Wednesday, February 02, 2011

Agar anak mencintai Al-Quran

pantang lihat ummi pegang quran, dia akan ambil dan mula "membacanya"

Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya): Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-quran karena orang-orang yang memelihara Al-Qur’an itu berada dalam lindungan singasana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan- Nya; mereka beserta para nabiNya dan orang-orang suci. (HR ath Thabrani).


Boleh baca link diatas untuk mengetahui lebih lanjut tentang 7M: Agar anak Selalu Hidup Bersama Al-Quran. Secara ringkasnya;
1) Mengenalkan
2) Memperdengarkan
3) Menghafalkan
4) Membaca
5) Menulis
6) Mengkaji
7) Mengamalkan dan memperjuangkan al-Quran


Al-Quran telah berjaya mentazkiyah generasi awwal, meningkatkan darjat mereka dimata dunia. Rasulullah diturunkan untuk membacakan, mensucikan jiwa, dan mengajarkan hikmah dan sunnah dengan Al-Quran (rujuk Al-Jum'ah:2). Sayyid Qutb menjelaskan berulangkali dalam mukaddimah tafsir dzilalnya bahawa hidup dibawah bayangan al-Quran meluhur, merberkati dan membersihkan usia seseorang.


Untuk al-Quran bertindak sebagai ejen penyucian jiwa sekaligus membuahkan amal dan perjuangan, seseorang itu perlu diperkenalkan dengan Al-Quran. Saya dalam usaha memperkenalkan Amir dengan al-Quran. Pelbagai method digunakan. Tapi tak de la konsisten sangat, lebih kepada ikut mood amir dan juga kelaratan ibunya. Secara kasar, Amir mula dikenalkan dengan huruf hijaiyah seawal lapan bulan. Kami banyak menghabiskan masa di dalam kereta. Jadi saya manfaatkan flash card hijaiyah/arab (sebab amir suka gambar) di dalam kereta. Card ini adalah dibeli ketika pesta buku 2009 (sehari sebelum amir dilahirkan).


Saya juga membeli buku kaedah al-furqan (atas saranan blog darwish darwisha) sebab amir tak begitu menggemarkan flash card, mukaddam plastik, dan juga buku kaedah "qaf" keluaran dawama (anak syarikat DBP). Amir paling suka buku qaf, sebab colourful dan ada star. Ketika saya mengajarkannya kadang-kadang dia buat tak tahu dan main-main. Namun, jangan putus asa, setiap yg dipelajari pasti ada yang masuk. At around 1 year old, dia request untuk mengaji (dengan menunjukkan al-quran) sebab itu rutin saya apabila selesai solat maghrib. Amir memang pantang tengok ummi membaca terutamanya al-Quran, pasti dia akan duduk atas riba. Tapi tidak kurang juga pages dan bookmark yang terkoyak.


Alhamdulillah, beberapa minggu lepas saya menziarahi ibu mertua (yang ajar mengaji), dan amir kini mahu duduk diam dan belajar/i.e ikut kita baca. Alhamdulillah kalau mood ok, sampai ya. InsyaAllah semoga usaha ini istiqamah dan dia seterusnya akan dapat membaca dan menghafalnya dengan lancar. Amin.