kerahan tenaga
Semua warganegara berumur 18 tahun keatas termasuk yang berada di luar negara akan diwajibkan mengikuti program kerahan tenaga atau Khidmat Negara selama enam bulan bermula 2004.
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Khidmat Negara yang bermesyuarat buat pertama kalinya pada 12 nov 2002.. Menurut Menteri Pertahanan ia bertujuan untuk "....meningkatkan jati diri, semangat patriotisme yang tinggi serta ketahanan diri yang sukar digugat oleh ancaman luar..."
hairan
apakah jati diri??? dulu masa debate selalu sgt guna perkataan nih.. cik nur faham jati diri is pendirian.. stand.. tapi jati diri apa yg kita nak tingkatkan.. jati diri apa yg kerajaan lihat sekarang ini?? kadang2 cik nur pelik dengan kerajaan yg memerintah... mcm2 perubahan dilakukan.. dlm tempoh 50 tahun shj.. sistem pendidikan di malaysia tak pernah tetap... bila naik jer org baru maka berubah la sistem... dari LCE dan MCE ... bila datangnya mahathir perkenalkan kbsm.. SRP dan SPM diperkenalkan.. sekarang??? bukankah seperti sistem 30 tahun dulu...?? haiii la ..
jati diri bukan dapat dibentuk dalam masa enam bulan.. jati diri adalah process pembentukan yg berpanjangan.. tidak melalui kekerasan... jati diri yg aku tgh cakap sekarang adalah jati diri islam.. jati diri seorang muslim.. jati diri yg punya tasawwur.. yg lihat dengan nur islam...
meningkatkan semangat patriotisme.. apakah kayu ukur patriotisme??? adakah dengan sentiasa menyanyikan lagu negaraku setiap kali bangun dari tidur... atau menggantungkan bendera malaysia di dlam bilik masing masing.. paling tidak pun bercakap bahasa melayu baku... dengan sebagai bahasa sehari2
pelik kan??? kata nak meningkatkan patriotisme di kalangan generasi muda.. tapi mengapa sistem dari bahasa melayu diubah kepada bahasa inggeris??? mungkin agaknya pak2 menteri nih rasa setiap tentera di malaysia adalah patriotik.. kerana mereka telah ditrain dan diajar serta sanggup bekorban untuk negara... ???
ancaman luar
lagi pelik... pak menteri kita takut anak2 muda ini tergugat oleh ancaman luar... ancaman luar apa yg pakcik takutkan??? america datang bom malaysia??? atau anasir2 yg bawak daayah serong... atau mungkin ancaman luar tu datang dari pihak pembangkang sendiri???
tak sedarkah yg our youth skarang nih... bahkan dah lama terdedeh dengan ancaman luar... layari saja weblog2 remaja2 zaman teknologi sekarang.. atau paling tidak pun.. friendster... anak2 bangsa .. seagama kita tak malu lagi paparkan gambar2 memakai pakaian menjolok mata... lidah.. muka bertindik mengalahkan orang putih... apa yg paling teruk dan memalukan... ada yg dengan bangganya menyatakan keseronokon masing2 "have a night out... been drunk"... ada gambar lagi tu???? tak takutkah pakcik dengan ancaman luar yg ini???
mungkin pakcik sudah biasa dengan senario ini.. sudah sebati?? atau mungkin sudah tidak dirasakan ancaman lagi??? ye lah...majoriti rakyat malaysia plg kurang pun mempunyai tv di rumah... we have to keep uptodate mann
ancaman dari yahudi dan nasrani... pakcik tak perasan pulak ke?? atau saja buat2 tak nampak... cik nur sedih apabila baca dan tgk website2 orang murtad cerita mengapa mereka convert... tidak cukupkah apa yg islam bagi... ingatlah wahai rakan2... kita nothing kalau tak dak islam... islam dont need us... Allah will jaga islam... we have to get it... we are the one yg need islam...
kemana arahnya
satu satunya negara di dunia ini yg mengarahkan perempuan menyertai program kerahan tenaga adalah israel.. adakah malaysia mahu menjadi seperti israel??? najib kata kita takkan ikut kerahan tenaga ikut acuan negara lain... but we just wait and see...
cik nur takut program khidmat negara ini akan jadi seperti program rakan muda... bukan saja terkubur layu... malah makin menggalakkan remaja2 yg berdarah muda ini untuk bermaksiat... sejauh mana penekanan agama diberikan atau dilaksanakan dalam program ini masih menjadi tanda tanya...
teringat cik nur ketika menjalani kursus di btn janda baik... anjuran yayasan tun razak... kursus nih the most multicultural kursus yg cik nur pernah pergi... mmg lah cik nur dan kawan2 tak di brain wash (walaupun ada jugak sikit2 tapi tu tak significant)... tapi... pergaulan lelaki perempuan tiada batasnya di waktu kursus... tiada pencegah maksiat.. malah lelaki perempuan bercampur dalam satu group...
biasa lah latihan ala ketenteraan at least ... halangan 12 (kalau tak silap cik nur) mesti ada punya... personally cik nur masa tu tak dek la fit sgt ... (tak sefit sekarang.. hehhehe).. dulu lembek lagi.. ye lah org baru lepas raya.. dia suruh bekursus pulak... dipendekkan cerita... lelaki lah yg terpaksa tolong kami2 yg perempuan nih... utk buat menda2 yg kurang mampu dibuat... contohnya panjat tembok 12 kaki... dia menjadi agak biasa kerana lebih 50% peserta adalah bukan muslim.. jadi batasan agama kurang di ambik kira...
bedasarkan pengalaman yg lepas... cik nur kurang setuju dengan program nih... dah la objective nya mcm bias.. pelaksanaan program pun... blur jugak... (tu sebab kot cik nur blur.. sbb sistem dah blur.. kan?<---- cik nur kan mangsa keadaan)... bagi ciknur.. jati diri bukan diboleh dibentuk... dalam masa 6 bulan... tempoh 6 bulan hanya boleh dijadikan pengalaman.. mungkin meningkat kan jati diri... mungkin tiada kesan.. atau mungkin... makin teruk nauzubillah...
cik nur minta maaf kalau my tots today menyinggung perasaan sapa2... cik nur tak sokong kerajaan atau pembangkang.. kebetulan kerajaan barisan nasional yg memerintah sekarang.. dan meraka yg buat keputusan di kabinet.. jadi merekalah jadi mangsa cik nur hari nih... kalau pembangkang buat mcm nih pun... derang kene la jugak ... hehhe
No comments:
Post a Comment