Friday, March 14, 2008

A Gate to a New Oppurtunity

PRU12 menyaksikan pelbagai kejutan. TERKEJUT??? Tidak ada apa yang mengejutkan. Mungkin ya bagi pihak yang dahulunya memerintah di beberapa negeri. TERKEJUT kerana pertama kali mahu jadi pembangkang. TERKEJUT kerana ingatkan sokongan masih pada mereka. Pelbagai spekulasi yang telah dibuat, cuba menganalisis faktor KEKALAHAN yang TERBURUK itu.
Bagi mereka yang turun ke medan, pengalaman PRU-12 sangat bermakna. Bagaimana kakak-kakak, dan anak-anak turun untuk mendengar ceramah yang selama ini dilabelkan haram. Tetap kental walaupun di dalam hujan. Orang Cina tanpa segan silu dan takut-takut berdiri di hadapan masjid menyebarkan pamphlet. Orang India dengan bangganya mengibarkan bendera parti lambang islam. Tanpa sesen pun wang ringgit yang ditaburkan. Semua bergerak, bersatu "saffan kaan nahum bunianun marsus", dengan satu lingua franca - KEADILAN dan KEMANUSIAAN.
Alhamdulillah, jika perjuangan itu berlandaskan untuk menegakkan keadilan dan Kemanusiaan, antara prinsip islam yang terbesar itu, maka Allah telah berikan kemenangan bagi mereka-mereka yang menolong agama Allah.
Namun ia tidak terhenti dengan menang. Bahkan mengisi kemenangan itu adalah perkara yang lebih menyesakkan. Bantuan dana mungkin akan dihentikan ke 5 buah negeri ini. (BN hanya meletakkan kepala di tempat pancungan jika mereka terus melaksanakan agenda ini) Media perdana sudah beralih kiblat, jika dua minggu yang sudah tidak habis-habis menayang dan mempromosikan barisan nasional, kini mereka tidak sudah-sudah cuba mewujudkan propaganda kepada Barisan Alternatif. PAS dan DAP tidak boleh bersatu. etc....
Ramai rakan-rakan menyuarakan kerisauan.
"Macam mana ni, DAP menang banyak kerusi?"
"Kebanyakkan peguam IFC adalah orang DAP"
dan kerisauan ini tidak sudah-sudah.
As-SAFF dan Pilihanraya.
Sudahkah kita lupa surah yang selalu kita baca ini. Di kala penat di jalan yang kita yakini ini, surah ini kita lagukan. Lalu mengalirlah air mata kita dari sudut-sudut hati kita yang basah. Lupakah kita asbab turunnya surah yang begitu indah ini.
Ketika di Mekah, orang islam kena tindas teruk, sampai ada suara-suara yang bertanya bila nak berjihad. Tiba di Madinah, Allah perintah jihad, ada pula suara-suara yang tanya "kenapa kena berjihad time ni". As-Saff turun untuk bersihkan hati orang mukmin.
Macam kita, dulu kita janji macam-macam, turun harga minyak, turun tol, turun harga barang... apabila kita memerintah. Sekarang kita sudah memerintah... tunaikan janji-janji kita.
Dulu setelah selesai satu demi satu daurah, kita bertanya "Bagaimana nak berdakwah kepada bukan muslim, Kaum cina terutamanya?" Dan pelbagai lagi soalan. Sekarang Allah bagi kita peluang bekerjasama dengan bukan muslim itu, dan menang dengan bukan muslim itu atas lingua franca yang sama. Mengapa kita takut dengan mereka? Mereka juga manusia biasa, yang menginginkan ketenangan, keadilan, dan hak-hak kemanusiaan mereka dikembalikan. Mengapa kita seakan-akan termakan dengan propaganda yang dua minggu dulunya kita boikot?
Kita sepatutnya gunakan platform ini, untuk menerangkan islam agama yang suci dan indah ini dalam bentuknya yang sebenar. Secara positifnya, Allah sedang buka jalan pada kita untuk meluaskan daawah kita. Setelah itu, insyaAllah Allah akan mengizinkan manusia keluar dari perhambaan sesama manusia secara TOTAL melalui kita, hanya jika kita ingin menjadi penolong-penolong Dia.
Yakinlah, janji Allah itu benar.
Wallahua'lam,
P/s - penting untuk belajar bahasa mandarin sekarang!!!!