mencari suami ideal
Wanita muslim haruslah berhati-hati terhadap lelaki yang mengajak anda keluar berdua-duaan. Kemungkinannya:
- dia seorang yg hatinya berpenyakit, kerana ingin selalu berdua dengan anda padahal anda bukan mahramnya. lebih bahaya lagi jika ada niat buruk di sebalik hubungan itu
- dia seorang yg belum mempunyai pendirian tetap lagi untuk berumahtangga. dia masih tidk pasti mahu memilih anda sebagai isterinya, oleh itu dia memilih untuk bercinta saja dulu di mana dia bebas menentukan lamanya.
- dia seorang yg bnyk tipu daya dan janji-janji palsu. oleh sebab itu bercinta merupakan cara terbaik untuk menabur janji-janji indah yang manis didengari tetapi tidak perlu dikotakan.
bagi wanita dai'yah, jangan mudah terpedaya. tidak kurang juga lelaki yg fizikal dan lahirnya seolah-olah faham Islam dan mempunyai fikrah, tetapi membuat temujanji untuk bertemu berdua-duaan. bagi lelaki begini mungkin dia tidak benar-benar faham mengenai cara dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. atau mungkin saja dia faham tetapi tidak dpt menghayatinya kerana lemahnya iman dan masih berpegang kepada cinta sebelum bernikah. anda mesti berpegang teguh dengan prinsip islam demi menjaga kehormatan dan maruah anda.
dipetik dari mihwar... ada juga dinyatakan kriteria suami yang ideal... tp tak larat nak type.. nanti lah ye... apapun.... renungkan janji Allah yg nih...
" wanita-wanita keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelakiyang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji(pula) dan wanita-wanita yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)(an-Nur : 26)
About
A Muslimah, A Wifey to beloved Abu Amir, An Ummi to baby Amir. Sharing her thoughts to make a difference.
No comments:
Post a Comment