Wednesday, December 17, 2003


long way… memorable journey…
assalamualaikum warahmatullah. alhamdulillah. Selawat dan salam buat rasul junjungan. Semoga kalian semua sihat di bawah lindugan Allah. Seminggu telah berlalu. Mcm2 kisah , pahit manis, maung berkulat. Setiap kisah telah ditetapkan Allah. Pastinya apa yg telah berlalu itu adalah yg terbaik daripada yg mungkin berlaku. Allah maha tahu, kita merancang Allah yg menentukan, pastinya perancangan Allah adalah perancangan terbaik. Pastinya Allah tidak akan menghampakan hambaNya.

Perjalanan dimulakan dengan doa yg bnyk2 kepada Allah. Agar dipermudahkan perjalanan kali ini. Setiap kali hati berdetik takut, setiap kali itulah cik nur berfikir, apakah niat aku pergi kali ini. Dan setiap kali lah membetulkan niat, agar segala yg dipertaruhkan diredhai Allah.

First day sampai di rumah kak syima. Petang itu ada gathering kecil2an di rumah k syima. Ramai jugak yg dtg. Md nor and k zila pun ada. Fuh!! BBQ asimilasi Malaysia Australia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Esoknya.. program pun start

Kitorang adalah muka2 yg sampai awal. Cik nur ternanti2 kehadiran yg tersayang. Lambat jugak dia nih ye. Hati melonjak gembira bila munculnya kiah and walla. Lama beb tak jumpa budak2 nih. pastu baru la cik suya kita nak dtg. Alhamdulillah terubat sudah rindu sekian lama menunggu.

Antara yg menarik sepanjang program.. kepentingan , ciri2 and matlamat tarbiyah. Dan peperangan intelektual. Best tapi tatau nak type mcm mana kat sini sbb rasanya kene buat revision balik. Usu dtg malam tu bagi buku2 yg cik nur pesan. So perjalanan kali nih cik nur beli 2 buku.. fiqh al-sirah(3 jilid), and juruselam in the quran (buku nih nicknacks yg recommend) dua2 tak baca lagi. So dari 11-14 dec program habis. Masa 14 dec semai mesra start. Ada la a couple of muka2 baru yg dtg.

kembar
semai mesra kali ini mempertemukan cik nur dengan beberapa org yg sama muka dgn cik nur. Antaranya, hidayah Melbourne (19thn), nonie Melbourne (20 thn), and ainis Melbourne (20 thn). Ainis nih cik nur kenal dari seorang kawan kat kmb sbb dia mmg budak kmb pun. Dijadikan cerita, bila cik nur tgk ainis nih, rasa mcm pernah nampak je muka nih. tapi di mana ya??? Lepas dikorek2 cerita betullah yg dia la org yg kawan cik nur maksudkan masa dia citer pasal ada org muka mcm cik nur kat banting. Fuh alangkah kecilnya dunia ini…

lepas habis program, cik nur ke rumah k syima. Rasa mcm tanak balik rumah lagi. Sbb ada mission yg nak diselesaikan. Mlm tu call mak mintak izin stay lagi 3 hari. Alhamdulillah mak izinkan. Esoknya plan utk ke ukm melawat rakan2 di sana. Malam tu ada cerita best dari kak ila (adik k syima .. alhamdulillah eventhough baru kenal beberapa hari cik nur suke btol kat k ila… ukhuwah kan senang terbina bila adanya iman…)

segalanya bermula dari lelaki
k ila cerita pasal tunang dia. Mereka tidak pernah bertemu. “saya rasa kalau pun dia pernah tgk saya mesti masa saya first year. Sbb start second year saya dah pakai niqaab dekat uni”

dunia sekarang memperlihatkan remaja2 yg amat asyik bercinta. Tak ketinggalan diri sendiri jugak la yg pernah lalui memenda tu kan. Tapi, kadang2 orang lelaki nih tak berfikir akan consequences bercinta itu sendiri. Kenapa cik nur cakap cam nih???

begini, selalunya segalanya bermula dari lelaki. Dan lelaki la yg mencorakkan sesuatu perhubungan itu. Orang laki nih sebelum dia dpt sorang2 perempuan tu punya la susun ayat indah belaka. Hantar sms. Telefon. Surat. And macam2 lagi lah usaha2 yg dijalankan. Tapi berapa lama “kemanisan” ini nak bertahan. Setahun, dua, empat, tujuh???tapi selalunya bila dah ada dlm gengaman, segala usaha penat jerih tu pun mati disitu sahaja. Bayangkan kalau jenis mmg telefon or at least sms tiap2 hari. Kalau sehari tak dpt, “tak pa dia sibuk kot.. kata hati kecil”… dua hari tak dpt “ maybe dlm usaha nak berjimat kot.. ye la kalau tiap2 hari kan mahal” … hari ketiga.. bila sms tak berbalas yg perempuan pulak mulalah su’zon(bersangka buruk) kat lelaki tadi … ada perempuan lain ke dia nih??? mmm dia dah tak suka kat aku kot… mcm2 la andaian buruk keluar…

tambah buruk lagi kalau tiba2 si dia cakap “saya nak tumpukan pada pelajaran” hello!!! dulu masa nak tackle kita tak fikir pulak tumpukan pd pelajaran. Kalau dah tau kita mengganggu kenapa nak tackle awal2..akhirnya layu begitu saja.

Kan mudah jika tiada apa2 hubungan. Agak2 dah cukup syarat, dah berkemampuan, pinang je si dia kan senang. Duit tak habis, dosa pun tak banyak. Tak tahukah anda betapa hancur layunya hati perempuan nih bila dengaq hangpa cakap mcm tu. Setelah segunung harapan diberi, tiba2 sunyi senyap diam begitu saja. Nikah kan lebih manis. Halal pulak tu.. phenomena nih cik nur tgk sendiri bila cik nur melawat ukm. Bila mendengar cerita kawan2…

Kesimpulannya, wahai perempuan yg berhati lembut, tabahkan dan keraskan lah hati anda. Jangan mudah cair dengan kata2 lelaki yg indah tapi kosong tak ada makna. Jika sudah jodoh bersamanya tanpa kata2 dan usaha2 mengayat yg dibuat tu pun pasti tidak kemana. Dan lelaki, kalau nak… buat la cara yg telah ditetapkan Islam. Cantik, indah dan terpelihara. Ini la antara yg dibincangkan dengan k la.

ukm
perjalanan ke ukm dimulakan dari station kl. Kak kay hantar. Tapi allah itu maha kaya. Cik nur terstranded dekat stesen sbb kabel putus dekat salak selatan. Nak naik bas tak tau pulak…Ya Allah dengan perut yg lapar menahan puasa, cik nur senyum je. Mengingatkan ini adalah ujian Allah. Tapi bila kita sorang2 kat tpt yg kita tak tahu mcm mana pastinya terdetik rasa risau keluh kesah. Hati tiba2 berkata “kalau ada si dia mesti aku tak hilang arah mcm nih” “kalau ada si dia mesti dia yg temankan” “kalau ada si dia … kalau…” aarrghhh persetankan dengan kalau… teringat kata2 pak agus kalau ini adalah benih kosong yg ditanam di tanah seluas luasnya. Tapi tidak ada apa2…

cik nur betulkan niat. Mungkin ada niatku yg terpesong sampai jadi mcm nih. tak pe cool… allah kan ada… call2 sapa2 yg ada kat kl, cik nur pun pergi ke ampang. Beraya rumah kawan lama. Dah lama dia ajak tak pernah pergi. Dalam pukul 3 setengah pergi balik ke lrt tasik selatan nak naik komuter ke ukm. Dengan kuasa Allah train tu tak boleh jalan lagi. Tapi Allah tak biarkan hamba Dia sorang2… Dia hantar 3 org budak ukm temankan cik nur. Dan alhamdulillah kitorang semua decide nak pergi ukm naik cab. Alhamdulillah sampailah kitorang kat ukm.. dengan tambang RM 6.25 seorang. Not bad.

Malam tu cik nur duduk bilik aimi dan maya. Alhamdulilah terubat rindu kat minah sorang tu. Times change peoples change. Jika perubahan itu untuk Allah pasti akan dapat keredhaanNya.. esoknya cik nur pergi lecture maths kat engineering faculty dengan naa.. lepas tu lecture law dekat faculty aimi.. then lepak kat faculty of sains and tek maklumat. Alhamdulillah, rasanya cik nur paham la sket2 waqi’ kat ukm. Secara amnya waqi’ ipta di Malaysia.

Ya, mungkin kerana ini ramai sahabat yg dpt hidayah di aussie. Teringat cerita2 akhi ikram, dr. ariffin, akhi omar, kak nur, kak surai… bila kita keluar dari kelompok kita hanya ada 2 yg kita boleh jadi.. jadi yg lebih baik dan seorang muslim yg faham islam atau lebih buruk. Kerana hati ini hanya boleh diisi oleh 2 benda, Islam dan bukan Islam. Tidak ada tengah2 di antaranya. Tapi bila kita bersama2 org yg mcm kita. Pakai tudung, “menutup aurat” sedikit sebanyak sensitivity Islam kita boleh terhakis. Kenapa? Kerana walaupun suasana yg dicorakkan boleh jadi sama ada suasana Islam ataupun jahil tapi, kita tak sedar kerana org di sekeliling kita juga begitu. Justeru, kadang2 kita lupa apakah yg Allah inginkan sebenarnya.

Contohnya artis. “siti tu dia bagus aaa… tak macam org lain pakai tak dedah2… lembut sweet je.. perempuan melayu terakhir” daripada ayat mcm nih apa yg cik nur dpt judge is, org mula menerima tidak dedah2 sebagai menutup aurat. Padahal dia masih lagi menyanyi, rambut tidak bertudung, masih berkebaya ketat. Jika tahun 60an dulu beginilah penampilan anak2 wayang. Berkebaya nyonya dan hanya menyanyi. Tak dek kaler2 rambut. Tak pierce sana sini. Tapi anak wayang dulu dikenali sebagai perempuan kabaret taraf mereka adalah yg paling hina dlm masyarakat. Tapi sekarang taraf artis dinaikkan … perkahwinan artis sudah kalahkan anak raja.

Melihatkan senario ini tak mustahil satu hari nanti. Artis2 akedami fantasia yg terkinja2 di atas pentas akan menjadi idola dan ikutan mcm siti nurhaliza. Sekarang pun kita dah boleh nampak wabak ini menular. Salah siapa??? Salah kita … yg tak buat usaha btol2… yg tak ikut sunnah btol2… yg lemah… yg hina… yg hanya tau apa salah org… ya Allah permudahkan lah segalanya…

salah turun bas
Petang tu ingat nak stay lama sikit kat fac maya. Tapi mak call. Bila dengar suara dia terus rasa nak balik. Cik nur pun balik. Nak dijadikan cerita. Cik nur tak naik bas ukm sbb masa tu lagi ½ jam bas tu nak sampai. Cik nur naik bas mini. Tapi ujian Allah tak kira kita berada di mana. Dijadikan cerita, cik nur tak turun dekat komuter ukm, sbb cik nur mmg tak tau di mana komuter ukm. Tak nampak sign pun.. jadi tak turun lah.

Nak dijadikan cerita, bas tu turun di last stopnya iaitu kajang. Apa lagi cik nur pun kecut perut lah. Hai salah lagi.. kata hati kecil.. hati besar dah takut dah. Bincang2 dengan driver tu dia kata nanti sampai komuter dia berenti. Antara hikmah yg cik nur dpt kat situ… sampai jugak aku di pekan kajang akhirnya. Hati kecil tersenyum sendiri.

Sampai komuter shah alam k syima tunggu. Seronok sbb jumpa k ila and azizah eventhough baru 2 hari cik nur ke ukm tapi rasa mcm lama je pergi. Malam tu malam last di rumah k syima.. malam last jugak bersama azizah. Jadi k syima and a amir amik keputusan utk 1 raikan azizah yg dah nak balik Australia.. 2 raikan org bukak puasa (kak ila and cik nur) kitorang pergi la subang parade.. bila type mcm nih rindu pulak rasanya sedangkan baru berlalu semalam. :)

Fuh mungkin setakat ini shj. Bnyak dah nih… tahniah sbb dpt baca sampai habis.. trip kali nih cik nur tak dpt lupakan. Tak tulis dlm diary sbb tak bawak hehehhe… ada sahabat bagi diary masa birthday hari tu… terima kasih… wallahualam…

No comments: