Friday, June 24, 2005

medan ini medan perjuangan


assalamualaikum warahmatullah, sudah lama tak tulis blog, hr tu ada tulis sekali, tp malangnya.. server down, and entry ku pun hilang.


Paradigm!!??


"Anjakan paradigma", satu ungkapan yang sinonim bila kita bercakap mengenai paradigm. Terbukti di dalam sejarah, perjuangan selalu juga dikaitkan dengan paradigm. Revolusi Inggeris dan Perancis, terjadi untuk mengubah paradigma rakyatnya keluar kepompong mereka ketika itu. Nah hasilnya, orang Eropah pernah dikatakan sebagai satu bangsa yang termaju di dunia dekad yg lalu.

Kebangkitan Meiji, menuntut pemudanya mengubah paradigma mereka, terbukti kini teknologi Jepun mampu bersaing bahkan menandingi teknology barat. Kini China, yang dikatakan bakal menguasai ekonomi dunia juga dalam proses mengubah paradigma rakyatnya yang telah lama terkongkong dalam sistem komunis.


Islam juga datang untuk mengubah paradigma. Bukan sahaja terhad kepada paradigma bangsa Cina, atau Jepun, atau Eropah, atau Melayu. Namun mengubah paradigma bangsa MANUSIA. Satu bangsa yang telah diamanahkan oleh Al-Khaliq untuk mentadbir bumi. Satu paradigma yang diturunkan untuk mengeluarkan penghambaan bangsa manusia sesama mereka. Satu-satunya jalan yang menyatukan manusia dengan kejadian alam sekeliling, satu-satunya jalan yang secara fitrah dan praktikalnya membawa kebahagiaan kepada bangsa ini baik di dunia mahupun di akhirat.


Namun, tidak ramai yang menyedari akan jalan ini adalah jalan yang terbaik. Justeru, proses anjakan paradigma untuk menjadikan jalan ini satu-satunya jalan hidup bangsa ini susah, berliku dan panjang. Paradigm, paradigm, paradigm.


Bersediakah anda???


Baru-baru ini kawan cik nur menyatakan kesedihannya. Dipendekkan cerita, dia graduate oversea dalam bidang yang very marketable bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh pelusuk dunia. Kawan-kawannya ramai lelaki, ada juga yang special, juga datang dari seluruh pelusuk dunia, graduate oversea juga.


Kerana niatnya untuk mengubah paradigma, dia dalam proses disatukan dengan seseorang yang sangat jauh perbezaan kehidupan, dan pendidikan darinya. Seseorang yg telah lama dibesarkan dlm kesusahan, dan yang paling penting, dia juga graduate oversea, tapi dari timur tengah. Bukan produk-produk jpa, atau mara, atau petronas yang kebanyakannya dihantar untuk buat engineering, dan medicine.


swasta!!!


Malangnya update latest yang cik nur tahu, niat mereka yang suci itu tidak direstui keluarga. Kerana pilihannya tadi, hanya mengajar di sekolah agama swasta. Dlm erti kata lain, sekolah kebajikan. Dan pilihannya itu dibandingkan dengan rakan-rakan lelakinya yang lain, yang kebanyakkannya juga bakal bekerja dengan kerajaan atau swasta.


Teringat kata seorang sahabat, “betapa rendahnya nilai sebuah program jika kita tak pergi hanya kerana alasan duit”.


Cik nur juga nak quoute
Betapa rendahnya nilai sebuah perkahwinan, jika dia tak jadi hanya kerana wang ringgit. Manusia boleh beli rumah besar, kereta besar, latest fashion in town dan lain-lain lagi. Tapi kebahagiaan tidak terletak pada masih banyaknya lagi wang di dalam poket bila di akhir bulan. Kebahagiaan tidak terletak pada betapa cantik dan besarnya rumah. Jika itulah indicator kebahagiaan, betapa rendahnya martabat bahagia itu!

Semoga Allah mudahkan awak... ameen