Friday, September 02, 2005

wishlist

"kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita hendak, tapi Allah sentiasa beri apa yang kita perlukan"



saya tak hendak balik dari Australia beberapa bulan yang lalu, tapi Allah tau saya perlu untuk balik ke Malaysia... saya tanak start kerja lagi.. tp Allah tahu sy perlukan pd pekerjaan... dan mcm2 la sy nak yg sy x dpt... sbb saya tak perlukannya...dan bnyk lagi benda yg saya perlukan Allah bagi... sbb Allah tau apa yg terbaik utk kita kan!!! terima kasih Allah


Monday, August 29, 2005

e&P

Assalamualaikum warahmatullah


Finally, masuk office after a month… A lot of hick ups… But overall, thank Allah for the blessings, for the life, and for the love that He granted. Thank you so much, without your mercy, I wouldn’t be here today.


E&P was awesome. Something sweet and nice and of course will put a lot of smiles on my face for the entire life. I’ve known few great ppl. Ppl that have been through a lot of Allah’s tests. Sometime, I feel like ive been tested so hard, until I feel like there is no breathe to take. But somehow, other ppl might have been tested more. The key thing is, how we react to the test. It was meant to be there for at least a reason… sign of love from Allah…


Dah lama rasanya blog ni x bg tribute to special important ppl in my life. So today, to those few… thank you for being my friend


problem = I feel bad calling you that name because you have such a wonderful name. But somehow, I admire you patience and strength. Uve taught me a lot sis.
anak ura-ura = there is no word to describe how grateful I am to know you. I hope this friendship will last forever insyaAllah.
tambi busat = sungguhpun mulutmu tiada insurans dan telingamu pekak, but your eyes inspire me. Just call me if you need anything, especially regarding babyura.. take care.


last but not least, to the whole group… take care.. thank you for putting smiles on my face.

Thursday, July 28, 2005

stuff

out of office


2/8-25/8 - E&P Core Course (Kenyir Lakeview)
29/8 - ?? - Site Survey (Offshore Bintulu)

Wednesday, July 20, 2005

Ia kecil Ia GAGAH

Ada sebuah kisah, semasa Nabi Allah Ibrahim dihukum bakar. Ada seekor burung kecil, yg mengisi air didalam paruhnya, lalu menyiram api yang membakar. Tingkah lakunya itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lalu depa pun bertanya kepada burung kecil itu,

“Wahai burung kecil, Buat apa kau penat-penat mengambil air, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siram itu”

Lalu burung kecil jawab “Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak." Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini.

InsyaAllah teruslah istiqamah dalam agama. Kelak Allah hanya akan tanya apa yg kita buat, bukan outcome yg kita dpt.

Friday, June 24, 2005

medan ini medan perjuangan


assalamualaikum warahmatullah, sudah lama tak tulis blog, hr tu ada tulis sekali, tp malangnya.. server down, and entry ku pun hilang.


Paradigm!!??


"Anjakan paradigma", satu ungkapan yang sinonim bila kita bercakap mengenai paradigm. Terbukti di dalam sejarah, perjuangan selalu juga dikaitkan dengan paradigm. Revolusi Inggeris dan Perancis, terjadi untuk mengubah paradigma rakyatnya keluar kepompong mereka ketika itu. Nah hasilnya, orang Eropah pernah dikatakan sebagai satu bangsa yang termaju di dunia dekad yg lalu.

Kebangkitan Meiji, menuntut pemudanya mengubah paradigma mereka, terbukti kini teknologi Jepun mampu bersaing bahkan menandingi teknology barat. Kini China, yang dikatakan bakal menguasai ekonomi dunia juga dalam proses mengubah paradigma rakyatnya yang telah lama terkongkong dalam sistem komunis.


Islam juga datang untuk mengubah paradigma. Bukan sahaja terhad kepada paradigma bangsa Cina, atau Jepun, atau Eropah, atau Melayu. Namun mengubah paradigma bangsa MANUSIA. Satu bangsa yang telah diamanahkan oleh Al-Khaliq untuk mentadbir bumi. Satu paradigma yang diturunkan untuk mengeluarkan penghambaan bangsa manusia sesama mereka. Satu-satunya jalan yang menyatukan manusia dengan kejadian alam sekeliling, satu-satunya jalan yang secara fitrah dan praktikalnya membawa kebahagiaan kepada bangsa ini baik di dunia mahupun di akhirat.


Namun, tidak ramai yang menyedari akan jalan ini adalah jalan yang terbaik. Justeru, proses anjakan paradigma untuk menjadikan jalan ini satu-satunya jalan hidup bangsa ini susah, berliku dan panjang. Paradigm, paradigm, paradigm.


Bersediakah anda???


Baru-baru ini kawan cik nur menyatakan kesedihannya. Dipendekkan cerita, dia graduate oversea dalam bidang yang very marketable bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh pelusuk dunia. Kawan-kawannya ramai lelaki, ada juga yang special, juga datang dari seluruh pelusuk dunia, graduate oversea juga.


Kerana niatnya untuk mengubah paradigma, dia dalam proses disatukan dengan seseorang yang sangat jauh perbezaan kehidupan, dan pendidikan darinya. Seseorang yg telah lama dibesarkan dlm kesusahan, dan yang paling penting, dia juga graduate oversea, tapi dari timur tengah. Bukan produk-produk jpa, atau mara, atau petronas yang kebanyakannya dihantar untuk buat engineering, dan medicine.


swasta!!!


Malangnya update latest yang cik nur tahu, niat mereka yang suci itu tidak direstui keluarga. Kerana pilihannya tadi, hanya mengajar di sekolah agama swasta. Dlm erti kata lain, sekolah kebajikan. Dan pilihannya itu dibandingkan dengan rakan-rakan lelakinya yang lain, yang kebanyakkannya juga bakal bekerja dengan kerajaan atau swasta.


Teringat kata seorang sahabat, “betapa rendahnya nilai sebuah program jika kita tak pergi hanya kerana alasan duit”.


Cik nur juga nak quoute
Betapa rendahnya nilai sebuah perkahwinan, jika dia tak jadi hanya kerana wang ringgit. Manusia boleh beli rumah besar, kereta besar, latest fashion in town dan lain-lain lagi. Tapi kebahagiaan tidak terletak pada masih banyaknya lagi wang di dalam poket bila di akhir bulan. Kebahagiaan tidak terletak pada betapa cantik dan besarnya rumah. Jika itulah indicator kebahagiaan, betapa rendahnya martabat bahagia itu!

Semoga Allah mudahkan awak... ameen

Friday, May 27, 2005

macam mana ni

aduhai


Ya Allah, kadang-kadang rasa tak mampu nak lalui ujian Allah. Manusia minta macam-macam, nak minta, tapi nak minta pun malas-malas. Macam mana Allah nak bagi. Ada ke patut, dah terjaga dah, boleh dikatakan setiap hari terjaga di tengah malam, sbb niat tahajjud dari awal kan.. tapi duk malas-malas juga nak bangun.. damn it!!!!


Ya Allah Tuhan yang maha tahu, Kau yang mengetahui dan menguasai hati ini, tetapkan hati ini di Jalan Mu Ya Allah, satukan lah hati-hati ini untuk bergerak ke matlamat Mu Ya Allah. Beri kekuatan pada hati-hati ini, bimbing lah hati-hati ini menuju nur Mu, akhirnya redhakanlah hati-hati ini dengan segala ketentuan Mu."


Kenapa saya suka pergi offshore
1. Hati menjadi tenang - mungkin kerana dikelilingi laut.
2. Semua org senyum dan mesra
3. Alhamdulillah, Allah mudahkan diri buat ibadat sunat.


Persoalannya???
Macam mana nak implimentasi "kehidupan" offshore di atas darat??? Ya Allah, tolonglah permudahkan segalanya.