Wednesday, April 26, 2006

egypt's trip


Assalamualaikum warahmatullah,

Selawat dan salam buat rasul junjungan. Rasulullah saw. May everybody is in great health and imaan.

It’s been a while since my last entry. Masa tu cakap I’m going to Egypt. Heheh dah lama dah balik from that trip, skarang datang Egypt again for the second trip. So, currently I’m sitting in XXX office. Waiting for them to settle out stuff to start our journey to Western Desert.

So, since I’m very bored. Lets do some recap on Egypt’s trip.

First Trip.

First trip went very fast. On Monday I knew that I have to go to Egypt, renew my passport on Tuesday, and straight to Cairo on the next day. Hehe, carigali…..

The next day went to clear out some stuff with the partners and contractors. Went for a nile cruise at night. Went to pyramid, citadel (salehuddin al ayubi’s fort), masjid Hussein etc. The trip actually finished at around 3 since the bosses went to sleep.




The next day, my Egyptian friend from orientation brought me to the most tah pape museum in the world. All I see were just patung and patung.. and keranda… we finished the tour in the museum for just like half an hour.. heheh.. then went to khan khalili… tried egyptian juice… suddenly my friend said he has to go back home for family lunch…

Ooo man, Im not gonna let the same thing happen again. So, I went to al-azhar university… trying to see somebody that look like Malaysian. There were 3 ppl sitting at one corner. The only Malaysian look kat situ… so heheheh dengan gaya paling mengada sekali, I managed to convince them to accompany me to maqam imam syafaei. We walked and visited all the maqam around the area.

Mesir: Anak singa vs seladang pengecut

Back in Australia, ada satu talk yang saya dengar,
“rakyat mesir seperti dibuat begini” (speaker tu buat gaya sedang merangkul leher seseorang dan ditampar-tamparnya).

The next day, I went with my Egyptian friend and we went passed the Anuar Sadat memorial. Kawan saya kata anuar sadat was killed by the ikhwan. Then dia x puas hati betul kenapa these ppl x tgk apa yg AS cuba buat. Anyway, Anuar Sadat signed the peace treaty between Egypt and Israel. Lihatlah bagaimana mereka dah racun pemikiran kawan saya. Perjanjian damai. Kerana dia damai.. maka itu adalah terbaik walau dengan sesiapa sekali pun. Tapi untuk apa “damai” di mata tapi hakikatnya kita dijajah. Hakikatnya kita tidak merdeka. hakikatnya “kedamaian” itu bakal meragut pengabdian kita kepada illah yang satu.

In different occasion , dengan celuparnya sekali, saya bertanya kepada taxi driver “di mana hassan al banna di bunuh?” then the taxi driver said, “he has not been killed. He died in his sleep.” Satu pemalsuan fakta. Tapi merekalah segerombolan tentera semut yg telah berjaya diperbodohkan oleh seekor ratu semut yang kejam!

Saya sedih, di beberapa tempat di bandaraya kaherah itu, bagunan tinggi2 dan cantik2. yang rata-ratanya ada 3 ke 5 orang tentera yang lengkap bersenjata. Di dalam bangunan cantik itu, orang-orang tempatan yang saya tidak senang utk berada dekat dengan mereka. Ada seorang yg berpangkat sangat besar di dalam satu syarikat tapi biliknya dipenuhi oleh asap rokok. Dan saya rasa asap rokok lebih banyak masuk ke dalam paru-parunya setiap kali dia bernafas compare to the fresh air.

Tetapi di ceruk yang lain, hanya ada rumah-rumah flat yang tidak diplaster dengan baik. Relatively kotor. Dan tidak dijaga. Di ceruk yang lain, kanak-kanak berlari-lari meminta sedekah. Di ceruk itu juga ada jalan yang suram, seperti tidak berpenghuni. Tapi apabila ditegur insan2 di situ, mereka sangat ramah. Somehow ada roh di ceruk itu. Somehow ada cahaya pada mata-mata mereka.

Di satu ceruk, di hadapan masjid al-azhar, ada dua orang kanak-kanak sedang duduk. Seorang kakak bersama adiknya. Tapi kakak ini tidak duduk sahaja, dia membawa seplastik tisu. Saya hulurkan satu Egyptian pound dan in return saya beli sebungkus tisu. Kemudian, kanak2 itu mengembalikan 70 plaster kepada saya. Saya tolak. Tapi kanak-kanak itu insists. Saya tolak lagi. Kanak-kanak itu masih insists. Di wajahnya seolah-olah berkata – aku bukan pengemis.
“it is for you. Take it! Kata saya dan saya terus berlalu. Saya harap kanak-kanak itu selamat dan diberkati rezekinya. Harap ibunya tidak memarahinya ada duit lebih berbanding tisu yang dijual.

Hari terakhir saya di kaherah ketika itu, rasa sayu. Saya bakal merindui bumi ini. Tapi somehow dalam hati saya saya rasa, saya bakal berpeluang lagi ke sini.

Second trip

Alhamdulillah telahan saya tepat. Saya di assigned utk pergi sekali lagi. Tapi kali ini tugasnya bukan setakat di office, tapi saya bakal ke Western Desert. Dan jika keadaan permited, saya bakal tinggal di situ at least untuk beberapa hari sehingga tugas kami selesai.

Sekali lagi trip kali ini, saya pergi dengan principal saya. First day kami di kaherah. Selesaikan beberapa perkara berbangkit.

Esoknya (iaitu hari yg saya duduk di dalam xx manager’s office ini) kami bertolak ke Western Desert. Bandaraya kaherah sibuk seperti biasa. Maklumlah ketika itu 12 tengah hari. Kami keluar dari kaherah dan menujuk ke al alamein city.

Antara yang menarik pokok di pinggir sungai nil, tamar besar2 berubah kepada smaller shrubs. dan apabila kami hampir di base camp, x ada pokok. It was barren dessert. Flat.




Besides the changes in pokok di dalam perjalanan tersebut. kami melalui jalan menyusuri lautan mediteranean. Sangat cantik subhanallah. Di situ juga ada pusat peranginan/chalet holiday house yang cantik. Ada german and Italian army’s graveyard.



this is on the way back actually - belakang tu view of mediterranean sea

kami solat asar di masjid tepi jalan. Saya berasa pelik kenapa orientation masjid ini berbeza dengan rule bayang2 yg selalu saya guna utk tentukan arah kiblat. Lalu saya yg mmg susah nak kalah ni pun tanyalah geng2 partners saya..heheh rupanya saya berada at the other side of the world where makkah is at its south… hish geologist apa cm ni..

anyway… hari semakin gelap ketika ini baru saya mula berasa takut. Perjalanan yang mulanya tadi ada rumah2 di tepi jalan. Pokok2. kadang2 si pengembala kambing atau unta serta binatang2 gembalaan mereka. Kini semakin lengang. Bukan setakat lengang. Tidak ada sesiapa pun yang tinggal di situ. Kalau ada pun orang hanyalah checkpoint tentera. Itu sahaja.

Saya mula rasa takut. What if suddenly the tyre is flat. Im the only lady in this convoy and non of these ppl are my mahram. What if I cannot get in. this is in the middle of the desert and yet I have to travel to matruh with a driver that I just known a few days ago. Masa tu saya hanya berserah kepada Allah. Suddenly saya terfikir yang kadang2 saya ni ikut sangat darah muda dan nafsu yang membuak2 untuk menerokai “dunia” ini sehingga saya sanggup mempertaruhkan apa saja yang saya ada ketika itu. Most important thing keselamatan. Tiba2 saya rasa geram dengan diri sendiri, seperti saya tidak berorganisasi. Saya tak bertanya pun pendapat orang2 sepatutnya, saya terus optimis dengan keputusan saya.

Alhamdulillah, malam itu kami arrive di camp without any question from all of the military checkpoints. Surprisingly, communication breakdown, saya ingat ada ladies di camp itu. Tapi selama dua malam tidak ada. Those ladies pergi meeting di tempat lain. And saya sorang2 je lady. Dan saya hanya bertawakal kepada Allah untuk itu.

Principal saya buat statement. “you are one of the most daring girl I know…” Im not really sure how do I want to take that.

Anyway, 3 days in western desert reminds me of Mt. Isa. The trip itself is full of uncertainties. Similar to when I went to Isa, tertinggal flight and in the middle of nowhere. Sorang2. somehow the atmosphere is similar. Very hot and windy day. Very cold nights.

I almost cry when we left western desert. It feels like that is the last trip to the western desert. Then we head back to cairo.

Kenapa orang Arab macam orang Arab
Ramai yang bertanya pada saya, hows your trip. Jawapan saya - great, awesome, etc kepada most org yg ada di office. Banyak yang saya belajar, but ill try my best to put them in words.. pertamanya orang arab jadi macam org arab salah satu sebabnya adalah kerana padang pasir itu..

Badwi - mereka mmg sangat tak kesah pasal hygeine. Teringat kisah Rasulullah tegur seorang badwi yang buang air di dalam masjid. Sepanjang perjalanan saya ke western Desert, tandas adalah antara perkara yang x de la best sgt. tapi secara logiknya. kehidupan badwi, mereka berpindah randah. di desert tu, flat nothing. jadi untuk memulakan kehidupan di situ adalah kadang2 mustahil.

air hanya bayangan illusi pembiasan cahaya sahaja. jadi dengan kehidupan berpindah randah ini, banyak lagi menda lain yang derang kene pikir daripada nk wujudkan sistem tandas yg ok sbb they are not going to stay they anyway.

contoh lain, kedegilan orang arab. somehow saya rasa duduk di desert itu pressure la jugak. yg ada hanya padang pasir, dan langit, serta kengkadang unta liar yang tersesat seminggu sekali. simple je. so bila org arab dapt problem, depa x reti nak kona2 sgt pasai depa mmg dh duduk dlm suasana simple mcm tu. dan saya dpt rasakan ketenangan tinggal selama seminggu disitu. bila saya pulang ke cairo, nampak pokok dan bangunan kembali.. rasa complecated sgt.

Good company..

Initially our flight is cairo-kl. This was changed by the ppl back in kl since we finish the job a week earlier. But when we at cairo, my principal came out with a very brialliant idea because I said to him that I wanted to go to dubai. we called Mas asking is there any flight from dubai to kl the next day. They have, and then we went to the airport and change our ticket from cairo-kl to cairo-dubai-kl. It was a hassle changing ticket in Egypt. Im fully aware of this. But my principal insist.

“its ok if we didn’t get to go to dubai…”
but my principal is so cool. Kitorang sama2 meredah mcm nk menukar tiket tu.. heheh he just add another flavor di trip ini..
“im doing this for you …” he said.
“wahhh so tired. Sometimes its not too bad to be and feel young and do crazy things again” he said once we in the flight. Hehehe this reminded me exactly to my trip to Melbourne after Isa. It was a spontaneous decision. Instead of Brisbane-sydney… I did Brisbane-melbourne-sydney…

sweet memories remain…

finally I came back to kl on Monday. Tired but not exhausted. A friend went to uzbek the next day. And today another good friend of mine went to uzbek as well. We had the SA&P COP team lunch in the afternoon. First time for the whole team to get together. And we noted that we should do this more often not until one of us want to leave us. Perpisahan adalah berat dan sangat menyedihkan. But if it is for the best, just redha. Hope that both of you will get the best out of it. Jaga diri elok2, jaga solat, jaga makan, jgn kerja kuat2 sangat… and do contact us kat sini.

Akhir kata.. jaga diri hiasi peribadi kepada semua..

Tuesday, February 07, 2006

egypt

salam semua... org nak gi egypt.. wasalam

Wednesday, November 30, 2005

sangat sedih

sangat sedih... kenapa org keliling saya nak pergi dlm masa yg sama.. tak boleh ke buat rotation??? saya ada satu problem dr dulu... x boleh kene tinggal.. rasa nak nangis!!! mcm masa huda pergi sydney and all the girls gi melb 2 3 tahun lalu plak rasanya... sob sob

ijazah & risalah


Satu ketika di tengah-tengah kota Mumbai India, seorang peguam muda berbangsa India yang baru saja menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dari England. Beliau membeli tiket keretapi untuk duduk di kelas pertama. Tetapi malangnya sekali, apabila beliau ingin masuk ke dek kelas pertama, beliau dimarahi oleh orang-orang berkulit putih yang bilangan mereka tidak mencecah sepuluh ribu pun jika hendak dibandingkan dengan bilangan penduduk India yang beratus juta ketika itu.

“Tapi aku membeli tiket kelas pertama dan aku berhak duduk di sini,” kata pemuda tersebut. Berani.
“Kau orang India. Belakang. Di sini bukan tempat mu,” herdik bangsa kulit putih itu lagi

Dan pemuda tersebut ditolak keluar dari gerabak keretapi kelas pertama itu.

“Aku perlu buat sesuatu,” bisik hatinya
“Bangsaku ramai tetapi mereka ditindas” Seraya matanya melihat bangsanya berpusu-pusu di atas bumbung gerabak keretapi.
“Bangsaku ramai tetapi jiwa mereka mati” Seraya matanya merenung bangsa kulit putih yang angkuh itu.
“Bangsaku ramai tetapi mereka lemah” Benaknya menerjah ke England, bagaimana dia dihormati tetapi dihina di bumi sendiri.

Semenjak itu, pemuda tersebut mengumpulkan kekuatan. Hasilnya India merdeka secara FIZIKAL dari belengu penjajah British. Dan sehingga kini, nama dan jasa pemuda yang bernama MAHATMA GHANDI itu terus dikenang.

Seladang yang lemah

Tadi, setelah meneman orang berbuka, cik nur balik dengan Fiza. Lalu dan buat U turn di Jalan Maarof. Tapi perjalanan kami terhenti, sebab ada lori besar DBKL sedang menyiram pokok di bawah fly over (dekat traffic light persimpangan Jalan Bangsar dan Jalan Maarof – depan Dataran Maybank). Dan kami terfikir…

We were at the heart of Kuala Lumpur, yet the lorry has to come and water the plant at night. Don’t we have one of the 200 best university in the world? Haven’t we sent enough young graduates and to study abroad? After almost 50 years achieved our independence, they can’t even create an automatic sprinkler at the heart of Bangsar, at the one of the busiest road in KL???

Engineer makan gaji buta???

At first we came to this conclusion. Siapakah engineer DBKL? Kalau dia graduate oversea, pastinya dari United States, mungkin dari UK atau Australia. Tidakkah dia melihat kemajuan automatic sprinkler yang digunakan dia Negara-negara maju?Tidakkah dia mampu untuk membuat perubahan yang serupa di Negara sendiri? Tidakkah dia berfikir dengan wujudnya lori penyiram bunga di malam hari bakal mencetuskan accident di persimpangan yang sibuk itu?

Kalau pun dia bukan graduate oversea, he then just proved that Malaysian tertiary education is not compatible with the world market and can only produce graduates that know how to answer the exam question, but useless and only knows how to make money.

Add values

When we arrived home, I voiced it out to my housemate. She gave a totally different point of view:
“DBKL x ada duit nak buat sprinkler automatic,”

Then I started asking. Is that thing that mahal to install? Or else the money behind the back that matters??? But then, how about the multi million ringgit spent for all the concerts? Or multi million ringgit got from the concerts?? Plus multi million ringgit spent per year at all the clubs and pubs at the heart of the city?

Then as I walked upstairs, thinking of my automatic sprinkler and how a company can be built and get the tender from the government to install the sprinkler I started thinking of another problem.

“Kemungkinankah nanti akan ada orang yang curi air??”. And I nodded.

Masyarakat yang hilang TUMPUAN.

Ya Allah. People look!!!! We have a very serious problem here. We have a very confuse society. Masyarakat kita tidak faham pririority.

Kita ada segolongan pemerintah yang mementingkan diri sendiri. Mereka menggunakan nama untuk kepentingan peribadi. Mereka menggunakan pangkat untuk hidup senang lenang. (Ye laaa kalau perkara ni tak terjadi, mesti Pak Lah tak risau-risau nak banteras rasuah di awal-awal pemerintahannya) patutnya rakyat Malaysia sedar, bila Pak Lah buat begitu kita perlukan restructuring of the government because our government is corrupted. But somehow they said: Bagus pak lah, dengan Islam had-hari nya, lihatlah dia membanteras rasuah.

Kedua, kita ada golongan cerdik pandai yang kononnya pergi ke menara gading tapi mendapat ijazah juga untuk bergoyang kaki. Dapat kerja yang bagus dengan so called multinational company. Kemudian tidak berfikir bagaimana untuk add values. Prinsip mereka, aku aku kau kau. Selagi aku tak kacau periuk nasi kau, jangan kau dare untuk kacau periuk nasi aku.

Kemudian kita ada golongan masyarakat biasa yang juga tidak faham keutamaan. Pastinya jika DBKL meminta tax lima ringgit setahun dari setiap pintu hanya untuk menjayakan project sprinkler automatic di bangsar. Saya yakin mungkin tidak sampai 10% pun penduduk bangsar akan menyahut permintaan itu. Tapi tanpa disuruh untuk Afundi MAWI, seluruh rakyat Malaysia mengembleng tenaga. Hanya kerana kata-kata emosi yang dimainkan oleh aznil.

Apa yang lebih menyedihkan dan memalukan daripada itu, manusia yang sanggup mencuri air juga untuk kepentingan diri sendiri. Dan seterusnya masalah ini terbiar begini

Dimana sudahnya…

Minggu depan di hari dan waktu yang sama, akan ada sebuah kereta yang break mengejut dan cuba bergerak ke lane lain. Dan sekali lagi incident penghonkan kereta dari belakang akan bermula. Pemandu yang balik dari kerja itu pun marah-marah. Lebih malang lagi kalau berlaku accident. Sedih lagi jika ia melibatkan nyawa. Kalaupun bukan nyawa pengguna jalan raya, mungkin nyawa pemancut air yang berdiri di bahu jalan.

Ya Allah…. Banyaknya kerja kita……………

Wahai manusia sedarlah… tahu apa objective kamu dijadikan, sedar akan apa tanggungjawab, utamakan pririority, bersantunlah sesame manusia di atas muka bumi ini.

Wahai graduate, tidak inginkah kamu menjadi “Ghandi islam” di bumi bertuah ini?

Sunday, November 27, 2005

ukhuwah itu indah

ukhuwah itu indah

kadang-kadang kita terpaksa merantau jauh untuk mencari kekuatan. Kekuatan yang pertamanya untuk buang penyakit "wahan"<- cintakan dunia takutkan mati, dalam diri. seterusnya untuk bergerak melaksanakan tanggungjawab pd Allah. Dan kekuatan ini ada pada ukhuwah. Hati-hati yang bersatu kerana Allah. Hanya dengan pandangan mata, hati sudah bergetar, membisikkan yang kita tidak berseorangan. Sangat indah. Sedamai air di tasik perdana mengalir, sedamai itulah hati-hati yang berkasih sayang kerana Allah. Ya Allah, rahmatilah akhawatku, dan seluruh muslimin di atas muka bumi ini.
p/s - budak2 brisbane balik wajib call kima ok. nanti kita tour satu malaysia.. heheh

Saturday, October 29, 2005

jauh berjalan



jauh berjalan...



Venue: Baram River, Miri Sarawak.





Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi25:53


Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengokohkan) nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.27:61


Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.55:19-20


Dulu masa belajar, gambar mcm ni lecturer cik nur yang tunjuk, ambil dari atas, somewhere in africa rasanya.. kali ni.. cik nur tgk dgn mata kepala sendiri.. dan siap main2 air tu lagi... masyaAllah... di mana2 ada sign of Allah tapi hanya pada mereka yang ingin berfikir


saya rasa sungguh tenang duduk di Miri. Menghabiskan ramadhan di Miri. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu. Semoga Allah jaga hati ini dari segala maksiat. Ramadhan adalah bulan tarbiyah. Tarbiyah bagi hati.Azam after ramadhan - tanak ulang kesilapan before ramadhan!


Sangat cepat masa telah berlalu. Antara Ramadhan lepas dengan Ramadhan hr ini, macam2 yang terjadi. Serata malaysia dah jajah. Pelbagai orang dari segenap pelusuk masyarakat saya jumpa... Cepatnya....Yesterday was the last day at uni for my dearest sisters. Rindu sangat. Sangat sangat.