Sunday, December 07, 2003


assalamualaikum warahmatullah. apa khabar semua pengunjung setia blog… semoga kalian semua sihat di bawah lindungan dan rahmat Allah.. pertamanya cik nur nak minta maaf sbb sekian lama tak tulis pape… idea ada… cerita pun banyak… tapi tak tertype type jugak… ok hari nih panjang sket kot… bare with me ok… nicknacks kita nak tiru awak la nampaknya…

ok kita start ikut kronologi lah dulu… sungguh pun cerita lama2 nih mungkin dah agak basi sket.. tapi type je la kan…

cerita sepanjang 2 minggu

Bas express vs bas express
takziah diucapkan kepada mangsa2 kemalangan yg telah mengorbankan 14 nyawa… hari2 news dok cerita pasal menda nih… mmg driver bas express suka bawak laju2.. masa turun je dari klia tu… ada la satu bas express nih potong… cik nur pun jenguk la meter ayah … 120km/j… amboi … bas nih mesti lagi laju la nih…. Ya Allah selamatkan lah perjalananku.. ameen… alhamdulillah selamat…

penyelesaiannya… ayah kata… modify kan bas tu… sampai dia tekan minyak banyak mana pun 90km/j jugak… hmmm good idea… yg lain2 pak2 menteri tu dah cakap… rehat yg cukup… kewujudan pemandu kedua.. apa2 lah… tapi yg cik nur rasa lagi satu.. kena buat hukum penjara mandatory.… denda plg kurang 10 000… bnyk sgt ke… tapi biaq org bukak mata sket…

VSS
cerita nih mendominasi cerita ayah dah dekat 2 minggu cerita nih tak lekang2 jugak… antara yg menarik… ada 17 org pengurus muda bernas (graduated on 2000) minta vss… atas alasan nak test market bernas … depa ingat depa terror sgt yg bernas nak simpan depa… bernas mmg dlm usaha nak buang org… maka kesemua 17 org ini diberikan wang vss… sebanyak 50 ribu ringgit… tapi… fuh… susah wooo… hang graduated on 2000… la nih hang nak kena compete dengn budak2 yg keluaq… dah la ramai… lagi pandai dari hang plak tu… 50 ribu utk org yg 3 taun baru kerja bnyak mana la sgt… pi bayaq duit wira baru sebijik… waja baru lagi sebijik… rumah baru lagi sebijik.. nak cari kerja lagi… fuh….

Nih one way of thinking it.. la… tapi balik semula ini semua rezeki Allah… apa pun dah takdir tulis cam tu… jd hangpa kena pikiaq la btoi2 kalau nak berenti kerja… <<<< kata ayah laa… dia mmg tak setuju dgn org yg suka berenti2 kerja nih… cik nur… saya bergantung… jika kerja itu adalah penting utk ummah… baik diteruskan… gaji.. duit.. itu no 2… tapi… insyaAllah … cik nur akan terus bekerja… sampai la masa utk stop jadi geologist insyaAllah cik nur akan stop… seterusnya… ada la plan dlm pala otak nih… tapi…. Semua rezeki Allah yg bagi…

dato’ nordin kardi
first time dengaq nama nih kat tv laa… dia org besaq biro tata negara… first time tgk muka dia pun kat tv jugak… bicara siswa… first time watch this show early this year.. time tu tgh hangat bincang pasai tajuk national service… menarik coz I think that this is one of the show yg telus… sbb time tu depa panggil mpp yg baru naik… and kebetulan 2 dua ahli panel nih jenis cakap lepas “Saya rasa Datuk Seri ada terlupa untuk membuat sesuatu semasa datuk seri menjadi menteri pendidikan… bla bla bla” depa cakap kat najib tun razak masa tu…

then one week after that cik nur dengaq nordin kardi rasmikan apa tah kat tlk intan nih… tapi best jugak la dengaq dia cakap… a different way of thinking… lain sket dari ahli2 umno typical… dipendekkan cerita… tajuk bicara siswa isnin lalu (nih siaran ulangan sebenarnya… tapi tgk cam lambat sket.. tapi tajuk and main topic dia bleh tangkap la)

science dapat menyatupadukan rakyat
dengaq topic pun dah tau nih mesti topic merepek… dengaq sorang2 cakap.. mmg sah… kesimpulan last yg ahli panel buat… science dpt menyatupadukan rakyat secara tak langsung… and perlu diseimbangkan dengan aspek kerohanian moral dan akhlak… kesimpulan last yg nordin kardi buat… sc dpt menyatupadukan rakyat secara langsung… sbb kita perlu ada satu matlamat utk bersatu.. jadi bila semua org dah setkan matlamat utk menguasai sc… rakyat akan bersatu…

fuh…. DEB dilancarkan motifnya serampang dua mata…. Membasmi kemiskinan .. merapatkan jurang perkauman a.k.a menyatupadukan rakyat… rakan muda… wawasan 2020… bnyk dah hangpa come out with utk menyatupadukan rakyat… apa indicator penyatu paduan rakyat.. adakah dgn ling liong sik dan samy vellu ke rumah pak lah bila hari raya… or mahathir duk sama2 ngan samy vellu time typussam… ???

org cina makan nasik lemak… org melayu makan roti canai.. kita semua suka tom yam… nasi goreng diasimilasikan … ada nasi goreng cina.. nasi goreng hong kong… mcm2… cik nur kesekolah convent… kami bermain dan belajar bersama… sejauh mana penyatu paduan rakyat yg dicanang2kan ini mencapai apa yg depa nak capai…… org melayu lain parti… adakah itu menunjukkan mereka tidak bersatu??? Mungkin yaa .. sbb ada org parti nih buat open house org parti nih sanggup tak pergi…

ini lah masalahnya.. bila dunia dah masuk dlm hati… bila hati tak diisi dengan benda yg sepatutnya masuk…time nih la kita sibuk nak cari medium penyatuan ummah.. padahal allah dah bagi terang2 dah… Rasulullah dah tunjuk satu2 dah…. Jawapannya senang balik to the basic.. tak payah la susah2 nak cari sc la tech la.. rnd la….

(komen diatas bukan nak jatuhkan nordin kardi atau ahli umno yg lain atau sesiapa saja.. Cuma sbg contoh nak tunjuk apa sesetengah mahasiswa2 kita fikir… sbb nanti mereka lah yg bakal ganti datuk seri tan sri tun tun yg dok ada nih…. )

cerita petang sabtu
alhamdulillah tadi cik nur ziarah kak hadhatina… kakak dorm form 5 time form 3 dulu… mcm2 cerita… ada bnyk jugak yg menarik.. takpe abaikan…ok la bnyk sungguh dah type nih… tahniah sbb baca sampai habis… kepada nazlan yg tired of reading… heheheh kalau malas nak baca toksah la baca… yg buruk buang dan campakkan jauh2 kay….




No comments: