Tuesday, September 27, 2011

GERD

Turns out that Aisyah constant vomitting is not normal. At first I thought she was overfed but when we see the peaditrition he confirmed that she has gastroesophageal reflux that is quite common among babies. She underwent the barium swallow test straight away after dr. Musa seeing a forceful vomit.

He recommended aisyah to be home care to avoid further complications. He issued 2 types of medication. She was on both for two days but now I've stopped both since she is still vomitted. So, we decided to give her virgin coconut oil and see how it goes.

I'm on unpaid leave now. But the application hasn't been approve yet.

Please make dua for her that she'll outgrown it soon

From my iPad

Friday, September 23, 2011

Stay at home mom.... I like

Alhamdulillah on July 25, Aisyah was born. Bring new joy to our small family. She is relatively easy going baby. Pregnant to her was easy and with Menggatal discovery, it was a blessed. Giving birth to her was masyaAllah... With the power of dua from akhawat it was easy alhamduluillah. And she is easy to raised besides the constant vomitting that worries me now.

And after pantang I've decided to have Amir at home as well. It is so much fun. Day one we do some art and craft, day two was another art and craft, day three basuh toilet, day four kemas rumah, and the list go on. Amir do his iqra as well and coloring and reading together, and playing together, subhanallah how I missed my son. He's pelatness were reduced so much. It's not umi n abi anymore that understands Amir.

Home is for the mother. The kids should be raised at home from the hand of a mother. At least that is what I think right. Do I miss working?Not yet at the moment. The unpaid leave application is on the way. Hopefully it will get approve. I just don't understand how an UNPAID LEAVE (well u are not getting anything from them for not being at the office kan) requires so much justification.

"if it is not urgent, please come back to the office as soon as ur maternity leave"

Well what is more urgent than family.

O Allah, if being at home is the best for me... Make it easy for me. Please take care of my children whenever I am.


From my iPad

Friday, July 01, 2011

Alhamdulillah its flaring

Flare on my first well.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. The well was P&A late april. We completed all the post drill analysis. and yesterday Alhamdulillah the number has been endorsed. The biggest for exploration this year. Close to 1/2 tscf. Alhamdulillah...


Now preparing all the documentation to be signed. And some stuff for the press release.. Alhamdulillah.... (my bosses keep smiling :)


Next, a bit relax now. Compiling up everything and insyaAllah preparing for the 2nd mujahidah insyaAllah.




Friday, April 01, 2011

Dimanakah kau orang beriman?


kes 1
Saya didatangi seseorang... mula bercerita akan kesedihannya mendapat berita dikurniakan zuriat kedua. Ya "kesedihan"!!! Apabila diselami mengapa dia begitu sedih sedangkan beribu pasangan masih menunggu berita gembira penyambung zuriat, jawabnya...

"I'm planning to strive habis habisan this year..."

Hati saya: Sedihnya... seorang bayi penyambung zuriat bakal bekalan apabila sudah mati nanti lebih rendah nilainya dari kerja yg kononnya menjanjikan pulangan material yang akhirnya mungkin hanya berakhir di lubang jamban sahaja.


kes 2

Pelajar kolej swasta mula membuka kisah satu persatu tentang rakan sebiliknya, dan rakan-rakan di kolej mereka.

Pelajar A: Anak yang dia buang tu dia tak nak pun. Anak Nigerian.

Saya: I'm sorry to ask this question but...Macam mana seorang gadis Melayu boleh berkenan dekat Nigerian. (out of curiosity cuba menyelami apa yg sebenarnya berlaku di sebalik cinta terlarang itu)


Pelajar A: Sebab DUIT akak... kolej kami sangat banyak hidden course. PTPTN bagi berapa je. Mak ayah kerja tak seberapa. Nak tanggung adik2 lagi. Bagi yang ada iman sikit, buat kerja part time walaupun penat. Bagi yang kurang... di situ la akhirnya.


kes 3 "I nak tanya you sikit. Boss husband I suruh dia bagi some amount of money under the table dekat somebody dekat company xxx ni. Apa I nak cakap kat husband I ni?" kata seorang rakan yang amat saya sayang.


Mata saya bergenang. "Ya Allah beratnya kau uji mereka." "Cakap kat husband you, walaupun nilainya seringgit tapi dosa besar tu! sayanglah kat anak2 you. Worst case dia kena sack. Yakinlah rezeki semua dari Allah. Kalau Allah takdirkan dia kena sack, insyaAllah you can count on us." itu saja yang saya mampu kata.


"I tak tahu lah apa nak jadi..." sambungnya lagi.. seterusnya dia mengatakan penyesalannya terhadap betapa ramainya orang-orang di company XXX yang consistently menerima sogokan berupa wang dan wanita.


Cukuplah 3 kes saya bentangkan hari ini untuk kita melihat di mana contribution kita. Ya kita yang kononnya telah mendapat tarbiyyah. Kita yang kononnya pergi ke daurah itu dan ini. Handle mukhayyam itu dan ini. Bersekang mata berkatibah. Masyarakat semakin tenat. SANGAT TENAT. Dari pimpinan sehingga ke golongan miskin tegar, semua amat jauh dari rahmat islam. Semua bergelumang dengan masalah-masalah dunia yang tidak kunjung malap. Semua makin tenggelam dengan godaan wang dan nafsu. Bukankah islam itu rahmatan lil alamin.


Di mana orang beriman???? Atau orang yg kononnya beriman itu (kerana sungguh selalu duduk dan beriman sejenak) sebenarnya iman masih belum meresap ke dalam diri mereka.... Wahai orang-orang beriman kerja kita terlalu banyak. Janganlah hanya melihat periuk nasi sendiri. Memang kita perlu jaga tepi kain orang. Kerana mungkin kalau kain mereka terselak kini mereka bakal mendakwa kita diakhirat mengapa kita tidak tutupkan kain mereka. Pandanglah ummat ini dengan kasih sayang. Bukan soal islam rahmatan lil alamin atau tidak. Tetapi sudahkah kita benar benar beriman sehingga islam itu benar benar menjadi rahmatan lil alamin

Friday, March 25, 2011

Drilling my first well.

This is the analog of our structure. It looks similar like the South Peak of Mount Kinabalu. :)

Assalamualaikum,

I've havent post about work long time ago. And yes... insyaAllah we will drill our second well (it's actually my first) soon. Soon means we are spudding tentatively tomorrow. The well will be in Sabah, 100km away to KK. Nervous, scared... those are the main feelings I have right now. But quite glad that I dont have to go to the rig again. Thank you for the baby.
Will there be oil? Banyak ke? Frankly speaking... wallahualam. My gut feelings said, there will be gas insyaAllah. How much? Not sure. As small amount of gas will give similar response to 100% gas in seismic. I hope there is oil under the gas cap. And I hope miracle happens that the oil is trapped in the stratigraphic play. We will be crossing 5 faults. Yes 5. Although its a vertical hole but 5 faults. Hope all operations run smoothly... and nobody get injured.
"If discovery is the best for this well Allah, let it be discovery! If not, make me redha on the result of the well. Amin"


Tuesday, March 15, 2011

CERITA TERBAIK

salah satu koleksi buku Ceritalah Lagi saya... :)

Ceritalah Lagi
Saya memang suka membaca dari kecil. Terutama buku cerita. Ada beberapa koleksi buku Ceritalah Lagi, ulang-ulang kali saya baca. Sampai hafal jalan ceritanya. Dan sewaktu darjah 3, menjadi juara pertandingan bercerita… “Salem dan Raja Ular”.. Hari ini saya tersentuh dengan satu cerita. CERITA TERBAIK


Cerita Terbaik
“Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.” Yusuf (12:3)

Satu hari sahabat datang dan bertanya pada Rasulullah, “Ya Rasulullah, tidak adakah CERITA untuk kami pada hari ini?”. Nah seorang daie, tidak hanya memberi nasihat sekitar daawah, saranan berkitar hukum itu dan ini, adakalanya daie perlu berCERITA. Pertanyaan sahabat ini dijawab terus oleh Allah dengan menurunkan keseluruhan surah Yusuf. Dan menjadi satu-satunya surah yang menceritakan tentang seorang Nabi secara penuh. Method penceritaan juga banyak diselang seli dalam Al Quran. Namun di surah Yusuf, Allah benar-benar berCERITA.

Dan Allah mengatakan CERITA ini CERITA TERBAIK. Mengapa? Mengapa tidak kisah Fir’aun yang mengaku dirinya tuhan, atau Musa yang berdepan dengan bani israil yang degil, atau Ibrahim dan anaknya.

Kisah Yusuf sarat dengan episod-episod yang mencangkup pelbagai adegan dan isu masyarakat. Episod kecemburuan saudara, episod komplot pembunuhan, episod mangsa nafsu wanita, episod dipenjara, episod menjadi pemerintah, dan juga politik istana. Pelbagai ibrah dapat dicungkil dari setiap episod-episod ini.

Happy Ending
Dan apa yang lebih menarik setiap episod ini berakhir dengan Happy Ending.

Apa terjadi pada Yusuf setelah cuba digoda dan dirayu…
“.. Mereka berkata “Maha sempurna Allah, kami tidak mengetahui sesuatu keburukan darinya? Isteri Al-Aziz berkata, “Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggoda dan merayunya, sesungguhnya dia termasuk orang yang benar.” (Yusuf:51)

Apa kesudahan kisah Yusuf setelah dipenjara di atas dosa yang tidak dilakukannya?
“… dia (raja) berkata, “sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi di di lingkungan kami dan dipercaya (Yusuf:54)

Apa ending kisah Yusuf setelah ditinggalkan akibat komplot pembunuhan saudara-saudaranya?
“
Mereka berkata, “Demi Allah, sungguh Allah telah melebihkan engkau di atas kami, dan sesungguhnya kami adalah orang yang bersalah (berdosa)” (Yusuf: 91)
Dan ending kisah Yaakub yang bersedih hati di atas pemergian anak kesayangannya?
“Dan dia menaikkan kedua orang tuanya ke atas singgasana. Dan mereka (semua) tunduk bersujud kepadanya (Yusuf)"
(Yusuf:99)
kisah Yusuf dalam Jilid 3 buku ini

Ya semua ini happy ending… Membaca kisah Yusuf umpama menonton filem bersiri. Yang ternyata lebih baik lagi… Kami sekeluarga teruja untuk menelurusi kisah ini. Buku Amru Khalid sedang dikupas dan Kisah Yusuf ini menjadi tatapan permualaan kami. InsyaAllah ada rezeki kami akan paparkan sedikit sedikit ibrah kisah itu disini.