Monday, January 17, 2011

Empowering Fathers: Look whos playing..

Anak-anak adalah rezeki, juga ujian.Anak-anak daei kadangkala boleh menjadi pendokong daawah, adakalanya juga mereka bisa menjadi fitnah kepada daawah ibu bapa mereka. Sememangnya iman tidak bisa diwarisi. Hatta Nabi Nuh dan Lut pun diuji dengan anak-anak yang akhirnya tidak mewarisi daawah ayahanda tercinta. Pelbagai spekulasi boleh dibuat untuk menggariskan kegagalan anak untuk mewarisi langkah ibu bapa.

Saya masih sangat setahun jagung dalam membesarkan seorang anak. Tidak banyak perkongsian pengalaman yang boleh dibuat. Namun, hasil perbincangan dengan ibu bapa yang anaknya mengikuti jalan daawah, juga ibu bapa yang diuji dengan ujian yang tidak ingin mereka lalui, juga dengan anak-anak yang akhirnya ikut di jalan daawah ini, kesimpulan kasar yang dapat dibuat adalah - segalanya bertitik tolak dari tindakan/cara/tarbiyyah ibu bapa itu sendiri.

Adalah sangat penting untuk memahami dan mendalami psikologi kanak-kanak. Saya bukan lah seorang ahli psikologi. Namun, seorang kanak-kanak pasti bosan jika diulit kesana kemari, dan dimarahi bila berlaku nakal (kesan dari kebosanan mereka). Mereka yang mempunyai tenaga yang tiada penghujungnya pasti tidak keruan bila disuruh duduk sahaja, dan diam. Seperti di dalam penjara! Jika seterusnya fenomena ini tidak dijelaskan dan dibiarkan berlarutan, tidak mustahil kanak-kanak ini akhirnya membenci usrah.

Kadang kala kita tiada pilihan untuk menentukan tempat usrah dan juga tempat program. Tambahan pula jika ibu bapa itu adalah ativis daawah belia dan mahasiswa. Mahasiswa dan belia dengan naluri mereka sering beraktiviti di dalam banggunan empat dinding yang memerlukan penumpuan yang maximum dan kurang sesuai untuk kanak-kanak yang merasakan empat dinding itu membantutkan pemikiran mereka.

Antara resolusi kami untuk mendepani masalah ini adalah dengan berkongsi tanggungjawab. Jika ummi perlu beri pengisian, dan tumpuan terutama dengan adik-adik, abi jika lapang akan membuat aktiviti bersama Amir. Selalunya apa yang disukai Amir. Kami masih terus belajar. Namun untuk setakat ini, cara ini agak berkesan untuk memastikan kelancaran program, juga supaya Amir tidak terlalu tantrum. Akhirnya tatapan gambar Amir yang sedang seronok bermain bersama tuan haji abi semetara ummi sedang sibuk dengan daurah. :)

No comments: