Wednesday, November 30, 2005

sangat sedih

sangat sedih... kenapa org keliling saya nak pergi dlm masa yg sama.. tak boleh ke buat rotation??? saya ada satu problem dr dulu... x boleh kene tinggal.. rasa nak nangis!!! mcm masa huda pergi sydney and all the girls gi melb 2 3 tahun lalu plak rasanya... sob sob

ijazah & risalah


Satu ketika di tengah-tengah kota Mumbai India, seorang peguam muda berbangsa India yang baru saja menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dari England. Beliau membeli tiket keretapi untuk duduk di kelas pertama. Tetapi malangnya sekali, apabila beliau ingin masuk ke dek kelas pertama, beliau dimarahi oleh orang-orang berkulit putih yang bilangan mereka tidak mencecah sepuluh ribu pun jika hendak dibandingkan dengan bilangan penduduk India yang beratus juta ketika itu.

“Tapi aku membeli tiket kelas pertama dan aku berhak duduk di sini,” kata pemuda tersebut. Berani.
“Kau orang India. Belakang. Di sini bukan tempat mu,” herdik bangsa kulit putih itu lagi

Dan pemuda tersebut ditolak keluar dari gerabak keretapi kelas pertama itu.

“Aku perlu buat sesuatu,” bisik hatinya
“Bangsaku ramai tetapi mereka ditindas” Seraya matanya melihat bangsanya berpusu-pusu di atas bumbung gerabak keretapi.
“Bangsaku ramai tetapi jiwa mereka mati” Seraya matanya merenung bangsa kulit putih yang angkuh itu.
“Bangsaku ramai tetapi mereka lemah” Benaknya menerjah ke England, bagaimana dia dihormati tetapi dihina di bumi sendiri.

Semenjak itu, pemuda tersebut mengumpulkan kekuatan. Hasilnya India merdeka secara FIZIKAL dari belengu penjajah British. Dan sehingga kini, nama dan jasa pemuda yang bernama MAHATMA GHANDI itu terus dikenang.

Seladang yang lemah

Tadi, setelah meneman orang berbuka, cik nur balik dengan Fiza. Lalu dan buat U turn di Jalan Maarof. Tapi perjalanan kami terhenti, sebab ada lori besar DBKL sedang menyiram pokok di bawah fly over (dekat traffic light persimpangan Jalan Bangsar dan Jalan Maarof – depan Dataran Maybank). Dan kami terfikir…

We were at the heart of Kuala Lumpur, yet the lorry has to come and water the plant at night. Don’t we have one of the 200 best university in the world? Haven’t we sent enough young graduates and to study abroad? After almost 50 years achieved our independence, they can’t even create an automatic sprinkler at the heart of Bangsar, at the one of the busiest road in KL???

Engineer makan gaji buta???

At first we came to this conclusion. Siapakah engineer DBKL? Kalau dia graduate oversea, pastinya dari United States, mungkin dari UK atau Australia. Tidakkah dia melihat kemajuan automatic sprinkler yang digunakan dia Negara-negara maju?Tidakkah dia mampu untuk membuat perubahan yang serupa di Negara sendiri? Tidakkah dia berfikir dengan wujudnya lori penyiram bunga di malam hari bakal mencetuskan accident di persimpangan yang sibuk itu?

Kalau pun dia bukan graduate oversea, he then just proved that Malaysian tertiary education is not compatible with the world market and can only produce graduates that know how to answer the exam question, but useless and only knows how to make money.

Add values

When we arrived home, I voiced it out to my housemate. She gave a totally different point of view:
“DBKL x ada duit nak buat sprinkler automatic,”

Then I started asking. Is that thing that mahal to install? Or else the money behind the back that matters??? But then, how about the multi million ringgit spent for all the concerts? Or multi million ringgit got from the concerts?? Plus multi million ringgit spent per year at all the clubs and pubs at the heart of the city?

Then as I walked upstairs, thinking of my automatic sprinkler and how a company can be built and get the tender from the government to install the sprinkler I started thinking of another problem.

“Kemungkinankah nanti akan ada orang yang curi air??”. And I nodded.

Masyarakat yang hilang TUMPUAN.

Ya Allah. People look!!!! We have a very serious problem here. We have a very confuse society. Masyarakat kita tidak faham pririority.

Kita ada segolongan pemerintah yang mementingkan diri sendiri. Mereka menggunakan nama untuk kepentingan peribadi. Mereka menggunakan pangkat untuk hidup senang lenang. (Ye laaa kalau perkara ni tak terjadi, mesti Pak Lah tak risau-risau nak banteras rasuah di awal-awal pemerintahannya) patutnya rakyat Malaysia sedar, bila Pak Lah buat begitu kita perlukan restructuring of the government because our government is corrupted. But somehow they said: Bagus pak lah, dengan Islam had-hari nya, lihatlah dia membanteras rasuah.

Kedua, kita ada golongan cerdik pandai yang kononnya pergi ke menara gading tapi mendapat ijazah juga untuk bergoyang kaki. Dapat kerja yang bagus dengan so called multinational company. Kemudian tidak berfikir bagaimana untuk add values. Prinsip mereka, aku aku kau kau. Selagi aku tak kacau periuk nasi kau, jangan kau dare untuk kacau periuk nasi aku.

Kemudian kita ada golongan masyarakat biasa yang juga tidak faham keutamaan. Pastinya jika DBKL meminta tax lima ringgit setahun dari setiap pintu hanya untuk menjayakan project sprinkler automatic di bangsar. Saya yakin mungkin tidak sampai 10% pun penduduk bangsar akan menyahut permintaan itu. Tapi tanpa disuruh untuk Afundi MAWI, seluruh rakyat Malaysia mengembleng tenaga. Hanya kerana kata-kata emosi yang dimainkan oleh aznil.

Apa yang lebih menyedihkan dan memalukan daripada itu, manusia yang sanggup mencuri air juga untuk kepentingan diri sendiri. Dan seterusnya masalah ini terbiar begini

Dimana sudahnya…

Minggu depan di hari dan waktu yang sama, akan ada sebuah kereta yang break mengejut dan cuba bergerak ke lane lain. Dan sekali lagi incident penghonkan kereta dari belakang akan bermula. Pemandu yang balik dari kerja itu pun marah-marah. Lebih malang lagi kalau berlaku accident. Sedih lagi jika ia melibatkan nyawa. Kalaupun bukan nyawa pengguna jalan raya, mungkin nyawa pemancut air yang berdiri di bahu jalan.

Ya Allah…. Banyaknya kerja kita……………

Wahai manusia sedarlah… tahu apa objective kamu dijadikan, sedar akan apa tanggungjawab, utamakan pririority, bersantunlah sesame manusia di atas muka bumi ini.

Wahai graduate, tidak inginkah kamu menjadi “Ghandi islam” di bumi bertuah ini?

Sunday, November 27, 2005

ukhuwah itu indah

ukhuwah itu indah

kadang-kadang kita terpaksa merantau jauh untuk mencari kekuatan. Kekuatan yang pertamanya untuk buang penyakit "wahan"<- cintakan dunia takutkan mati, dalam diri. seterusnya untuk bergerak melaksanakan tanggungjawab pd Allah. Dan kekuatan ini ada pada ukhuwah. Hati-hati yang bersatu kerana Allah. Hanya dengan pandangan mata, hati sudah bergetar, membisikkan yang kita tidak berseorangan. Sangat indah. Sedamai air di tasik perdana mengalir, sedamai itulah hati-hati yang berkasih sayang kerana Allah. Ya Allah, rahmatilah akhawatku, dan seluruh muslimin di atas muka bumi ini.
p/s - budak2 brisbane balik wajib call kima ok. nanti kita tour satu malaysia.. heheh