Wednesday, April 16, 2008

Permataku....

Di tengah kesesakan jalan raya, makcik tertidur lagi. Di sebelah, suaminya terus memandu. Tatkala matanya terjaga, mereka sudah sampai di perkarangan.....

"Haaa dah sampai dah??" kata makcik yang masih terpinga-pinga.
"Abang mesti sedihkan. Ada isteri, tapi setiap pagi pergi kerja tidur, balik tidur. Asyik tidur je" katanya dengan harapan untuk memberitahu rasa empathy nya kepada suami tercinta.
"Nak buat macam mana sayang. Isteri Abang bukan macam isteri orang lain. Ini je lah masa dia nak tidur. Sabar..." luluh jantung ini mendengar kata-kata itu sekali lagi.

Bermanfaat pd orang lain..... memilih pasangan yang sesuai.

Untuk pre-shahadatul haq yang lalu ada yang bertanya, apa kaitan memilih pasangan yang sesuai untuk memberikan manfaat pada org lain? (Rujuk huraian bermanfaat pd org lain dlm 10 muwasofat tarbiyyah)

Saya terdiam. Lalu cerita makcik di atas diceritakan sekali lagi. Dan sekali lagi air mata ini tidak dapat dibendung. Lajunya sama seperti pertama kali mendengar bait2 kata di atas.

Jika pakcik tidak membenarkan makcik pergi ke tempat2 yang biasa makcik pergi, bayangkan jumlah jiwa yang terbantut tarbiyyahnya. Bayangkan satu tenaga tidak diguna pakai sepenuhnya untuk pembangunan syarikat D. Ya memang pakcik ada kuasa veto untuk menentukan ke mana langkah makcik, tapi kuasa veto itu digunakan sebaik mungkin kerana dia amat memahami keperluan makcik untuk keluar.

Lalu dikorbankannya kepentingan sendiri. Untuk bersama makcik yang ceria dan tidak penat. Untuk makan bersama makcik. Untuk makan makanan makcik. Untuk mendapat layanan tip top makcik. Semua itu dikorbankan demi jiwa-jiwa yang dahagakan sentuhan makcik. Ya Allah luhurnya hati seorang suami....