Ketika saya mendengar hadis ini, ketika masih mengandungkan Amir. Saya terus jatuh cinta dengan Abu Ubaidah. Around that time, Ustazah sarankan untuk banyak membaca kisah pejuang-pejuang islam ketika mengandung. Agar anak yang dikandung itu mendapat semangat dan berakhlak seperti pejuang-pejuang islam. Dan saya terus dapatkan buku 60 kisah sahabat dari pustaka salam.
Dan ketika saya menbaca kisah Abu Ubaidah ibnul Jarrah. Cinta saya semakin mendalam. Kisah bagaimana Abu ubaidah membunuh ayahnya sendiri di Badar sehingga turun ayat mengenainya. Yang lebih meruntun jiwa, Abu Ubaidah yang mencabut mata perisai dari pipi Rasulullah dengan menggunakan gigi. Bukti cinta yang tulus dan tak berbelah baginya kepada Rasul Allah itu. Kisah-kisah beliau dengan umar.... its just makes my heart melt.
"Amir bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abu Ubaidah Al Jarrah."
Dan selepas itu saya mencadangkan kepada suami untuk menamakan permata di dalam kandungan itu. AMIR. He actually did not give any positive indication. Until 2 days after he was born.
"Abang nak namakan dia AMIR"
3 comments:
salam,
ni blog kak kima kan..hopefully tak salah, tp bile baca entri2 cam betul...
lama dah tak dgr kabar akk? sihat?
mabruk for the baby...
moga ada jodoh lagi utk jumpe akk n kak huda,
Ummu
adelaide
Salam,
Rindunya kat akak dan amir.
Hari tu tak sempat bermesra pun bila jumpa.
Saya pun dah tak kenal amir sebab dah besar he he
Auni
salam kak kimah...
lama xdengar citer akak..
suke bace blog akak :) kalau ada masa, tulislah lagi..
Post a Comment