Wednesday, April 28, 2004


Wash your hands!!!

"And make sure u wash ur hands after this class. I dont want anyone of you die because doing ore deposits subject"

That was a warning from paulo... terus termeremang bulu roma... sambil menengok batu yg ada kat tgn... uish.. this is the fresh rock contain... Pb, Zn and Cu ore... yg paling bahaya sekali lead... it can accumulate into your lung and liver... and it can course short term memory lost...because apparently he said that one of the rock contain Cadmium sbb apa tah lupa dah... "huish selambanya aku hidu2 benda nih tadi... lupa pulak this is not normal rock" kata hati besar... "nanti ingat basuh tangan!!!!!" kata hati kecil.. sambil jeling2 kat batu2 yg lain... ada pure chalcopyrite (Cu)... pure galena (Pb) sphalerite... we were given a feel of Mt. Isa before the real day... hehheh

Tuesday, April 27, 2004



CITA-CITA

cik nur: mak cikgu suruh isi cita-cita
mak: ha isi lah berapa cikgu nak?
cik nur: 3
cik nur: mmm mak cita-cita tu apa?
mak: cita-cita tu apa yang kita nak jadi besar nanti
cik nur: mak cita-cita mak apa?
mak: dulu cita-cita mak nak jadi cikgu... tp dapat jd cikgu sementara je...
cik nur: ooo (sambil angguk2 buat faham)
mak: kak yong nak jadi apa?
cik nur: doktor... cikgu... polis
mak: kenapa nak jadi doktor?
cik nur: kalau org sakit mesti jumpa doktor, doktor baik.. dr ubat org sakit. mak sakit pun jumpa dr.
mak: kenapa nak jadi cikgu?
cik nur: sebab mak nak jadi cikgu...
mak: kenapa nak jadi polis?
cik nur: seronok pegang pistol mcm cerita roda-roda kotaraya tu


semua org ada cita-cita..dari kecik semenjak cik nur tau apa itu cita2.. sentiasa bercita-cita itu dan ini...antaranya....

1) Cikgu (ntah mmg teringin nak jadi cikgu dari kecik lagi.. sampai sekarang pun teringin nak jadi cikgu juga. cita-cita start masa tadika sampai sekarang)
2) Polis (sbb selalu gaduh ngan adik, kengkononnye macho laa jadi polis nih. ni cita2 masa tadika)
3) Wartawan (rasa mcm cool, pegi sana sini, cari bahan, buat cerita... )
4) Lawyer (hahhaha... ada tak debater tak pernah terfikir nak jadi lawyer??)
5) Economist (masa tengah masyuk debate, especially bab economy.. terasa nak jadi mcm gorge soros)
6) Pensyarah (masa dah besar sikit, bila rasa pensyarah lagi "best" dari cikgu)
7) Doktor (cita-cita nih dari tadika..ini saja cita2 yg disemai oleh mak, ayah, atuk, nenek, pakcik sedara, mak sedara, sepupu... tp... Allah kan penentu segalanya... my first baju doktor yang warna putih tu ada lagi kat rumah rasanya... mak long buatkan sbb masa darjah satu terpilih utk buat fashion show... lepas tu mak bagi cadangan buat fashion kerjaya sbg dr... beli stetoskop dan termometer mainan... :))
8) Photographer (hhehehh ... rasa mcm cool)
9) Journalist (bila amik gambar, dan bila rasa bnyk sgt idea nak dicurahkan)
10) Suri rumah (bila rasa penat bekerja)
11) Electrical engineer (kiranya kalau amik engineering, amik yg ini)

Tu kot... dlm senarai setakat ini... tp... geologist tak pernah termasuk dlm senarai cita-cita... tp skarang nih masuk dah laaa... bila kita ada cita-cita, kita bersemangat... bila kita bersemangat.. kita akan buat kerja sungguh-sungguh, bila kita buat kerja sungguh-sungguh...Allah sayang kat kita... insyaAllah.. kalau kita buat kerana Dia...

so entry nih dedicate kat mak saya... my dearest mother... kalau tak kerana didikan dan asuhannya mungkin saya tak punya cita-cita... i miss u so much... nak balik rumah!!!! selamat hari jadi mak.. mmuuaahhhs

Sunday, April 25, 2004



KISAH ASHABUL UKHDUD

“Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. Dan hari yang dijanjikan. Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit (ashabul ukhdud). Yang berapi (dinyalakan dengan kayu bakar) ketika mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yg beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-buruj :1-8)

Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw pernah bercerita:


Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik)* yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkannya kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya; jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.

Lalu dilontarnya batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.

Perkara tersebut diceritakan kepada rabih. Rahib berkata: engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada buda tersebut: semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.

Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”
Lalu si pembesar buta itu percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan berkata: Adakah tuhan lain selain dariku?

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: aku telah mengetahui kebebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini

Lalu budak itu menjawab: aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus disiksa sehinggalah ia pun membongkarkan rashia rahib (kerana tidak tahan siksaan)

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja.
Raja berkata: balik semula kepada agama asalmu. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: mana kawan-kawan ku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan campakkan dia ke dalam laut.

Bila tiba ditengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: mana kawan-kawan ku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurutkan apa yang aku minta. Tanya raja: apa dia? Kata budak: engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, Tuhan budak ini terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia

(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* < strong >“Kami percaya kepada tuhan budak ini”

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan; telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku. Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya : Wahai ibu, sabarlah engkau berada di atas kebenaran!


Hadith riwayat Muslim (No. 5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis ini disebutkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Riyadhus-Solihin di bawah bab Sabar.

*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yag ada di dalam riwayat Tarmizi.
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Umar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih lukaALLAHUAKBAR!!

sangat banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, cik nur kongsi bersama pembaca...

1. Disebut di awal hadith ini, di zaman sebelum kamu

Surah al-buruj (gugusan bintang) adalah surah Makkiyah. Ketika di Mekah, Rasulullah dan para sahabat menerima banyak tentangan dari kafir quraisy terutama dari pemuka-pemuka quraisy. Justeru, Allah menenangkan Rasulullah, dan para sahabat dengan menyatakan bahawa penentangan yang dihadapi oleh mereka di Mekah adalah sunnatullah bagi mereka yang menyeru ke jalan kebenaran. Ini adalah untuk menambah keyakinan para sahabat dan supaya mereka sentiasa istiqamah dan bersemangat dalam menyampaikan risalah Islam. Di sini juga menunjukkan penentangan terhadap pembawa risalah ini akan sentiasa berlaku.

2. Raja dan ahli sihir

Setiap zaman yang diperintah oleh pemerintah yang zalim, akan ada lembaga penasihatnya sendiri. Dan perkembangan ilmu pada zaman tersebut juga dipengaruhi oleh pemerintah dan penasihatnya. Sebagai contoh, dalam zaman ashabul ukhdud ini, penasihat kepada raja adalah ahli-ahli sihir. Sama seperti zaman firaun. Ilmu sihir itu sendiri datangnya dari syaitan kengkononnya untuk melawan mukjizat Allah. Bila dah namanya dari syaitan, sihir itu adalah ajaran yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

Kita lihat zaman moden ini, pemerintah yang membenci Islam akan dikelilingi penasihat yg berpegang kepada ideology-ideology ciptaan manusia. Yang berlawanan dengan fahaman Islam. Secara amnya, jika dahulu ahli-ahli sihir itu menggunakan ilmunya untuk memperlihatkan kekuasaan dan kehebatan mereka, sekarang perkembangan material itu dicanang-canangkan. Bahawa siapa yang mengusai material dia akan mengusai dunia. Scenario ini dapat dilihat di Malaysia sendiri. Apabila, hukum Allah itu dicampuradukkan dengan hukum ciptaan manusia. Apabila zakat yg dilihat menguntungkan (sebab bayar zakat selalunya 2 kali ganda dari income tax) diambil, dan kapitalis yg mengayakan golongan kaya itu juga diambil sedangkan dalam Islam riba’ ini adalah haram. Ini juga dapat dilihat apabila banyak ideologi2, dan undang2 telah dicipta untuk memenuhi kepentingan mereka.

3. Ahli sihir mencari penggantinya (seorang pemuda)

Sungguhpun ahli sihir ini berkuasa, dalam masa yang sama dia tahu kuasanya itu tidak dapat menghalangnya dari maut. Bermakna dalam masa yang sama ahli sihir tahu bahawa ada kuasa lain yang lebih berkuasa. Justeru, ahli sihir itu mencari penggantinya yang muda. Persoalannya di sini, mengapa orang muda??

Sejak zaman dahulu lagi semua orang sedar betapa pentingnya generasi muda dalam memimpin masa depan. Anak-anak muda yang bersuara adalah lebih ditakuti dari orang tua yang bersuara. Sejarah juga membuktikan bahawa betapa gerakan pemuda ini telah membawa kepada beberapa kejatuhan kerajaan besar dunia. Revolusi Perancis (1968) dipelopori oleh gerakan pemuda, kejadian berdarah Tiannanmien membuktikan keberanian pemuda di China, Musa’b Umair, Ali Abi Talib, Saad Abi Waqqas dan pemuda-pemuda yang lain mendahului barisan hadapan di Badar. Bahkan di dalam Al-Quran juga menceritakan tentang keberanian pemuda Ashabul Kahfi. Namun apa yang jauh lebih penting lagi, jentera penggerak umat Islam sehingga terbinanya khilafah Islam, dan hukum Islam diamalkan sepenuhnya adalah kerana gerakan dan tenaga pemuda.

Jadi melihatkan tentang hakikat kepentingan generasi muda dalam memimpin masa depan, ahli sihir ingin menurunkan ilmunya kepada pemuda yang cerdik. Di sini kita juga harus menilai mengapa hanya pemuda yang cerdik sahaja yang diinginkan oleh ahli sihir. Bukankah lebih baik baginya untuk mengajarkan ajarannya kepada semua pemuda, dan tidak kepada seorang pemuda sahaja?

Pertamanya, sesuatu ilmu itu akan terserlah kehebatannya apabila hanya segolongan kecil sahaja yang mengamalkan nya. Keduanya, untuk mempreserve ilmu itu, ahli sihir inginkan orang yang cerdik. Kerana mereka tahu, jika pengganti tidak dicari, dan jika mencari pengganti yang sebarangan, maka kebenaran akan terserlah. (Tapi kebenaran akan terserlah juga dengan kuasa Allah...ini yg kita percaya)Justeru, pemuda yang dipilih ini dididik dengan baik untuk memastikan ilmu itu berterusan.

Di dalam dunia hari ini juga, kerajaan telah menggariskan system pendidikan mengikut acuan mereka. Kanak-kanak berumur 10 tahun diwajibkan tahu membaca, tetapi tidak diwajibkan untuk tahu sembahyang. Semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, pendidikan digariskan untuk mengatasi masalah buta huruf membaca rumi, tetapi tidak buta al-Quran. Pendek kata, acuan pendidikan kini lebih mementingkan untuk mengisi KLCC, putrajaya, cyberjaya, dan bangunan2 yang telah dibina, tanpa menitik beratkan pendidikan rohani.

Justeru, dalam memastikan usaha ini tercapai, pelajar-pelajar disaring dari umur 12 tahun lagi. Hanya pelajar-pelajar terpilih dimasukkan ke dalam sekolah berasrama penuh dan mrsm, yang menjadikan sains dan teknikal sebagai penekanan utama di sekolah. Di tingkatan 4 disaring lagi. Seterusnya, hanya pelajar-pelajar yang terpilih dipilih untuk melanjutkan pelajaran diluar negeri, dengan harapan dapat mengaut “budaya ilmu”, “budaya kerja” dan mungkin budaya-budaya yang lain juga untuk dibawa balik ke tanah air. Inilah usaha pemerintah yang zalim, and konco-konconya supaya kebatilan ini teruskan.

4. Rahib

Rahib disini digambarkan sebagai seorang mukmin yang sejati. Seorang yang faham akan tanggungjawabnya untuk menjadikan Islam ini sebagai ustaziatul alam. Dia amat faham dengan situasi negaranya yang telah jauh dari hidayah Allah, juga faham akan keperluan untuk dia menyebarkan daawah mentauhidkan Allah ini. Justeru dia juga memerlukan pekerja-pekerja daawah supaya semua penduduk di negaranya itu beriman kepada Allah.

Di sini juga menunjukkan tentang kepentingan seorang murabbi (pendidik) dalam mendidik, mengatur strategi, menjalankan proses tarbiyah, dan sebagainya, bagi menjayakan matlamat menjadikan Islam sebagai ikutan seluruh manusia. Seorang murabbi perlulah ikhlas terhadap Islam.

5. Berjumpa Rahib dan Ahli sihir


Pemuda tersebut telah merasa seronok dengan ajaran Rahib. Ini menunjukkan bahawa dia telah menerima hidayah dari Allah. Dalam masa yang sama dia masih lagi berjumpa dan belajar sihir daripada ahli sihir. Pemuda mengalami proses tarbiyah bersama rahib dan dalam masa yang sama, belajar ilmu sihir.

Di zaman kini, kita telah dapat lihat akan mulanya timbul bibit-bibit inginkan Islam dari para pemuda. Munculnya hati-hati yang telah menerima hidayah Allah. Signifikasinya, hati-hati ini juga perlu terus menuntut ilmu dunia yang telah dipotretkan sebagai lambang kehebatan dunia. Dalam masa yang sama, hati-hati ini perlu terus dididik, dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiyah yang sebenar supaya hati-hati ini dapat membezakan antara yang hak dan yang batil, seterusnya meneruskan penyebaran risalah ini.

6. Dipukul dan dimarah oleh ahli sihir dan keluarga

Kesan daripada pengajaran yang diberikan oleh Rahib di pertengahan jalan ke tempat ahli sihir, pemuda selalu lewat. Natijahnya, dia dimarah dan dipukul oleh ahli sihir.

Scenario yang sama juga dipertontonkan kepada kita pada hari ini. Para pelajar university terutamanya sering diugut supaya tidak menyertai aktiviti-aktiviti berkumpulan yang “Islamic”. Kononnya, mereka ini sudah terkena hasutan politik pihak pembangkang. Hakikatnya, hati-hati yang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sejati ini, dan ingin mendekati Islam yang syumul itu sendiri (yang sangat susah didapati di mana-mana kini), sering menghadapi masalah dan tentangan dari pihak pemerintah. Mereka diugut dengan akta yang berat sebelah. Juga diugut akan diberhentikan tajaan, juga diugut akan dihantar balik ke tanah air hanya kerana menjalankan perjumpaan untuk membincangkan dan memahami apa itu akidah dan iman, hanya untuk duduk dan beriman sejenak, hanya untuk mengkaji sirah Rasulullah dan memahami hikmah-hikmah di sebalik kejadian tersebut.

7. Katakan kepada ahli sihir bahawa keluargaku menahanku.

Pertamanya, apabila budak dipukul oleh ahli sihir, budak tersebut terus mengadu kepada Rahib. Signifikasinya, wujudnya tautan kasih dan sayang, dan saling mempercayai antara budak dan rahib. Lalu, budak itu mengadu kepada rahib tentang apa yang dihadapinya. Di sini jelas kepada kita, sebelum sesuatu proses tarbiyah itu boleh dikatakan berjaya, tautan iman lah yang membuahkan benih ukhuwah diantara hati-hati para dua’t.

Keduanya, rahib memberikan alternatif “berbohong” kepada pemuda. “Berbohong” kepada ahli sihir, juga kepada keluarganya. Adakah ini bermakna “berbohong” itu halal dalam Islam, terutama dalam keadaan begini? Tidak jangan sekali-kali kita salah faham!!!.

Pertamanya, sebagai seorang murabbi yang begitu faham akan situasi dan keadaan pada ketika itu, rahib telah menjalankan tugasnya, terutama dalam mengatur strategi berdaawah. Dia sedar bahawa pemuda itu masih bayi dalam proses tarbiyah, juga dia tahu bahawa mungkin ini sahajalah peluangnya untuk mendidik hati yang sudah terpaut pada Islam. Dalam masa yang sama, ini adalah untuk kemudahan kepada pemuda supaya, dia dapat meneruskan proses tarbiyah tersebut.

Keduanya, jelas menunjukkan, elemen kerahsiaan adalah salah satu elemen penting dalam strategi daawah. Di dalam setiap marhalah-marhalah daawah itu sendiri terdapat elemen kerahsian. Merahsiakan disini bukanlah bermaksud, ada hidden agenda, atau itu adalah kebatilan, ia adalah salah satu dari strategi. Menyingkap kisah di zaman Rasulullah, Rasulullah bermula selama 3 tahun secara rahsia. Walaupun setelah baginda berdiri di bukit Safa dan menyampaikan risalah lailahaillah muhammadarrasulullah, rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam masih lagi digunakan sebagai tempat mengumpulkan para sahabatnya. Untuk apa? Tidak lain kerana ini termasuk dalam strategi daawah, terutama dalam menjalani proses tarbiyah.

Secara logiknya, adalah tidak adil kepada kita untuk memberi input yang sama kepada semua orang sedangkan Allah menciptakan manusia itu berbeza. Di university juga, pelajaran adalah mengikut tingkatan, lecturer tidak akan memberi maklumat tahun tiga kepada pelajar tahun pertama. Ini adalah tidak adil kepada mereka. Jika di university kita boleh faham akan kepentingan wujudnya strategi dalam belajar ini, mengapa kita tidak boleh faham akan kepentingan strategi terutama dalam usaha kita menyebarkan risalah yang terpenting ini?

(tiba2 cik nur terfikir adakah adil bagi saya untuk mengepos benda ini di blog???)

8. Peristiwa pembunuhan binatang.

Peristiwa ini merupakan titik tolak kefahaman, dan keyakinan pemuda kepada ajaran Rahib. Di sini, keyakinan pemuda kepada ajaran rahib makin bertambah. Begitu juga dengan keimanannya kepada Allah. Sekali lagi peristiwa itu diceritakan kepada rahib. Dan rahib berkata, engkau pada hari ini menjadi lebih hebat dariku. Dan dalam masa yang sama, rahib telah memberitahu pemuda bahawa dia akan diuji oleh Allah.

Di sini jelas, firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2: Adakah kamu menyatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji? Jadi, sesungguhnya ujian Allah itu adalah sunnatullah, yang telah ditetapkan kepada mereka yang beriman. Jadi wajarlah disini jika kita selalu menghisab diri kita yang menyatakan bahawa kita berada pada jalan daawah. Apabila kita tidak diuji haruslah kita bertanya “Apakah betul benda yang aku lakukan ini... kerana orang-orang sebelumku semuanya diuji…”

9. Bekerja sambil berdaawah

Setelah peristiwa pembunuhan binatang itu, keyakinan pemuda kepada Allah bertambah. Ilmunya juga telah bertambah. Dan dia bekerja mengubat penyakit kusta dan sopak. Dalam masa yang sama, pemuda tidak lupa akan tanggunggjawab pertamanya sebagai pendaawah. Pemuda terus berdaawah walaupun dia adalah “doctor”.

Di sini menunjukkan kepada kita, pendaawah tidak semestinya seseorang yang menggelar dirinya Ustaz, atau Imam besar, atau ulama, atau ustazah, hafizah, atau alimah. Tuntutan berdaawah adalah fardhu ain kepada semua umat Islam, tidak kira lelaki dan perempuan. Dan tuntutan ini tidak terhad hanya kepada ustaz dan ustazah. Tuntutan ini adalah kepada semua, engineer, doctor, pilot, geologist, guru dan sesiapa sahaja. Dan kita hendaklah sentiasa ingat, ustaz hanya tinggal profession jika dia sendiri tidak faham akan tanggungjawabnya menyebarkan Islam.

10. Penyeksaan rahib dan pemuda.

Raja menjadi murka apabila dikatakan bahawa ada tuhan selain beliau. Seterusnya menghukum rahib dan pemuda. Di sini, membuktikan kata-kata rahib bahawa pemuda akan diuji. Paling penting, di sini juga membuktikan janji-janji Allah bahawa kepada sesiapa yang beriman, pasti akan diuji.

Secara specificnya, ujian di sini adalah tentangan dan penyeksaan daripada pemerintah. Ini juga adalah sunnatullah. Lihat saja dari zaman Nabi Allah Ibrahim, Musa, Lut, Hud… dan Rasulullah tercinta itu sendiri, mereka semua ditentang dan diseksa oleh pemerintah. Zaman pasca Rasulullah juga, As-Syahid Hassan Al-Banna, Syed Qtub dan ramai lagi ulama’ ulama’ muktabar yang ingin menyampaikan risalah ini diseksa dan dibunuh. Kerana apabila kita memilih untuk mengikut dan patuh pada jalan ini, hanya ada 2 sama ada syahid atau Islam itu menang. Dan Islam itu pasti menang.

11. Proses pembunuhan pemuda.


Allah telah menetapkan di Lauh Mahfuz bila sipolan sipolan akan bertemu jodohnya, begitu juga rezekinya, dan yang paling penting, bilakah ajalnya akan sampai. Dan kerana keyakinan dan kepercayaan ini lah, seorang mukmin sejati tidak akan takut dengan sebarang tentangan. Hatta, dibelah 18 pun badan ini, jika Allah tidak menetapkan nyawa bercerai dari badan maka, akan hidup lah juga. Kerana itu lah, tentera Islam tidak pernah gentar di medan perang kerana yakin maut itu di tangan Allah.

Dan dalam peristiwa ini, pemuda tidak melarikan diri, sebaliknya beliau kembali menemui raja. Sedangkan dia boleh jika dia hendak terus melarikan diri. Signifikasinya, keimanan pemuda amat utuh dan beliau amat yakin bahawa maut itu hanya di tangan Allah. Di sini, pemuda juga tahu bahawa dia membawa perkara yang haq, dan dia akan terus mempertahankannya. Timbul persoalan, kenapa pemuda tidak berbohong seperti kes dipukul ahli sihir diawal hadis ini?

Ini kerana, marhalah daawah yang dilalui oleh pemuda adalah tidak sama seperti marhalah (tingkatan) yang sebelumnya. Imannya juga telah bertambah. Dan dengan meningkatnya marhalah, keimanan dan ilmunya ini, dia juga telah berjaya meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap daawahnya.

Akhirnya, pemuda sendiri memberitahu raja bagaimana mahu membunuhnya. Pelik! Seperti memohon untuk dibunuh. (mungkin ada juga menyatakan sama seperti suicide bombers?). pengajaran di sini adalah, perlunya kebijaksanaan pendokong Islam dalam memerhatikan suasana dan keperluan masyarakat yang didakwahnya.

12. orang ramai beriman dan terjun di dalam parit

Di sini, mereka yang telah menyaksikan kebenaran telah sama-sama mengikut dan beriman dengan kebenaran walaupun ia menjanjikan maut. Signifikasinya, apabila kita melihat sesuatu kebenaran berada di depan mata, maka janganlah bertangguh dan memberi alasan untuk beriman kepadanya lagi. Teringat kisah Abu sufyan, Hindon, dan berbondon-bondon orang memeluk Islam ketika fathu Mekah.

13. kisah ibu dan bayi yang disuruh terjun.

Signifikasi paling jelas dan besar di sini adalah, wanita dan anak-anak kecil juga turut sama-sama menyumbang terhadap daawah Islamiyah. Ini adalah tuntutan dan tuntutan ini adalah fardhu ain.

Alhamdulillah, mungkin ini entry paling panjang cik nur pernah type. sesungguhnya, banyak hikmah kita boleh korek dari kisah ashabul ukhdud ini. Dan sesungguhnya beruntunglah bagi orang yang berfikir... dan yang paling penting, ini semua bukan kebetulan, kerana kebetulan bertentangan dengan aqidah kita... semoga Allah ampunkan dosa saya dan kita semua... ameen... jadi sekarang... tuntutlah ilmu "sihir" itu sebanyak-banyaknya dan mantapkanlah diri kita dengan ilmu rahib...

p/s credit: pakdi

Friday, April 23, 2004



understanding

teringat kisah sorang kawan cik nur yg diceritakan dari sahabat cik nur

kawan tu: aku teringin sgt nak dpt bunga (apparently minah ni bercouple la)
sahabat tu: hmmm takkan la kau nak suruh kan.. kau bagi la bunga kat dia dulu
kawan tu: dah aku dah bagi dah bunga kat dia
sahabat tu: kalau camtu kau bagi la hint2 kat dia kau nak bunga
kawan tu: dah banyak dah hint aku bagi
sahabat tu: kau cakap je terus direct kat dia kata kau nak bunga
kawan tu: aku dah cakap dah tapi dia tak paham2 jugak (dgn nada sedih)


satu lagi kes kawan cik nur jugak...

kawan tu: mcm2 dah aku buat... aku cakap elok2 kata tak payah call.. aku fwd email pasal pergaulan... memula mcm paham.. tp salah aku jugak baik sgt...
sahabat tu: mane boleh mcm tu.. kau cakap direct je kat dia
kawan tu: dah aku dah cakap habis direct la tu.. siap nada marah2 lagi.. setakat nak wish good luck tu tak payah la call... tp dia call jugak


hmmmm duduk sejenak berfikir mengapa fenomena begini terjadi... kedua-dua kes adalah mengenai pergaulan lain jantina... rasanya everybody yg baca dah directly faham yg dlm kedua-dua kes hubungan masih lagi belum halal

kes pertama adalah kes umat mangsa keadaan. sahabat cik nur kata ini bukanlah contoh yg baik.. tp cik nur amik utk buat contoh dlm isu yg lain pula...kes kedua masih berkitar isu pergaulan.. cik nur lebih berminat kepada kes kedua... since cik nur ikuti kes kedua nih boleh tahan dari mula la juga...

tp dlm kedua-dua kes, berlaku ketidak sefahaman.. umpama aku cakap guna speed of sound.. dia hnya boleh pick up EM wave tp cik nur bukanlah ingin mengupas mengapa wujud ketidak sefahaman ini... meh kita kupas sikit kes kedua..

dlm pergaulan lelaki wanita yg bukan mahram... seperti yg diceritakan beberapa hari yg lalu... masalah yg plg besar adalah masalah hati, kerana hati ini sgt sensitive dengan trigger2 yg kengkononnya rasa suka etc tapi rupanya bisikan syahwat nafsu dan syaitan... kalau hati dah tak dpt kenal sama ada bisikan itu adalah yg hakiki atau bertopengkan syahwat semata, itu tandanya hati itu telah rosak, dan natijahnya kepada tindakan2 yg tidak berlandaskan wahyu...

cinta atau sahabat???

sejauh mana kita meletakkan kayu ukur bahawa satu2 pergaulan lelaki dan wanita itu adalah hanya bersahabat tidak bercinta???

sahabat = companion = menurut ahli psikology, sahabat adalah orang yg dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. oleh itu sesiapa yg diyakini mempunyai ciri2 ini maka seseorang itu akan terpilih sebagai sahabat. Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan2, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah saling simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurahkan suara hati. (Mihwar, 11, 2001)

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya??? Boleh atau tidak persahabatan ini diteruskan??? Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. At least pasti ada harapan dan rasa memiliki...

Menyingkap kisah Saidina Ali dan Fathimah az-zahra. Setelah bernikah, Fatimah berkata kepada Ali, "Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah itu, ada seorang pemuda yang aku sangat cinta kepadanya...Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku... Tapi semuanya itu aku simpan didalam hatiku..."
Kata Ali "Kalau begitu engkau menyesal berkahwin dengan ku? "Tidak!! kerana pemuda itu adalah engkau."

Kita lihat contoh kisah cinta wanita pujaan sekalian lelaki dan kisah cinta lelaki pujaan sekalian wanita ini. Ali dan Fatimah membesar bersama-sama di kota Mekah. Ali adalah sepupu Rasulullah, dan Fatimah adalah puterinya. Mereka bermain bersama, makan bersama, dan membesar bersama-sama. Pastinya dari kecil lagi Fatimah sudah menyimpan rasa kepada Ali, begitu juga sebaliknya. Setelah akil baligh, masing2 faham akan tuntutan seorang muslim, dan tanggungjawab lelaki dan wanita.. apa yg lebih penting lagi Ali dan Fatimah sgt faham akan pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi... Maka.. kerana itu masing2 menyimpan rasa, kerana itu lah yang terbaik utk kedua-duanya...

Jadi persoalannya di sini sejauh mana persahabatan.. atau mungkin perkawanan lelaki dan wanita itu diukur.. adakah sehingga mengetahui rutin seharian seseorang itu??? Atau mengetahui apa yg telah dilakukan oleh seseorang itu??? Adakah ini bermakna jika seseorang mengambil langkah untuk tidak mengambil tahu, dan tidak mahu memberitahu dia sudah tidak mempercayai atau membenci seseorang yang lain????

Jika pergaulan itu sama jantina... ya .. cik nur berani katakan, itu adalah kesan ukhuwah dan persahabatan yang terbina.. jika kita masih belum terbuka utk sharing and berkongsi pendapat dan rasa... persahabatan itu belum terbina... namun di sini... persoalannya.. adakah perlu utk kita berkongsi rasa.. pendapat... cerita... dengan lelaki yg bukan halal bagi kita???Dan begitu juga sebaliknya...

hmmmm maaflah kalau topic ini agak menyimpang dari kedua-dua kisah di atas.. yg baik jadikan tauladan yang buruk buang dan campak jauh2

Thursday, April 22, 2004


Rocky in memories

top : Mt. Archer, Rockhampton - July 2003
background : Yeppoon, view from Rosalyn Bay, Rockhampton - July 2003

Tuesday, April 20, 2004



alhamdulillah

today's game was great.. eventhough kitorang tak menang pun.. tp margin dia dekat sket laa... 22-14... and we were actually satu sama masa first half... and.. kita main wing defend (WD) dodgy btol.. tp best gak... tak sepenat center... min and denice.. tukar laa biar kita main WD korang main center... heheh... dah.... ada org tu ada exam sebenarnya kan???? kan???? anyway... good job team... mcm tu without a proper practice for 2 weeks.. i would say... 2 thumbs up for you guys... cheers