Tuesday, March 02, 2004


Warkah utk brothers-Fitnah kepada kita
Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu kepada pelbagai fitnah. Atas sebab yang sama Allah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi tidak baik di hati-hati lelaki yang menghidap penyakit. Maka jika mata suka memandang kepada sesuatu yang cantik dan indah, telinga pula amat gemar mendengar suara yang merdu dan manja. Fitnah yang ditimbulkan suara tidak terbatas kepada suara para penyanyi wanita sahaja, tetapi boleh juga timbul dari suara semua wanita. Hatta dalam solat, berhadapan dengan Allah pun, tidak diharuskan wanita mengangkat dan meninggikan suara sekiranya imam solat tersalah, tapi disuruh menepuk tangan sahaja. Suara wanita ditakuti mengganggu kekhusyukan solat orang lain.

Bergurau senda dengan perempuan adalah salah satu sebab paling kuat untuk mendengar suara mereka, suara yang menjadi pesona luar biasa bagi lelaki. Sering kita terdengar orang berkata: si dia memiliki suara manja, merdu, lunak dan memikat hati dan lain-lain. Atau, dia mempunyai suara serak-serak basah dan berirama dan sebagainya. Kerana tertariknya mereka kepada suara wanita, mereka memandangnya sebagai perkara yang harus dipuja lebih daripada segalanya. Apakah hal seperti itu bukan fitnah namanya? Lebih-lebih lagi apabila kalmat-kalimat yang diucapkannya disertai dengan senyuman yang mengandungi pelbagai makna dan tafsiran. Kebanyakan wanita, setiap kali bercakap akan diikuti dengan senyuman. Ini adalah adat mereka. Dengan cara begini barangkali mereka merasakan harga diri mereka terjaga dan terpelihara. Ini juga termasuk fitnah yang dahsyat!!!

Ada sesetengah wanita gemar bercakap dengan kaum lelaki, mereka tidak merasakan hal itu suatu kesalahan. Di samping bercakap dengan mulut, mereka juga bercakap dengan isyarat mata dan pandangannya. Tetapi ada juga di kalangan wanita yang tidak gemar bercakap dengan kaum lelaki, cukup dengan pandangan mata sahaja. Mereka mengutarakan isi hati mereka melalui mata dan pandangan sahaja. Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetik di dalam hati akan kelihatan di mata. Di dalam al-Quran telah digambarkan bahawa selamanya hati dan mata mempunyai hubungan yang erat. Allah menjelaskan bahawa setiap yang tersembunyi di dalam relung hati dan yang terkandung di dalam mata adalah jelas dalam ilmu-Nya.

Yang menjadi fitnah bukanlah kerana mata itu indah dan mempesona sahaja, bukan pula kerana wanita itu memiliki bulu mata yang panjang dan alis mata yang lentik sehingga dengan mudah menerobos ke dalam hati tanpa izin, bukan pula kerana anak mata yang hitam berkilat atau yang kebiru-biruan. Tetapi, sebenarnya yang menjadi fitnah itu ialah kemampuan mata wanita itu menyatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah dia memanggil-manggil dan mengajak pada suatu ketika, dan dia menjanjikan sesuatu pada ketika yang lain.

Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona mata wanita, Islam menyarankan supaya tidak memandang mereka dan menundukkan pandangan bila berhadapan dengan wanita. Demikian juga, kaum wanita juga dituntut supaya tidak memandang lelaki dan mengelakkan diri mereka daripada pandangan kaum lelaki. Hal yang demikian disebabkan kerana dirinya sendiri adalah fitnah yang berganda. Kata orang, fitnah yang timbul dari mata dan dari suara wanita, sama-sama berbahaya. Dan, seorang wanita itu tahu bahawa mereka memiliki kedua-dua senjata ini. Mereka kadang-kadang menggunakannya tidak kepada yang disuruh dan yang dibolehkan iaitu kepada suami mereka, tetapi mereka menggunakannya kepada yang tidak sepatutnya.

Oleh sebab itu, Islam melarang memandang kepada benda-benda yang haram, seperti seorang wanita memandang kepada lelaki ajnabi dan seorang lelaki memandang kepada wanita. Kerana pandangan mata itu lamanya mungkin cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal di dalam hati sepanjang hayat!!

i) Bahaya Pandang Memandang

Firman Allah yang bermaksud :-

"Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman: Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka......" (Surah An Nur : Ayat 31)

Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a. : "Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangandengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)

ii) Bertemu Muka Sendirian

Rasulullah SAW telah bersabda : "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan." (Riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a.)

"Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram." (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie'ah r.a.).

iii) Berjabat Tangan

Aisyah r.a. berkata: "Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai'at mereka itu dengan percakapan."(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim
dan Turmudzy).

iv) Pakaian Di Luar Rumah

Firman Allah yang ertinya :

"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudungkepala mereka atas leher dan dada mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)

v) Adab Bermusafir

Sabda Rasulullah SAW :

"Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya." (Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)

vi) Hak Pendidikan

Kata Abu Said r.a. : "Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau,agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).".

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini."(Riwayat Imam Bukhari)

vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)

Ke mana perginya adab-adab ini?

courtersy of :Dr. Amiruddin Abdul Wahab


kemampuan utk berkahwin

since zumindar cakap pasal kemampuan.. terasa nak komen pulak.. kemampuan dari segi apa tu... ramai org .. bnyk lah ragam.. setiap org tidak mempunyai tahap kemampuan yg sama.. mungkin ramai yg mampu dari segi wang ringgit dan harta.. tapi tidak semua yg mampu utk memikul tanggungjawab yg besar itu...

"tapi dia lelaki/wanita yg soleh/solehah??? apa lagi alasannya???"

soleh dan solehah di sini juga bukan kita utk mengukurnya... hanya Allah sj yg tahu bila masa terbaik utk hambanya menghadapi sesuatu... Allah itu tidak kejam... malah Dia maha penyayang... takkan lah Dia nak uji hambaNya masa hambaNya tak mampu...dan sebab Dia maha mengetahui lah.. Dia tak bagi jodoh setiap org itu sama... (maknanya bukan semua org kawin umur 20 tahun).. setiap apa yg ditentukan pasti adalah yg terbaik daripada apa yg mungkin berlaku...

kita manusia.. kemampuan dan kuasa kita terbatas... lelaki berhak mencari dan membuat pilihan... dan perempuan pula berhak utk mengatakan ya atau tidak.. tapi.. walaupun jika mereka dikatakan bagai merpati dua sejoli.. atau kacip dibelah dua... kalau Allah menyatakan tidak... dan dia bukan yg terbaik pasti bukan juga jawapannya...

p/s... daripada tanak komen bnyk lah pulak cakap.. tu lah ada lagi yg memangkin.. hish

jalan-jalan

lecture start hari nih.. huhuh... 3 4 kali jugak la tersengguk and tertidur.. ape nak jadik nihh.. tgh2 lecture geophysics.. i got a call.. but since i dont know who was calling.. just leave the call... then about ten minutes later the phone vibrate again... i pick it up... guess who... heheheh

hafizi... budak semesti ... my batch yg call... he said he's in brisbane... so since i finished class at 1 this evening...i agreed to meet him and his friends at the city since dia pun minta tolong bawak jalan2 sbb derang tatau nak pegi mane...then bawak la dia jalan2 ngan kawan2 dia... ok laa tp penat... dlm masa 2 jam... kitorang cover city and southbank and then bawak naik city cat sampai uq... then i call hafiz to take over my job as a tourist guide since his friend was there too... then came hafiz and wan... alhamdulillah .. tak payah aku bawak korang dtg rumah...

mmg la ada terasa ishq tetamu dtg jauh2... kenal plak tu... ada gak rasa nak bawak balik rumah.. tapi tak manis plak rasanya lelaki ramai2 masuk rumah...tambah lagi dah nak malam nih...walaupun kita duk kat negara orang putih... tapi sensitivity tu mesti ada... btol tak kembar siamku???? heheheh

zumindar :bukan tak fikir pasal nak kawin..fikir tu mesti ada.. tapi kalau kita fikir bnyk2 sgt pun kita bukannya ada kuasa utk buat apa2.. kuasa tu kan ditangan Allah.. jadi berpada2 lah... :)

pengharapan

bila cakap pasal penyerahan dan pengharapan... cik nur selalu ingat kata2 a friend of mine mengenai usaha dan iman...
"kimah ambik 2 jari... satu tu usaha.. dan lagi satu tu harapan... dan ditengah2 tu lah iman.."kita perlu berusaha.. tapi jgn sampai sbb usaha kita tu kita rasa kita dpt satu2 benda yg kita nak... tapi kita tak boleh berharap semata2 kerana nasik yg depan mata pun tidak akan masuk ke mulut kalau kita berharap utk kenyang tanpa usaha utk suapkan nasik tu...

Monday, March 01, 2004



alhamdulillah.. dah 3 hari sampai brisbane.. beberapa urusan penting dah selesai... class starts esok.. this sem i have a very flexible class.. 3 hari je ada kelas... i'm free on monday and friday... hehehe final year... nih tak dek kelas nih mesti bnyk field trip... tak kesah laa...

i think that a lot of people.. around my age unfortunately.. dpt virus kawin... it seems like everybody is talking about getting married... this people was engaged... kat semesti dot net... pun my batch bising about kawin... fuh.. no comment la.. maybe that is one of the topic to cover before izrail call us...

ye la when we were 6... all we knew is to force our father to get the best toy in tv... org tu pakai bmx... kita pun nak bmx jugak... nak lego jugak... then when we grow up... sometimes we were talking about school work... teenage stuff... so kawin is one of the life's process lah... but its totally different from buying a new bmx or lego set... it's the biggest decision in your life indeed... coz when u married to the wrong person it can totally change ur life...

however... is there anything like "wrong person"????? bukankah semuanya dah ditulis di luh mahfuz... so how do you know whether its right or wrong... how can u judge something that has been fated for you to be wrong???... heheh what is your definition of right anyway???

so... all the best to all my friends ... with all ur plan and stuff.. yet Allah is the best planner of all.. and no matter how well your plan is... Allah knows the best for you... and always be ready to face the unplanned!!!<---- this is what a friend of mine said...may Allah bless u dear...

Wednesday, February 18, 2004


saya bermula sebagai pembancuh air

kata puteri mahirah ma’natul ma’nun(betul ke cik nur eja nama budak nih) masa cik nur pergi dan lawat budak2 debate di sekolah… :) dlm hati cik nur… mahirah bukan awak saja yang bermula sebagai pembancuh air.. kak mayang… aimi hajar… lim ann nee… dan saya sendiri (tapi cik nur tak lama sbb cik nur tak reti bancuh air)…

mana2 yg dilihat berbakat dan mempunyai minat akan diserapkan dlm think thank pasukan bahas bahasa melayu sekolah menengah sains teluk intan. Selalunya think thank ini akan menjadi pembahas bila bakat mereka telah digarap dan dibentuk. Dewi mayang sari, aimi hajar, mohd. Juwaini, fadly bin khairi, lim ann nee, faizi, amir syafiq, Juliana, dan nurhakimah mohamud adalah antara nama2 yg tak masuk team sekelip mata. Berada dlm “pasukan bahas semesti” (termasuk think thank dan pembancuh air) tak bermakna sbb anda senior anda akan masuk team ppm… tak bermakna kalau anda berada dlm pasukan dari form 1… anda definitely jadi debater masa form 5.

Ramai think thank yg nak jadi debater tak jadi dan adik2 yg lebih junior yg jadi. Ada jugak org yg tiba2 terserlah bakatnya terus masuk team debate ppm tanpa melalui stage bancuh air dan think thank.. dan tak kurang jugak yg “dibuang” dari team walaupun dia antara pembahas yg amat talented. Macam2 senario berlaku sepanjang anda menjadi ahli “pasukan bahas semesti” dan senario2 ini bnyk dicorakkan oleh org yg bolehlah cik nur katakan plg berjasa sekali dlm sejarah bahas bahasa melayu semesti. Puan Faizah binti Othman

Seorang wanita yg tak kesah balik pukul 3 pagi semata2 nak tengok anak buahnya menjulang piala yg cukup berprestij itu. Seorang wanita yg optimis, kental dan sabar menahan karenah anak buahnya. Ada yang panas baran, ada yang kebudak budakan, ada yang lampi, dan macam2 lagi.

“saya tak suka cikgu debate kawin!!!” kata ex-pembancuh air lagi. Meluahkan rasa betapa sukarnya even nak kumpulkan debater pada masa sekarang nih.
“akak sekarang diorang nak burn prep pun susah” kata ahli pasukan yang lain.

Daripada lawatan tak sampai sehari itu cik nur dpt lihat…. Tidak ada lagi pembancuh air… tidak ada lagi penyelak majalah dan penanda isi… tidak ada lagi ahli pasukan yg sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi…tidak ada lagi biskut yg bertin tin.. tidak ada lagi “bilik operasi”… yg paling penting.. tidak ada lagi wanita yg begitu tabah melatih dan terus melatih.

Kasihan cik nur melihat keadaan adik2… terasa juga ingin duduk di sekolah dan berbakti utk mereka…mereka yang berbakat tapi sayang bakat mereka tidak digarap…

MATI SEMUT KERANA GULA

pernahkah kita melihat jasad semut mati tersadai??? Pasti antara kita pernah terpijak semut. Selain dari racun penghapus semut dan kaki dan tangan kita yg membunuh semut adakah semut itu terus hidup? Atau mungkin gula lah yang menjadi penghapus semut tertinggi??

Mati bererti penghujung kepada sesuatu. Mati fizikal kita boleh nampak bila sekujur tubuh terbaring kaku. Allah telah menetapkan semuanya di Luh Mahfuz. Peredaran bumi dan planet lain ikut orbitnya, pertukaran malam dan siang, malah penciptaan manusia dan dunia itu sendiri telah ditentukan Allah. Manusia juga telah diciptakan dengan begitu cantik sekali oleh Allah. Dan sebagai pencipta Allah juga telah menetapkan garis panduan tertentu supaya manusia itu tidak “mati”.

“..ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”

Semut dan gula umpama manusia dan dunia. Dunia menyajikan seribu satu kemanisan. Harta, wang ringgit, wanita, dan bermacam lagi kemewahan dunia sehingga kadang-kadang bisa memkaburkan mata memandang paling susah sekali apabila kemanisan dunia itu bisa menggelapkan mata hati. Nauzubillah. Sifat dunia seperti gula, manis dan cantik di zahirnya namun apabila gula itu diambil belebihan ia akan mendatangkan mudarat.

Sebagai pencipta Allah telah menggariskan garis panduan kepada manusia untuk menggunakan dunia dan isinya. Allah menghalalkan jual beli tetapi mengharamkan riba’, Allah mengharamkan zina tetapi menghalalkan perkahwinan, Allah menghalalkan anggur tetapi mengharamkan arak.

Manusia perlukan gula untuk meneruskan hidup dengan bertenaga, tetapi apabila gula itu diambil berlebihan pelbagai kesan buruk akan melanda manusia. Begitu juga dunia, manusia perlu menyemai benih-benih amal di dunia, tetapi kerana kehebatan dan kemanisan dunia yg masuk ke dalam hati manusia, manusia yg lemah seperti semut, akan mati hatinya.

Kesannya, manusia tidak dpt lagi mengenal antara yang hak dengan yang batil. Semua wanita dianggap sama, AGEN PEMUAS NAFSU. Apa saja cara untuk mendapatkan wang ringgit dikira halal. Apa jua cara untuk berada diatas dan terus berkuasa dikira halal. Di kala itu pandangan mata hati itu sudah menipu. Bisikannya bukan lagi kebenaran. Tidakkah manusia itu seperti sudah mati jika hatinya tidak lagi membisikkan kebenaran justeru merosakkan seluruh jasad yg dihuninya.

Tetapi Allah itu maha pengasih dan penyayang. Tidak seperti benz yang mencipta kereta tetapi orang lain yang terpaksa membaikinya. Selagi nyawa dikandung badan, pintu taubat sentiasa terbuka untuk semut semut yang terlebih makan gula. Asalkan semut semut ini berjanji untuk tidak menjadikan gula sebagai matlamat hidup mereka, dan memasukkan kebesaran Allah didalam hati-hati mereka, pastinya Allah akan mengembangkan lembayung rahmatnya kepada hati-hati ini.

Jadi sebelum kita dipijak oleh orang dan menjadikan kita semut yg tidak boleh lagi utk bergerak. Sebelum sekujur jasad dimandikan orang dan disolatkan. BERTAUBATLAH… supaya bukan kerana kemanisan dunia ini kita mati. Bukan kerana gula kita sakit. Bukan kerana mewah, pangkat dan kuasa kita lalai. Kerana kita tak ubah seperti semut yang lemah dan apabila ada kaki kaki yang memijak maka matilah semut itu, seperti apabila izrail datang memanggil.

Mungkin ada yg menyangkal, mati semut kerana gula. Tetapi kebenaran yang pasti adalah tidak hidupnya semut kerana gula. Begitu juga tidak hidupnya manusia kerana dunia. Namun manusia bisa “mati” kerana dunia.

P/s terima kasih kepada fadly dan adik2 yg bagi membuka mata saya tentang hakikat semut dan gula…


Monday, January 26, 2004


assalamualaikum warahmatullah

selawat dan salam buat rasul junjungan… semoga semua berada sihat dlm lindungan dan rahmat Allah… seminggu berlalu… mcm2 terjadi… nak cerita dari mana??? Bagaikan everyday ada je menda happen sepanjang minggu… ok la..

debate
awal2 minggu tu dimulakan dengan call dari fadly.. dpt pi pktr.. and dia nak pinjam buku besar zainuddin maidin tu.. bagi la pinjam… cikgu faizah pulak minta isikan slot utk bengkel bahas… yg budak2 kat skolah nak buat.. sepatutnya hari nih ke skolah bincang ngan budak2 tu bila dan apa semua… tapi semalam fadly confirmkan yg minggu nih bukan persatuan.. bulan mac nih debate ppm zon utara… tak merasa lagi la nak bawak team… tapi maybe sepanjang bulan dua akan dpt tajuk and boleh train budak2 tu…

ingat lagi ke debate??????hehheheh ntah laaa ingat kot sket2… gian beb… boleh la lepas gian sket2 pas nih… hehehe kepada debaters yg lain yg tak bleh nak lepaskan gian tu.. jgn jeles eh…

tgh minggu
starting with the panggilan maut… tapi tanak la cerita kat sini..belum masanya lagi.. nanti dah sampai masa cerita sampai tak dek menda nak cerita…

Allah uji dgn ujian yg berat minggu nih… kenapa berat???setelah dua bulan cik nur tak bukak camera… petang tu selak balik buku lama… dlm hati.. apasal la aku tangkap gambar guna wide angle lens tak sewide gambar dlm mag nih… tapi tgh duk baca2 tu.. terlelap la pulak… before that sempat la warning kat adik kecik yg sorang nih.. jgn usik2…

Tapi budak kan… bukannya tau amenda… dijadikan cerita… dah bangun dari tidur.. solat asar.. bukak la balik camera… tadi dah baca.. nak praktikkan la pulak….skali tgk filter dia dah terkeluar dari landasan sebenar… dlm hati dah rasa tak sedap… selama nih aku nak try bukak punya la susah… mcm mana boleh terkeluar nih???? dan cara dia terkeluar bukan mcm cara yg sebenarnya… betulkan filter dan tgk dekat viewfinder…

sah something has gone wrong with this camera blur je… dia punya focus lens doesn’t work.. when I change it to manual focus also it doesn’t work… cik nur pun tukar the other lens… yup jelas nyata dan terang… there must be something had happen to this camera… hati yg tgh panas tu pun apa lagi… cari la sapa yg bertanggungjawab with what had happened….

Bagi ayah tgk … ayah try pujuk… alah nih habuk kot nih… bukak lens dia depan belakang cuci pastu angin kan esok ok la nih… I said.. mana bleh habuk.. kalau habuk kita boleh tgk satu2 habuk dia… baru semalam ok takkan hari nih dah berhabuk kot… nih mesti jatuh.. kalau tak sbb jatuh.. jatuh jugak…

I was started accusing my brother yg menyebabkan lens dia rosak… ada saksi… fifi nampak adik masukkan camera tadi… biasa la kak yong tanya mesti tanak mengaku punye… pastu mak tanya… and sah dia bawak camera tu.. and jatuh dekat belakang rumah and dia pun tunjuk jatuh kat mana….

Kalau pen sebatang hilang pun aku cari bagai sungguh2… nih camera yg rosak and I know who did it… dah bagitau dah kalau pegang camera nih jgn lupa pakai strap dia… cik nur pun tak pernah tinggal nak pakai strap dia… apa lagi… budak umur 7 tahun 2 bulan tu pun kene belasah malam tu… this is not the first time … dah bnyk kali dah… and kali nih dah tak dek tolerate…

Teruk jugak kene belasah… depan mak pulak tu.. mak mmg tak terkata apa… kalau mak bantah maybe tak teruk sgt kene belasah.. tapi mak diam je… I think she knows how I felt… adik pun dah tak sanggup melawan… selalunya mesti ada balasan balik.. maklumlah kak yong dia nih saiz dia jer… tapi sbb bahang marah tu dah meluap2.. tambah ngan syaitan yg mengapi apikan diwaktu senja tu… teruk jugak la budak tu dikerjakan… suddenly I saw cecair merah coming out from his mouth… ya Allah kejam nya aku…. That’s it… cukup kalau ikutkan marah kang mati pulak budak nih… mak memainkan peranan penting malam tu… jauhkan adik ….cik nur mmg dah tak boleh tgk muka dia mlm tu…

Ayah pujuk kata lens tak dek la mahal sgt.. boleh beli baru… tapi biasalah org tgh marah mana makan pujuk2 org nih…

Malam tu nak tidur tak boleh… menangis2 tahan marah+geram+sedih… semua perasaan campur2… hati kecil kata ulang2 kali .. masa dari nak membelasah adik tu lagi dia dah jerit jgn…. Kalau org lain pegang pun benda tu akan rosak jugak… even kalau kau yg pengang pun dia ttp akan rosak… dah mmg takdir menda tu nak rosak… tapi he has to pay for what he has done… nanti jadi kat tpt lain pulak… dia dah besar and he has to know… sedih sbb… menda tu saya sayang… kalau saya yg rosakkan saya nangis jugak… dah merdekan kan diri laaa cik kak oooiii… camera tu je… kata hati kecil… hati besar pulak balas… camera jee????

Kesimpulannya sampai pukul 3 pagi malam tu… bercucuran air mata tak boleh tidur… bersms ngan suya cerita apa dah jadi… tapi akhirnya tertidur gak laa …

So kejadian camera tu bagi major impact sepanjang minggu… dah tak dek dah senyum2 .. gelak2… tambah lagi dgn adik… walaupun dia try pujuk… tapi… tak makan beb… boleh belah dgn lawak bodoh kau tu… kata hati kecil… sampai org2 yg call sepanjang minggu pun dpt tempias jugak… maafla kepada awak semua… wrong time la call …

So kesimpulan cerita camera.. the warranty was due on yesterday… maybe next week gi penang… or shah alam either one hantar camera tu… pergi kat kedai gambar biasa nih kata… lens nih bukan sebarang lens… sbb dia wide angle + zoom skali (28-90mm) so mahal sket.. and only built for this type of eos… cis…

Tapi ayah membantu laa… memujuk hati yg lara… alah kita tgk harga repair berapa… kalau susah sgt kita beli je yg baru… dia dah berkira2 bila nak cuti and stuff… alhamdulillah I don’t have to face this alone…

Ok tutup cerita camera… cerita keluarga pulak… yg sepatutnya give a mojor impact to my emotional behavior tapi… tak sgt sbb isu camera dah take place.. Allah kan knows what is the best for us… nih pun bukan masanya utk cerita semua … cukup la kalau diberitahu 50% lagi dari memenda yg tangle in my head dah selesai.. lagi 30% istikharah dan tunggu keputusan dan tindakan selanjutnya… terima kasih la kepada semua yg terlibat secara langsung ataupun tidak dlm perbincangan tersebut… alhamdulillah… rasanya ramai dah boleh tersenyum termasuk diri sendiri… Allah pasti akan permudahkan jalan yg terbaik utk kita…

So apa plan this week???baca buku and tenangkan fikiran… tunggu tindakan selanjutnya with the camera…confirmkan dgn cikgu with the debate thing… and.. minta la petunjuk dari Allah bnyk2 agar dipermudahkan segala kerja… wasalam..