Saturday, October 30, 2004

uni oh uni...

uni oh uni


semalam, Jumaat.. adalah hari yg plg hectic sepanjang kehidupan di uni ini setelah 3 tahun. Assignment yg last lambar hantar 1/2 jam. Nasib baik lecturer tu baik dan tunggu kat sekolah, alhamdulillah


tp tgh duk buat assignment yg last tu. (adalah sgt relax sbb lagi setengah jam nak due, baru nak buat didepan komputer). ini adalah kesan kemuakan cik nur dengan project dan assignment yg perkataannya sampai 4000 satu assignment, ada 5 major, dan 4 buat pasal petroleum source rocks, and yg last tu copy and paste je dari yg 4. abaikan.. tp tgh2 duk buat tu.. adala seorang makhluk Allah ni cakap dengan nada yg begitu mengejutkan sekali


"Kimah!!! Kimah tau tak hari ni hari apa???"
"Haaa hari apa??" tanya dgn suspen
"Hari ni hari last kimah gi uni.. lepas ni dah tak dek gi lecture, tutorial, prac.."
"Aaaah.."
sadly it was almost five and I haven't notice that it was my last day at uni..


so practically, hari ni jalan-jalan (naik kereta) keliling uni, tangkap gambar jacaranda (aka jack maranda)- lalu terstranded dengan bros dlm keadaan ku sdg beraksi seperti seorang profesional photographer (sungguh memalukan!), gambar uni tak tangkap sbb tak cukup filem, tu nanti2 aa buat, sunlight hari ni tak intense sgt colour kat great court kurang menarik..


Kenapa kita belajar??


haaah? dah habis (almost) belajar baru fikir kenapa nak belajar??? Tapi, cik nur rasa, kita semua (most of the scholars) belajar sbb ikut acuan kerajaan. Kalau korang tak rasa, cik nur sgt rasa. Acuan yg dah kata kita belajar tinggi2 utk dpt kerja bagus2. dengan siapa?? dengan company bagus2 (spt petronas), lalu beranak pinak kan kengkononnya anak2 org bagus2, tp dijaga oleh org gaji indon. sungguh lah bagus!!!


what's next
ada seketul project kecik lagi yg due hari isnin..
8 nov, start exam, dan straight sampai 17
then..


bagi sesapa yg tertanya adakah cik nur masih di sini taun depan? Wallahualam. Kemungkinan besar tidak. penasihat pelajar kita yg sungguh disayangi tidak akan merecommend cik nur utk sambung belajar (dan dia punya recommendation consitute around 50% of my chance to further my study here = probability je tp Allah boleh tukar segala-galanya kan).

Tuesday, October 19, 2004

imanan wah tisaban


Ramadhan: Hadirmu bersama keampunan

assalamualaikum warahmatullah, selawat dan salam buat rasul junjungan... ramadhan mubarak kepada semua... semoga ramadhan kali ini outcome dia seorang individu muslim yg betul2 "islam"


cik nur nak share sikit, share a hadith from syeikh ahmad talk at Kuraby masjid last saturday. Sorry lambat post..


Abu Huraira related that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven (Bukhari, Muslim).


Imanan wah tisaban..


dlm hadith di atas.. imanan wah tisaban, bermaksud, with faith and seeking his reward. aka - Dengan keimanan, dan mengharapkan ganjaran.. Maka, marilah kita menjadi hamba pada bulan ini, dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran. InsyaAllah, we'll be a better muslim after a month..


p/s - cara Rasulullah membasahkan benda kering - imanan wah tisaban...

Wednesday, October 13, 2004

sekitar lawatan

Sekitar Peristiwa


Seperti yg telah diceritakan pd entry sabtu lepas. Maka pada malam ahadnya, terdatanglah seorang org yg dipanggil orang yang duduk di kerusi tempat orang bersidang ke sini. Anyway, daripada lawatan beliau, ada beberapa pekara yg cik nur nak comment.. (Bnyk la pulak saya punya komen)


Pertamanya mengenai isu tempat perjumpaan, malas nak komen bnyk2 Cuma rimas di dalam rumah yg agak kecil itu utk dimuatkan berpuluh manusia. Tanpa adanya pengasingan lelaki dan perempuan. Tapi buat tak tahu je laaa (adakah ini attitude yg wajar????.. abaikan buat sementara waktu)


Beliau menerangkan, currently ada tiga major perkara yang menjadi agenda utama badan pimpinan beliau (Baca: badan yang menjaga ISA); dadah, perpaduan kaum, dan masalah perpaduan Islam dan bukan Islam


Dadah oh Dadah


Masalah dadah wajar dijadikan agenda besar Negara. Takkan lah sampai kenaikan 4000 penagih sebulan, perkara ini masih ingin didiamkan. Namun, sejauh manakah langkah pihak memerintah untuk menangani isu ini masih menjadi tanda tanya. Bagi cik nur, masalah ini tidak akan selesai dengan hanya gedegung gedegang mewar-warkan kempen anti dadah.


Cuba tanya kepada org yg hisap rokok. Berapa ramai yang tahu bahawa rokok itu membawa bahaya? Alah doctor pun ramai yg hisap rokok!!


Masalah dadah adalah masalah sosial. Masalah dadah adalah bukti kegagalan system pendidikan, sama ada formal atau pun tidak formal. Masalah dadah adalah kesan-kesan dasar-dasar ekonomi yang mengetepikan kemanusian. Masalah dadah adalah masalah jiwa. Jiwa-jiwa yang kosong dan tandus. Tandus dengan kasih sayang, tandus dengan cahaya dan nur Allah, tandus dengan kemanisan Islam.


Jadi, masalah ini hanya akan dapat di atasi secara kolektif. Jika kegawatan ekonomi Negara "diselesaikan" dengan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), jangan fikir masalah dadah akan selesai dengan mewujudkan satu badan untuk bertindak secara ad hoc. jangan lah juga mengharap masalah ini dapat diselesaikan dalam masa 10 tahun.


Menyingkap sejarah Rasulullah, umat ketika itu berada dalam keadaan tandus, terutama jiwanya. Namun setelah 23 tahun, ketandusan jiwa itu terisi, bahkan ia membuahkan hasil dari sudut ekonomi, dan kekuasaan (Baca: perluasan empayar). Nak tahu formula dan cara…. Kaji dan bacalah sejarah… tapi tentunya dari sumber yg boleh dipercayai, jika masih ragu-ragu jumpa lah pada yang arif.


Perpaduan bangsa..


Isu social contract dibangkitkan lagi. Kali terakhir isu ini dibangkitkan dan membuahkan perbincagan secara ilmiah, ketika di Kursus kepimpinan tun razak sekitar januari 2001. untuk membincangkan isu ini, kita perlu ada remote control dalam diri sendiri, yg hanya menghadirkan otak tanpa interruption of emotion. Bagi cik nur mudah, aku melayu atau bukan melayu, di mata Allah, hanya Islam menjadi ukuran.


Memang isu perpaduan bangsa ini telah menjadi isu Negara semenjak sebelum merdeka lagi. Penjajah keparat telah berjaya meletakkan 3 bangsa utama di Malaysia, yang pastinya hanya konon-kononnya boleh duduk bersidang bersama. Beliau (Baca: org yg buat lawatan) juga kata, kalau ada 2 races, mereka boleh jadi kawan, tapi dengan kewujudan 3 races, susah untuk dijadikan kawan.


Again bagi cik nur mudah, pandanglah manusia dengan pandangan roh, bukan pandangan tanah. Nescaya akan jadi dua.


Sekitar isu social contract


Apa social contract ni? Ntah korang cari seniri, akta dia tak ingat la pulak dlm kepala, tp dia sort of perjanjian org melayu, dan cina, dan India, mengenai hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera selaku bumiputera di Malaysia (dulu Malaya).


Bagi cik nur, akta ini perlu dikaji semula. Hak-hak keistimewaan orang melayu perlu dikaji semula. Setelah 40 tahun merdeka, Negara telah melalui beberapa revolusi pendidikan. Tidak ketinggalan dengan dasar2 ekonomi baru,Negara juga dengan terbukanya menerima dasar globalisasi barat. Dengan sedikit kerisauan bahawa dasar ini akan menjadi punca neokolonialisme (penjajahan bentuk baru), dan anuar ibrahim yang risau dengan isu Negara-bangsa.


Kalau dulu, mak bapak kita baru nak belajar membaca, sekarang dengan system pendidikan merentasi benua (bilik darjah bukan lagi 4 dinding tertutup), cik nur rasa social contract yg digubal 40 tahun yang lalu tidak lagi sesuai.


Kajian semula disini bukanlah bermakna melonggarkan dasar tersebut, tapi kita buat perlembagaan mestilah ikut suasana. Seperti ada yg tak kena kalau kita membiarkan maklumat bertukar tanpa sempadan, tetapi dasar Negara menyekat dan mengongkong.


Tapi ramai yang risau jika isu social contract ini dimansuhkan, orang melayu akan lebih ketinggalan. Argghhh sapa suruh jadi melayu (Jawapan ganas). Tapi fikirlah baik-baik, dan keluarlah dari tempurung melayu anda.


Anwar lagi….


Cik nur dah muak dengan isu ini. Tidak mahu mengulas banyak-banyak sebab apa yg berlaku adalah terbaik untuk semua. Titik.


Ketelusan mahkamah


Mungkin ramai yang tidak tahu dan sedar bahawa pemindaan satu-satu dasar dan akta, akan mengubah banyak perkara. Cik nur juga tidak ingat akta yang mana yg memberi bukti bahawa mahkamah Malaysia tidak lagi bebas dari pengaruh badan eksekutif. Tapi, ini adalah kesan 20 30 tahun yang lalu. Kisah Tan Sri Abas (kot nama dia) dan sorang budak cina masuk islam (tak ingat juga nama dia). Persoalan di sini mudah, siapa yang melantik hakim2 di mahkamah itu? Ingat… hakim2 itu bukan org paling berkuasa, mereka juga ada “bos”.


Ajaran sesat


Isu ini seperti bias sahaja. Daripada cara beliau mengulas isu ini, cik nur rasa ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Tapi secara kasarnya, cik nur menghitung bahawa mereka (orang2 yg duduk di kerusi dan bersidang) risau masalah ini menular kembali. Sama ada yang sesat betul atau yang lurus, tapi dianggap terpesong kerana tidak sama dengan definisi Islam yang moderate (baca: hadari).


Rumusan


Lawatan bukan sebarang lawatan. Tapi cukuplah untuk dinyatakan disini, kalau kita lihat, amati dan fikir dalam-dalam, kita akan dapat tahu apakah isu-isu yang berlegar di benak mereka. Apakah isu-isu yang dikhuatiri sama ada kepada pembangunan dan ekonomi negara atau kepada kedudukan dan kuasa-kuasa mereka.


Fuh, lama sungguh rasanya tidak menulis begini. Ada yang risau dan menyatakan kerisauan apabila cik nur mula mengeluarkan pendapat yg “ilmiah” lalu memukul dan menampar banyak pihak. Antara reaksi mereka “takut kau join politik”. Kepada sesiapa sahaja yang takut, jangan risau, tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi ahli politik. Bahkan untuk menjadi sayap kepada bakal ahli politik juga cik nur rasa tidak mampu. Ini hanyalah luahan fikiran, kesan pendidikan yang diberikan oleh kerajaan memerintah di Negara Malaysia tercinta. Harapnya mereka boleh tersenyum apabila ada anak muda yang berfikir, tidak duduk melepak dan hisap ganja sahaja. Peace everyone.!!!

Sunday, October 10, 2004

apa kaitannya


apa kaitannya????

tgk blog patrol, antara org yg masuk blog saya antara perkara2 yg disearch..

1. kumpulan manusia di suatu tempat
2. meeting di tempat yang lain

lalu... pd malam ini akan ada perjumpaan dengan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri...

hahahha apa maknyanya ini????

Friday, October 08, 2004

hibernating... peace!!!

Wednesday, October 06, 2004

essay yg direject


REJECTED!!!!

berbalik kepada issue palaebiology (satu subject yg menaikkan kemarahan saya dan membuakkan kebencian je bila mempelajarinya), saya dah hantar first draft, utk term paper. Well, hr ni dpt balik draft tu. Tajuk dia.. Micropalaeontology Application in Petroleum Exploration: A Review of Application Advances and Limitations of Biostratigraphy and Palaeoenvironment. Fuh gempak tak, topik yg keluar dlm masa 2 minggu lepas.

Tp malangnya, sy dpt balik draft ni, dan lecturer saya reject. Dia suruh tukar topic lain. Dia kata not controversial enough, dlm hatiku rasa nak menjerit dan terajang je pensyarah tu. Lalu mulut ni pun kata lah.

"Saya berminat dekat satu topik ni. Anti-Darwinism"(read dlm bahasa inggeris)

kesimpulannya dia tak bagi buat topik tu sbb saya tak akan kupas dr aspek sains, tp sosiology dan theology. Cis. Apa lagi yg kontroversi???? Cakap pasal evolution. Bila nak kupas pasal anti-evolution tak bagi pulak..

Tolong!!!!! sanubariku tersepit dengan dunia yg hampeh lagi menjijikkan ini!!!!!! Kenapa la org suka tgk saya rasa pathetic.

Antara Prinsip dan Kepentingan..

Seriously malas gila nak buat term paper tu. Melanggar prinsip atau menjaga kepentingan?

ever feel pathetic


ever feel pathetic????

saya rasa sungguh PATHETIC right now. Bnyk sgt menda nak buat, but kita risau kpd menda2 yg tah pape, ntah pape dlm erti kata, kalau kita tak buat, dunia ni ttp jadi mcm ni. For instance, studies about rocks... keskeskes..

mmg la selama ni saya begitu menenjoy apa yg saya buat? Ouuuu really???? Anyway, geology ni sgt best masa first year, second year kebesesan nya semakin berkurang, third year makin lg kurang. Tp sapa yg amik geology sbg religion mmg akan kata dia best throughtout the year. Tak kesahlah, tp nak cakap disini bahawa... bayangkan, korang kene study menda yg org lain dah study dah, then kene argue memenda yg org dah lama argue, kalau setakat batu dan formation, dan geology sesuatu tempat tak kesah laa, ini korang kene belajar pasal palaeo biology, dlm erti kata lain, serangga, ulat2, dan microorganism yg dah lama mati!!!!!! I feel so pathetic!!!! fuh

a bugs life

most of the walt disney cartoon are awesome, they can teach u stuff that hasn't been thought at school. such as, feeling pathetic.. tp nak cerita kat sini, pi la tgk a bugs life... ni kengkononnya mahatma ghandi version semut..

kekuatan: quality atau quantity
Council on American-Islamic relations (1999) estimated that there are 1.2 billion Muslims, this represents more than 20% of the world's population. org Islam ramai, tp org Islam tak kuat. mereka bnyak tetapi mereka lemah. Kalau mereka kuat, mesti at least mereka dah boleh amik balik palestine. kalau mereka kuat mesti mereka menguasai dunia, kalau mereka kuat, tak perlu adakan persidangan oic, pasti dunia akan selamat dan penduduk dunia hidup dengan amannya..

Kenapa mereka lemah?
Satu persoalan yg jawapan dia sgt lah panjang. Satu masalah yg berpunca dari perancangan sejak perang salib ke-8 lagi. Satu agenda serangan intelectual yg diterajui oleh syaitan laknatullah ketika menghasut adam dan hawa.

Ia kecil Ia gagah
saya tanak jadi org Islam yang lemah. teringat satu iklan jus apa tah kat malaysia.. motto dia "Ia kecil ia gagah"... saya nak jadi org yg gagah ini. Marilah kawan2 kita jadi org yg gagah di jiwa, walaupun badan kita kecil...

wallahualam

Sunday, October 03, 2004

antara fitrah dan fikrah


antara fitrah dan fikrah

assalamualaikum warahmatullah,
selawat dan salam buat Rasul junjungan. Setelah agak lama menyepi, saya terpukul untuk menulis tentang tajuk di atas.

Perkara ini sering dibincangkan, atau setidak-tidaknya menjadi tanda tanya, atau mungkin menjadikan beberapa org manusia gundah gulana dan confius. Mereka-mereka ini selalunya mereka-mereka yang sudah mula terpukul dengan kesedaran Islam, dan sudah ada benih-benih mahu bekerja untuk Islam. Mereka-mereka ini selalunya adalah terdiri dari golongan muda, 19 hingga 22 tahun, yang selalunya telah ter"couple" sebelum mereka memahami kehendak Islam, baik lelaki mahupun perempuan.

Saya sendiri pernah mengalami pengalaman ini. Atau mungkin juga sedang mengalaminya. Antara fitrah dan fikrah? Satu persoalan yang amat mudah dijawab jika kita mengetahuinya.

Persoalannya di sini, kita bermain dengan hati, perasaan, jiwa, raga, yg amat halus. Tidak ada skema jawapan yang boleh sesiapa pun berikan utk menjawab persoalan ini. Tepuk dada, tanya iman....

Bagi saya mudah, ia semua bergantung kepada pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah. Sejauh mana kita melihat bahawa Allah itu telah menentukan segalanya untuk kita. Secara fitrahnya, Allah tidak akan mencampakkan perasaan yang sama kepada si dia, dengan perasaan yang sama kepada orang lain. Jika ini terjadi, maka rosaklah dunia.

Namun sejauh manakah kita ingin mendigest kefahaman kita, dalam erti kata lain "fikrah" dalam soal hati dan perasaan. Saya tidak tahu. Tapi satu ketika dulu, saya pernah mengepos cerpen tentang sakinah, dan hari ini saya akan letak lagi... bacalah puas-puas...

-------------------------------------------------


Sekembalinya di Christchurch kali ini membawa misi yang lebih jelas. 3 bulan di Malaysia memberikan gambaran yang jelas bagaimana penerimaan masyarakat terhadap orang sepertinya. Malah ibu bapanya sendiri memberi tentangan kepada Sakinah. Semenjak lebih sebulan yang lalu lagi hatinya sudah melonjak-lonjak untuk kembali semula ke bumi bertuah itu. Hendak bebas seperti burung-burung yang terbang mencari makan setiap pagi. Dia seperti burung di dalam sangkar bila berada di Malaysia. Apa saja yang ingin dibuatnya mendapat tentangan.

Bulan pertama Sakinah masih mampu meloloskan diri.
“Tiga minggu lagi ada gathering pelajar-pelajar Australia yang balik ke Malaysia. Alumni Australian yang buat. Kinah nak pergi boleh kan?” kata Sakinah memecah sunyi malam itu.
“Apa yang diorang nak buat?” tanya En. Hamid bapa Sakinah
“Ada kem motivasi sikit-sikit. Lepas tu mungkin ada perjumpaan dengan budak-budak yang nak fly tahun ini. So budak-budak tu tak de la susah nanti nak cari accommodation sebab dah jumpa budak-budak di sini,”

Alhamdulillah alasanya kali ini menjadi. Tamrin yang dinantikannya dari Australia lagi akan dia pergi. Rindunya membuak-buak pada rakan-rakan seangkatan dari Adelaide, Sydney dan Melbourne. Pada Salmi terutamanya.

Namun, dia tidak lagi mudah untuk pergi ke program yang seterusnya. Dia hanya mendengar cerita rakan-rakan yang pergi ke program Jaulah Qudama’. Orientasi pelajar-pelajar tajaan Petronas yang terpaksa dihadirinya menjadi penghalang untuk dia pergi ke Jaulah. Alasan gathering alumni sudah tidak diterima lagi.

“Takkan la dalam sebulan gathering sampai dua tiga kali,” balas En Hamid lagi.
“Tapi gathering kali ni ada jemput penceramah agama” Sakinah cuba membalas. Mencari ruang kalau-kalau ada rezekinya kali ini.
“Nak cakap pasal agama ke. Masjid depan rumah tu tiap-tiap hari ada ustaz datang mengajar. Dekat dan senang je,” Sakinah mati akal. Alasannya yang satu itu tidak diterima lagi.

“Akak tu balik setahun sekali. Cuba la duduk kat rumah sikit. Tolong-tolong mak masak, kemas rumah. Akak ingat KL tu selamat ke sekarang ni? Karang tak pasal-pasal kene cekup baru tau.” Soleh adiknya yang ketiga cuba memujuk.
“Degil. Keras kepala. Cuba la dengar cakap orang sikit. Ini tidak dia je betul,”
Sakinah masih membatu.
“Ada jugak yang kene penumbuk sulung malam ni,” getus hati kecilnya lagi. Pantas dia bangun meninggalkan Soleh. Dicapainya buku “Membongkar Jahiliyah” karya Fathi Yakan. Hanya buku pengubat duka dihati. Laju airmatanya mengalir. Terbayang wajah rakan-rakan satu persatu. Mungkinkah mereka sesusah aku untuk ke sana?

Dalam perut kapal terbang itu laju saja benak Sakinah berputar. Satu persatu video 3 bulan lalu dimainkan. Wajah Ali Imran juga bertukar sekali sekala.

“Astraghfirullah,” panjang istighfarnya malam itu.

“Sebab tu lah ramai sisters tak nak kahwin. Sebab tak jumpa dengan orang sefikrah,” kata Salmi.
“Tu la pasal. Kalau dari dulu lagi Allah campakkan pemahaman begini pada aku, mungkin aku tak membuat keputusan begini,”
“Jangan cakap macam tu Kinah. Kau seperti menyalahkan takdir.Jika dari dulu pun kau faham pasti keputusan itu juga yang kau buat,”
“Astaghfirullah,”
“Minta lah banyak-banyak pada Allah Kinah. Kalau kau tak mintak pun Allah tahu apa yang ada dalam hati kau tu. Tapi kalau kau mintak baru lah Allah sayang kat kau. Dia kan suka hambanya meminta-minta,’
“Kita lemah Kinah. Mintalah supaya Dia tetapkan hati kau. Minta juga Dia tentukan mana-mana yang terbaik untuk kau,” balas Salmi lagi malam itu.
“Entah la Salmi kadang-kadang aku malas nak fikir,”
“Ko paham kan. Fikir banyak-banyak pun bukannya aku boleh buat apa pun,”
“Ya ... aku faham sayang,”
“Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Kita doa je semoga kita boleh redha dengan segala ketentuan Dia,”
“Dia mesti tgh dengar apa yang kita bincangkan ni kan?”
“Eh itu sudah mesti. Tak payah kita susah-susah bincang pun Dia dengar jugak,”
terburai gelak dua sahabat pada malam itu.

“Kau tahu tak... Aku sentiasa suka chemistry antara kita,”
“hahahhah that is the best part laa,”


-------------------------------------------------


Apa kesudahan cerita sakinah???? Tidak perlulah dibincangkan di sini. Kerana Sakinah dan Ali Imran mungkin sudah berbahagia.

Tapi, apa yang hendak dinyatakan di sini. Allah itu Maha tahu. Benda yang ramai orang takut nak buat setelah mereka membuat keputusan kepada sesuatu perkara adalah solatul istikharah. Tanya dan mintalah pada Allah, untuk diberikan petunjuk mana yang benar dan mana yang salah.

Dalam surah Al-Baqarah: 216, Allah telah menyebut bahawa, "... sesungguhnya apa yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu, dan benda yang kamu benci mungkin baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu..."

Keluarkan hati ini, biar Allah sahaja yang memegangnya, dan janganlah biarkan ia berbolak-balik. Agar terus tetap di jalan ini. Kehidupan penuh dengan tanda tanya, dan manusia sendiri sentiasa risau kepada perkara yang dia tak ada kawalan ke atasnya. Hai laaa manusia manusia....