. Masa 14 dec semai mesra start. Ada la a couple of muka2 baru yg dtg.

kembar
semai mesra kali ini mempertemukan cik nur dengan beberapa org yg sama muka dgn cik nur. Antaranya, hidayah Melbourne (19thn), nonie Melbourne (20 thn), and ainis Melbourne (20 thn). Ainis nih cik nur kenal dari seorang kawan kat kmb sbb dia mmg budak kmb pun. Dijadikan cerita, bila cik nur tgk ainis nih, rasa mcm pernah nampak je muka nih. tapi di mana ya??? Lepas dikorek2 cerita betullah yg dia la org yg kawan cik nur maksudkan masa dia citer pasal ada org muka mcm cik nur kat banting. Fuh alangkah kecilnya dunia ini…

lepas habis program, cik nur ke rumah k syima. Rasa mcm tanak balik rumah lagi. Sbb ada mission yg nak diselesaikan. Mlm tu call mak mintak izin stay lagi 3 hari. Alhamdulillah mak izinkan. Esoknya plan utk ke ukm melawat rakan2 di sana. Malam tu ada cerita best dari kak ila (adik k syima .. alhamdulillah eventhough baru kenal beberapa hari cik nur suke btol kat k ila… ukhuwah kan senang terbina bila adanya iman…)

segalanya bermula dari lelaki
k ila cerita pasal tunang dia. Mereka tidak pernah bertemu. “saya rasa kalau pun dia pernah tgk saya mesti masa saya first year. Sbb start second year saya dah pakai niqaab dekat uni”

dunia sekarang memperlihatkan remaja2 yg amat asyik bercinta. Tak ketinggalan diri sendiri jugak la yg pernah lalui memenda tu kan. Tapi, kadang2 orang lelaki nih tak berfikir akan consequences bercinta itu sendiri. Kenapa cik nur cakap cam nih???

begini, selalunya segalanya bermula dari lelaki. Dan lelaki la yg mencorakkan sesuatu perhubungan itu. Orang laki nih sebelum dia dpt sorang2 perempuan tu punya la susun ayat indah belaka. Hantar sms. Telefon. Surat. And macam2 lagi lah usaha2 yg dijalankan. Tapi berapa lama “kemanisan” ini nak bertahan. Setahun, dua, empat, tujuh???tapi selalunya bila dah ada dlm gengaman, segala usaha penat jerih tu pun mati disitu sahaja. Bayangkan kalau jenis mmg telefon or at least sms tiap2 hari. Kalau sehari tak dpt, “tak pa dia sibuk kot.. kata hati kecil”… dua hari tak dpt “ maybe dlm usaha nak berjimat kot.. ye la kalau tiap2 hari kan mahal” … hari ketiga.. bila sms tak berbalas yg perempuan pulak mulalah su’zon(bersangka buruk) kat lelaki tadi … ada perempuan lain ke dia nih??? mmm dia dah tak suka kat aku kot… mcm2 la andaian buruk keluar…

tambah buruk lagi kalau tiba2 si dia cakap “saya nak tumpukan pada pelajaran” hello!!! dulu masa nak tackle kita tak fikir pulak tumpukan pd pelajaran. Kalau dah tau kita mengganggu kenapa nak tackle awal2..akhirnya layu begitu saja.

Kan mudah jika tiada apa2 hubungan. Agak2 dah cukup syarat, dah berkemampuan, pinang je si dia kan senang. Duit tak habis, dosa pun tak banyak. Tak tahukah anda betapa hancur layunya hati perempuan nih bila dengaq hangpa cakap mcm tu. Setelah segunung harapan diberi, tiba2 sunyi senyap diam begitu saja. Nikah kan lebih manis. Halal pulak tu.. phenomena nih cik nur tgk sendiri bila cik nur melawat ukm. Bila mendengar cerita kawan2…

Kesimpulannya, wahai perempuan yg berhati lembut, tabahkan dan keraskan lah hati anda. Jangan mudah cair dengan kata2 lelaki yg indah tapi kosong tak ada makna. Jika sudah jodoh bersamanya tanpa kata2 dan usaha2 mengayat yg dibuat tu pun pasti tidak kemana. Dan lelaki, kalau nak… buat la cara yg telah ditetapkan Islam. Cantik, indah dan terpelihara. Ini la antara yg dibincangkan dengan k la.

ukm
perjalanan ke ukm dimulakan dari station kl. Kak kay hantar. Tapi allah itu maha kaya. Cik nur terstranded dekat stesen sbb kabel putus dekat salak selatan. Nak naik bas tak tau pulak…Ya Allah dengan perut yg lapar menahan puasa, cik nur senyum je. Mengingatkan ini adalah ujian Allah. Tapi bila kita sorang2 kat tpt yg kita tak tahu mcm mana pastinya terdetik rasa risau keluh kesah. Hati tiba2 berkata “kalau ada si dia mesti aku tak hilang arah mcm nih” “kalau ada si dia mesti dia yg temankan” “kalau ada si dia … kalau…” aarrghhh persetankan dengan kalau… teringat kata2 pak agus kalau ini adalah benih kosong yg ditanam di tanah seluas luasnya. Tapi tidak ada apa2…

cik nur betulkan niat. Mungkin ada niatku yg terpesong sampai jadi mcm nih. tak pe cool… allah kan ada… call2 sapa2 yg ada kat kl, cik nur pun pergi ke ampang. Beraya rumah kawan lama. Dah lama dia ajak tak pernah pergi. Dalam pukul 3 setengah pergi balik ke lrt tasik selatan nak naik komuter ke ukm. Dengan kuasa Allah train tu tak boleh jalan lagi. Tapi Allah tak biarkan hamba Dia sorang2… Dia hantar 3 org budak ukm temankan cik nur. Dan alhamdulillah kitorang semua decide nak pergi ukm naik cab. Alhamdulillah sampailah kitorang kat ukm.. dengan tambang RM 6.25 seorang. Not bad.

Malam tu cik nur duduk bilik aimi dan maya. Alhamdulilah terubat rindu kat minah sorang tu. Times change peoples change. Jika perubahan itu untuk Allah pasti akan dapat keredhaanNya.. esoknya cik nur pergi lecture maths kat engineering faculty dengan naa.. lepas tu lecture law dekat faculty aimi.. then lepak kat faculty of sains and tek maklumat. Alhamdulillah, rasanya cik nur paham la sket2 waqi’ kat ukm. Secara amnya waqi’ ipta di Malaysia.

Ya, mungkin kerana ini ramai sahabat yg dpt hidayah di aussie. Teringat cerita2 akhi ikram, dr. ariffin, akhi omar, kak nur, kak surai… bila kita keluar dari kelompok kita hanya ada 2 yg kita boleh jadi.. jadi yg lebih baik dan seorang muslim yg faham islam atau lebih buruk. Kerana hati ini hanya boleh diisi oleh 2 benda, Islam dan bukan Islam. Tidak ada tengah2 di antaranya. Tapi bila kita bersama2 org yg mcm kita. Pakai tudung, “menutup aurat” sedikit sebanyak sensitivity Islam kita boleh terhakis. Kenapa? Kerana walaupun suasana yg dicorakkan boleh jadi sama ada suasana Islam ataupun jahil tapi, kita tak sedar kerana org di sekeliling kita juga begitu. Justeru, kadang2 kita lupa apakah yg Allah inginkan sebenarnya.

Contohnya artis. “siti tu dia bagus aaa… tak macam org lain pakai tak dedah2… lembut sweet je.. perempuan melayu terakhir” daripada ayat mcm nih apa yg cik nur dpt judge is, org mula menerima tidak dedah2 sebagai menutup aurat. Padahal dia masih lagi menyanyi, rambut tidak bertudung, masih berkebaya ketat. Jika tahun 60an dulu beginilah penampilan anak2 wayang. Berkebaya nyonya dan hanya menyanyi. Tak dek kaler2 rambut. Tak pierce sana sini. Tapi anak wayang dulu dikenali sebagai perempuan kabaret taraf mereka adalah yg paling hina dlm masyarakat. Tapi sekarang taraf artis dinaikkan … perkahwinan artis sudah kalahkan anak raja.

Melihatkan senario ini tak mustahil satu hari nanti. Artis2 akedami fantasia yg terkinja2 di atas pentas akan menjadi idola dan ikutan mcm siti nurhaliza. Sekarang pun kita dah boleh nampak wabak ini menular. Salah siapa??? Salah kita … yg tak buat usaha btol2… yg tak ikut sunnah btol2… yg lemah… yg hina… yg hanya tau apa salah org… ya Allah permudahkan lah segalanya…

salah turun bas
Petang tu ingat nak stay lama sikit kat fac maya. Tapi mak call. Bila dengar suara dia terus rasa nak balik. Cik nur pun balik. Nak dijadikan cerita. Cik nur tak naik bas ukm sbb masa tu lagi ½ jam bas tu nak sampai. Cik nur naik bas mini. Tapi ujian Allah tak kira kita berada di mana. Dijadikan cerita, cik nur tak turun dekat komuter ukm, sbb cik nur mmg tak tau di mana komuter ukm. Tak nampak sign pun.. jadi tak turun lah.

Nak dijadikan cerita, bas tu turun di last stopnya iaitu kajang. Apa lagi cik nur pun kecut perut lah. Hai salah lagi.. kata hati kecil.. hati besar dah takut dah. Bincang2 dengan driver tu dia kata nanti sampai komuter dia berenti. Antara hikmah yg cik nur dpt kat situ… sampai jugak aku di pekan kajang akhirnya. Hati kecil tersenyum sendiri.

Sampai komuter shah alam k syima tunggu. Seronok sbb jumpa k ila and azizah eventhough baru 2 hari cik nur ke ukm tapi rasa mcm lama je pergi. Malam tu malam last di rumah k syima.. malam last jugak bersama azizah. Jadi k syima and a amir amik keputusan utk 1 raikan azizah yg dah nak balik Australia.. 2 raikan org bukak puasa (kak ila and cik nur) kitorang pergi la subang parade.. bila type mcm nih rindu pulak rasanya sedangkan baru berlalu semalam. :)

Fuh mungkin setakat ini shj. Bnyak dah nih… tahniah sbb dpt baca sampai habis.. trip kali nih cik nur tak dpt lupakan. Tak tulis dlm diary sbb tak bawak hehehhe… ada sahabat bagi diary masa birthday hari tu… terima kasih… wallahualam…

Tuesday, December 09, 2003


Assalamualaikum warahmatullah
insyaAllah esok akan bergerak ke kl.. battery nih kene recharge..wallahualam

Monday, December 08, 2003

Pisang Goreng vs Burger

kat rumah nih mmg biasa makan at least 4 kali sehari.. makan petang adalah wajib…hari nih masak burger … tapi perut mcm tak mampu nak makan daging.. eventhough ayam sebenarnya.. lalu masak la pisang goreng … actually masak utk ayah ngan cik nur je.. budak2 lain makan burger… tapi… hahahha jelas nyata dan terang pisang goreng lagi laku dari burger… Malaysia… kalau dah perut melayu… makanan asli tetap menjadi pilihan … so… antara pisang goreng dan burger… I vote for burger…

Juice vs Kopi panas
eventhough kopi o panas mmg sinonim dengan makanan melayu tapi lidah dan taste cik nur masih tak berapa gemar kopi panas… jadi antara juice dan kopi panas .. I vote for juice… eventhough kopi tu dah di westernkan.. bagi je nama apa .. cappucino.. mocka.. latte… tetap tak suka…

bagaimana dengan anda????? Hehehhe lain org lain rasa… bnyk org bnyk lah ragamnya… tschuss…

Sunday, December 07, 2003


assalamualaikum warahmatullah. apa khabar semua pengunjung setia blog… semoga kalian semua sihat di bawah lindungan dan rahmat Allah.. pertamanya cik nur nak minta maaf sbb sekian lama tak tulis pape… idea ada… cerita pun banyak… tapi tak tertype type jugak… ok hari nih panjang sket kot… bare with me ok… nicknacks kita nak tiru awak la nampaknya…

ok kita start ikut kronologi lah dulu… sungguh pun cerita lama2 nih mungkin dah agak basi sket.. tapi type je la kan…

cerita sepanjang 2 minggu

Bas express vs bas express
takziah diucapkan kepada mangsa2 kemalangan yg telah mengorbankan 14 nyawa… hari2 news dok cerita pasal menda nih… mmg driver bas express suka bawak laju2.. masa turun je dari klia tu… ada la satu bas express nih potong… cik nur pun jenguk la meter ayah … 120km/j… amboi … bas nih mesti lagi laju la nih…. Ya Allah selamatkan lah perjalananku.. ameen… alhamdulillah selamat…

penyelesaiannya… ayah kata… modify kan bas tu… sampai dia tekan minyak banyak mana pun 90km/j jugak… hmmm good idea… yg lain2 pak2 menteri tu dah cakap… rehat yg cukup… kewujudan pemandu kedua.. apa2 lah… tapi yg cik nur rasa lagi satu.. kena buat hukum penjara mandatory.… denda plg kurang 10 000… bnyk sgt ke… tapi biaq org bukak mata sket…

VSS
cerita nih mendominasi cerita ayah dah dekat 2 minggu cerita nih tak lekang2 jugak… antara yg menarik… ada 17 org pengurus muda bernas (graduated on 2000) minta vss… atas alasan nak test market bernas … depa ingat depa terror sgt yg bernas nak simpan depa… bernas mmg dlm usaha nak buang org… maka kesemua 17 org ini diberikan wang vss… sebanyak 50 ribu ringgit… tapi… fuh… susah wooo… hang graduated on 2000… la nih hang nak kena compete dengn budak2 yg keluaq… dah la ramai… lagi pandai dari hang plak tu… 50 ribu utk org yg 3 taun baru kerja bnyak mana la sgt… pi bayaq duit wira baru sebijik… waja baru lagi sebijik… rumah baru lagi sebijik.. nak cari kerja lagi… fuh….

Nih one way of thinking it.. la… tapi balik semula ini semua rezeki Allah… apa pun dah takdir tulis cam tu… jd hangpa kena pikiaq la btoi2 kalau nak berenti kerja… <<<< kata ayah laa… dia mmg tak setuju dgn org yg suka berenti2 kerja nih… cik nur… saya bergantung… jika kerja itu adalah penting utk ummah… baik diteruskan… gaji.. duit.. itu no 2… tapi… insyaAllah … cik nur akan terus bekerja… sampai la masa utk stop jadi geologist insyaAllah cik nur akan stop… seterusnya… ada la plan dlm pala otak nih… tapi…. Semua rezeki Allah yg bagi…

dato’ nordin kardi
first time dengaq nama nih kat tv laa… dia org besaq biro tata negara… first time tgk muka dia pun kat tv jugak… bicara siswa… first time watch this show early this year.. time tu tgh hangat bincang pasai tajuk national service… menarik coz I think that this is one of the show yg telus… sbb time tu depa panggil mpp yg baru naik… and kebetulan 2 dua ahli panel nih jenis cakap lepas “Saya rasa Datuk Seri ada terlupa untuk membuat sesuatu semasa datuk seri menjadi menteri pendidikan… bla bla bla” depa cakap kat najib tun razak masa tu…

then one week after that cik nur dengaq nordin kardi rasmikan apa tah kat tlk intan nih… tapi best jugak la dengaq dia cakap… a different way of thinking… lain sket dari ahli2 umno typical… dipendekkan cerita… tajuk bicara siswa isnin lalu (nih siaran ulangan sebenarnya… tapi tgk cam lambat sket.. tapi tajuk and main topic dia bleh tangkap la)

science dapat menyatupadukan rakyat
dengaq topic pun dah tau nih mesti topic merepek… dengaq sorang2 cakap.. mmg sah… kesimpulan last yg ahli panel buat… science dpt menyatupadukan rakyat secara tak langsung… and perlu diseimbangkan dengan aspek kerohanian moral dan akhlak… kesimpulan last yg nordin kardi buat… sc dpt menyatupadukan rakyat secara langsung… sbb kita perlu ada satu matlamat utk bersatu.. jadi bila semua org dah setkan matlamat utk menguasai sc… rakyat akan bersatu…

fuh…. DEB dilancarkan motifnya serampang dua mata…. Membasmi kemiskinan .. merapatkan jurang perkauman a.k.a menyatupadukan rakyat… rakan muda… wawasan 2020… bnyk dah hangpa come out with utk menyatupadukan rakyat… apa indicator penyatu paduan rakyat.. adakah dgn ling liong sik dan samy vellu ke rumah pak lah bila hari raya… or mahathir duk sama2 ngan samy vellu time typussam… ???

org cina makan nasik lemak… org melayu makan roti canai.. kita semua suka tom yam… nasi goreng diasimilasikan … ada nasi goreng cina.. nasi goreng hong kong… mcm2… cik nur kesekolah convent… kami bermain dan belajar bersama… sejauh mana penyatu paduan rakyat yg dicanang2kan ini mencapai apa yg depa nak capai…… org melayu lain parti… adakah itu menunjukkan mereka tidak bersatu??? Mungkin yaa .. sbb ada org parti nih buat open house org parti nih sanggup tak pergi…

ini lah masalahnya.. bila dunia dah masuk dlm hati… bila hati tak diisi dengan benda yg sepatutnya masuk…time nih la kita sibuk nak cari medium penyatuan ummah.. padahal allah dah bagi terang2 dah… Rasulullah dah tunjuk satu2 dah…. Jawapannya senang balik to the basic.. tak payah la susah2 nak cari sc la tech la.. rnd la….

(komen diatas bukan nak jatuhkan nordin kardi atau ahli umno yg lain atau sesiapa saja.. Cuma sbg contoh nak tunjuk apa sesetengah mahasiswa2 kita fikir… sbb nanti mereka lah yg bakal ganti datuk seri tan sri tun tun yg dok ada nih…. )

cerita petang sabtu
alhamdulillah tadi cik nur ziarah kak hadhatina… kakak dorm form 5 time form 3 dulu… mcm2 cerita… ada bnyk jugak yg menarik.. takpe abaikan…ok la bnyk sungguh dah type nih… tahniah sbb baca sampai habis… kepada nazlan yg tired of reading… heheheh kalau malas nak baca toksah la baca… yg buruk buang dan campakkan jauh2 kay….




Monday, December 01, 2003


alhamdulillah dah seminggu di rumah... tadi tgk result.... mmmm alhamdulillah... walaupun overall turun dari second sem last year.. tapi GPA still 6 so... alhamdulillah... itu yg terbaik utk ko terima je lah... ok meh kita citer2 yg lepas..

hari selasa sampai jumaat
sampai kat klia.. ayah.. mak.. kimi amik kat airport... balik umah tlk intan dulu... then tgh hari raya kedua baru balik pantai remis.. then beraya kat kampung je laa... tak bnyk cerita yg best... mmm budak2 sepupu sepapat sume dah makin besar... tak dek new born baby.. fifi dah lagi tinggi dari mak... maka cik nur adalah kedua rendah selepas adik yg bongsu tu.. tu pun tak lama lagi la tu... mmmm kenapa ya.... tak kesah lah...

sabtu
pergi rumah cikgu faizah... dia sorang je kat rumah.... dari pukul 3 sampai lepas maghrib bertandang rumah dia... cerita mcm2... tapi pasal debate la mendominasi... "lamanya iznan tu nak habis lagi" kata cikgu faizah... "abang ikram apa cerita??" tanya cikgu lagi... "yusaini kat mana sekarang??" "saya dapat satu je kad raya taun nih...kamu tau sapa hantar kad raya kat saya??? mohd.... anak buah sendiri pun tak hantar pape..." antara diolog2 ngan cikgu hari tu... tgk gambar kawin dia... ;)

ahad
rumah nih dikunjungi tetamu dari pagi ... petang lepas asar... tgh duk lepak2 menghayati kisah perang khandak rasulullah.. ada lagi satu kereta mai... ingatkan kawan ayah... "hakimah ada??" aiii sapa pulak nih... rupanya lutfi... and the gang... bagus btol dtg tak bagi tau nih... tak kesah laa..

tu la serba sedikit kisah yg berlaku 2 3 hari nih... maafla kepada penghuni setia blog nih yg tak dak cerita ya... 10 hari lagi... i'll be away... and insyaAllah to all brisi and suya and all the naudies... kita jumpa nanti ye... haaa bagi yg duk malaysia... sapa2 yg tau... kat mana nak cari buku fiqh sirah... by ramadhan bu'ti...cik nur nak dptkan at least satu set...