selamat tinggal 2004
soalan cepu mas setiap kali jumpa org ketika di Malaysia, sama ada maya atau alam nyata..
“so what’s your next plan” ? contoh soalan cikgu feizatul yg ditemukan kat market besar teluk intan.
“sekarang ni duduk rumah, baby sitting”
“haa bagusla tu belajar masak sekali” katanya lagi..sambil menunjuk tangan dekat nenek yg tgh sibuk memilih ikan.
hehehe. Yes teacher!! Tp rasanya kaki ni menekan pedal minyak lagi laju dari ke dapur… familiarise myself dgn kereta manual. Cuak gak bawak… tapi sbb power stereng kan… lagi best aaa bawak dari kereta ford hijauku itu…
episode kekejaman
2004 berlalu… meh reflect balik… rasanya hish bnyk dah episode kekejaman manusia terlaksana.. rasanya at least lebih dari satu hati dah frust giler… best buddy cik nur yg kat japan cakap…
“bukan setakat frust.. kalau aku mmg aku cari kau sampai lubang cacing. Mmg aku akan bunuh kau”
“kau nak bunuh aku??” tanya dgn nada tak percaya
“bukan setakat aku nak tgk kau mati.. tapi biar kau mati dalm kekejaman jugak”
wahhh kekejaman dibalas dgn keganasan…
episode kekejaman ini telah menyaksikan banyak pintu yg pecah.. dinding2 yg berkopak2… dan pinggan mangkuk yang dah berkecai… persoalannya…
“apa salah aku??” dgn butanya bertanya kpd my best buddy
“kau really nak tau apa salah kau kimah???”
“yup.. really really giler”
“sbb kau terima proposal.. tapi kau tak main peranan. Titik!!”
fuh terdiam, dan terduduk. Mmg sukar kita nak duga hati org. kadang2 kita ingat menda ni biasa2 sj.
“kepala otak .. mangkuk ayun kau biasa!!!”
“kau terima proposal dia!!!” kata best buddy lagi. Turut sama-sama merasai bahang api yang membara.
“apa yang perlu aku buat?”
“buat tak tau je.. org tgh berapi tu. Jangan kau tabur minyak pulak”
“nasib baik jauh di mata. Kalau tidak mesti kau yg kurus kering tu dah tak wujud kat dunia ni.”
“kenapa kau tak jadi je macam perempuan lain. Yg seronok bila dibelai.. dimanja.. etc?”
“kenapa kau cold hearted sgt?” tanyanya lagi
“ntah laaaa aku dah lama menguburkan perasaan2 tu. Tatau dah nisan dia kat mana…”
orang putih itu
“what’s the biggest thing you learn in Australia kima?” tanya seorang sahabat, berbangsa orang putih.
Saya pandang mata dia. Arrghhh andainya kau islam. Saya akan merinduinya, mata itu yg selalu bagi semangat pd saya, di tengah org2 lain di department memandang saya dengan pandangan sinis. Mata itu mengatakan, teruskan. Walaupun kami berlainan akidah. Dia bertuhankan dirinya, seperti kebanyakan org putih yg lain. Yg sudah lama meninggalkan ajaran jesus Christ.
“I see islam in you and most of Australian, but not in Malaysian especially malay” balas saya. Dia tersentak, bagaikan dengar sesuatu yg baru. Padahal saya sudah lama menceritakan tentang kesukaan saya terhadap bangsa org putih itu pada dia.
Di sana, saya melihat kebebasan bersuara. Di sana, saya tidak pernah ragu-ragu untuk keluar bersendirian. Di sana, saya melihat keberanian, walaupun saiz fizikal mereka tak sebesar mana. Walaupun mereka memanggil pensyarah dengan nama pertamanya, tanpa mengenakan sebarang gelaran, namun, pensyarah itu dihormati.
“Allah melihat semua manusia sama, baik yg miskin atau yang kaya” kata Bilal bin Rabah kepada rakan hambanya apabila ditanya tentang ajaran Rasulullah. Dan persamaan ini saya lihat di sana. Di sana, saya melihat kekayaan bumi diagihkan sama rata. Walaupun institusi kekeluargaannya sudah lama bobrok, namun apa kurangnya dengan Malaysia sekarang? Bagus sgtkah institusi kekeluargaan Malaysia sehingga hendak dibanggakan????
Apabila saya pulang ke Malaysia, cerita Melayu pertama yang saya tonton, menceritakan tentang, kasih sayang, cinta, dengki dan dendam. Dan bila bukak channel lain, itulah juga tema cerita-cerita Melayu zaman sekarang. Arghhh org Melayu bodoh. Tak ada cerita lainkah yg korang nak buat? Why are they so pathetic??? Cerita dongeng puteri gunung ledang hampeh tahap cipan itu yg dibangga-banggakan.
kalau nak buat cerita cinta-cinta juga, kenapa tak dilakarkan kisah percintaan yusof dan zulaikha zaman moden. Ramai lagi isteri solehah, dan suami yang soleh di luar sana, mengapa tak tonjolkan kisah percintaan mereka, yg telah menghasilkan zuriat qurata’ ayun?
Kalau Melayu terus begini, jangan mimpi nakkan perpaduan bangsa Malaysia. Memang patut pun isu social contract itu dimansuhkan, siapa yang berusaha, beri saja pada mereka. Siapa yang malas untuk apa diberikan pertolongan? Buang masa sahaja! Biarkan mereka terus tertindas. Rasakan! Jangan mimpi pusat serenti akan berkurangan.
Org Melayu perlukan suntikan baru. Suntikan ini telah lama, tapi jarang2 disuntik. Suntikan ini telah lama terbukti, semenjak 1400 tahun yang lalu. Tanya saja kepada setiap penganut ajaran ini, semua setuju suntikan itu telah membawa kepada kegemilangan tamandun manusia. Namun mengapa tidak mahu menerima suntikan itu lagi?? Mengapa???
“mengapa gejala social makin meningkat ustaz, sedangkan ceramah-ceramah dan forum-forum agama sering dilakukan” tanya mior hafizan dalam salah satu forum perdana ehwal islam.
Cik mior… tidak nampakkah anda shopping complex yg tumbuh bak cendawan selepas hujan. Butakah mata anda dengan so called “entertainment” di kaca tv. Bila setiap hari disogokkan dengan kalimah2 cinta. Itulah kesannya.
Cerita Hindustan lagi satu bullshit terbesar! Bukan lagi menyogokkan kalimah2 cinta, bahkan mmg tujuannya utk memesongkan akidah. Tgk je la si shah rukh khan tu asyik kata apa bila ditanya pasal cinta
“saya mengikut kehendak hati saya!”
di cerita yg lain “ saya hanya percaya kpd hati ini”
cis bedebah kau!!!! Mmg la nampak cam, ala aku ikut kata hati. Sapa hati kau yg kau nak ikut? Tgk trick kat sini.. 1) ikut kehendak … yg hanya perlu kita sami’na wa atho’na (tunduk dan patuh) aka ikut kehendak.. hanya pada Allah. 2) percaya… yg hanya kita perlu percaya hanya pada Allah. Arrghhh berapa bnyk akidah org yg kau nak rosakkan!!! Wei lembaga penapisan, buta ke?????
skarang ni cerita indon lagi satu bullshit besar nak kalahkan cerita Hindustan. Selamba badak taik kucing je bagi lulus scene kissing. Ala yg citer org putih tu dicut2 pulak. Bongok! Sama je la scene dia kan. Nak tayang satu tayang je la semua. Arrghhh tensionnya kepala otak!!!! Boleh tak korang paham. They are so much bigger thing that we have to worry about rather than those bullshit unwanted piece of shit in the tv. Yang kumpulan nasyid kontemperory ni lagi satu, sonok benar laaaaa nyanyi lagu cinta2. kononnya bercinta ala islam hadhari la. Hish tak paham tul!
fuh, tension gila.. rasa nak nangis pun ada. Blog ni mmg menjadi tempat pelepas tension! Langkah2 segera harus dijalankan. Eeiii sudah2 laaa cik nur ooiii… bawak bersabar… dlm hati…”nasib baik dah habis belajar….”
cerita less tension sket
buah hati pengarang jantungku di rumah.. nama dia azizul hafizuddin, dok asyik nak tgk cerita Muhammad utusan terakhir. Alhamdulillah at least dah kurang tgk vcd2 lain. Soalan2 yg asyik dia tanya…
“kak yong, apasal dlm cerita ni dia tak tunjuk Rasulullah, adik nak sgt tgk rasulullah mcm mana.”
“kak yong abu talib tu pun org penting jugak, tapi kenapa dia tunjuk muka abu talib?”
“kak yong mati syahid tu seronok tak?”
“kak yong jom kita pergi mekah, boleh kita tgk tempat lahir rasulullah,”
“kak yong, mak ngan ayah dekat dengan tpt rasulullah la kan”
tu tak campur lagi dgn dialog2 yg dia hafal.
dalam dada, lega sikit tgk budak ni suka memenda cam ni. Alhamdulillah. Tp yg lagi lawak nya… cik nur ada laaa dlm berapa bnyk buku tak baca lagi.. list buku tak habis baca lagi
1) fizilail – syed qutb
2) the international jew complete version – henry ford
3) muntalaq – Muhammad al Rashid
4) history of islam
5) youth problem and how to overcome it – Islamic council mana tah.
6) Muslim marriage guide - ruqayya waris maqsood
Tgh2 duk bukak buku2 dan susun, datang la seorang makhluk Allah yg kecil itu.
“kak yong ada tak buku yg nipis2 sikit, adik nak baca.”
Dan tangan dia pun mula la mencari2 buku2 yg nipis di kalangan buku2 yg tebal2 dan banyak2 tu.
“kak yong tak dek ke buku rasulullah yang nipis2?” sambil mata dia terkelip-kelip, dan mulut dia terkebil2 nak sebut fiqh-sirah.
Buku2 yg kecik ni tau je la kan.. bacaan berat2… lastly dia amik buku DAAWAH FARDHIAH and terus baca. Nak tergelak pun ada gak tgk budak umur 8 thn baca buku daawah fardhiah. Lepas tu pening2 kepala tak paham. Amik pulak buku SHAHADATUL HAQ hahha lagi laa tak paham. Bila diberi mihwar, yg di sebut WIHMAR oleh adik tak nak pulak.
Rasanya dulu ada buku2 rasulullah dan nabi2 lain yg mak beli utk cik nur. Tapi bila dah tua ni, lupa plak buku2 dah pergi mana.
“kak yong mcm mana kak yong tau banyk sgt pasal rasulullah?”
“kita kene banyak membaca. Dah tgk movie, baca buku pulak. Tu pun bnyk lagi yg kak yong tak tau. Bnyk sgt!”
insyaAllah adik, nanti kak yong belikan buku nipis2 pasal rasulullah kat adik. Tp adik kene janji baca sampai habis!
About
A Muslimah, A Wifey to beloved Abu Amir, An Ummi to baby Amir. Sharing her thoughts to make a difference.
No comments:
Post a Comment