Friday, April 01, 2011

Dimanakah kau orang beriman?


kes 1
Saya didatangi seseorang... mula bercerita akan kesedihannya mendapat berita dikurniakan zuriat kedua. Ya "kesedihan"!!! Apabila diselami mengapa dia begitu sedih sedangkan beribu pasangan masih menunggu berita gembira penyambung zuriat, jawabnya...

"I'm planning to strive habis habisan this year..."

Hati saya: Sedihnya... seorang bayi penyambung zuriat bakal bekalan apabila sudah mati nanti lebih rendah nilainya dari kerja yg kononnya menjanjikan pulangan material yang akhirnya mungkin hanya berakhir di lubang jamban sahaja.


kes 2

Pelajar kolej swasta mula membuka kisah satu persatu tentang rakan sebiliknya, dan rakan-rakan di kolej mereka.

Pelajar A: Anak yang dia buang tu dia tak nak pun. Anak Nigerian.

Saya: I'm sorry to ask this question but...Macam mana seorang gadis Melayu boleh berkenan dekat Nigerian. (out of curiosity cuba menyelami apa yg sebenarnya berlaku di sebalik cinta terlarang itu)


Pelajar A: Sebab DUIT akak... kolej kami sangat banyak hidden course. PTPTN bagi berapa je. Mak ayah kerja tak seberapa. Nak tanggung adik2 lagi. Bagi yang ada iman sikit, buat kerja part time walaupun penat. Bagi yang kurang... di situ la akhirnya.


kes 3 "I nak tanya you sikit. Boss husband I suruh dia bagi some amount of money under the table dekat somebody dekat company xxx ni. Apa I nak cakap kat husband I ni?" kata seorang rakan yang amat saya sayang.


Mata saya bergenang. "Ya Allah beratnya kau uji mereka." "Cakap kat husband you, walaupun nilainya seringgit tapi dosa besar tu! sayanglah kat anak2 you. Worst case dia kena sack. Yakinlah rezeki semua dari Allah. Kalau Allah takdirkan dia kena sack, insyaAllah you can count on us." itu saja yang saya mampu kata.


"I tak tahu lah apa nak jadi..." sambungnya lagi.. seterusnya dia mengatakan penyesalannya terhadap betapa ramainya orang-orang di company XXX yang consistently menerima sogokan berupa wang dan wanita.


Cukuplah 3 kes saya bentangkan hari ini untuk kita melihat di mana contribution kita. Ya kita yang kononnya telah mendapat tarbiyyah. Kita yang kononnya pergi ke daurah itu dan ini. Handle mukhayyam itu dan ini. Bersekang mata berkatibah. Masyarakat semakin tenat. SANGAT TENAT. Dari pimpinan sehingga ke golongan miskin tegar, semua amat jauh dari rahmat islam. Semua bergelumang dengan masalah-masalah dunia yang tidak kunjung malap. Semua makin tenggelam dengan godaan wang dan nafsu. Bukankah islam itu rahmatan lil alamin.


Di mana orang beriman???? Atau orang yg kononnya beriman itu (kerana sungguh selalu duduk dan beriman sejenak) sebenarnya iman masih belum meresap ke dalam diri mereka.... Wahai orang-orang beriman kerja kita terlalu banyak. Janganlah hanya melihat periuk nasi sendiri. Memang kita perlu jaga tepi kain orang. Kerana mungkin kalau kain mereka terselak kini mereka bakal mendakwa kita diakhirat mengapa kita tidak tutupkan kain mereka. Pandanglah ummat ini dengan kasih sayang. Bukan soal islam rahmatan lil alamin atau tidak. Tetapi sudahkah kita benar benar beriman sehingga islam itu benar benar menjadi rahmatan lil alamin