Sekitar Peristiwa
Seperti yg telah diceritakan pd entry sabtu lepas. Maka pada malam ahadnya, terdatanglah seorang org yg dipanggil orang yang duduk di kerusi tempat orang bersidang ke sini. Anyway, daripada lawatan beliau, ada beberapa pekara yg cik nur nak comment.. (Bnyk la pulak saya punya komen)
Pertamanya mengenai isu tempat perjumpaan, malas nak komen bnyk2 Cuma rimas di dalam rumah yg agak kecil itu utk dimuatkan berpuluh manusia. Tanpa adanya pengasingan lelaki dan perempuan. Tapi buat tak tahu je laaa (adakah ini attitude yg wajar????.. abaikan buat sementara waktu)
Beliau menerangkan, currently ada tiga major perkara yang menjadi agenda utama badan pimpinan beliau (Baca: badan yang menjaga ISA); dadah, perpaduan kaum, dan masalah perpaduan Islam dan bukan Islam
Dadah oh Dadah
Masalah dadah wajar dijadikan agenda besar Negara. Takkan lah sampai kenaikan 4000 penagih sebulan, perkara ini masih ingin didiamkan. Namun, sejauh manakah langkah pihak memerintah untuk menangani isu ini masih menjadi tanda tanya. Bagi cik nur, masalah ini tidak akan selesai dengan hanya gedegung gedegang mewar-warkan kempen anti dadah.
Cuba tanya kepada org yg hisap rokok. Berapa ramai yang tahu bahawa rokok itu membawa bahaya? Alah doctor pun ramai yg hisap rokok!!
Masalah dadah adalah masalah sosial. Masalah dadah adalah bukti kegagalan system pendidikan, sama ada formal atau pun tidak formal. Masalah dadah adalah kesan-kesan dasar-dasar ekonomi yang mengetepikan kemanusian. Masalah dadah adalah masalah jiwa. Jiwa-jiwa yang kosong dan tandus. Tandus dengan kasih sayang, tandus dengan cahaya dan nur Allah, tandus dengan kemanisan Islam.
Jadi, masalah ini hanya akan dapat di atasi secara kolektif. Jika kegawatan ekonomi Negara "diselesaikan" dengan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), jangan fikir masalah dadah akan selesai dengan mewujudkan satu badan untuk bertindak secara ad hoc. jangan lah juga mengharap masalah ini dapat diselesaikan dalam masa 10 tahun.
Menyingkap sejarah Rasulullah, umat ketika itu berada dalam keadaan tandus, terutama jiwanya. Namun setelah 23 tahun, ketandusan jiwa itu terisi, bahkan ia membuahkan hasil dari sudut ekonomi, dan kekuasaan (Baca: perluasan empayar). Nak tahu formula dan cara…. Kaji dan bacalah sejarah… tapi tentunya dari sumber yg boleh dipercayai, jika masih ragu-ragu jumpa lah pada yang arif.
Perpaduan bangsa..
Isu social contract dibangkitkan lagi. Kali terakhir isu ini dibangkitkan dan membuahkan perbincagan secara ilmiah, ketika di Kursus kepimpinan tun razak sekitar januari 2001. untuk membincangkan isu ini, kita perlu ada remote control dalam diri sendiri, yg hanya menghadirkan otak tanpa interruption of emotion. Bagi cik nur mudah, aku melayu atau bukan melayu, di mata Allah, hanya Islam menjadi ukuran.
Memang isu perpaduan bangsa ini telah menjadi isu Negara semenjak sebelum merdeka lagi. Penjajah keparat telah berjaya meletakkan 3 bangsa utama di Malaysia, yang pastinya hanya konon-kononnya boleh duduk bersidang bersama. Beliau (Baca: org yg buat lawatan) juga kata, kalau ada 2 races, mereka boleh jadi kawan, tapi dengan kewujudan 3 races, susah untuk dijadikan kawan.
Again bagi cik nur mudah, pandanglah manusia dengan pandangan roh, bukan pandangan tanah. Nescaya akan jadi dua.
Sekitar isu social contract
Apa social contract ni? Ntah korang cari seniri, akta dia tak ingat la pulak dlm kepala, tp dia sort of perjanjian org melayu, dan cina, dan India, mengenai hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera selaku bumiputera di Malaysia (dulu Malaya).
Bagi cik nur, akta ini perlu dikaji semula. Hak-hak keistimewaan orang melayu perlu dikaji semula. Setelah 40 tahun merdeka, Negara telah melalui beberapa revolusi pendidikan. Tidak ketinggalan dengan dasar2 ekonomi baru,Negara juga dengan terbukanya menerima dasar globalisasi barat. Dengan sedikit kerisauan bahawa dasar ini akan menjadi punca neokolonialisme (penjajahan bentuk baru), dan anuar ibrahim yang risau dengan isu Negara-bangsa.
Kalau dulu, mak bapak kita baru nak belajar membaca, sekarang dengan system pendidikan merentasi benua (bilik darjah bukan lagi 4 dinding tertutup), cik nur rasa social contract yg digubal 40 tahun yang lalu tidak lagi sesuai.
Kajian semula disini bukanlah bermakna melonggarkan dasar tersebut, tapi kita buat perlembagaan mestilah ikut suasana. Seperti ada yg tak kena kalau kita membiarkan maklumat bertukar tanpa sempadan, tetapi dasar Negara menyekat dan mengongkong.
Tapi ramai yang risau jika isu social contract ini dimansuhkan, orang melayu akan lebih ketinggalan. Argghhh sapa suruh jadi melayu (Jawapan ganas). Tapi fikirlah baik-baik, dan keluarlah dari tempurung melayu anda.
Anwar lagi….
Cik nur dah muak dengan isu ini. Tidak mahu mengulas banyak-banyak sebab apa yg berlaku adalah terbaik untuk semua. Titik.
Ketelusan mahkamah
Mungkin ramai yang tidak tahu dan sedar bahawa pemindaan satu-satu dasar dan akta, akan mengubah banyak perkara. Cik nur juga tidak ingat akta yang mana yg memberi bukti bahawa mahkamah Malaysia tidak lagi bebas dari pengaruh badan eksekutif. Tapi, ini adalah kesan 20 30 tahun yang lalu. Kisah Tan Sri Abas (kot nama dia) dan sorang budak cina masuk islam (tak ingat juga nama dia). Persoalan di sini mudah, siapa yang melantik hakim2 di mahkamah itu? Ingat… hakim2 itu bukan org paling berkuasa, mereka juga ada “bos”.
Ajaran sesat
Isu ini seperti bias sahaja. Daripada cara beliau mengulas isu ini, cik nur rasa ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Tapi secara kasarnya, cik nur menghitung bahawa mereka (orang2 yg duduk di kerusi dan bersidang) risau masalah ini menular kembali. Sama ada yang sesat betul atau yang lurus, tapi dianggap terpesong kerana tidak sama dengan definisi Islam yang moderate (baca: hadari).
Rumusan
Lawatan bukan sebarang lawatan. Tapi cukuplah untuk dinyatakan disini, kalau kita lihat, amati dan fikir dalam-dalam, kita akan dapat tahu apakah isu-isu yang berlegar di benak mereka. Apakah isu-isu yang dikhuatiri sama ada kepada pembangunan dan ekonomi negara atau kepada kedudukan dan kuasa-kuasa mereka.
Fuh, lama sungguh rasanya tidak menulis begini. Ada yang risau dan menyatakan kerisauan apabila cik nur mula mengeluarkan pendapat yg “ilmiah” lalu memukul dan menampar banyak pihak. Antara reaksi mereka “takut kau join politik”. Kepada sesiapa sahaja yang takut, jangan risau, tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi ahli politik. Bahkan untuk menjadi sayap kepada bakal ahli politik juga cik nur rasa tidak mampu. Ini hanyalah luahan fikiran, kesan pendidikan yang diberikan oleh kerajaan memerintah di Negara Malaysia tercinta. Harapnya mereka boleh tersenyum apabila ada anak muda yang berfikir, tidak duduk melepak dan hisap ganja sahaja. Peace everyone.!!!
About
A Muslimah, A Wifey to beloved Abu Amir, An Ummi to baby Amir. Sharing her thoughts to make a difference.
No comments:
Post a Comment