Tuesday, January 25, 2005


Cerita Hari Raya


Assalamualaikum warahmatullah..selawat dan salam buat rasul junjungan.. Selamat hari raya aidil adha buat semua.. hari raya kali ni… seronok juga, lain dari hari raya yang lain…selalu hari raya ada mak ayah… significantnya mereka, terasa bila nak ke mana2 (ziarah rumah family), kene buat sendiri. Berbanding dulu yang membontoti diorang je kan. Sekarang semua kene sendiri laa.. dan kat situ gak bestnya bila drive kereta sendiri, adik2 sedara yang kecik2 (3 to 8 years old), pun suka mengikut kita juga.


maklumlah bak kata ateh, orang muda, lembut pulak tu, ajak ke mana .. ikut je, tak banyak soal macam mak ayah derang. Mak ayah derang (merangkap pakcik2 dan makcik2 saya pulak), happy la. Ingatkan nak melarikan diri dari kerimasan budak2 kat rumah tuk, start je kereta, sedar2 je belakang terus penuh, budak2 ni pun pandai la pulak masuk senyap2. chet.


apa yg lagi seronok, maybe derang tak kenal saya, sbb 1) hari tu raya tak balik, 2) selalunya mmg saya diam je ikut parents, malas nak interframe, skarang ni balik tiba2 reti bawak kereta pulak, mananya adik2 sedara tak mengulit. Anyway… nak share laa antara diolog2 comel budak2


Tasha: kakak, kakak nama apa? (Tanya saya lepas saya baru balik dari solat raya, tgh duduk sambil potong kuku)(tanya dgn malu2).
Saya: Tasha nak kakak nama apa?
Tasha: cakaplah apa nama kakak?
Saya: Tasha.
Tasha: Buat muka pening kepala, tak puas hati ada org nama mcm dia. Mana boleh nama sama. Kakak nama apa?
Saya: last2 saya pun surrender lah, saya jawab lah, kak yong.


seperti ice breaking pulak, dia pun interview saya mcam2, spt, suka makan apa, suka buat apa, suka nyanyi lagu apa, suka tengok cerita apa, heheh comel seyhh budak2 ni…


pastu dia bisik kat sepupu sorang lagi ni, pastu dua2 gelak.
Adlina(nama adik sepupu saya yg lagi sat uni): tanya laaa dia.
Tasha: datang kat saya lalu bisik. (mmg saya tak dengar.)
Pastu dia bisik lagi
Tasha: Kak yong dah kawin ke belum?


hahah geli hati saya, haaiii budak2 pun dah pandai nak tanya org dah kawin ke belum. Dlm cucu atuk yang dah dekat 70 org tu kot (sy mmg lost track berapa org cucu atuk), baru ada sorang je yg dah kahwin. Cucu yg plg tua, 30 thn, yg plg muda, ada laaa kot beberapa bulan.


saya: Tasha rasa…
Tasha: alah cakap lah kak yong dah kawin ke belum.
Nak je saya tanya, apasal kalau tak kawin lagi tasha nak masuk meminang ke? … tapi saya yang malas nak layan lebih2 ni pun, kata laaa tak kawin lagi.
Then derang, “haaaa kan betul” (dan dan je betul)… tak kesah laaa..


di occasion yang lain, di rumah mak long saya yg tak jauh dari rumah atuk saya, (sy lagi suka tidur kat sini, sbb kurang kebisingan budak2, tapi maybe tu dulu bila saya dengan mak ayah saya, bila saya sorang2, budak2 penuhkan belakang kereta.


anak mak long saya ada sorang lelaki, sepupu saya yg sebaya ngan saya. Masa dia tak balik lagi saya tak pakai la tudung, tapi bila dia balik saya pun sarung tudung.
Nurul (kakak tasha): Apsal kak yong pakai tudung.
Dlm hati saya (aduh malasnya nak cerita panjang2,)..
Saya: perempuan aurat sampai mana?
Nurul: semua kecuali muka dan tapak tangan.
Saya: perempuan kan kene tutup aurat… orang lelaki yang boleh kahwin dengan dia tak boleh tgk aurat perempuan kan. Kak yong boleh kahwin dengan abg tan so, kena la tutup aurat.
Nurul: tutup mulut dia, buat muka terkejut gilaa, dan terus lari mendapatkan adiknya.. hahahha budak2. biarlah.


tapi mmg saya kalahlah dgn budak2 ni, derang dah berjaya memujuk saya berjalan merata dunia, hari first raya dah ke supermarket (bawak jalan lebih dekat 10 org budak2 pergi supermarket adalah satu duty yg penat). Esoknya, pergi berkelah sampai ke taiping, dekat dengan bukit larut, siap ajak jalan2 masuk zoo lagi.


exhausted gila, balik rumah sambil hantar makcik ke kg gajah, mmg press minyak sampai 120km/j (sampai makcik saya sound jgn bawak laju2 sgt.), . time ni baru laa saya tau kenapa ayah saya suka bawak kereta laju2.


esoknya, which is hari isnin, which is semalam, saya flat, terus demam, teruk juga sampai muntah2. penangan budak2.


anak-anak singa menjadi kijang yang pengecut


saya sangat sedih, tgk anak2 singa ini. Diorang sangat kuat, kalau ikutkan kederat dan tenaga, mereka punya tenaga lebih besar dari saya. Bahkan ketinggian dan kebesaran badan mereka jauh lebih hebat dari saya. Tapi masa mereka banyak dihabiskan disekitar benda yang bernama mobile phone, dan menjawab sms awek2 serata Malaysia. Ya Allah. Saya sangat takut, takut jika rumah saya dipenuhi dengan kijang2 yang pengecut. Takut jika kijang-kijang di luar sana, menjadi kawan kepada anak-anak singa saya, lalu menjadikan anak-anak singa saya kijang yang pengecut.


Saya melihat adik2 sepupu saya, saya rasa nak ambil mereka, dan didik mereka jadi anak-anak singa yg ditakuti dan digeruni. Mereka jauh lebih sensitive dari kijang2 yang sekitar umurnya dengan saya. Hati mereka masih lembut, dan yg penting, mereka masih lagi mahu mendengar kata. Saya sgt takut suatu hari nanti adik2 saya yang comel2 ni, akan jadi seperti perempuan-perempuan di luar sana, yang begitu senang dan rapuh dimainkan dengan kata-kata org lelaki. Wahai anak-anak singa, sedarlah yang kamu semua sedang dijinakkan untuk dipertonton di zoo-zoo, dan menjadi hamba2 kepada mereka.


kijang yang seronok diperhambakan


Kijang-kijang itu: seronok la kak yong ya, dah habis belajar. Nanti kerja dengan Petronas. Senang hidup
Saya: senyum sahaja, sedih sehingga tidak mampu berkata apa-apa.
Kijang-kijang itu: haaa hangpa nanti, belajar betul2 biar jadi pandai macam kak yong, dpt kerja bagus-bagus, boleh beli kereta besar, boleh beli rumah besar.
Saya: aaarrghh jangan kau racun minda adik-adik aku. Lalu saya memberani kan diri, anak singa perlu berani.
Saya: Tak belajar tinggi-tinggi pun, rezeki Allah yang bagi. Rumah besar, kereta mewah kerja bagus, kalau hidup dibawah telunjuk orang apa gunanya. Kalau hati tak tenang buat apa?
Kijang-kijang itu diam, mungkin tidak faham apa yang saya cuba sampaikan. Wajah-wajah mereka meminta penjelasan.


Saya: Frankly speaking, jika diizinkan Allah saya tidak akan bekerja sebagai geologist.
Saya: Untuk apa saya belajar tinggi-tinggi, jika akhirnya anak-anak saya dijaga oleh orang gaji Indonesia yang tak lepas darjah 3 pun.
Kijang-kijang itu: Tapi tak sayang kah ilmu yang dah belajar, sampai Australia?
Saya: apa tandingannya degree yg saya ada, dan gaji yang bakal saya dapat dengan anak-anak saya?
Kijang-kijang itu: habis tu nanti, nak kerja apa?
Saya: Rasulullah kata, 90% dari sumber ekonomi itu adalah perniagaan. Berniaga sendiri, kita jadi bos sendiri, kita control masa sendiri, ikut telunjuk sendiri.
Kijang-kijang itu: ikut suka kak yong lah.


saya sedih melihat kijang-kijang ini. Mereka seronok diperhambakan. Lihat saja orang cina.. mana ada org cina jadi kuli. Kalau pun mereka yang bekerja membaiki kasut-kasut yang rosak, (kerja-kerja seorang kuli), tapi mereka juga bos kepada pekerjaan mereka sendiri. Macam mana org Melayu nak maju jika seronok bekerja kilang, dan boleh buat over time sampai berjam-jam lamanya. Macam mana org Melayu nak maju jika masih bekerja dibawah telunjuk bangsa lain. On top of everything, mcm mana org islam nak maju jika gembira bekerja dgn somebody and somebody, dapt gaji itu dan ini. Mereka tidak ubah seperti singa-singa yg dahulunya digeruni, tapi sekarang dipertontonkan di zoo dan sarkas2 ciptaan syaitan bertopengkan manusia!

No comments: