About
A Muslimah, A Wifey to beloved Abu Amir, An Ummi to baby Amir. Sharing her thoughts to make a difference.
Tuesday, March 29, 2005
ijlis bina nu'min saah
ijlis bina nu'min sa'ah
Semalam, another earthquake strike Sumatera. This new gempa has made a lot of nations terjaga sekali lagi dari keadaan yg baru2 nak tidur. Di dalam kekalutan ini, ramai pemimpin negara, duduk dan bersidang, lalu membincangkan langkah awal yg perlu diambil.
"Kita perlu membuat sistem amaran awal yang segera"
Cik nur kata= gempa itu lah sistem amaran awal Allah. Nak kata yang alam ini merana kerana manusia tak laksanakan tugas sebagai khalifah nya. Dulu dah ada gempa, tapi manusia lupa, instead of balik dan lihat siapa pencipta gempa, manusia buat konsert tsunami.
Sejauh mana sistem amaran awal berkesan untuk mengelakkan kemusnahan dari gempa. Jika ada satu sistem awal, yg dapat membuat prediction akan berlakunya gempa 1 jam dari sekarang di bumi Permata ini, atau di Malaysia yang "permai" ini, sempatkah kita untuk lari daripadanya?
Islam mengajar kita untuk percaya kepada qada' dan qadar. Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Jika ajal kita 2 jam dari sekarang, pasti kita akan pergi, walaupun tidak ada gempa. Apa guna sistem amaran awal. Untuk selamatkan nyawa? Atau harta benda?
dikala mereka menyarankan untuk mewujudkan sistem amaran awal gempa, cik nur nak cadang:
mari kita duduk dan beriman sejenak
kata seorang sahabat kepada sahabatnya yg lain (cik nur tak ingat siapa). Mati adalah pasti. Maka mati adalah matlamat kita. Setiap hari Allah memberi kita peluang melihat sistem amaran awal mati. Terutama sekali dalam dunia globalisasi ini. Letupan yang baru berlaku di Texas, dalam masa kurang dari setengah jam, Malaysia dah tahu. Dan setiap hari jugalah, Allah memberi kita peluang sekurang-kurangnya 5 kali sehari untuk mengadapnya, dan kata "Ya Allah, sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanya untuk mu"
ijlis bina nu'min saah. hanya sejenak yang diperlukan utk kita duduk dan beriman kepada Allah. InsyaAllah ini bakal dijadikan bekalan apabila ada gempa yg melanda. Malah lebih hebat dari gempa, jika sejenak itu benar-benar dimanfaatkan utk beriman kepada Allah, cik nur pasti, kita dapat mengharungi cabaran yang lebih hebat dari gempa.
Ya Allah kau permudahkanlah kami dalam menyampaikan risalahMu di bumi ini. ameen
No comments:
Post a Comment