Tuesday, October 28, 2014

Hope Faith Courage Love

It was a privilege to be invited to private and personal event organised by a very inspiring lady in the organisation. I was speechless to had listened to what she had gone through and not to be able to predict a single flaws due to the test Allah set on her. Hope, faith, courage and love is the word of the day. I'll share you her story when the right time comes. We were trusted to keep it within ourselves anyway. For now, lets just put a note on the day that  make me moved and touches my heart. May Allah guide her through this and above all felt the hidayah and benefit the ummah. Because she is real logam.

Tuesday, October 14, 2014

Buya Hamka - Dendam itu termasuk dosa.

I came across a story posted on FB on Buya Hamka's story with Soekarno. The rest of the story below

Pada 1964, ulama besar nusantara, Buya Hamka pernah ditahan secara zalim oleh Presiden Indonesia Soekarno,dengan tuduhan kononnya terlibat dalam rencana pembunuhan beliau. Hamka ditahan tanpa bicara, bahkan buku-bukunya dilarang untuk diedarkan.

Setelah Buya Hamka dibebaskan, taqdir Allah, akhirnya Soekarno digulingkan, dikenakan tahanan rumah, kehidupannya mulai terasing, lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalkan pesan buat orang yang pernah dizaliminya, Buya Hamka. Ia berbunyi, “Bila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku..”

Apabila pesan itu disampaikan, Buya Hamka terkejut, tanpa fikir panjang, beliau melawat ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung Karno disemayamkan. Sesuai dgn wasiat Soekarno, Buya Hamka pun memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumbankannya ke penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu, mereka yang hadir pun terharu.
Lalu, apakah Buya Hamka tidak menaruh dendam pada Soekarno? Dengan tulus ikhlas beliau mengatakan, “Aku tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakitiku. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepadaku, sehingga aku mampu menyelesaikan kitab tafsir Al-Qur’an 30 juz. Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku punya waktu untuk menyelesaikan pekerjaan itu…”

Kesimpulannya: Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya...

Reading a story of a person that is loved by Allah really touches the heart. Itulah kesan keakraban dengan Allah, yang seterusnya melahirkan satu tasawur terhadap dunia yang sungguh berbeza. Para solihin ini melihat ujian seumpama semut yg datang dan mengigit. Lalu dikuis semut itu, dan mereka meneruskan kehidupan dengan lebih optimis. Bahkan kehadiran semut itu, membuahkan kedekatan yang lebih tinggi dengan Allah.

Allah... jauh sungguh daku dari cintaMu. Untuk menganggap apa yang berlaku seumpama semut.

So a new definition of DETOX learn today - it means, melempar jauh, lalu melupakan apa yang terjadi, namun kejadian itu melahirkan satu lagi optimisma baru dalam mendepani dunia.

Mudahkan ya Allah.