Genggam Bara api Biar sampai jadi Arang
Pepatah yg selalu kita dok dengar.. basically maknanya.. buat kerja sungguh2.. hingga ke titisan darah terakhir.. tp kerja apa yg susah sgt sampai sifatnya seperti bara api???
Belajar tak susah... ramai je yg grad first class hons... Tak payah pegi uni and dengar lecture pun kadang2 Allah bagi kemudahan belajar dan faham pelajaran...
Cari rezeki? Cari rezeki juga tidak susah. Lelaki yang tak tahu menjahit bila desprate seluar seniri koyak pun reti jahit. Tak dek org nak masak bila sorang2 tau masak. Basically manusia ni mmg pakar dalam bab mencari rezeki. Cucuk tanam, ternak, jadi engineer semua lah..
Tp akidah Islamiah tu, nak fahamkan dia sampai Allah turunkan Rasulullah, separuh dr Al-Quran cerita pasal mcm mana nak tunduk dan patuh kepada Allah, macam mana nak jadi org yg merdeka. Dan apa yg plg penting... Bara api yg dipegang oleh semua ummat Islam, untuk sebarkan agama Allah ini...
Panas, kerana sifatnya yang sukar. Jalannya tidak mudah. Penuh dgn rintangan, tentangan, dan dugaan. "Apakah mereka menyatakan mereka beriman sedangkan mereka belum diuji?"(Al-Ankabut:2). Sifatnya yang panas menyebabkan org takut nak dekat. Sifatnya yang panas sampai ramai org yg bila dah pegang sikit2, dicampak dan dibuang kembali...
Tp kepanasan, dan keperitan bara api dunia ini lah penyelamat dari bahang dan api di hari pembalasan nanti. Bara ini lah yang menjadi saksi di akhirat kelak. walaupun sehingga ke akhir hayat dia belum sempat menjadi arang. Ini janji Allah. Allah dah janji satu hari nanti, akan terwujudnya kembali khalifah, satu hari nanti, tanah jajahan Islam akan menjadi milik orang Islam kembali, Allah sudah janji... Islam akan memerintah bumi, semua orang akan tunduk dibawah kata-kata Allah, prinsip-prinsip Islam, hatta yahudi dan nasara sekalipun, hatta kafir sekalipun... Itu adalah janji Allah...
Janji Allah yang menyatakan bahawa nanti, bara api tetap menjadi arang. Tanpa perlu kita pegang pun bara api tetap akan menjadi arang. Tp nanti, title pemegang bara api akan sama dengan para anbiya'...Persoalannya, mahukah kita melihat sahaja bara api menjadi arang, atau kita adalah salah satu rijal yang memegang bara itu?
"Arggh aku pilih utk genggam bara api itu... apalah harga tangan aku yg melecur kalau nak dibandingkan dengan nikmat Allah yang dah banyk aku guna... Apalah harga bara api itu jika hendak dibandingkan dengan balasan syurga... Allahhuakbar!!!!"
-Penggenggam bara api-
About
A Muslimah, A Wifey to beloved Abu Amir, An Ummi to baby Amir. Sharing her thoughts to make a difference.
No comments:
Post a Comment