Monday, January 26, 2004


assalamualaikum warahmatullah

selawat dan salam buat rasul junjungan… semoga semua berada sihat dlm lindungan dan rahmat Allah… seminggu berlalu… mcm2 terjadi… nak cerita dari mana??? Bagaikan everyday ada je menda happen sepanjang minggu… ok la..

debate
awal2 minggu tu dimulakan dengan call dari fadly.. dpt pi pktr.. and dia nak pinjam buku besar zainuddin maidin tu.. bagi la pinjam… cikgu faizah pulak minta isikan slot utk bengkel bahas… yg budak2 kat skolah nak buat.. sepatutnya hari nih ke skolah bincang ngan budak2 tu bila dan apa semua… tapi semalam fadly confirmkan yg minggu nih bukan persatuan.. bulan mac nih debate ppm zon utara… tak merasa lagi la nak bawak team… tapi maybe sepanjang bulan dua akan dpt tajuk and boleh train budak2 tu…

ingat lagi ke debate??????hehheheh ntah laaa ingat kot sket2… gian beb… boleh la lepas gian sket2 pas nih… hehehe kepada debaters yg lain yg tak bleh nak lepaskan gian tu.. jgn jeles eh…

tgh minggu
starting with the panggilan maut… tapi tanak la cerita kat sini..belum masanya lagi.. nanti dah sampai masa cerita sampai tak dek menda nak cerita…

Allah uji dgn ujian yg berat minggu nih… kenapa berat???setelah dua bulan cik nur tak bukak camera… petang tu selak balik buku lama… dlm hati.. apasal la aku tangkap gambar guna wide angle lens tak sewide gambar dlm mag nih… tapi tgh duk baca2 tu.. terlelap la pulak… before that sempat la warning kat adik kecik yg sorang nih.. jgn usik2…

Tapi budak kan… bukannya tau amenda… dijadikan cerita… dah bangun dari tidur.. solat asar.. bukak la balik camera… tadi dah baca.. nak praktikkan la pulak….skali tgk filter dia dah terkeluar dari landasan sebenar… dlm hati dah rasa tak sedap… selama nih aku nak try bukak punya la susah… mcm mana boleh terkeluar nih???? dan cara dia terkeluar bukan mcm cara yg sebenarnya… betulkan filter dan tgk dekat viewfinder…

sah something has gone wrong with this camera blur je… dia punya focus lens doesn’t work.. when I change it to manual focus also it doesn’t work… cik nur pun tukar the other lens… yup jelas nyata dan terang… there must be something had happen to this camera… hati yg tgh panas tu pun apa lagi… cari la sapa yg bertanggungjawab with what had happened….

Bagi ayah tgk … ayah try pujuk… alah nih habuk kot nih… bukak lens dia depan belakang cuci pastu angin kan esok ok la nih… I said.. mana bleh habuk.. kalau habuk kita boleh tgk satu2 habuk dia… baru semalam ok takkan hari nih dah berhabuk kot… nih mesti jatuh.. kalau tak sbb jatuh.. jatuh jugak…

I was started accusing my brother yg menyebabkan lens dia rosak… ada saksi… fifi nampak adik masukkan camera tadi… biasa la kak yong tanya mesti tanak mengaku punye… pastu mak tanya… and sah dia bawak camera tu.. and jatuh dekat belakang rumah and dia pun tunjuk jatuh kat mana….

Kalau pen sebatang hilang pun aku cari bagai sungguh2… nih camera yg rosak and I know who did it… dah bagitau dah kalau pegang camera nih jgn lupa pakai strap dia… cik nur pun tak pernah tinggal nak pakai strap dia… apa lagi… budak umur 7 tahun 2 bulan tu pun kene belasah malam tu… this is not the first time … dah bnyk kali dah… and kali nih dah tak dek tolerate…

Teruk jugak kene belasah… depan mak pulak tu.. mak mmg tak terkata apa… kalau mak bantah maybe tak teruk sgt kene belasah.. tapi mak diam je… I think she knows how I felt… adik pun dah tak sanggup melawan… selalunya mesti ada balasan balik.. maklumlah kak yong dia nih saiz dia jer… tapi sbb bahang marah tu dah meluap2.. tambah ngan syaitan yg mengapi apikan diwaktu senja tu… teruk jugak la budak tu dikerjakan… suddenly I saw cecair merah coming out from his mouth… ya Allah kejam nya aku…. That’s it… cukup kalau ikutkan marah kang mati pulak budak nih… mak memainkan peranan penting malam tu… jauhkan adik ….cik nur mmg dah tak boleh tgk muka dia mlm tu…

Ayah pujuk kata lens tak dek la mahal sgt.. boleh beli baru… tapi biasalah org tgh marah mana makan pujuk2 org nih…

Malam tu nak tidur tak boleh… menangis2 tahan marah+geram+sedih… semua perasaan campur2… hati kecil kata ulang2 kali .. masa dari nak membelasah adik tu lagi dia dah jerit jgn…. Kalau org lain pegang pun benda tu akan rosak jugak… even kalau kau yg pengang pun dia ttp akan rosak… dah mmg takdir menda tu nak rosak… tapi he has to pay for what he has done… nanti jadi kat tpt lain pulak… dia dah besar and he has to know… sedih sbb… menda tu saya sayang… kalau saya yg rosakkan saya nangis jugak… dah merdekan kan diri laaa cik kak oooiii… camera tu je… kata hati kecil… hati besar pulak balas… camera jee????

Kesimpulannya sampai pukul 3 pagi malam tu… bercucuran air mata tak boleh tidur… bersms ngan suya cerita apa dah jadi… tapi akhirnya tertidur gak laa …

So kejadian camera tu bagi major impact sepanjang minggu… dah tak dek dah senyum2 .. gelak2… tambah lagi dgn adik… walaupun dia try pujuk… tapi… tak makan beb… boleh belah dgn lawak bodoh kau tu… kata hati kecil… sampai org2 yg call sepanjang minggu pun dpt tempias jugak… maafla kepada awak semua… wrong time la call …

So kesimpulan cerita camera.. the warranty was due on yesterday… maybe next week gi penang… or shah alam either one hantar camera tu… pergi kat kedai gambar biasa nih kata… lens nih bukan sebarang lens… sbb dia wide angle + zoom skali (28-90mm) so mahal sket.. and only built for this type of eos… cis…

Tapi ayah membantu laa… memujuk hati yg lara… alah kita tgk harga repair berapa… kalau susah sgt kita beli je yg baru… dia dah berkira2 bila nak cuti and stuff… alhamdulillah I don’t have to face this alone…

Ok tutup cerita camera… cerita keluarga pulak… yg sepatutnya give a mojor impact to my emotional behavior tapi… tak sgt sbb isu camera dah take place.. Allah kan knows what is the best for us… nih pun bukan masanya utk cerita semua … cukup la kalau diberitahu 50% lagi dari memenda yg tangle in my head dah selesai.. lagi 30% istikharah dan tunggu keputusan dan tindakan selanjutnya… terima kasih la kepada semua yg terlibat secara langsung ataupun tidak dlm perbincangan tersebut… alhamdulillah… rasanya ramai dah boleh tersenyum termasuk diri sendiri… Allah pasti akan permudahkan jalan yg terbaik utk kita…

So apa plan this week???baca buku and tenangkan fikiran… tunggu tindakan selanjutnya with the camera…confirmkan dgn cikgu with the debate thing… and.. minta la petunjuk dari Allah bnyk2 agar dipermudahkan segala kerja… wasalam..

Monday, January 19, 2004


Flower Flower Love

it is fun… so I do it seriously… makes it a passion…

“What?? Duda umur 40 tahun???”

Dalam masa 2 hari laju jer cik nur abihkan novel2 remaja.. duk rumah mcm tak dek kerja je konon kononnye… fuh… sedap gak melayan novel2 nih… ada gak yg ada kualiti… tapi tak kurang jugak dengan kestereotypean nye… mostly cerita psal laki n pompuan yg bercinta.. pastu diolahkan supaya cinta derang terhalang.. pastu halangan2 berjaya dilalui.. maka.. happily ever after.. heheh kelakar pulak rasanya…

Novel2 baru dari penulis2 muda yg mula fikir pasal islam ada menitik beratkan soal aurat… dan pergaulan… dah ada dah heroin yg pakai tudung.. yg tak tinggal solat.. sbb nak jugak letak part2 cintan cintun nih dia buat la heroin tu kawin ngan hero dia so tak pelah pegang2… hailaa labu… lawak gak rasanya sbb dah berapa bnyk buku2 tu dikhatamkan… bila baca dpt dah agak apa dialog2 lepas nih….

Dan cerita minat kat duda umur 40 tahun tu antara yg mencuit hati… ada jugak minat kat laki org la yg didengar baru2 nih ….membuka la sikit mata cik nur yg sepet nih(tapi bukak besar mana pun sepet gak)… laaa ingatkan cerita2 mcm nih dlm novel2 dan drama2 swasta je tapi wujud jugak di alam reality nih eh… cerita2 backbiting bitching pun ada jugak… hoi… manusia nih bukan sume lurus je… ada mcm2 jenis… tak pernah tgk kat aussie… kat sini surela ada… dah asyik citer pasal menda nih je tak dek pekdah pun….

Walauapapun pd pendapat saya… jika boleh dielakkan… elakkan lah jatuh cinta atau terminat.. atau tertarik.. atau apa shj bahasa yg boleh digunakan …tersama chemistry ke ape ke… dgn duda… ataupun suami org… ataupun janda… apatah lagi isteri org… pertamanya kalau kita anak dara dan anak teruna… rasulullah sendiri dah suruh cari yg anak dara atau anak teruna jugak… (satu hadith yg baginda tanya sahabat apsal kawin dgn janda dan baginda galakkan sahabat kawin dengan anak dara jugak)

Rasionalnya di sini rasanya ramai yg tau… tapi Rasulullah cakap dlm hadith tu… supaya dia dpt bermain dgn kamu dan kamu dpt bermain dengan nya… :) lagipun… kita nak kawin bukan dengan dia sorang…ngan kaum kerabat dia sekali… dan dia pun kene la kawin ngan kaum kerabat kita jugak… so… pikir seniri la eh…

Tapi mcm mana kalau terrrr jugak… hmmmm aah kan sayang dan perasaan tu Allah yg bagi… dan uniknya di sini… kita tak terrrr tarik or minat or sama chemistry dgn semua org… kalau terrr dgn semua org payah laa kan… apa pun mintalah petunjuk dr Allah .. mungkin duda lewat 40an itu yg terbaik utk kita….mungkin juga jadi isteri keempat itu adalah pilihan Allah yg terbaik utk kita… (Ya Allah … takut plak rasanya… jauhkan lah aku dari menda2 mcm nih ameen) so… mintalah petunjuk dari Allah kay… insyaAllah… Allah akan yang bagi terbaik…
kes2 lagi!!!!

Cerita mengenai keganasan seks di Malaysia semakin menjadi sejak akhir2 ini… daripada norita sampai la ke kes2 rogol budak umur 10 tahun… kenapa menda nih terjadi??? Salah siapa??? Cik nur menyifatkan bahawa ini adalah kesalahan system seluruhnya… daripada system pendidikan yg digunakan hampir 100% untuk mendidik so called “warganegara Malaysia” kepada sistem2 yg lain…

Kita berbalik kepada sejarah 40 tahun yang lalu ketika Malaysia masih lagi bayi dalam mengecapi kemerdekaan. Satu demi satu system pendidikan diubah. Hampir setiap tahun ada sahaja pembaharuan dan penyata baru yang dikeluarkan. Masalah2 yg ditinggalkan oleh penjajah2 keparat menjadi penghalang utama untuk menyatukan rakyat. Kesannya, kita terpaksa menerima system yang bertentangan dengan fitrah kita. Masyarakat Melayu yang rata2 baru nak belajar membaca dan menulis ketika itu hanya mengikut system yang ada. Mana2 yg dah pandai dan mempunyai kuasa diserapkan bulat2 ke dalam system “orang putih” yang bukan sahaja system dan “budaya ilmu”nya sahaja dikaut. Malah hampir semua budaya diasimilasikan dalam kehidupan.

Kesannya, nah setelah lebih 40 tahun merdeka. Warga Malaysia yang mengikuti system ini jadi mcm yg kita tgk sekarang nih lah. Teringat cik nur 10 tahun yang lalu. Ketika isu khalwat dan buang bayi masih hangat diperkatakan. Sekarang???? Malas dah nak cakap pasal buang bayi sbb dah berapa bnyk pusat rumah anak yang ditinggalkan dibina sebab kesiankan budak2 kecik nih. kalau nak cerita pasal kes buang bayi alamat setiap hari pasti ada ruangan “bayi yang hilang lagi” dalam newspaper.

Tambahan pula sekarang ini dah la didikan diserahkan bulat2 kepada guru2 disekolah. Tapi bila anak buat hal, cikgu2 nih pulak yg kene tengking. Tak pasal2 dibuang daerah, paling kurang ditukarkan ke tempat lain. Maka persekitaran sudah menshapekan manusia2 zaman sekarang. Lagilah parah. So keluarlah satu pakej insan2 yg majority nya seperti yang kita tgk sekarang.

Kesalahan yang paling besar adalah rata2 masyarakat memandang perkahwinan itu satu kesusahan. Tgklah nak kawin punya pasal plan sampai 2 3 tahun. Tu baru plan belum laksanakan lagi. Simpan duit sampai ada yang makan maggi jer setahun. Ibu bapa lebih senang mengetahui anak dara depa dah ada boyfren daripada bila nak menjodohkan anak dara depa nih. bila isu kawin dibangkitkan, muda lagi… tak cukup pengalaman… dah kenal cukup ke… mcm2 la alasan yg dibangkitkan yang mcm menjurus ke arah membuat maksiat daripada mencegahnya. Sampai budak2 yang nak kawin nih terpaksa fikir mcm mana nak sampai kan hasrat depa… hish punyalah susah!!!

Kesan daripada kesusahan yg sengaja diada adakan dlm isu perkahwinan ini sedikit sebanyak menyebabkan ada individu2 tertentu yang menyalurkan nafsu ke jalan yang salah. Memperkosa contohnya.

Salahkah nafsu itu???
Nafsu itu fitrah. Kalau tak dak nafsu mcm mana nak makan dik non ooii.. tapi nafsu yang tidak dididik inilah yang merbahaya. Sekaligus mengantikan tempat hati yang sepatutnya menjadi raja dijiwa. Allah dah cakap kalau hati2 ini tidak dididik, manusia lebih teruk daripada binatang. Kucing umpamanya kalau dah dikerjakan oleh sekor kucing jantan nih mana ada kucing jantan lain nak curi daun. Harimau pun sayangkan anak. Manusia.????? Anak yang menjadi korban.. nauzubillah hi minzalik…

Kesedaran

teringat masa orientation hari tu. Ada yang memberi pendapat dengan terbuka bahawa sex itu adalah masalah individu. Whether to do it inside the marriage or outside the marriage is hak individu, and it is a personal business. Cik nur gagahkan diri jugak bangun dan cakap sex itu adalah masalah society. Kerana kebebasan sex yang tiada batasan akan memporak perandakan masyarakat. Jika semuanya “halal” dan bergantung kepada individu, tak kesah kah kita jika adik kita dibuntingkan oleh abang kita??? Nauzubillah hi minzalik… dan ada jugak yg bersetuju dengan cik nur dalam senyap.. alhamdulillah.. terima kasih kepada awak yg menyokong saya hari tu (kalau awak baca la)

so.. wake up and know that this is our problem. It’s not just… kesiannya makcik tu anak dia happened like this and like that… it’s not just read the paper and say… hay look there’s a child being molested at school .. a 10 year old girl kene rape until she die there and there and then fold the paper back without any feelings inside… we have to do something or else… if its not happened in our family … it’s not impossible to happen to ourselves… ya Allah lindungi lah aku…

what do we have to do

ntah laaa… we cant just go to the guy (if and only if we know who the hell he is) and say that hey man.. you shouldn’t do this and that.. imagine if its happen to your family yada2 yada…

mari kita menyingkap sejarah!! Dulu sebelum Rasulullah diangkat menjadi rasul pun beginilah keadaan masyarakat di mekah. Maka langkah yang terbaik adalah buat seperti yang rasulullah buat. Sampaikan risalah yang rasulullah sampaikan. Rasulullah tak cakap wahai penduduk mekah memandangkan akhlakku yang terbaik dikalangan kamu maka ikutilah aku.. tinggalkan arak.. riba’ dan zina.. Rasulullah tak cakap … look arak gives u bad consequences and sex without marriage menyenangkan kamu utk dpt aids.. yada2 yada…

Rasulullah cakap… la ila ha illahlah muhammadarasulullullah…

So that is what we should do now… sebarkan kalimah syahadah… terangkan islam dengan sejelas jelasnya kepada semua manusia… semoga kita semua juga diberi kekuatan utk terus buat apa yg rasulullah buat… ameen…

safety
kita sedikit sebanyak tak boleh lari dari travel alone … cik nur dah beberapa kali semenjak balik dari aussie nih… mcm2 pengalaman ada.. pahit maung berkulat.. semua ada… tapi just a safety precautions…
1. make sure that you know where are you going … and where are u at that time (don’t be like me sometime ago… (alhamdulillah Allah selamatkan dari segala bencana yang tidak diingini)
2. make sure that people know where are you. Skang nih sume org dah ada mobile phone kan.. rata2 nya lah… use it not to sms menda2 yg merepek.. use it to inform people where are u.. such as.. im heading to teluk intan by transnational bus and currently im at behrang the bus no is this and this.. and rasa2 nya sampai dlm pukul nih dan ini…
3. take everything seriously even going to the kedai pak mat seberang jalan. Make sure your mum knows where are u going
4. please don’t travel alone especially… at night !!!! and waktu tengahhari yg panas terik.
5. jgn duduk tempat2 yg gelap.. always be in the crowd!!!
6. sentiasa ingat dan bergantung pada Allah … kalau dah terpaksa jalan sorang jugak mcm mana kan??? Ayatul kursi tu… jgn la lepas dari mulut… make yourself busy… jgn tido2 .. kalau ada kawan sembang.. kalau tak dek kawan zikirlah bnyk2 pada Allah sbb… pemangsa nih selalu ambil kesempatan kalau kita leka…
kesimpulanya be aware all the time…

itu lah sedikit sebanyak utk hari ini… suburkan lah bunga2 cinta pada Allah… bergantung haraplah padaNya… kalau menda nak jadi jugak nak buat mcm mana… itu adalah dugaan Allah … tapi yakin lah .. kalau kita yakin dengan Allah .. pasti Allah akan hantar pembantu2Nya utk tolong kita… kan Allah itu adalah auliya terbaik…. Ok take care .. diri.. iman dan amal… jaga diri .. hiasi peribadi… and smile always.. and don’t let the flower2 love gugur di pusara (heheh lagu misha omar nih best jugak)!!!

Friday, January 16, 2004


salam utk semua… kelmarin dengar org cerita pasal selesema … dah nak masuk tiga hari dah selesema nih… :) tu baru dengar cerita.. heheh semoga dosa2ku yg lalu dihapuskan…

semalam hampir 20% menda2 yg berlegar2 dlm kepala otak dikeluarkan… clashing between interview dgn field trip… consequences tak dpt kerja lepas graduate.. and planning nak buat master… kesimpulannya… ayah cakap… mungkin ini takdir Allah kata k yong tak jadi geologist … saja Dia bagi clash interview dgn field trip… kalau Dia dah tulis hang jadi lecturer… dari awal lagi Dia dah plan… depa tak bagi gheja kita pi tpt lain… kalau depa bagi kita pi la gheja dgn depa.. apa susah…
mak tanya kalau nak buat master kat mana??? I said… around the world.. dia tanya lagi… laku ke??? I said.. should be laa kan.. sbb degree kat Australia… dia tanya lagi… mcm mana dgn tusyen fee… perbelanjaan nanti… I said… mara ada .. jpa ada… ayah kata… kalau awal2 tu tak dpt… kita jual je rumah sebijik… dlm hati cik nur… kalau ada org nak support mcm mana… ??? heheh… kalau ini yg terbaik pasti Allah permudahkan…

Cuma lidah nih masih belum lunak utk luahkan yg lagi 80%… maybe org lain yg cakap adalah lebih baik… ye ke???fuh abaikan lah… tapi dari conversation semalam… ayah tak dek la nak sgt anak dia jadik geologist and kerja dgn petronas walaupun petronas menawarkan benifit2 yg best…kerja yg lain pun asalkan halal adalah digalakkan jugak…ya Allah permudahkanlah segalanya… yup Allah pasti takkan hampakan permintaan/rayuan hambaNya… ya Allah tentukan hanya yang terbaik untukku.. ameen..

Thursday, January 01, 2004


“diriwayatkan oleh Fatimah binti Qays, saudara perempuan ad-Dahkak bin Qays:

Amir ibn Sharahil as-Sha’bi berkata: Fatimah binti Qays tergolong dari wanita yang berhijrah yang pertama. Saya bertanya kepadanya untuk meriwayatkan hadis kepadaku yang didengarnya terus dari Rasulullah s.a.w. dan tiada sanad lain di antara mereka. Beliau berkata: Baiklah, jika engkau suka, aku bersedia untuk berbuat demikian. Amir ibn Sharahil as Sha’bi berkata kepada Fatimah binti Qays: Baik, riwayatkan lah ia kepadaku. Fatimah binti Qays berkata: Aku mengahwini anak lelaki Mughirah dan beliau adalah lelaki Quraisy yang terpilih ketika itu, namun beliau syahid di dalam jihad yang pertama. Ketika aku menjadi balu, Abdurrahman bin Awf, salah seorang sahabat Rasulullah, melamarku. Rasulullah s.a.w juga melamarku untuk hambanya yang merdeka, Usama bin Zayd. Telah dibawa kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w berkata (mengenai Usama): Sesiapa yang mencintaiku harus mencintai Usama. Apabila Rasulullah s.a.w bercakap denganku (mengenai hal ini), aku berkata: Urusanku berada didalam tangan mu (Rasulullah s.a.w). Engkau berhak mengahwinkan aku kepada sesiapa sahaja yang engkau ingini. Baginda berkata: Adalah lebih baik kamu berpindah ke rumah Umm Sharik. Umm Sharik adalah seorang wanita yang kaya di kalangan orang Ansar. Beliau menderma dengan begitu banyak sekali ke jalan Allah dan melayan tetamunya dengan baik. Aku berkata: Baiklah, aku akan berbuat seperti apa yang kamu kehendaki. (Namun) baginda (berfikir semula terhadap masalah tersebut) berkata: Jangan berbuat demikian kerana Umm Sharik adalah seorang wanita yang selalu dikunjungi tetamu dan aku tidak suka orang yang tidak dikenali melihat kamu dalam keadaaan kepala mu terdedah. Adalah lebih baik kamu berpindah ke rumah sepupumu, Abdullah ibn Amr ibn Umm Maktum. Beliau adalah salah seorang daripada Bani Fihr cabang daripada Qurays, dan beliau tergolong dalam qabilah yang sama dengan qabilah (Fatimah). Jadi aku berpindah ke rumah itu, dan tamatnya idahku, aku mendengar suara pengumuman supaya solat didirikan di dalam masjid (dimana) solat berjemaah (didirikan). Jadi aku bergerak ke masjid itu dan mendirikan solat bersama Rasulullah s.a.w. dan aku berada pada saf wanita yang hampir dengan saf lelaki. Setelah Rasulullah s.a.w selesai menunaikan solat baginda, baginda duduk di atas mimbar, tersenyum, dan berkata: Setiap orang yang beriman haruslah duduk tetap di tempatnya. Baginda kemudian berkata: Tahukah kamu mengapa aku memanggil kamu untuk berkumpul? Mereka berkata: Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui. Baginda berkata: Demi Allah, Aku telah mengumpulkan kau untuk memberi amaran. Aku telah menahan kamu di sini kerana Tamim Dari, seorang Kristian yang datang kepadaku dan memeluk Islam, memberitahuku tentang sesuatu yang sama seperti yang aku beritahu kamu mengenai Dajjal. Dia berkata kepadaku bahawa dia belayar di dalam sebuah kapal bersama 30 lelaki dari qabilah Bani Lakhm dan Bani Judham dan telah dilanda ombak di tengah lautan selama sebulan. Kemudian (ombak) tersebut membawa mereka (berhampiran) dengan tanah yang dikelilingi laut (pulau) pada waktu matahari terbenam. Mereka duduk di dalam sebuah bot kecil dan mendarat di pulau tersebut. Terdapat satu makhluk dengan rambut yang panjang dan lebat (dan kerana ini) mereka tidak dapat membezakan mukanya dengan kepalanya. Mereka berkata: Kasihannya engkau, siapakah gerangan engkau? Kemudian makhluk itu berkata: Aku adalah al-Jassasah. Mereka berkata: Apakah al-Jassasah? Dia berkata: Wahai manusia, pergi kepada orang di biara dan dia sangat ingin mengetahui mengenai kamu. Dia (periwat) berkata: Ketika diberitahu tentang orang tersebut kepada kami, kami menjadi takut yang dia adalah syaitan. Kemudian kami bergegas sehingga kami sampai di biara tersebut dan terjumpa seorang yang gagah perkasa di sana dengan tangannya terikat di leher dan digari kedua kakinya dengan kunci besi di buku lalinya. Kami berkata: Kasihannya kamu, siapakah kamu? Dia berkata: Kamu nanti akan tahu mengenai aku, tetapi katakanlah kepadaku siapakah kamu. Kami berkata: Kami adalah orang dari Arab dan kami belajar dengan sebuat bot tetapi ombak telah membawa kami selama sebulan dan membawa kami berhampiran dengan pulau ini. Kami mengambil sampan yang kecil and mendarat di pulau ini. Di sini satu makhluk dengan rambut yang sangat lebat berjumpa kami dan kerana ketebelan rambutnya, mukanya tidak dapat dibezakan daripada belakangnya. Kami berkata: Kasihankan kamu, siapakah kamu? Dan dia berkata: Aku adalah al-Jassasah. Kami berkta: Apakah Al-Jassasah? Dia berkata: Kamu pergi kepada orang ini di biara kerana dia begitu ingin menemui dan mengetahui tentang kau. Jadi kami pun datang kepadamu dalam perasaan takut yang engkau mungkin adalah syaitan. Dia (orang yang bergari itu) berkata: Ceritakan kepadaku tentang pohon kurma Baysan. Kami berkata: Di manakah kamu mendapat pengetahuan tentang pohon tersebut? Dia berkata: Aku bertanya sama ada pohon itu berbuah atau tidak. Kami berkata: Ya. Kemudian dia berkata: Aku rasa ia tidak akan berbuah. Dia berkata: Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tabariyyah? Kami berkata: apakah yang ingin kau tahu mengenainya? Dia berkata: Adakah tasik itu berair? Mereka berkata: Terdapat banyak air di sana. Kemudian dia berkata: Aku rasa ia akan kering tidak lama lagi. Dia berkata lagi: Ceritakan kepadaku tentang mata air Zughar. Mereka berkata: Apakah yang ingin kau tahu mengenainya? Dia (orang yang berikat tersebut) berkata: Adakah terdapat air di situ dan adakah ia mengairi (tanah)? Kami berkata kepadanya: Ya, terdapat banyak air di sana dan penduduk (di Madinah) mengairi (tanah) dengan bantuan nya. Dia berkata: Terangkan kepadaku tentang Nabi itu; apakah yang telah dilakukan olehnya? Kami berkata: Baginda telah meninggalkan Mekah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah). Dia berkata: Adakah orang Arab menentangnya? Kami berkata: Ya. Dia berkata: Bagaimanakah dia berurusan dengan mereka? Kami memberitahunya bahawa dia telah mengatasinya di dalam tetangga nya dan mereka telah tunduk kepadanya. Kemudian dia berkata: Adakah itu benar-benar terjadi? Kami berkata: Ya. Kemudian dia berkata: Jika begitu, itu adalah lebih baik untuk mereka dengan menunjukkan ketaatan kepadanya. Aku akan memberitahumu tentang diriku. Aku adalah Dajjal dan akan dibebaskan kelak. Jadi aku akan tinggal dan merantau di atas bumi, dan tidak akan meninggalkan satu bandar dalam masa 40 hari kecuali Mekah dan Tauba (i.e Madinah). Dua tempat ini adalah tempat larangan kepadaku dan aku tidak akan cuba untuk memasuki mana-mana satu daripadanya. Satu malaikat dengan pedang ditangannya akan menghalang aku dan menghalang perjalananku dan akan ada malaikat yang menjaga setiap jalan yang menuju ke sana. Kemudian Rasulullah s.a.w mengetuk mimbar dengan bantuan pekerjanya yang akhir berkata: Tayba ini bermaksud Madinah. Tidakkah aku memberitahumu tentang perihal Dajjal begini? Orang ramai berkata: Ya, dan perihal ini diriwayatkan oleh Tamim Dari yang aku suka kerana ia menyamai perihal yang telah aku terangkan kepadamu mengenai dia (Dajjal) di Madinah dan Mekah. Perhatikan dia (Dajjal) di laut Mediterranean atau di Lautan Arab. Tidak, sebaliknya dia di timur, dia di timur, dia di timur, dan dia menunjukkan jarinya ke arah timur. (Fatimah bint Qays) berkata: Aku menyimpannya di mindaku (riwayat ini adalah dari Rasulullah s.a.w).”
(Sahih Muslim)

fuh finally, ada sorang sahabat minta cik nur transalate kan hadith Tamim Dari nih yg sebut pasal Dajjal … cik nur took about more than two hours… minta maaf sbb cik nur transalate dari English… tolong check ya kawan2.. nih cik nur letak skali sumber asal yang dapat dari buku Jerusalem in the Quran…. Tapi cik nur amik yang start dari lepas solat dan naiknya Rasulullah ke atas mimbar… tak larat nak type panjang panjang… ada rezki nanti ciknur type full hadith…

“ narrated Fatimah bint Qays, sister of ad-Dahhak ibn Qays:

…. When Allah’s Apostle (peace be upon him) had finished his prayer, he sat on the pulpit, smiling and said: Every worshiper should remain sitting in his place. He then said: Do you know why I have asked you to assemble? They said: Allah and His apostle know best. He said: Bu allah, I have not made you assemble for exhortation or for a warning. I have detained you here because Tamim Dari, a Christian who came and accepted Islam, told me which agrees with what I was telling you about the Dajjal. He narrated to me that he had sailed in a ship with thirty men of Banu Lakhm and Banu Judham and had been tossed by waves in the ocean for a month. Then these (waves) took then (near) the land witin the ocean (island) at the time of sunset. They sat in a small rowing boat and landed on that island. There was a beast with long thick hair (and because of this) they could not distinguish his face from his back. They said: Woe to you, who can you be? Thereupon it said: I am al-Jassasah. They said: what is al-Jassasah? It said: O people, go to this person in the monastery as he is very much eager to know about you. He (the narrator) said: When it named a person for us we were afraid of it lest it should be a Devil. Then we hurried on till we came to that monastery and found a well-built person there with his hands tied to his neck and iron shackles gripping his legs by the ankle. We said: Woe to you, who are you? He said: You soon come to know about me, but tell me who you are. We said: We are people from Arabia and we embarked upon a boat but the waves had been driving us for one month and they brought us near this island. We took to the rowing boats and landed on this island. Here a beast with profusely thick hair met us and because of the thickness of his hair, his face could not be distinguished from his back. We said: Woe be to thee, who are you? It said: I am al-Jassasah. We said: What is al-Jassasah? It said: you go to this very person in the monastery for he is eagerly waiting for you to know about you. So we came to you in hot haste fearing that that might be the Devil. He (that chained person) said: Tell me about the date-pale trees of Baysan. We said: in which respect do you seek information about it? He said: I ask you whether these threes bear fruit or not. We said: Yes. Thereupon he said: I think these will not bear fruit. He said: Inform me about the lake of Tabariyyah? We said: What do you want to know about it? He said: is there water in it? They said: there is abundance of water in it. Thereupon he said: I think it will soon dry up. He again said: inform me about the spring of Zughar. They said: What do you want to know about it? He (the chained person) said: Is there water in it and does it irrigate (the land)? We said to him: Yes, there is an abundance of water in it and inhabitant of Medina irrigate (land) with its help. He said: inform me about the unlettered Prophet; what has he done? We said: He has left Mecca and has settled in Yathrib (Medina). He said: Do the Arabs fight against him? We said: Yes. He said: How does he deal with them? We informed him that he had overcome those in his neighborhood and they had submitted themselves before him. Thereupon he said to us: had it actually happened? We said: yes. Thereupon he said: if it is so, that is better for them that they show obedience to him. I am going to tell you about myself. I am Dajjal and will be soon permitted to leave. So I shall leave and travel in the land, and shall not spare any town where I shall not land within forty nights except Mecca and Tauba (i.e Medina). These two (places) are prohibited (areas) for me and I shall not attempt to enter either of them and angle with a sword in his hand will confront me and bar my way and there will be angles to guard every road leading to it. Then Allah’s apostle (peace be upon him) striking the pulpit with the help of the end of his staff said: This implies Tauba meaning Medina. Have I not told you and account (of the Dajjal) like this? The people said: Yes, and this account which I gave to you is regard to him (Dajjal) at Medina and Mecca. Behold he (Dajjal) is in the Styrian sea (Mediterranean) or the Yemen sea (Arabian sea). Nay, on the contrary, he is in the east, he is in the east, he is in the east, and he pointed with his hand towards the east. I (fatimah bint Qays) said: I preserved it in my mind (this narration from Allah’s Messenger (peace be upon him).” (Sahih Muslim)

may Allah guide us in our lives… and may he forgive me for every mistakes ive done… and to all my friends please help me to proof read on my translation of the hadith… this is the best I can do at the moment… ( it almost one in the morning and im tired).. someone said that probably you can find this in riyadhus-salihin.. I haven’t check it yet but insyaAllah ill do it.. and sapa2 yang expert arab maybe can translate directly from the Arabic text coz my riyadhus salihin is in English… :) please correct anything that is wrong…