Thursday, April 29, 2004


cita cita part 2

sorang kawan : apa ko seronok sgt jadi geologist nih ha?? apa yg ko suka sgt tgk2 batu tu..
cik nur: mmmm ok laa best la jugak ... batu tu just a minor part of geology je la... yg best nya boleh travelling... tgk tpt... ciptaan Allah...bla bla bla


cik nur: kak amy... kimah tak larat...
kak amy: sabar kimah... kita niat je kita buat ni kerana Allah...
cik nur: kak amy tau tak... bla bla bla
kak amy: kak amy faham.. hanya geologist sahaja yang faham geologist... kak amy pun tak larat... tp semua org ingat kita suka sebenarnya kan?... bukan la tak suka... suka la jugak... tp....


Kenapa ada dua tasawwur yg berbeza...hahhaha meh gelakkan diri sendiri... tak tau lah... tp biar seperti mana yang kita tau, tasawur dan andaian memainkan peranan penting dalam hidup kita. Dan pelbagai cara untuk kita dpt kan sesuatu gambaran mengenai sesuatu. Tp susah untuk kita dpt kan gambaran yang tepat mengenai sesuatu perkara...

Sama seperti cik nur menceritakan tentang matahari itu cantik bagi orang buta yang tak pernah lihat matahari. Kita kena lihat matahari baru kita dpt feeling matahari itu cantik.Sama juga dengan benda2 lain. Islam terutamanya, kita kene duduk dan amalkan Islam yang syumul baru kita tau Islam itu cantik, Islam itu indah, Islam itu fitrah, Islam itu undescribable.



Seperti perkara di atas... adakah cik nur menipu orang lain dan diri sendiri apabila menyatakan bahawa geology itu seronok, geology itu best, jd geologist itu lah yg saya inginkan sampai mati? tak taulah jika org lain terasa tertipu. Tp cik nur buat begitu kerana memikirkan pririority sekarang.

Life is about making choices

Pririority cik nur sekarang adalah nak dpt kan a good geology degree. Because learning is what Allah ask us for. However, if I get to choose what type of field that I want to study.. frankly speaking, I would like to do Education or Syariah. Tetapi masalahnya sekarang ini cik nur tidak ada pilihan melainkan hanya habiskan degree ini. Dan di sini cik nur diberi pilihan untuk sama ada flunk or get the flying colours result. And I would like to make it clear to myself, I would like to choose the second choice. I want to get a first class degree

And to do this, maybe it is easy for a lot of people. But it is not for me. I have to work my way up. Maybe everybody finds it easy to have malaysian coursemate along with them in this journey. Maybe a lot of people can just learn because a lot of their stuff is in the book. However, my course is different. The answer is not in the book. The answer is out there. Dlm batu tu... dlm outcrop nih.. dlm thin sections itu dan ini.. But in order for me to find the answer, I need to master the book. Because the book show me guideline to the answers... Above all, in order to do this... I need a lot of motivation...

Sapa nak bagi motivation ini kalau tidak diri sendiri. Again being a muslimah, an asian, and a woman... in this deserted country.. its not easy... I have to say that I love my work, I have to say that this job is every much enjoyable.. i have to convince myself that beside the big big money u'll make as a geologist ... there are a lot more interesting amazing things that u'll find in this field...even on top of this only Allah knows what I conceal in my heart... Only He knows... yup only He knows everything...

Futhermore, I cant say bad things about this... it will drive my motivation down... and this will effect the end result... however, I cant run from the fact that on top of every good things and how enjoyable I am being a geologist... There are a lot of things that just doesnt fit with me....

Do I have any choice??
Dulu di sekolah... kami dipaksa makan ikan tongkol masak asam... Cik nur cukup benci ikan nih... cik nur tak suka makan nasi kat sekolah.. sampai jadi kurus gila masa form one... tp i realise that dlm dunia nih... eventhough it is full of choices... sometimes u just dont have any choice... seperti ikan itu, sama ada kita makan atau tidak... and I did pilih untuk kenyang... lalu... mulut pun berkata kat tuty...
Cik nur: hari nih aku rasa mesti mak cik dm masak sedap... ikan tu mesti rasa dia mcm tom yam... And for the first time in my life... I eat that fish...

Wednesday, April 28, 2004


Wash your hands!!!

"And make sure u wash ur hands after this class. I dont want anyone of you die because doing ore deposits subject"

That was a warning from paulo... terus termeremang bulu roma... sambil menengok batu yg ada kat tgn... uish.. this is the fresh rock contain... Pb, Zn and Cu ore... yg paling bahaya sekali lead... it can accumulate into your lung and liver... and it can course short term memory lost...because apparently he said that one of the rock contain Cadmium sbb apa tah lupa dah... "huish selambanya aku hidu2 benda nih tadi... lupa pulak this is not normal rock" kata hati besar... "nanti ingat basuh tangan!!!!!" kata hati kecil.. sambil jeling2 kat batu2 yg lain... ada pure chalcopyrite (Cu)... pure galena (Pb) sphalerite... we were given a feel of Mt. Isa before the real day... hehheh

Tuesday, April 27, 2004



CITA-CITA

cik nur: mak cikgu suruh isi cita-cita
mak: ha isi lah berapa cikgu nak?
cik nur: 3
cik nur: mmm mak cita-cita tu apa?
mak: cita-cita tu apa yang kita nak jadi besar nanti
cik nur: mak cita-cita mak apa?
mak: dulu cita-cita mak nak jadi cikgu... tp dapat jd cikgu sementara je...
cik nur: ooo (sambil angguk2 buat faham)
mak: kak yong nak jadi apa?
cik nur: doktor... cikgu... polis
mak: kenapa nak jadi doktor?
cik nur: kalau org sakit mesti jumpa doktor, doktor baik.. dr ubat org sakit. mak sakit pun jumpa dr.
mak: kenapa nak jadi cikgu?
cik nur: sebab mak nak jadi cikgu...
mak: kenapa nak jadi polis?
cik nur: seronok pegang pistol mcm cerita roda-roda kotaraya tu


semua org ada cita-cita..dari kecik semenjak cik nur tau apa itu cita2.. sentiasa bercita-cita itu dan ini...antaranya....

1) Cikgu (ntah mmg teringin nak jadi cikgu dari kecik lagi.. sampai sekarang pun teringin nak jadi cikgu juga. cita-cita start masa tadika sampai sekarang)
2) Polis (sbb selalu gaduh ngan adik, kengkononnye macho laa jadi polis nih. ni cita2 masa tadika)
3) Wartawan (rasa mcm cool, pegi sana sini, cari bahan, buat cerita... )
4) Lawyer (hahhaha... ada tak debater tak pernah terfikir nak jadi lawyer??)
5) Economist (masa tengah masyuk debate, especially bab economy.. terasa nak jadi mcm gorge soros)
6) Pensyarah (masa dah besar sikit, bila rasa pensyarah lagi "best" dari cikgu)
7) Doktor (cita-cita nih dari tadika..ini saja cita2 yg disemai oleh mak, ayah, atuk, nenek, pakcik sedara, mak sedara, sepupu... tp... Allah kan penentu segalanya... my first baju doktor yang warna putih tu ada lagi kat rumah rasanya... mak long buatkan sbb masa darjah satu terpilih utk buat fashion show... lepas tu mak bagi cadangan buat fashion kerjaya sbg dr... beli stetoskop dan termometer mainan... :))
8) Photographer (hhehehh ... rasa mcm cool)
9) Journalist (bila amik gambar, dan bila rasa bnyk sgt idea nak dicurahkan)
10) Suri rumah (bila rasa penat bekerja)
11) Electrical engineer (kiranya kalau amik engineering, amik yg ini)

Tu kot... dlm senarai setakat ini... tp... geologist tak pernah termasuk dlm senarai cita-cita... tp skarang nih masuk dah laaa... bila kita ada cita-cita, kita bersemangat... bila kita bersemangat.. kita akan buat kerja sungguh-sungguh, bila kita buat kerja sungguh-sungguh...Allah sayang kat kita... insyaAllah.. kalau kita buat kerana Dia...

so entry nih dedicate kat mak saya... my dearest mother... kalau tak kerana didikan dan asuhannya mungkin saya tak punya cita-cita... i miss u so much... nak balik rumah!!!! selamat hari jadi mak.. mmuuaahhhs

Sunday, April 25, 2004



KISAH ASHABUL UKHDUD

“Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. Dan hari yang dijanjikan. Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit (ashabul ukhdud). Yang berapi (dinyalakan dengan kayu bakar) ketika mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yg beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-buruj :1-8)

Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw pernah bercerita:


Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik)* yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkannya kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya; jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.

Lalu dilontarnya batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.

Perkara tersebut diceritakan kepada rabih. Rahib berkata: engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada buda tersebut: semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.

Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”
Lalu si pembesar buta itu percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan berkata: Adakah tuhan lain selain dariku?

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: aku telah mengetahui kebebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini

Lalu budak itu menjawab: aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus disiksa sehinggalah ia pun membongkarkan rashia rahib (kerana tidak tahan siksaan)

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja.
Raja berkata: balik semula kepada agama asalmu. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: mana kawan-kawan ku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan campakkan dia ke dalam laut.

Bila tiba ditengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: mana kawan-kawan ku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurutkan apa yang aku minta. Tanya raja: apa dia? Kata budak: engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, Tuhan budak ini terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia

(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* < strong >“Kami percaya kepada tuhan budak ini”

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan; telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku. Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya : Wahai ibu, sabarlah engkau berada di atas kebenaran!


Hadith riwayat Muslim (No. 5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis ini disebutkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Riyadhus-Solihin di bawah bab Sabar.

*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yag ada di dalam riwayat Tarmizi.
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Umar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih lukaALLAHUAKBAR!!

sangat banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, cik nur kongsi bersama pembaca...

1. Disebut di awal hadith ini, di zaman sebelum kamu

Surah al-buruj (gugusan bintang) adalah surah Makkiyah. Ketika di Mekah, Rasulullah dan para sahabat menerima banyak tentangan dari kafir quraisy terutama dari pemuka-pemuka quraisy. Justeru, Allah menenangkan Rasulullah, dan para sahabat dengan menyatakan bahawa penentangan yang dihadapi oleh mereka di Mekah adalah sunnatullah bagi mereka yang menyeru ke jalan kebenaran. Ini adalah untuk menambah keyakinan para sahabat dan supaya mereka sentiasa istiqamah dan bersemangat dalam menyampaikan risalah Islam. Di sini juga menunjukkan penentangan terhadap pembawa risalah ini akan sentiasa berlaku.

2. Raja dan ahli sihir

Setiap zaman yang diperintah oleh pemerintah yang zalim, akan ada lembaga penasihatnya sendiri. Dan perkembangan ilmu pada zaman tersebut juga dipengaruhi oleh pemerintah dan penasihatnya. Sebagai contoh, dalam zaman ashabul ukhdud ini, penasihat kepada raja adalah ahli-ahli sihir. Sama seperti zaman firaun. Ilmu sihir itu sendiri datangnya dari syaitan kengkononnya untuk melawan mukjizat Allah. Bila dah namanya dari syaitan, sihir itu adalah ajaran yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

Kita lihat zaman moden ini, pemerintah yang membenci Islam akan dikelilingi penasihat yg berpegang kepada ideology-ideology ciptaan manusia. Yang berlawanan dengan fahaman Islam. Secara amnya, jika dahulu ahli-ahli sihir itu menggunakan ilmunya untuk memperlihatkan kekuasaan dan kehebatan mereka, sekarang perkembangan material itu dicanang-canangkan. Bahawa siapa yang mengusai material dia akan mengusai dunia. Scenario ini dapat dilihat di Malaysia sendiri. Apabila, hukum Allah itu dicampuradukkan dengan hukum ciptaan manusia. Apabila zakat yg dilihat menguntungkan (sebab bayar zakat selalunya 2 kali ganda dari income tax) diambil, dan kapitalis yg mengayakan golongan kaya itu juga diambil sedangkan dalam Islam riba’ ini adalah haram. Ini juga dapat dilihat apabila banyak ideologi2, dan undang2 telah dicipta untuk memenuhi kepentingan mereka.

3. Ahli sihir mencari penggantinya (seorang pemuda)

Sungguhpun ahli sihir ini berkuasa, dalam masa yang sama dia tahu kuasanya itu tidak dapat menghalangnya dari maut. Bermakna dalam masa yang sama ahli sihir tahu bahawa ada kuasa lain yang lebih berkuasa. Justeru, ahli sihir itu mencari penggantinya yang muda. Persoalannya di sini, mengapa orang muda??

Sejak zaman dahulu lagi semua orang sedar betapa pentingnya generasi muda dalam memimpin masa depan. Anak-anak muda yang bersuara adalah lebih ditakuti dari orang tua yang bersuara. Sejarah juga membuktikan bahawa betapa gerakan pemuda ini telah membawa kepada beberapa kejatuhan kerajaan besar dunia. Revolusi Perancis (1968) dipelopori oleh gerakan pemuda, kejadian berdarah Tiannanmien membuktikan keberanian pemuda di China, Musa’b Umair, Ali Abi Talib, Saad Abi Waqqas dan pemuda-pemuda yang lain mendahului barisan hadapan di Badar. Bahkan di dalam Al-Quran juga menceritakan tentang keberanian pemuda Ashabul Kahfi. Namun apa yang jauh lebih penting lagi, jentera penggerak umat Islam sehingga terbinanya khilafah Islam, dan hukum Islam diamalkan sepenuhnya adalah kerana gerakan dan tenaga pemuda.

Jadi melihatkan tentang hakikat kepentingan generasi muda dalam memimpin masa depan, ahli sihir ingin menurunkan ilmunya kepada pemuda yang cerdik. Di sini kita juga harus menilai mengapa hanya pemuda yang cerdik sahaja yang diinginkan oleh ahli sihir. Bukankah lebih baik baginya untuk mengajarkan ajarannya kepada semua pemuda, dan tidak kepada seorang pemuda sahaja?

Pertamanya, sesuatu ilmu itu akan terserlah kehebatannya apabila hanya segolongan kecil sahaja yang mengamalkan nya. Keduanya, untuk mempreserve ilmu itu, ahli sihir inginkan orang yang cerdik. Kerana mereka tahu, jika pengganti tidak dicari, dan jika mencari pengganti yang sebarangan, maka kebenaran akan terserlah. (Tapi kebenaran akan terserlah juga dengan kuasa Allah...ini yg kita percaya)Justeru, pemuda yang dipilih ini dididik dengan baik untuk memastikan ilmu itu berterusan.

Di dalam dunia hari ini juga, kerajaan telah menggariskan system pendidikan mengikut acuan mereka. Kanak-kanak berumur 10 tahun diwajibkan tahu membaca, tetapi tidak diwajibkan untuk tahu sembahyang. Semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, pendidikan digariskan untuk mengatasi masalah buta huruf membaca rumi, tetapi tidak buta al-Quran. Pendek kata, acuan pendidikan kini lebih mementingkan untuk mengisi KLCC, putrajaya, cyberjaya, dan bangunan2 yang telah dibina, tanpa menitik beratkan pendidikan rohani.

Justeru, dalam memastikan usaha ini tercapai, pelajar-pelajar disaring dari umur 12 tahun lagi. Hanya pelajar-pelajar terpilih dimasukkan ke dalam sekolah berasrama penuh dan mrsm, yang menjadikan sains dan teknikal sebagai penekanan utama di sekolah. Di tingkatan 4 disaring lagi. Seterusnya, hanya pelajar-pelajar yang terpilih dipilih untuk melanjutkan pelajaran diluar negeri, dengan harapan dapat mengaut “budaya ilmu”, “budaya kerja” dan mungkin budaya-budaya yang lain juga untuk dibawa balik ke tanah air. Inilah usaha pemerintah yang zalim, and konco-konconya supaya kebatilan ini teruskan.

4. Rahib

Rahib disini digambarkan sebagai seorang mukmin yang sejati. Seorang yang faham akan tanggungjawabnya untuk menjadikan Islam ini sebagai ustaziatul alam. Dia amat faham dengan situasi negaranya yang telah jauh dari hidayah Allah, juga faham akan keperluan untuk dia menyebarkan daawah mentauhidkan Allah ini. Justeru dia juga memerlukan pekerja-pekerja daawah supaya semua penduduk di negaranya itu beriman kepada Allah.

Di sini juga menunjukkan tentang kepentingan seorang murabbi (pendidik) dalam mendidik, mengatur strategi, menjalankan proses tarbiyah, dan sebagainya, bagi menjayakan matlamat menjadikan Islam sebagai ikutan seluruh manusia. Seorang murabbi perlulah ikhlas terhadap Islam.

5. Berjumpa Rahib dan Ahli sihir


Pemuda tersebut telah merasa seronok dengan ajaran Rahib. Ini menunjukkan bahawa dia telah menerima hidayah dari Allah. Dalam masa yang sama dia masih lagi berjumpa dan belajar sihir daripada ahli sihir. Pemuda mengalami proses tarbiyah bersama rahib dan dalam masa yang sama, belajar ilmu sihir.

Di zaman kini, kita telah dapat lihat akan mulanya timbul bibit-bibit inginkan Islam dari para pemuda. Munculnya hati-hati yang telah menerima hidayah Allah. Signifikasinya, hati-hati ini juga perlu terus menuntut ilmu dunia yang telah dipotretkan sebagai lambang kehebatan dunia. Dalam masa yang sama, hati-hati ini perlu terus dididik, dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiyah yang sebenar supaya hati-hati ini dapat membezakan antara yang hak dan yang batil, seterusnya meneruskan penyebaran risalah ini.

6. Dipukul dan dimarah oleh ahli sihir dan keluarga

Kesan daripada pengajaran yang diberikan oleh Rahib di pertengahan jalan ke tempat ahli sihir, pemuda selalu lewat. Natijahnya, dia dimarah dan dipukul oleh ahli sihir.

Scenario yang sama juga dipertontonkan kepada kita pada hari ini. Para pelajar university terutamanya sering diugut supaya tidak menyertai aktiviti-aktiviti berkumpulan yang “Islamic”. Kononnya, mereka ini sudah terkena hasutan politik pihak pembangkang. Hakikatnya, hati-hati yang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sejati ini, dan ingin mendekati Islam yang syumul itu sendiri (yang sangat susah didapati di mana-mana kini), sering menghadapi masalah dan tentangan dari pihak pemerintah. Mereka diugut dengan akta yang berat sebelah. Juga diugut akan diberhentikan tajaan, juga diugut akan dihantar balik ke tanah air hanya kerana menjalankan perjumpaan untuk membincangkan dan memahami apa itu akidah dan iman, hanya untuk duduk dan beriman sejenak, hanya untuk mengkaji sirah Rasulullah dan memahami hikmah-hikmah di sebalik kejadian tersebut.

7. Katakan kepada ahli sihir bahawa keluargaku menahanku.

Pertamanya, apabila budak dipukul oleh ahli sihir, budak tersebut terus mengadu kepada Rahib. Signifikasinya, wujudnya tautan kasih dan sayang, dan saling mempercayai antara budak dan rahib. Lalu, budak itu mengadu kepada rahib tentang apa yang dihadapinya. Di sini jelas kepada kita, sebelum sesuatu proses tarbiyah itu boleh dikatakan berjaya, tautan iman lah yang membuahkan benih ukhuwah diantara hati-hati para dua’t.

Keduanya, rahib memberikan alternatif “berbohong” kepada pemuda. “Berbohong” kepada ahli sihir, juga kepada keluarganya. Adakah ini bermakna “berbohong” itu halal dalam Islam, terutama dalam keadaan begini? Tidak jangan sekali-kali kita salah faham!!!.

Pertamanya, sebagai seorang murabbi yang begitu faham akan situasi dan keadaan pada ketika itu, rahib telah menjalankan tugasnya, terutama dalam mengatur strategi berdaawah. Dia sedar bahawa pemuda itu masih bayi dalam proses tarbiyah, juga dia tahu bahawa mungkin ini sahajalah peluangnya untuk mendidik hati yang sudah terpaut pada Islam. Dalam masa yang sama, ini adalah untuk kemudahan kepada pemuda supaya, dia dapat meneruskan proses tarbiyah tersebut.

Keduanya, jelas menunjukkan, elemen kerahsiaan adalah salah satu elemen penting dalam strategi daawah. Di dalam setiap marhalah-marhalah daawah itu sendiri terdapat elemen kerahsian. Merahsiakan disini bukanlah bermaksud, ada hidden agenda, atau itu adalah kebatilan, ia adalah salah satu dari strategi. Menyingkap kisah di zaman Rasulullah, Rasulullah bermula selama 3 tahun secara rahsia. Walaupun setelah baginda berdiri di bukit Safa dan menyampaikan risalah lailahaillah muhammadarrasulullah, rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam masih lagi digunakan sebagai tempat mengumpulkan para sahabatnya. Untuk apa? Tidak lain kerana ini termasuk dalam strategi daawah, terutama dalam menjalani proses tarbiyah.

Secara logiknya, adalah tidak adil kepada kita untuk memberi input yang sama kepada semua orang sedangkan Allah menciptakan manusia itu berbeza. Di university juga, pelajaran adalah mengikut tingkatan, lecturer tidak akan memberi maklumat tahun tiga kepada pelajar tahun pertama. Ini adalah tidak adil kepada mereka. Jika di university kita boleh faham akan kepentingan wujudnya strategi dalam belajar ini, mengapa kita tidak boleh faham akan kepentingan strategi terutama dalam usaha kita menyebarkan risalah yang terpenting ini?

(tiba2 cik nur terfikir adakah adil bagi saya untuk mengepos benda ini di blog???)

8. Peristiwa pembunuhan binatang.

Peristiwa ini merupakan titik tolak kefahaman, dan keyakinan pemuda kepada ajaran Rahib. Di sini, keyakinan pemuda kepada ajaran rahib makin bertambah. Begitu juga dengan keimanannya kepada Allah. Sekali lagi peristiwa itu diceritakan kepada rahib. Dan rahib berkata, engkau pada hari ini menjadi lebih hebat dariku. Dan dalam masa yang sama, rahib telah memberitahu pemuda bahawa dia akan diuji oleh Allah.

Di sini jelas, firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2: Adakah kamu menyatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji? Jadi, sesungguhnya ujian Allah itu adalah sunnatullah, yang telah ditetapkan kepada mereka yang beriman. Jadi wajarlah disini jika kita selalu menghisab diri kita yang menyatakan bahawa kita berada pada jalan daawah. Apabila kita tidak diuji haruslah kita bertanya “Apakah betul benda yang aku lakukan ini... kerana orang-orang sebelumku semuanya diuji…”

9. Bekerja sambil berdaawah

Setelah peristiwa pembunuhan binatang itu, keyakinan pemuda kepada Allah bertambah. Ilmunya juga telah bertambah. Dan dia bekerja mengubat penyakit kusta dan sopak. Dalam masa yang sama, pemuda tidak lupa akan tanggunggjawab pertamanya sebagai pendaawah. Pemuda terus berdaawah walaupun dia adalah “doctor”.

Di sini menunjukkan kepada kita, pendaawah tidak semestinya seseorang yang menggelar dirinya Ustaz, atau Imam besar, atau ulama, atau ustazah, hafizah, atau alimah. Tuntutan berdaawah adalah fardhu ain kepada semua umat Islam, tidak kira lelaki dan perempuan. Dan tuntutan ini tidak terhad hanya kepada ustaz dan ustazah. Tuntutan ini adalah kepada semua, engineer, doctor, pilot, geologist, guru dan sesiapa sahaja. Dan kita hendaklah sentiasa ingat, ustaz hanya tinggal profession jika dia sendiri tidak faham akan tanggungjawabnya menyebarkan Islam.

10. Penyeksaan rahib dan pemuda.

Raja menjadi murka apabila dikatakan bahawa ada tuhan selain beliau. Seterusnya menghukum rahib dan pemuda. Di sini, membuktikan kata-kata rahib bahawa pemuda akan diuji. Paling penting, di sini juga membuktikan janji-janji Allah bahawa kepada sesiapa yang beriman, pasti akan diuji.

Secara specificnya, ujian di sini adalah tentangan dan penyeksaan daripada pemerintah. Ini juga adalah sunnatullah. Lihat saja dari zaman Nabi Allah Ibrahim, Musa, Lut, Hud… dan Rasulullah tercinta itu sendiri, mereka semua ditentang dan diseksa oleh pemerintah. Zaman pasca Rasulullah juga, As-Syahid Hassan Al-Banna, Syed Qtub dan ramai lagi ulama’ ulama’ muktabar yang ingin menyampaikan risalah ini diseksa dan dibunuh. Kerana apabila kita memilih untuk mengikut dan patuh pada jalan ini, hanya ada 2 sama ada syahid atau Islam itu menang. Dan Islam itu pasti menang.

11. Proses pembunuhan pemuda.


Allah telah menetapkan di Lauh Mahfuz bila sipolan sipolan akan bertemu jodohnya, begitu juga rezekinya, dan yang paling penting, bilakah ajalnya akan sampai. Dan kerana keyakinan dan kepercayaan ini lah, seorang mukmin sejati tidak akan takut dengan sebarang tentangan. Hatta, dibelah 18 pun badan ini, jika Allah tidak menetapkan nyawa bercerai dari badan maka, akan hidup lah juga. Kerana itu lah, tentera Islam tidak pernah gentar di medan perang kerana yakin maut itu di tangan Allah.

Dan dalam peristiwa ini, pemuda tidak melarikan diri, sebaliknya beliau kembali menemui raja. Sedangkan dia boleh jika dia hendak terus melarikan diri. Signifikasinya, keimanan pemuda amat utuh dan beliau amat yakin bahawa maut itu hanya di tangan Allah. Di sini, pemuda juga tahu bahawa dia membawa perkara yang haq, dan dia akan terus mempertahankannya. Timbul persoalan, kenapa pemuda tidak berbohong seperti kes dipukul ahli sihir diawal hadis ini?

Ini kerana, marhalah daawah yang dilalui oleh pemuda adalah tidak sama seperti marhalah (tingkatan) yang sebelumnya. Imannya juga telah bertambah. Dan dengan meningkatnya marhalah, keimanan dan ilmunya ini, dia juga telah berjaya meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap daawahnya.

Akhirnya, pemuda sendiri memberitahu raja bagaimana mahu membunuhnya. Pelik! Seperti memohon untuk dibunuh. (mungkin ada juga menyatakan sama seperti suicide bombers?). pengajaran di sini adalah, perlunya kebijaksanaan pendokong Islam dalam memerhatikan suasana dan keperluan masyarakat yang didakwahnya.

12. orang ramai beriman dan terjun di dalam parit

Di sini, mereka yang telah menyaksikan kebenaran telah sama-sama mengikut dan beriman dengan kebenaran walaupun ia menjanjikan maut. Signifikasinya, apabila kita melihat sesuatu kebenaran berada di depan mata, maka janganlah bertangguh dan memberi alasan untuk beriman kepadanya lagi. Teringat kisah Abu sufyan, Hindon, dan berbondon-bondon orang memeluk Islam ketika fathu Mekah.

13. kisah ibu dan bayi yang disuruh terjun.

Signifikasi paling jelas dan besar di sini adalah, wanita dan anak-anak kecil juga turut sama-sama menyumbang terhadap daawah Islamiyah. Ini adalah tuntutan dan tuntutan ini adalah fardhu ain.

Alhamdulillah, mungkin ini entry paling panjang cik nur pernah type. sesungguhnya, banyak hikmah kita boleh korek dari kisah ashabul ukhdud ini. Dan sesungguhnya beruntunglah bagi orang yang berfikir... dan yang paling penting, ini semua bukan kebetulan, kerana kebetulan bertentangan dengan aqidah kita... semoga Allah ampunkan dosa saya dan kita semua... ameen... jadi sekarang... tuntutlah ilmu "sihir" itu sebanyak-banyaknya dan mantapkanlah diri kita dengan ilmu rahib...

p/s credit: pakdi

Friday, April 23, 2004



understanding

teringat kisah sorang kawan cik nur yg diceritakan dari sahabat cik nur

kawan tu: aku teringin sgt nak dpt bunga (apparently minah ni bercouple la)
sahabat tu: hmmm takkan la kau nak suruh kan.. kau bagi la bunga kat dia dulu
kawan tu: dah aku dah bagi dah bunga kat dia
sahabat tu: kalau camtu kau bagi la hint2 kat dia kau nak bunga
kawan tu: dah banyak dah hint aku bagi
sahabat tu: kau cakap je terus direct kat dia kata kau nak bunga
kawan tu: aku dah cakap dah tapi dia tak paham2 jugak (dgn nada sedih)


satu lagi kes kawan cik nur jugak...

kawan tu: mcm2 dah aku buat... aku cakap elok2 kata tak payah call.. aku fwd email pasal pergaulan... memula mcm paham.. tp salah aku jugak baik sgt...
sahabat tu: mane boleh mcm tu.. kau cakap direct je kat dia
kawan tu: dah aku dah cakap habis direct la tu.. siap nada marah2 lagi.. setakat nak wish good luck tu tak payah la call... tp dia call jugak


hmmmm duduk sejenak berfikir mengapa fenomena begini terjadi... kedua-dua kes adalah mengenai pergaulan lain jantina... rasanya everybody yg baca dah directly faham yg dlm kedua-dua kes hubungan masih lagi belum halal

kes pertama adalah kes umat mangsa keadaan. sahabat cik nur kata ini bukanlah contoh yg baik.. tp cik nur amik utk buat contoh dlm isu yg lain pula...kes kedua masih berkitar isu pergaulan.. cik nur lebih berminat kepada kes kedua... since cik nur ikuti kes kedua nih boleh tahan dari mula la juga...

tp dlm kedua-dua kes, berlaku ketidak sefahaman.. umpama aku cakap guna speed of sound.. dia hnya boleh pick up EM wave tp cik nur bukanlah ingin mengupas mengapa wujud ketidak sefahaman ini... meh kita kupas sikit kes kedua..

dlm pergaulan lelaki wanita yg bukan mahram... seperti yg diceritakan beberapa hari yg lalu... masalah yg plg besar adalah masalah hati, kerana hati ini sgt sensitive dengan trigger2 yg kengkononnya rasa suka etc tapi rupanya bisikan syahwat nafsu dan syaitan... kalau hati dah tak dpt kenal sama ada bisikan itu adalah yg hakiki atau bertopengkan syahwat semata, itu tandanya hati itu telah rosak, dan natijahnya kepada tindakan2 yg tidak berlandaskan wahyu...

cinta atau sahabat???

sejauh mana kita meletakkan kayu ukur bahawa satu2 pergaulan lelaki dan wanita itu adalah hanya bersahabat tidak bercinta???

sahabat = companion = menurut ahli psikology, sahabat adalah orang yg dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. oleh itu sesiapa yg diyakini mempunyai ciri2 ini maka seseorang itu akan terpilih sebagai sahabat. Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan2, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah saling simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurahkan suara hati. (Mihwar, 11, 2001)

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya??? Boleh atau tidak persahabatan ini diteruskan??? Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. At least pasti ada harapan dan rasa memiliki...

Menyingkap kisah Saidina Ali dan Fathimah az-zahra. Setelah bernikah, Fatimah berkata kepada Ali, "Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah itu, ada seorang pemuda yang aku sangat cinta kepadanya...Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku... Tapi semuanya itu aku simpan didalam hatiku..."
Kata Ali "Kalau begitu engkau menyesal berkahwin dengan ku? "Tidak!! kerana pemuda itu adalah engkau."

Kita lihat contoh kisah cinta wanita pujaan sekalian lelaki dan kisah cinta lelaki pujaan sekalian wanita ini. Ali dan Fatimah membesar bersama-sama di kota Mekah. Ali adalah sepupu Rasulullah, dan Fatimah adalah puterinya. Mereka bermain bersama, makan bersama, dan membesar bersama-sama. Pastinya dari kecil lagi Fatimah sudah menyimpan rasa kepada Ali, begitu juga sebaliknya. Setelah akil baligh, masing2 faham akan tuntutan seorang muslim, dan tanggungjawab lelaki dan wanita.. apa yg lebih penting lagi Ali dan Fatimah sgt faham akan pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi... Maka.. kerana itu masing2 menyimpan rasa, kerana itu lah yang terbaik utk kedua-duanya...

Jadi persoalannya di sini sejauh mana persahabatan.. atau mungkin perkawanan lelaki dan wanita itu diukur.. adakah sehingga mengetahui rutin seharian seseorang itu??? Atau mengetahui apa yg telah dilakukan oleh seseorang itu??? Adakah ini bermakna jika seseorang mengambil langkah untuk tidak mengambil tahu, dan tidak mahu memberitahu dia sudah tidak mempercayai atau membenci seseorang yang lain????

Jika pergaulan itu sama jantina... ya .. cik nur berani katakan, itu adalah kesan ukhuwah dan persahabatan yang terbina.. jika kita masih belum terbuka utk sharing and berkongsi pendapat dan rasa... persahabatan itu belum terbina... namun di sini... persoalannya.. adakah perlu utk kita berkongsi rasa.. pendapat... cerita... dengan lelaki yg bukan halal bagi kita???Dan begitu juga sebaliknya...

hmmmm maaflah kalau topic ini agak menyimpang dari kedua-dua kisah di atas.. yg baik jadikan tauladan yang buruk buang dan campak jauh2

Thursday, April 22, 2004


Rocky in memories

top : Mt. Archer, Rockhampton - July 2003
background : Yeppoon, view from Rosalyn Bay, Rockhampton - July 2003

Tuesday, April 20, 2004



alhamdulillah

today's game was great.. eventhough kitorang tak menang pun.. tp margin dia dekat sket laa... 22-14... and we were actually satu sama masa first half... and.. kita main wing defend (WD) dodgy btol.. tp best gak... tak sepenat center... min and denice.. tukar laa biar kita main WD korang main center... heheh... dah.... ada org tu ada exam sebenarnya kan???? kan???? anyway... good job team... mcm tu without a proper practice for 2 weeks.. i would say... 2 thumbs up for you guys... cheers

Friday, April 16, 2004


recaptured the moment

assalamualaikum warhmatullah... selawat dan salam buat rasul junjungan.. semoga semua sihat dalam peliharaan Allah..

roy: ramai lagi insan yang berakal... cuma kita saja yg kadang2 terasa tak jumpa org yg berakal..

weird :thank you for the comments... tp buat masa nih malas nak tukar2 laa.. dia kelabu sbb amik directly from the templete... nantila rajin nanti cik nur tukar..

be : wsalam

nummer :semoga sensitif isu2 yg lain juga... especially isu2 umat..

huda : thank you for the comment... :)

Midginbill hill in memories...

the place is gorgeous.. why... because we were staying in the middle of caldera (volcano yg dah collapse)... sapa yg naik sama kereta ngan cik nur hari tu... dpt tutorial pasal volcano sekali... the journey was great... i drove from brisbane to midginbill and masa way back ada kot dlm 1/3 driving from the suburb to gold coast mosque...

basically i would say that this program is ours. We were the one yg bertungkus lumus dari booking tpt... and isi the program.. masak dan mengemas.... Tiring work, but I really enjoyed it. I lost my temper a few times la jugak, heheh...kesian adik kita jd mangsa... so menda yg plg besar yg dibelajar masa the trip is...

SABAR "assabarul minal iman...."

secondly... i would say... kahwin

tak kesah laa korang nak kata apa pun, tp i really think that, kahwin dpt selesaikan beberapa masalah.. walaupun tidak semua, tp most of it will be solved... its not that im into somebody or desprately in need of a marriage but...

ketika kita memilih jalan ini, kita juga membuat keputusan utk mengikut dan patuh pd jalan ini, dan jalan ini adalah jalan yg bersih dan tulus... sebarang ketidaktulusan bisa merosakkan jalan ini....

apa masalahnya sebenarnya...

Islam telah menggariskan batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan... dlm surah an-nur terang2 suruh lelaki yg beriman dan perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan... (ayat 30,31)...

secara praktiknya, jika seorang wanita ajnabi ingin berurusan dengan lelaki ajnabi mestilah disertai dengan mahramnya. Tp adakah kehadiran mahram ini dpt menyelesaikan semua masalah???

Allah tidak hanya menyuruh lelaki dan wanita yg beriman menundukkan pandangannya.. tetapi dlm ayat 32, Allah menyambung, supaya dikahwinkan wanita-wanita yg saleh dan lelaki2 yg soleh..

jika hanya dengan menundukkan pandangan dpt menyelesaikan masalah pasti Allah tidak akan turunkan ayat 32. Tp Allah yg ciptakan manusia itu maha tahu bahawa menundukkan pandangan dan kehadiran orang ketiga dlm pergaulan tidak dpt menyelesaikan masalah.

Masalah yang paling besar dalam pergaulan lelaki dan wanita ini adalah masalah hati sebenarnya. Mungkin masalah pandangan dan sentuhan dpt diselesaikan dengan kehadiran mahram seseorang wanita. Namun... Tidak ada jaminan bahawa dengan kehadiran org ketiga masalah hati ini akan terhindar.

Hati ini kerja dia sgt halus, bisikan dia kadang2 kita tak dengar, rayuan dia kadang2 samar2, rintihan dia kadang2 mendayu-dayu, tu yg boleh jadi melayan perasaan dsb... kalau mata memandang yg salah laju kita menjawab astaghfirullah, tp kalau hati ... yg salah juga seperti dikaburi shj...

Ya Allah Tuhan yang membolak balikkan hati.. peliharalah hati ini supaya teguh dan taat pd perintahMu... Kau pimpin lah hati ini menuju nur Mu... Kau bersihkanlah hati ini dari segala kekotoran dunia... Kau jaga lah hati ini ya Allah...

Sunday, April 11, 2004


SEKSIS

Bila ku bersuara... kau kategorikan sebagai meleter
Bila kau tercabar... sebelum bertarung pun ku dah kau singkir
Tika di jalanan... cermat ku cuai
Di stereotype 'lady driver'
Bila tunjuk pandai... lagakmu hebat
Mengalahkan seorang profesor

Oh mana keadilannya
Balik-balik kita saja terkena
Dahulu hingga kini
Kau memonopoli... cuba menguasai
Duniaku ini... oh mana aci

Korus:
Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya oh
Jangan pandangku sebelah mata
Nanti kejantananmu tercabar
Takkanku menyerah kalah
Kerana madahmu berat sebelah
Tohmahanmu akan ku tepis
selagi persis tak terkikis seksis

Pabilaku ramah... manis lidah
Kau tuduhku bagai perempuan murah
Namun bila kau menutup helah
Katamu mengikut sunnah
Andai ku meniang rumah tangga
Jangan harap ucapan tahniah
Hujung bulan tiba... ku tuntut nafkah
Kau buatku macam peminta sedekah

Oh mana keadilannya
Balik-balik kau juga juara
Asyik kita beri saja
Melayan takhta... siang malam buta
dan penuh setia... bagaikan raja


- Anita Sarawak -

seksis????

cik nur post lagu nih bukan sbb menyokong lagu nih.. tidak juga membantah apa yg dinyanyikan.. tp tertanya.. kenapa sampai lagu begini dikompose dan seterusnya dinyanyikan???... adakah semua lelaki seperti yg disteoreotypekan mcm lagu nih?? atau ini adalah pengalaman pengubah lagu semata-mata????

tp rasanya.. kalau setiap individu, tak kira lelaki atau perempuan memahami dan mengamalkan Islam yang syumul, adakah lagu begini akan digubah? Sebab Islam itu adil, kepada lelaki juga wanita.. tidak wujud soalan mana keadilannya ??. kerana dalam setiap perhubungan yang halal, suami isteri, anak dan parents, hanya ada dua benda yg harus difahami oleh setiap individu. Hak dan Kewajipan.

Seorang isteri berhak untuk menuntut nafkah zahir dan batinnya, dan dia juga wajib untuk melaksanakan kewajipannya utk taat sepenuhnya kpd suaminya selagi tidak melanggar syara'. Begitu juga suami, berhak menuntut haknya sebagai seorang suami dari seorang isteri,justeru dia juga wajib untuk melaksanakan kewajipannya sbg ketua keluarga. Jika masing2 faham akan hak dan tanggungjawab, pastinya tidak akan ada yg mengeluh... balik balik kita saja terkena tidak ada juga sesiapa yang cuba memonopoli atau menguasai dunia sesiapa...

Jadi???

equipkan lah diri dengan ilmu sepenuhnya... terutama pada pasangan yg bakal mendirikan rumah tangga.. ada juga tanya2 pd kawan2 yg dah berumah tangga, adakah perkara yang diajar di kursus perkahwinan itu cukup utk melayari bahtera rumahtangga??

masakan kursus yg hanya wajib dihadiri selama dua hari itu cukup utk dijadikan bekalan berumah tangga...

cik nur pernah dengar ceramah... bagi perempuan yg nak berkahwin.. kena khatamkan 4 surah utama... surah maryam, surah an-nisa', surah an-nur, dan surah al-ahzab.... dlm ni dengan sejelas jelasnya Allah terangkan mcm mana nak handle masalah2 dlm rumah tangga... step by step lagi... dan bila dok baca2 terjemahan surah2 nih... cik nur rasa bukan perempuan sahaja yg kene khatamkan surah2 ini.. lelaki juga... sbb kemudi kapal itu adalah lelaki... kalau kelasi kapal tahu bagaimana nak kendalikan kapal, tapi nakhoda tunjukkan direction yang salah, karam lah seluruh anak kapal terlanggar iceberg mcm titanic.

jd... kesimpulannya.. bnykkan membaca.. bukan mengenai tanggungjawab sbg suami dan isteri shj... bahkan tanggungjawab dan hak kita sebagai anak lebih penting lagi... kita takkan jadi suami atau isteri yang soleh/solehah kalau kita bukan anak yg soleh/solehah... dan ini menuntut kefahaman yang mendalam...

p/s - emm ini utk saya juga supaya saya boleh khatamkan empat surah tu cepat2

Thursday, April 08, 2004


Islam is life...

kat tpt kerja cik nur ada satu bilik meeting.. tp jauh skit dari bilik kitorang..kene masuk main office baru boleh masuk... so... nak senang kerja.. cik nur solat sebelah meja cik nur buat kerja je la... senang... lantakla apa org lain nak kata... masa solat zohor... diam je... solat asar... then dah mula ada yg bertanya...

org tu:how many times do u have to pray a day???
cik nur:five..
org tu:that's a lot... surely u have to be really committed to do that...
hmmm not really... if u need to have ur caffein fix every five hours... then i need to fix myself at least five times a day...

di occasion yg lain pulak...semasa kami sedang rancak bercakap pasal easter.. jews and christian... amy cakap...

its very funny that we as a science student can talk about religion like this...it seems like we know a lot about religion..

hai.... inilah kesan sejarah dulu.... beratus ratus tahun yg lalu... bila gallileo gallilae digantung mati sbb kata bumi bulat... semenjak itu berlakulah pemisahan antara gereja dan sc... berlakulah pemisahan antara agama dan dunia... agama yg sepatutnya... the way of life telah hanya dikategorikan sbg religion dan hanya terdapat di gereja2 dan dlm bible2 yg diubah-ubah itu...sekularisme!!!!

kesannya... mungkin dulu pergaduhan antara gereja dan masyarakat ini membawa maut... tapi kesan yg lebih teruk sekali adalah yg sekarang.... peristiwa yg berlaku beratus tahun yang lampau, telah menyebabkan majoriti penduduk dunia mempunyai tasawwur (gambaran) yg salah pasal fitrah dan realiti kehidupan sebenarnya.. termasuk umat Islam..

teringat kisah anakku sazali ... balik malaysia hari tu sempat juga tgk...
sazali : bukan saja rokiah pak...hahhaha bnyk lagi gadis2 di singapura ini menjadi mangsa sazali
pang!! (kene sebijik penampar di muka sazali)
sazali: (sambil pegang muka) kalau 20 tahun yg lalu bapak tampar sazali tentu sazali tak jadi begini....


lihatlah kesalahan 20 tahun yang lalu... hari ni baru nampak... kalau kesalahan 20 tahun yg bisa menjadikan sazali keparat singapura... pastinya kesalahan dan perancangan beratus-ratus tahun yg lalu bisa menggoyahkan tasawur umat Islam terhadap agamanya yg sebenar...

dan perancangan ini terus berjalan...Yahudi yg menguasai PBB, NATO, APEC, G-7 dan apa saja pertubuhan besar dunia ni tak habis2 melancarkan serangan minda ke atas umat Islam... ini target utamanya... "menjauhkan mereka dari Al-Quran".. berapa bnyk jaringan satellite milik yahudi... masa cik nur buat remote sensing... yahudi nih kalau dia nak tract org kat mana... 10 minit dia dah boleh dpt tract org tu dah...tract bukan sahaja setakat bintik2 anomaly yg kuar kat screen computer... resolution dia boleh sampai tgk kepala org tu sendiri... boleh tau baju apa dia pakai... tu la network yahudi...

dan kerana perancangan dan pelaksanaan utk mewujudkan negara "The Great Israel" ini terus berjalan... berapa bnyk jiwa2 umat Islam yang dah mati???
kesian kan org kat palestine tu.. nasib baik kita duduk kat malaysia...

brothers and sisters di palestine itu jauh lebih baik daripada kita yg duduk melangut kat malaysia (atau dimana sahaja sebenarnya)... kita nih yg sepatutnya dikesiankan... kerana jiwa kita sudah mati... jiwa kita gelap...jiwa kita jiwa pengecut... jiwa kita dah lama terkubur layu... walaupun nisan tak ada lagi

Wednesday, April 07, 2004


rahsia...

syarikat sabun Lux pastinya mempunyai strategi perniagaan sendiri.. begitu juga palmolive dan dettol... satu masa dettol menawarkan pembelian beli 3 percuma satu, dan lux pula keluarkan erra fazira sebagai model Lux, marketing strategi... semua ini adalah rahsia...

kalau kita pergi ke warung pak mat tepi jalan...
"pak mat amacam bisnes hari nih... ada untung ka??"
"ada la sikit2 din..."
tapi di rumah... "minah... abang rasa kita kene jual kopi ginseng dan juice buah buahan kat warong tu.. boleh tarik ramai pelanggan"

ini juga rahsia...

kabinet baru telah mengangkat sumpah seminggu lalu.. dlm sumpah mereka... hanya menyebut... taat setia.. dan menjaga kerahsian...

kerajaan Rusia telah menjatuhkan hukuman mati kepada beratus-ratus pegawainya.. kerana pecah rahsia...

anwar ibrahim dimasukkan dalam penjara... kerana khuatir memecah rahsia...

apa pentingnya rahsia...

elemen kerahsiaan ini wujud.. dari sekecil-kecil plan nak kawin... sehingga la sebesar plan nak tawan sesebuah negara... dahulu gerakan missionary kristian adalah gerakan yg halus dan rahsia.. sebelum orang Arab ditipu, Lawrence telah dihantar atas nama secret mission...

adakah berahsia itu menunjukkan sesuatu perkara itu batil????
kalau benar mengapa perlu rahsia???


mari kita menyingkap sejarah....

3 tahun Rasulullah di mekah... berdakwah secara senyap2... a.k.a... rahsia....
tahun keempat... Rasulullah berdiri di bukit safa, dan menyebut kalimah laila haillah muhammadarrasulullah...ini tidak bermakna baginda tidak lagi berahsia... gerakan di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam... bukankah ini rahsia??? setelah penghijrahan di Madinah... Rasulullah ada kuasa.. Abas bin Abu Mutallib, adalah Islam dan tinggal di Mekah... tetapi orang Quraisy hanya tahu setelah tibanya fathu Mekah....

jelas elemen kerahsian ini ada...rahsia bukanlah indicator sesuatu perkara itu batil dari kaca mata Islam...

Tuesday, April 06, 2004


My new notes

I found this really helpful.. third year sgt bnyk reading assignment... plus everyday duty to look for the prices for the major ore deposits in the world.. gi kelas everybody was talking about why the price of oil is increasing.. the tin is doing something weird and stuff... anyway... sbb bnyk sgt kene bc...

i cant just read and memorize everything... kalau baca je.. especially english nih... lg teruk dari baca buku cerita... so kene take notes.. but i found since im faster at typing than writing.. this really helps me a lot.. dulu.. 3 pages took me maybe more than one night .. (if and only if i stay up put all the way through la) tp skarang.. 3 pages... around 20 minutes.. save time ha.. heheh

Tin

remember when I talked about tin last few days... and today paulo was talking about tin... dia tanya kitorang who is the major producer of tin... dlm hati.. malaysia use to be one of the major producer tp malas nak cakap.. ntah... then... dia pun jawab laa... and betul la apa yg cik nur kata dlm hati tu... however i just thought that we are one of the major... but paulo said.. during the dulu2 punye time... Malaysia was the leading tin producer in the world.. and malaysia is still is the major producer now???? he was actually afraid that Malaysia will controlled the tin market... hey guys... our bijih timah actually form a belt... extending from burma to indonesia.. and guess what... the whole peninsula malaysia... (except of banjaran titiwangsa kat tgh2 tu) has the huge concentration of tin... in a very weird geological environment though...

anyway after everybody left the class... i was arguing with paulo and said that we all have run out of tin... he said.. no u dont.. u still have abundance of tin in malaysia... except maybe the one that easier to mine... has been mined... but Malaysia has the major concentration of tin in the world

and then on the way back home i was thinking of bringging this thing up to PETRONAS or something.. but then... maybe it doest worth of digging... or maybe kita dah pun built houses kan...

Civilisation

apo deh ya maknenya nih??? how can u define civilisation.. being in this country for more than three years makes me think of something so called western civilisation...

big questions is ....are we living in civilised world???? what is the indicator of civilisation... tall buildings??? 7 jaringan jalan raya tanpa traffic jam??? clean toilets??? freedom of speech??? good customer services??? easy access road...??? what tha...

nantilah sambung lain kali.. tak larat dah malam... however... if i were to choose where i want to live after graduating... hmmmm if im just thinking of myself... i would choose this country... tu kalau cik nur pikir secara selfish nya laaa.... kan kan kan.. sapa tanak hidup senang... tak yah risau pasal traffic jam... toilet kotor... dah la kotor kena bayar pulak tu... highway free.. ok laaa wassalam

Sunday, April 04, 2004


Genap setahun

Hari nih genap setahun cik nur blogging.. wahh... masa mula2 terasa mcm tak dpt bertahan je... tapi tak sangka dah setahun.. masa umur dia beberapa minggu.. org yg first tau.. my dearest housemate le.. danesz yg tahu.. and my dearest suya.. then.. sket2... lamo2... setelah setahun.. hmmm nama pun world wide web kan...

tapi... dok pk jugak.. apalah tujuan berblog nih... ntah laa.. mungkin nak keluarkan apa yg duk ada dlm kepala otak nih... mungkin ini tempat terbaik???.. anyway... apa2 yang baik amik dan jadikan lah tauladan... yg buruk buang dan campakkan jauh2... wallahualam

Kimberlite

masa mula2 buat email kimberlite_83@hotmail.com, tak tahu pun ada perkataan kimberlite wujud, buat sbb kengkononnya dekat dengan nama sendiri kan... tp masa buat blog ni dah tau la kimberlite tu dah wujud sebenarnya... kimberlite ni apa ya???

Kimberlite is an ultramafic rock... macam beberapa jenis batu yg lain.. eg andesite, kimberlite nih dpt nama dia from a place named Kimberley in South Africa... Apa yg menariknya?? Kat sini la derang jumpa kimberlite pipe that contained diamonds.Diamonds dlm kimberlite tak dek la best sgt kalau nak dicomparekan dgn diamonds yg dijumpa in rivers and marine placer deposits. However, kimberley has become one of the principal centers for the study of the igneous occurrence of the mineral... sbb... as we all know from the principal of thermodynamics (masa first year ada belajar rasanya).. diamonds will turn into graphite bila dah tukar pressure.. and it has been studied that diamonds are not stable in Earth's crustal pressure.. so originally diamonds are stable in mantle punye boundary lah... tp mcm mana diamonds boleh preserved in these kimberlites pipe is one of the most magnificient kuasa of Allah... :)

Dijadikan cerita, Australia (one of major diamonds producers under Bhp) dan South Africa (de beers rasanya nama company tu) dah berjaya commerciallise kan diamonds that were found in kimberlite pipes... dgn beberapa marketing strategies.. until they are very desirable now

diamonds

Diamonds is the hardest mineral on MOHS hardness scale... plg keras laa sebenarnya... sehingga boleh membelah bumi (sbb diamond is use in drilling pit) ... they have been caracterised by 2 kegunaan... germs and industrial diamonds industrial yg org guna kat drilling pit and germs yg org2 perempuan suka dok pakai tu...

Diamonds diukur dgn 4 Cs.. Carat, Clarity, Color, Cut... and dia nye range (cam classification laa) dari D, E, ..... M, N, O. Lady Diana pakai the most expensive diamond... class D... artis2 holywood E,F,G... and normal wedding ring range from H up to O... :) tapi kalau korang tanya pakcik kedai emas biasa nak diamond class E or F mungkin derang tak tau... tp lainlah kalau directly tanya kat de beers ke...

(apasal laa merepek pasal diamond plak nih... hehehhe sorry... )


Geophysical Data Processor


I've started my first training at G-tek Australia as a Geophysical Data Processor today. The work was pretty straight forward. Maybe because we got a simple data to start with. The supervisors ensured us that the data will be much complicated later on. It was quite tedious though

Friday, April 02, 2004


What kind of traveller are you

ada org jalan2 suke tgk permandangan... ada org suka shopping... ada org... suke tgk orang.. ada org... suka duduk kat hotel dan gunakan segala kemudahan hotel yang ada... bnyk org bnyk lah ragam.. cik nur...

cik nur??? cik nur suka berjalan dan tgk tempat... org or whatever.. but nature touches me the most... whatever can be recorded in the camera... first and foremost.. nature... sceneries... rocks.. mountains.. rivers.. beaches... sunset... sunrise.. bulan mengambang... especially tpt yg ada magnificient rocks... heheh and after that.. maybe the culture of the place itself...

kawan utk travel pulak... ada org pilih bulu utk travel.. me??cik nur juga agak memilih laa... i prefer to walk with geologist... tak kira la org putih ke org melayu... solat is not the major problem for me... because the Earth is terbentang for you untk solat....then.. maybe my friends... terutama yg menjaga agama... kalau dpt yg dua2 lagi best... hehehe... tapi at the end tak kesah pun... as long as you r being firm with what u believe.. go ahead....i want to be a geologist without the "miners" attitude...

Allah itu tahu apa yg terbaik buat kamu

hati yang berbolak balik??? tadi.. semuanya dah diluahkan dekat mak... dgn keadaan teresak-esak tu... dan mak tak bagi jalan mudah dengan menyatakan apa2 solution... tp at least lega... segalanya dah diluahkan... alhamdulillah...


bagai anjing dengan kucing


Thursday, April 01, 2004


Allah itu kan maha adil

dua tiga hari lepas...call huda hilmi... dah lebih kurang sebulan kat germany.... cerita dari lepas spm sampai dah sebulan kat german.. lama doh... she did almost all the talking.. hehehe biasa laa huda... anyway... yg menariknya di sini... biasa laa kalau duk sembang ngan bebudak german nih.. mesti merungut susahnya belajar.. lamanya derang belajar... lalu dicomparekan dgn budak2 yg fly awal...

tidak ada apa yg lebihnya di sini siapa pun... Allah tetapkan derang gi german... dgn allowance yang bnyk dan berlebih dan masa yg lama... korang nak pergi jalan mana2 korang suka pun boleh... malah duit allowance yg sebulan tu pun dah cukup utk balik malaysia (mengikut cerita huda)... tapi kitorang... nak gi adelaide pun berkira2 ... jgnkan adelaide... balik malaysia pun dah start menyimpan dari sekarang...jgnkan balik malaysia... field trip pun kene dahulukan duit sendiri dulu... kalau setakat 2 3 ratus tu boleh lagi la kot bernafas.. kalau sampai cecah empat angka.. wah 2 minggu field trip ku sama ngan ticket balik malaysia... how nice... itulah bezanya... Allah kan maha adil ... Dia tau apa yg terbaik utk setiap hambaNya itu.. kalau semua org baik utk belajar di german... semua lah akan gi germany... kalau gitu satu dunia nih nama dia germany lah...

walauapapun cik nur sungguh sgt sgt bersyukur.. walaupun duit tak sebnyak mana.. tp cukup la.. kan nak bnyk mana lagi??? mungkin cik nur tak dapat menda yg org lain dapat... tp apa yg cik nur dpt adalah jauh lebih baik dari apa yg cik nur tak dpt... hehehe


BULI??

Malaysia gempar lagi dengan kes buli... buli maut man... aduh sedih dan sayu cik nur tgk gambar Allahyarham Farid tu.. mmg la org boleh kata dah ajal.. tapi mahukah kita adik2 kita ditamatkan riwayatnya begitu??? belum pun surut kisah Allahyarham Nurul Huda... dtg pulak kisah baru... mmg kita di ambang jahiliyah sekarang nih... kalau ditika zaman Rasulullah dulu Umar sbg bapak yang bunuh anak dia... skarang nih kawan2 kita membunuh sesama sendiri... salah siapa ya???

Kalau lepas kisah Allahyarham Nurul Huda .. syarizat sibuk bincangkan isu sama ada nak "kasi" perogol atau tidak... skarang nih apa laa pulak solution yg bakal dikeluarkan... sedih ... sgt sedih... bukankah baik kalau ikut hukum Islam.. qisas... bunuh di balas bunuh... tapi nanti depa cakap pulak... takkan nak bunuh 16 budak??? whatever laa.. malas nak comment...

apa yg kita boleh buat ya???

itulah seperti yg selalu cakap dulu.. kita tak ada kuasa nak buat apa2 skarang nih... nak mengundi pun belum cukup umur... nak canangkan dekat kerajaan pun bukannya depa nak dengar... so... apa yg kita perlu buat... balik la semula kepada fitrah... buangkan dunia dari dalam hati... merdekakan diri... masuk dlm Islam secara menyeluruh.. jgn ambil separuh2... nih bukan cakap kat org lain.. tp diri sendiri... mungkin kita belum lagi hayati .. feel... or maybe be in the Islam yang syumul...usaha tak cukup lagi nih.. wallahualam...


Materialistik

kalau dalam course kene buat practical..baik buat kat oversea... e.g australia... practical with petronas.. dpt allowance RM 500 per month ... kat aussie... average... $AUD600 per week amount of work.. sama je lebih kurang... contohnya kerja ngan BHP billiton 7-5pm weekdays... ngan PETRONAS pun lebih kurang juga... 8-5ptg... Life???? ada yg risau kerja dgn company org putih susah nak solat dsb...yg nih really comes to individual sensitivity... mcm kalau kerja dlm group atau company Islam derang akan azan dan mewajibkan setiap pekerja gi solat je??? dari cerita kawan2 yang buat practical dengan PETRONAS... solat zohor masa lunch time... solat asar.. bila dah abih kerja.... sama gak keja ngan org putih... masa break lunch tgh field trip.. solat lah... dlm pukul 5... solat asar pulak.. kalau tpt jauh kan ada rukhsah...

Experience kalau nak kerja sambil belajar... belajar la dari orang putih... kebanyakan yg cik nur jumpa tak kedekut... curahkan apa je yg derang rasa nak curahkan... tanya je apa yg korang nak tanya...plus if u get practical with company like BHP billiton, Santos.. Rio Tinto.. Schlumberger(btol ke eja nih)... derang punye teknology lagi macho gile dari PETRONAS... time nih laa nak kaut sebanyak-banyaknya.. disamping... allowance yang banyak...

so... perbandingan kasar... 3 bulan kerja di malaysia... RM1500... tiga bulan kerja di Aussie $AUD 7200... dengan workload yang lebih kurang sama

"tapi balik malaysia dpt jumpa family..."
this is one of the advantage la kalau dpt kerja dekat dengan rumah... tapi kalau practical dekat KERTEH??? sama je kan... tambah lagi kat kerteh tu.. daripada cerita kawan2... rasanya kerteh tu sama je macam Mt. Isa mine... Hamersley Basin... tpt yg maju sbb bnyk miners kat situ... so... mungkin juga bilangan pub and club di kerteh sama mcm Mt. Isa Mine..??? <--- nanti cik nur buat research pasal nih... heheh...

kesimpulannya jika ada peluang utk kaut ilmu org putih nih kaut lah bnyk2... sebanyak mungkin...!!!!Kepada kawan2 yang amik engineering... tak kira la di Malaysia ke Australia di mana2 shj... kalau Pet scholars mcm dah wajib keje kan.. tp kalau bukan... minta je kerja kat all the mining company around the world... top five list??

BHP Billiton (one of the most profitable mining company... business ranging from oil and gas, coal, iron, copper, diamond etc)
Rio Tinto (lebih kurang mcm Bhp tp bawah sikit rasanya)
Exxon Mobil (top 5 ranking fortune 500)
Shell (pesaing hebat Exxon Mobil)
Santos (minyak...tp nih Australia laa mainly)
Schlumberger (company nih makin naik.. and diorang suke send org oversea... a few people quit sbb had enough of travelling)
Anglo Coal, origin energy, Century,etc... other mining company yg kecik2 la kot (arang batu seperti nama yg tertera)
Geophysical company---> e.g ER Mapper, dsb (ini utk budak2 yang amik course like IT... sbb this sort of company they do a lot of exploration work.. selalunya amik contract from other mining company... they do hire software engineers...)

does this sound that i am so materialistik????

anyway... tak kesah laa... nih just information.. kerja kat mana pun sama... penat balik kerja.. demanding... tp .. with this company dpt lebih sket... tambah lagi skang nih believe me they are so much in need of people... heheh... apa2 lah..

somehow kepala otak mcm diorientedkan utk fikir pasal menda2 cenggini.. apsal ye... lecturer hari2 duk suap memenda cam nih... skang nih belajar... more to application... kat mana nak cari copper, iron, chromium... environment cam mana nak cari petroleum... coal... apa indicator dia.. and at the end akan buat assessment whether is it worth of digging or not... best techniques to use... ada a few times paulo (ore deposit lecturer) repeated this line...


"dont worry about the environment, use big trucks, dig it make a big hole, and dump it with water and make it a resort or something

this method is used to mine low grade abundance ore...tp when he said this thing.. suddenly teringat kampung... betapa daerah kinta dulu sgt kaya dengan tin... (bijih timah) skang nih jadi apa??? semua sebab penjajah keparat tu??? and semua sbb org melayu.. terus MELAYU... skang nih simpanan timah yang melambak dikaut tu.. ada berapa bnyk dlm simpanan rizab negara???? skang nih kita yang kene beli balik timah2 tu balik... sungguh memalukan...

salah satu menda penting yg diassess dlm economic geology... adalah cara yg terbaik utk extract the ore... and kalau kita tgk btol2... sapa yg jd pengeluar terbesar ore deposits in the world... US ke??? UK ke???
Facts
South Africa --- major producer of chromium, diamond, iron, and bnyk lagi lah
Brazil--- use to be major producer of a lot of minerals (nih masa 1980s)
PNG (popo new guinea <--- tak reti nak eja).. pergolakan politik bnyk jadi kat sini skang nih sbb orang putih nak exploit ore... kerajaan Australia cover pengexploitasian ini dengan kengkononnya bagi scholarship to PNG students
Africa seluruhnya-- Zimbabwe, Botswana.. major producer in a lot of ore deposits...

mcm mana tpt2 nih boleh jadi major producer??? main point... slaves dekat one of the kimberlite pipe (tpt derang cari diamond) in South Africa ada at least 4000 of slaves every day... see... syarikat2 keparat nih akan gunakan kita jika kita tak berfikir...

australia ada as much as chromium concentration as the Bushveld complex in South Africa... tp BHP billiton decide tanak proceed with the mining sbb tak cukup slave and very costly utk bawak slave dari africa...

Dunia Islam
mcm nih jugak jd pada dunia Islam kita... facts--- 90% of the world oil is produced by middle east country.. yang melabelkan diri mereka sbg "Negara Islam"... mainly came from Saudi Arabia and Kuwait... tp berapa bnyk duit minyak2 nih sampai kat org Islam???? semua memenuh dan mengenyangkan perut2 penyangak2 tu...

fuh bnyk la pulak type... kesimpulannya... apa ya...ntah la... tp sapa yg takdek ilmu nanti kene tindas terutama sekali bila we live in this jahiliyah world... riba' halal di satu dunia...

menda ringan sket..

tadi sembang2 dengan rod... he's retiring this year... after 31 years of teaching... cik nur tanya la sbb apa??? he said dia penat dengan uni punya birochracy... main thing.. nak buat field trip susah... semua kene buat risk assessment... itu dan ini... padahal menda biasa je... uni... seperti penyagak2 mineral yang lain nih lagi suke duit masuk poket dari keluarkan org2 yg bagus... cost field trip kali nih menjangkau angka $1000 dollar... termasuk flight ticket

"i love the teaching part.. but i cant stand the birochracy.. let the younger people do it.." hai laa... sedih.... rupanya kitorang undergraduate yg last dpt dia...

ok dah type bnyk... wasalam