Thursday, February 22, 2007

Suntikan baru untuk gerakan Islam di Malaysia

Suntikan Baru untuk Gerakan Pelajar di Malaysia

Beberapa bulan yang lalu, saya terbaca beberapa artikel tentang gerakan pelajar di Malaysia yang semakin malap. Mungkin kesan desakan AUKU etc. Sejauh mana kebenarannya, walluhalam. Tidak menjalankan lagi kajian terhadap usaha2 gerakan pelajar dan sejauh mana mereka telah berjaya cuba untuk mengubah kijang yang pengecut kesan acuan pendidikan berbalik ke fitrah asal. Singa yang berani.

Namun jauh di sudut hati, saya dapat rasakan insyaAllah bakal adanya pembaharuan terhadap gerakan pelajar ini. Munculnya bibit-bibit kefahaman (yang sama namun diperbaharui dengan idea-idea dan muka-muka baru insyaAllah).

Namun jauh di sudut hati juga, saya berharap agar kebangkitan ini tidak menjadi seperti sebuah resolusi. Keadaan di Malaysia adalah sangat teruk sekarang. Semakin ramai wanita diperhambakan, dan ironiknya makin seronok menjadi hamba. Dikaburi dengan alasan hak, dan paling jijik lagi mensyukuri nikmat Allah. Pemerintah thaqut yang seronok diampu. Dikaburi dengan ideologi-ideologi islam yang cantik, namun di sudut implementasi (kita harap Allah membantu mereka). Desakan hidup rakyat makin menekan. Dan fokus hidup yang terarah pada materialistik semata-mata.

Umpama telur tanpa kuningnya

Anak ayam gred A, adalah kesan kuning telur yang benar-benar berkualiti. (Memanglah anak ayam yg baik itu kerja dan ketentuan Allah. Allah berhak untuk menentukan lahirnya ayam tanpa kuningnya, namun, ketentuan Allah itu juga bergerak dengan sunnatullah yang sangat cantik.) Jadi secara sunnatullahnya, ayam yang berkualiti, kesan telur yang berkualiti juga.

Putih telur hanya suplement kepada kuning yang bakal menjadi anak ayam. Yang mewujudkan perlindungan, dan makanan. Namun, apa bila perlindungan dan makanan (dalam erti kata lain nafsu dan serakah, atau material) ini terlampau banyak, dan telur ini tiada kuningnya, dikhuatiri, telur akan meletup. Dan berlakulah kerosakan yang lebih dasyat lagi.

Wahai anak-anak singa, dan helang rajawali, bangunlah dari tidurmu... sesungguhnya... ini keadaan ini hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari... kami memerlukan suntikan daei ilallah untuk menseimbangkan kembali ekosistem yang sedang pincang ini!!!!!

wallahualam.