Wednesday, February 18, 2004


saya bermula sebagai pembancuh air

kata puteri mahirah ma’natul ma’nun(betul ke cik nur eja nama budak nih) masa cik nur pergi dan lawat budak2 debate di sekolah… :) dlm hati cik nur… mahirah bukan awak saja yang bermula sebagai pembancuh air.. kak mayang… aimi hajar… lim ann nee… dan saya sendiri (tapi cik nur tak lama sbb cik nur tak reti bancuh air)…

mana2 yg dilihat berbakat dan mempunyai minat akan diserapkan dlm think thank pasukan bahas bahasa melayu sekolah menengah sains teluk intan. Selalunya think thank ini akan menjadi pembahas bila bakat mereka telah digarap dan dibentuk. Dewi mayang sari, aimi hajar, mohd. Juwaini, fadly bin khairi, lim ann nee, faizi, amir syafiq, Juliana, dan nurhakimah mohamud adalah antara nama2 yg tak masuk team sekelip mata. Berada dlm “pasukan bahas semesti” (termasuk think thank dan pembancuh air) tak bermakna sbb anda senior anda akan masuk team ppm… tak bermakna kalau anda berada dlm pasukan dari form 1… anda definitely jadi debater masa form 5.

Ramai think thank yg nak jadi debater tak jadi dan adik2 yg lebih junior yg jadi. Ada jugak org yg tiba2 terserlah bakatnya terus masuk team debate ppm tanpa melalui stage bancuh air dan think thank.. dan tak kurang jugak yg “dibuang” dari team walaupun dia antara pembahas yg amat talented. Macam2 senario berlaku sepanjang anda menjadi ahli “pasukan bahas semesti” dan senario2 ini bnyk dicorakkan oleh org yg bolehlah cik nur katakan plg berjasa sekali dlm sejarah bahas bahasa melayu semesti. Puan Faizah binti Othman

Seorang wanita yg tak kesah balik pukul 3 pagi semata2 nak tengok anak buahnya menjulang piala yg cukup berprestij itu. Seorang wanita yg optimis, kental dan sabar menahan karenah anak buahnya. Ada yang panas baran, ada yang kebudak budakan, ada yang lampi, dan macam2 lagi.

“saya tak suka cikgu debate kawin!!!” kata ex-pembancuh air lagi. Meluahkan rasa betapa sukarnya even nak kumpulkan debater pada masa sekarang nih.
“akak sekarang diorang nak burn prep pun susah” kata ahli pasukan yang lain.

Daripada lawatan tak sampai sehari itu cik nur dpt lihat…. Tidak ada lagi pembancuh air… tidak ada lagi penyelak majalah dan penanda isi… tidak ada lagi ahli pasukan yg sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi…tidak ada lagi biskut yg bertin tin.. tidak ada lagi “bilik operasi”… yg paling penting.. tidak ada lagi wanita yg begitu tabah melatih dan terus melatih.

Kasihan cik nur melihat keadaan adik2… terasa juga ingin duduk di sekolah dan berbakti utk mereka…mereka yang berbakat tapi sayang bakat mereka tidak digarap…

MATI SEMUT KERANA GULA

pernahkah kita melihat jasad semut mati tersadai??? Pasti antara kita pernah terpijak semut. Selain dari racun penghapus semut dan kaki dan tangan kita yg membunuh semut adakah semut itu terus hidup? Atau mungkin gula lah yang menjadi penghapus semut tertinggi??

Mati bererti penghujung kepada sesuatu. Mati fizikal kita boleh nampak bila sekujur tubuh terbaring kaku. Allah telah menetapkan semuanya di Luh Mahfuz. Peredaran bumi dan planet lain ikut orbitnya, pertukaran malam dan siang, malah penciptaan manusia dan dunia itu sendiri telah ditentukan Allah. Manusia juga telah diciptakan dengan begitu cantik sekali oleh Allah. Dan sebagai pencipta Allah juga telah menetapkan garis panduan tertentu supaya manusia itu tidak “mati”.

“..ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”

Semut dan gula umpama manusia dan dunia. Dunia menyajikan seribu satu kemanisan. Harta, wang ringgit, wanita, dan bermacam lagi kemewahan dunia sehingga kadang-kadang bisa memkaburkan mata memandang paling susah sekali apabila kemanisan dunia itu bisa menggelapkan mata hati. Nauzubillah. Sifat dunia seperti gula, manis dan cantik di zahirnya namun apabila gula itu diambil belebihan ia akan mendatangkan mudarat.

Sebagai pencipta Allah telah menggariskan garis panduan kepada manusia untuk menggunakan dunia dan isinya. Allah menghalalkan jual beli tetapi mengharamkan riba’, Allah mengharamkan zina tetapi menghalalkan perkahwinan, Allah menghalalkan anggur tetapi mengharamkan arak.

Manusia perlukan gula untuk meneruskan hidup dengan bertenaga, tetapi apabila gula itu diambil berlebihan pelbagai kesan buruk akan melanda manusia. Begitu juga dunia, manusia perlu menyemai benih-benih amal di dunia, tetapi kerana kehebatan dan kemanisan dunia yg masuk ke dalam hati manusia, manusia yg lemah seperti semut, akan mati hatinya.

Kesannya, manusia tidak dpt lagi mengenal antara yang hak dengan yang batil. Semua wanita dianggap sama, AGEN PEMUAS NAFSU. Apa saja cara untuk mendapatkan wang ringgit dikira halal. Apa jua cara untuk berada diatas dan terus berkuasa dikira halal. Di kala itu pandangan mata hati itu sudah menipu. Bisikannya bukan lagi kebenaran. Tidakkah manusia itu seperti sudah mati jika hatinya tidak lagi membisikkan kebenaran justeru merosakkan seluruh jasad yg dihuninya.

Tetapi Allah itu maha pengasih dan penyayang. Tidak seperti benz yang mencipta kereta tetapi orang lain yang terpaksa membaikinya. Selagi nyawa dikandung badan, pintu taubat sentiasa terbuka untuk semut semut yang terlebih makan gula. Asalkan semut semut ini berjanji untuk tidak menjadikan gula sebagai matlamat hidup mereka, dan memasukkan kebesaran Allah didalam hati-hati mereka, pastinya Allah akan mengembangkan lembayung rahmatnya kepada hati-hati ini.

Jadi sebelum kita dipijak oleh orang dan menjadikan kita semut yg tidak boleh lagi utk bergerak. Sebelum sekujur jasad dimandikan orang dan disolatkan. BERTAUBATLAH… supaya bukan kerana kemanisan dunia ini kita mati. Bukan kerana gula kita sakit. Bukan kerana mewah, pangkat dan kuasa kita lalai. Kerana kita tak ubah seperti semut yang lemah dan apabila ada kaki kaki yang memijak maka matilah semut itu, seperti apabila izrail datang memanggil.

Mungkin ada yg menyangkal, mati semut kerana gula. Tetapi kebenaran yang pasti adalah tidak hidupnya semut kerana gula. Begitu juga tidak hidupnya manusia kerana dunia. Namun manusia bisa “mati” kerana dunia.

P/s terima kasih kepada fadly dan adik2 yg bagi membuka mata saya tentang hakikat semut dan gula…