kerana sayang
kita selalu bertekak dgn org, org bagi opinion kita tak setuju, kita bagi opinion, bukan setakat bagi, kita kata opinion kita je yg betul, org lain semua salah. Yalah kan.. dunia ini aku yg punya..
Tapi masyaAllah, seburuk-buruk perangai kita, ramai lagi rupanya yg terima kita seadanya. Kita yg bnyk cakap, kita yg asyik nak bertelagah dgn org, kita yg selalu buat hidup org miserable, kita yg hampeh.
Hanya kerana sayang...
yup, kerana kasih dan sayang itu telah dicampakkan oleh Allah dlm hati-hati kita, seburuk mana pun saudara kita kita terima dia seadanya. Kita cuba utk baiki dia dlm acuan yg Allah nak.
Entry ni special tribute utk akhawat (sisters a.k.a perempuan) di sini. Kehadiran anda semua telah mewarnai hidup saya. Kesediaan anda menerima saya adalah sesuatu yg sukar dinyatakan dengan kata-kata. Kebersediaan anda utk merealisasikan "ukhuwah fillah" membuatkan saya terharu. MasyaAllah kuatnya tali Allah.... Terima kasih yg tidak terhingga dari saya... semoga ukhuwah kita dijagai Allah dan berkekalan selamanya
About
A Muslimah, A Wifey to beloved Abu Amir, An Ummi to baby Amir. Sharing her thoughts to make a difference.
No comments:
Post a Comment