Friday, November 05, 2004

jumaat yg best


assalamulaikum warahmatullah. selawat dan salam buat rasul junjungan. diharap semua sihat dan sejahtera dan ceria2 selalu. another jumaat... semoga jumaat kini lebih baik dari jumaat lepas.


ramadhan
ramadhan hampir berlalu. 10 malam terakhir ni cepat2 nanti tawaran ditutup. tawaran dibuka kepada semua org Islam, bertahajjud dan menangislah kpd Allah. Jgn lupa mention nama saya sekali dlm doa tu..


Diwajibkan ke atas kamu jihad, walaupun kamu membenci, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, Allah hu ya'lamu wa antum la ta' lamun. (Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu (Baqarah:216).


dlm Quran yang ada 30 juzuk tu, ayat "kutiba alaikumul qital" ni mmg menjadi ayat favourite sejak mula dengar sehingga lah ke hari ini. Ramadhan hampir berlalu, menguji sama ada ayat di atas telah dicerna ataupun belum dlm diri sendiri.


kawin stuff
alhamdulillah, balik kali ni mmg bnyk la masjid yg bakal terbina, insyaAllah. (sampai lupa2 dah tarikh), tak kurang jugak mereka yg minta cik nur jadi photographer. hmmm... tgk aaa dulu eh, interframe sgt sgt, karang takut org tak tgk pengantin, tp tgk photographer pulak.. :P


perkahwinan insyaAllah, adalah penyatuan dua hati. Dlm surah an-nur suruh kahwinkan lelaki2 yg soleh dgn perempuan2 yg soleh, tp ayat sebelum tu ayat tundukkan pandangan dan jaga kemaluan. Tapi sejauh manakah perkahwinan ini bakal melahirkan pohon sakinah dan menumbuhkan buah mawaddah serta membuahkan zuriat quratun a'yun? Jawapannya kahwin dulu baru tau.


Bagi pendokong-pendokong daawah (mungkin lebih tepat digunakan sbg org yg faham tugas daawah), perkahwinan sekufu, taarifannya lebih ketat lagi. Bercakap soal futur di jalan daawah (gugur di jalan daawah), pelbagai cara Allah uji, kerana yg betul2 make it adalah mereka yang betul-betul kuat dan ingin berpegang teguh pada jalan ini.


Menyingkap sejarah kisah talut dan jalut(rujuk Baqarah:tak ingat ayat berapa), adalah salah satu proses penapisan iman yang dilakukan oleh Allah terhadap tentera-tentera2Nya. Bukti, bahawa penapisan, dan futur benar-benar terjadi, dan bukan di zaman ini sahaja..


hari tu cik nur berbincang dengan my best buddy, and beberapa org penasihat lain, Istikharah yg plg baik adalah istisyarah(musyuarah) (kata beliau). Perkahwinan di satu sudut juga adalah ujian bukan saja bagi mereka yang bekerja, malah kepada org Islam umumnya. Di dalam surah At-Taubah, Allah dah bagi amaran terhadap cinta ke atas sesuatu yg mendahului cinta kepada Allah dan RasulNya dan berjuang di jalan Allah, maka Allah akan datangkan siksaanNya (ayat 24).


Secara kesimpulannya, semoga perkahwinan yg bakal didirikan ini diberkati.. insyaAllah. siramilah perkahwinan itu dengan zikir, bajai ia dengan al-Quran, dan bentenginya dengan istighfar. Semoga lahir tumbuh pohon sakinah, lahir buah mawaddah, dan terbinanya zuriat qurata a'yun. Semoga berbahagia selama-lamanya kepada rakan-rakanku yang bakal melangkah ke alam baru.


tatapan kasut cinderella buat kalian semua :P


down under crystal shoes




wallahualam

No comments: