Tuesday, February 07, 2006

egypt

salam semua... org nak gi egypt.. wasalam

Wednesday, November 30, 2005

sangat sedih

sangat sedih... kenapa org keliling saya nak pergi dlm masa yg sama.. tak boleh ke buat rotation??? saya ada satu problem dr dulu... x boleh kene tinggal.. rasa nak nangis!!! mcm masa huda pergi sydney and all the girls gi melb 2 3 tahun lalu plak rasanya... sob sob

ijazah & risalah


Satu ketika di tengah-tengah kota Mumbai India, seorang peguam muda berbangsa India yang baru saja menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dari England. Beliau membeli tiket keretapi untuk duduk di kelas pertama. Tetapi malangnya sekali, apabila beliau ingin masuk ke dek kelas pertama, beliau dimarahi oleh orang-orang berkulit putih yang bilangan mereka tidak mencecah sepuluh ribu pun jika hendak dibandingkan dengan bilangan penduduk India yang beratus juta ketika itu.

“Tapi aku membeli tiket kelas pertama dan aku berhak duduk di sini,” kata pemuda tersebut. Berani.
“Kau orang India. Belakang. Di sini bukan tempat mu,” herdik bangsa kulit putih itu lagi

Dan pemuda tersebut ditolak keluar dari gerabak keretapi kelas pertama itu.

“Aku perlu buat sesuatu,” bisik hatinya
“Bangsaku ramai tetapi mereka ditindas” Seraya matanya melihat bangsanya berpusu-pusu di atas bumbung gerabak keretapi.
“Bangsaku ramai tetapi jiwa mereka mati” Seraya matanya merenung bangsa kulit putih yang angkuh itu.
“Bangsaku ramai tetapi mereka lemah” Benaknya menerjah ke England, bagaimana dia dihormati tetapi dihina di bumi sendiri.

Semenjak itu, pemuda tersebut mengumpulkan kekuatan. Hasilnya India merdeka secara FIZIKAL dari belengu penjajah British. Dan sehingga kini, nama dan jasa pemuda yang bernama MAHATMA GHANDI itu terus dikenang.

Seladang yang lemah

Tadi, setelah meneman orang berbuka, cik nur balik dengan Fiza. Lalu dan buat U turn di Jalan Maarof. Tapi perjalanan kami terhenti, sebab ada lori besar DBKL sedang menyiram pokok di bawah fly over (dekat traffic light persimpangan Jalan Bangsar dan Jalan Maarof – depan Dataran Maybank). Dan kami terfikir…

We were at the heart of Kuala Lumpur, yet the lorry has to come and water the plant at night. Don’t we have one of the 200 best university in the world? Haven’t we sent enough young graduates and to study abroad? After almost 50 years achieved our independence, they can’t even create an automatic sprinkler at the heart of Bangsar, at the one of the busiest road in KL???

Engineer makan gaji buta???

At first we came to this conclusion. Siapakah engineer DBKL? Kalau dia graduate oversea, pastinya dari United States, mungkin dari UK atau Australia. Tidakkah dia melihat kemajuan automatic sprinkler yang digunakan dia Negara-negara maju?Tidakkah dia mampu untuk membuat perubahan yang serupa di Negara sendiri? Tidakkah dia berfikir dengan wujudnya lori penyiram bunga di malam hari bakal mencetuskan accident di persimpangan yang sibuk itu?

Kalau pun dia bukan graduate oversea, he then just proved that Malaysian tertiary education is not compatible with the world market and can only produce graduates that know how to answer the exam question, but useless and only knows how to make money.

Add values

When we arrived home, I voiced it out to my housemate. She gave a totally different point of view:
“DBKL x ada duit nak buat sprinkler automatic,”

Then I started asking. Is that thing that mahal to install? Or else the money behind the back that matters??? But then, how about the multi million ringgit spent for all the concerts? Or multi million ringgit got from the concerts?? Plus multi million ringgit spent per year at all the clubs and pubs at the heart of the city?

Then as I walked upstairs, thinking of my automatic sprinkler and how a company can be built and get the tender from the government to install the sprinkler I started thinking of another problem.

“Kemungkinankah nanti akan ada orang yang curi air??”. And I nodded.

Masyarakat yang hilang TUMPUAN.

Ya Allah. People look!!!! We have a very serious problem here. We have a very confuse society. Masyarakat kita tidak faham pririority.

Kita ada segolongan pemerintah yang mementingkan diri sendiri. Mereka menggunakan nama untuk kepentingan peribadi. Mereka menggunakan pangkat untuk hidup senang lenang. (Ye laaa kalau perkara ni tak terjadi, mesti Pak Lah tak risau-risau nak banteras rasuah di awal-awal pemerintahannya) patutnya rakyat Malaysia sedar, bila Pak Lah buat begitu kita perlukan restructuring of the government because our government is corrupted. But somehow they said: Bagus pak lah, dengan Islam had-hari nya, lihatlah dia membanteras rasuah.

Kedua, kita ada golongan cerdik pandai yang kononnya pergi ke menara gading tapi mendapat ijazah juga untuk bergoyang kaki. Dapat kerja yang bagus dengan so called multinational company. Kemudian tidak berfikir bagaimana untuk add values. Prinsip mereka, aku aku kau kau. Selagi aku tak kacau periuk nasi kau, jangan kau dare untuk kacau periuk nasi aku.

Kemudian kita ada golongan masyarakat biasa yang juga tidak faham keutamaan. Pastinya jika DBKL meminta tax lima ringgit setahun dari setiap pintu hanya untuk menjayakan project sprinkler automatic di bangsar. Saya yakin mungkin tidak sampai 10% pun penduduk bangsar akan menyahut permintaan itu. Tapi tanpa disuruh untuk Afundi MAWI, seluruh rakyat Malaysia mengembleng tenaga. Hanya kerana kata-kata emosi yang dimainkan oleh aznil.

Apa yang lebih menyedihkan dan memalukan daripada itu, manusia yang sanggup mencuri air juga untuk kepentingan diri sendiri. Dan seterusnya masalah ini terbiar begini

Dimana sudahnya…

Minggu depan di hari dan waktu yang sama, akan ada sebuah kereta yang break mengejut dan cuba bergerak ke lane lain. Dan sekali lagi incident penghonkan kereta dari belakang akan bermula. Pemandu yang balik dari kerja itu pun marah-marah. Lebih malang lagi kalau berlaku accident. Sedih lagi jika ia melibatkan nyawa. Kalaupun bukan nyawa pengguna jalan raya, mungkin nyawa pemancut air yang berdiri di bahu jalan.

Ya Allah…. Banyaknya kerja kita……………

Wahai manusia sedarlah… tahu apa objective kamu dijadikan, sedar akan apa tanggungjawab, utamakan pririority, bersantunlah sesame manusia di atas muka bumi ini.

Wahai graduate, tidak inginkah kamu menjadi “Ghandi islam” di bumi bertuah ini?

Sunday, November 27, 2005

ukhuwah itu indah

ukhuwah itu indah

kadang-kadang kita terpaksa merantau jauh untuk mencari kekuatan. Kekuatan yang pertamanya untuk buang penyakit "wahan"<- cintakan dunia takutkan mati, dalam diri. seterusnya untuk bergerak melaksanakan tanggungjawab pd Allah. Dan kekuatan ini ada pada ukhuwah. Hati-hati yang bersatu kerana Allah. Hanya dengan pandangan mata, hati sudah bergetar, membisikkan yang kita tidak berseorangan. Sangat indah. Sedamai air di tasik perdana mengalir, sedamai itulah hati-hati yang berkasih sayang kerana Allah. Ya Allah, rahmatilah akhawatku, dan seluruh muslimin di atas muka bumi ini.
p/s - budak2 brisbane balik wajib call kima ok. nanti kita tour satu malaysia.. heheh

Saturday, October 29, 2005

jauh berjalan



jauh berjalan...



Venue: Baram River, Miri Sarawak.





Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi25:53


Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengokohkan) nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.27:61


Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.55:19-20


Dulu masa belajar, gambar mcm ni lecturer cik nur yang tunjuk, ambil dari atas, somewhere in africa rasanya.. kali ni.. cik nur tgk dgn mata kepala sendiri.. dan siap main2 air tu lagi... masyaAllah... di mana2 ada sign of Allah tapi hanya pada mereka yang ingin berfikir


saya rasa sungguh tenang duduk di Miri. Menghabiskan ramadhan di Miri. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu. Semoga Allah jaga hati ini dari segala maksiat. Ramadhan adalah bulan tarbiyah. Tarbiyah bagi hati.Azam after ramadhan - tanak ulang kesilapan before ramadhan!


Sangat cepat masa telah berlalu. Antara Ramadhan lepas dengan Ramadhan hr ini, macam2 yang terjadi. Serata malaysia dah jajah. Pelbagai orang dari segenap pelusuk masyarakat saya jumpa... Cepatnya....Yesterday was the last day at uni for my dearest sisters. Rindu sangat. Sangat sangat.

Wednesday, October 05, 2005

Assalamualaikum warahmatullah

Selawat dan salam buat Rasul Junjungan.

Lama rasanya x post entry di sini. Rasa macam lost touch la pulak. Alhamdulillah, rasanya insyaAllah lepas2 ni saya akan selalu postkan entry di sini. Ada effect jugak kot kat diri sendiri bila ada menda dlm kepala otak ni x boleh dikeluarkan. Menulis adalah salah satu cara yang senang untuk keluarkan apa yg bersarang di hati dan di dalam kepala otak. Entry2 di bawah adalah kesan daripada ketepuan hidup semenjak dua menjak ni.

Offshore

Beberapa hari yang lepas baru turun dari Offshore Bintulu. Naik kapal x sama mcm naik rig. Naik rig x pening2. Naik kapal, pening gile. Tp ok la jugak sebb muntah sekali je kan. Overall, it was great. The crew was very helpful, maybe saya sorang je client rep yang naik, or maybe sebab saya plg muda, and bnyk sgt tanya. Tapi overall it was great.

Turun je dari kapal, terus naik kapal terbang. Balik rumah mmg flat gila. Tapi sbb tgk semangat kak azah, malam terus bersemangat jumpa adik-adik. Alhamdulillah, insyaAllah, saya hanya doakan bibit-bibit kasih sayang tumbuh dalam jiwa adik-adik ni. Dan untuk keberapa kalinya saya rasa sangat rindu pada huda. Rindu gila.

Pasta

Buat pertama kalinya saya masak pasta di Malaysia. Nak jamu adik-adik, tp adik2 tak reti makan sgt. Tapi mmg syahdu gila laa masa tengah masak. Teringat zaman dolu-dolu kat aussie. Pasta ni adalah makanan yang lebih selalu dimakan berbanding nasi. Dan huda adalah peminat setia pasta saya. Miss you so much.

Catching up

Malangnya hr khamis balik tu mak tak bagi balik rumah. Sbb derang nak visit hafiz kat penang. Baca yassin utk SPM. Ok that means, hr jumaat ni kene tagih kasih sayang kat orang lain pulak. Kak nora jadi mangsa balik dari kerja tu. Tapi on the way nak bawak dia gi makan, got a phone call from anak ura-ura, minta jadi in promt to utk carreer talk kat MCKK, together with yusliza and rahimi. Discuss a few stuff dgn org kat rumah, then after balik dari tazkirah malam tu, kitorang bertolak ke Kuala Kangsar. Heheh spontaneous!!!!

Memori lama pengubat duka????

Eventhough tidur x sampai 3 jam, tapi memang semangat gila, especially bila masuk sekolah. Hati gila berdebar, bukan sebab kene bagi presentation, tapi sebab nak jumpa budak-budak sekolah. Rahimi bwk breakfast kat satu restaurant yg derang kata derang selalu fly time skolah2 dulu. Then masa kitorang sampai sekolah, budak2 MCKK and SERATAS dah ada dalam dewan. Kak DZ, puteri mahirah’s mother pun ada. Then, budak2 SEMESTI datang.

Farid (Petrosains guy), actually mentioned that we drove from KL that night, and sampai dalam kul 4 pagi.

KK, and kak DZ gave some kind of motivational talk to the students, what not to fill in the resume etc. Then, each one of us sort of have to introduce ourselves. The lecture theater environment was like auditorium Bukit Kiara,where half of the hall was dominated by MCKK students. That was the first time after 5 years, I spoke to that kind of ppl again. My hands was shaking when I hold the mic. Cuak gila, dlm hati “takkan la gelabah sampai jadi cam ni???’ but later on I discover, my hands actually shaking when I hold stuff (maybe sbb penat sangat kot).

We created some kind of environment because, Yus ex-SERATAS, Rahimi ex-MCKK, and myself ex-SEMESTI.

Then, Faisal took over the event by presenting, the glamorous, tedious, and the burukness of our job. Been to various part of the world etc.

Then, after break, we had a one to one session with the speakers. 15 minutes for each group. First question ask…. Why did u do geology??? A million dollar question. I don’t know why that day, the atmosphere was so intense, I was so sad, even though that wasn’t the first time I answer the same question. It reminded me to everything I had at school, everybody in Australia. Everything!!!! A spontaneous decision I would say, that we (my dad and I) made 5 years ago, that have shaped me into something today.

Over the lunch, we had a small small talk with BuZai (cikgu SEMESTI). Faisal was actually mengorek rahsia2 saya zaman muda-muda dulu.

“Awak debater eh??”
“Awak best student ke?”
“Awak dulu head prefect eh
?’

X hilang lagi rasa sayu dengan soalan2 Faisal, somebody came over, budak MCKK.

“Akak, akak masuk debate final 99 kan?”
“Aah, mana tau?”
“Tengok tape”
“Hehehhe ok.”
“Akak ingat tak Abang Izrin, second speaker MCKK?”
Dlm hati – “Aku kalah ngan dia, mestilah ingat’
“Ingat”
“Dia kirim salam”

I was so shocked, how can Izrin knew that I was there sedangkan, mmg org x pernah pun contact dia semenjak kalah tahun 99 tu. Rupanya that budak sms him.

FLAT

Habis program memang exausted gila. I was kelepek on the way back. Sedar-sedar dah sampai tol Ulu Bernam. Sedar untuk kali kedua dah depan rumah Yus kat bangsar.

Tak habis dengan kesayuan di siang hari, that night a friend cerita dia punya history. A story that is similar to my experience, except that I was the one who’s the heartbreaker. A story that was actually a turning point in my life.

So that night, tidur dlm keadaan sayu. Esoknya, jumpa ‘therapist’. Tapi I couldn’t cerita everything because she was too busy. So, scheduled another appointment with her next week.

After corporate agenda on Monday, I went to the office the next day. But was so exhausted that I think I probably need a week off. After discussion with my ‘therapist’, minta cuti dari hari Rabu sampai Isnin minggu depan. Balik kampong, relax. Miss mak gegilanya. Alhamdulillah, terubat rindu. I’m recovering.