Wednesday, December 31, 2003


sayang menyayang
kasih dan sayang adalah nikmat yg diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya… seperti nikmat2 yang lain.. nikmat ini juga harus dijaga .. dibajai.. dan dibentengi seadanya.. jika kita tak jalankan pest control ke atas nikmat yg ini pun … akan memudaratkan diri dikemudian hari…bersyukurlah kepada Allah jika kita adalah salah seorang hamba yang dipilih untuk menikmati nikmat ini.. sbb believe me bukan semua org boleh rasa betapa manisnya nikmat kasih sayang ini… :)

kadang2 kita nak orang yg kita sayang merasai kegembiraan yg pernah kita rasa… kalau kita dpt makan coklat 3 bar besar seminggu (bnyk btol!!) kita nak org yg kita sayang pun dpt makan makanan kegemaran dia bnyk2 seminggu.. (sbb bukan semua org suka coklat)… kalau kita dpt straight a’s kita nak org yg kita sayang pun dpt menda yang sama… kalau kita dpt kebestsesan berjalan .. traveling.. dan mcm2 lagi keseronokan yg kita buat pasti kita akan cuba utk bagi org yg kita sayang rasa menda yang sama…

Islam dah lama menganjurkan kasih sayang yang dibina melalui tautan iman yg kukuh kepada Allah… bila terasa manisnya iman… terasalah betapa manisnya ukhuwah… terjalinlah rindu antara dua hati… dengan rasa sayang pada Allah juga secara tak langsung rasa sayang pada makhluk timbul…

betapa hati ini teringin nak org lain rasa nikmat Islam dan iman yang jauh lebih besar dari nikmat2 yang lain…. Tapi kadang2 bukan semua org nak rasa apa yang kita rasa… sedangkan Rasulullah pun ditolak bulat2 oleh org kafir quraisy… inikan kita yang fuh solat lima waktu pun tak on time kadang2…junjungan besar tunjukkan sayangnya pada umat… dimulut baginda tak henti menyebut ummati… ummati.. ummati… di saat2 terakhir baginda…

kita??? Memang hidayah Allah yang bagi .. dan asbab hidayah nih mcm2…yg penting sama ada kita di dlmnya ataupun tidak???

hijrah
peristiwa hijrah Rasulullah dari mekah ke madinah membuka satu lembaran baru dalam dakwah islamiyah… penat jerih… dan kesabaran core2 di mekah … seperti abu bakar.. abd rahman bin auf.. bilal… umar.. ali.. mus’ab umair… zaid… dan ramai lagi…dan tidak lupa junjungan besar Muhammad telah dibayar dengan terbukanya sebuah negara Islam…

kita sering mendengar ceramah2 berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik bila mana topic2 hijrah ini dibincangkan… namun untuk merasakan perubahan yang optimum kita juga perlu berhijarah dari satu tempat ke tempat yang lain… dalam suasana yang berbeza… supaya kita tidak leka dengan suasana … seperti yang telah ditunjukkan dalam sejarah… bila mengenangkan peristiwa hijrah Rasulullah ini teringat cik nur pada cerita seorang budak lebih dari sepuluh tahun yang lalu….

hijrah seorang budak
di sebuah kampung ada sebuah keluarga.. yang… hmmm sederhana… keperluan mereka sentiasa mencukupi… lebih sket la dari org lain di kampung tersebut… couple tu ada beberapa org anak… dijadikan cerita… mereka dikurniakan oleh seorang anak yang bijak… namun… disebabkan kebijaksanaan budak nih… dia leka dengan keadaan sekelilingnya…

maklumlah dikelilingi oleh anak2 kampung yg mak bapak pun endah tak endah dengan pendidikan anak2… jadi budak nih antara yg terteror gak la kat skolah… tapi disebabkan dia sort of gifted … jadi dia malas dan tidak mahu dengar langsung apa cikgu cakap…. Dia tak pernah buat kerja sekolah sbb denda yg plg teruk yg cikgu bagi adalah.. ketuk ketampi 100 kali … walhal ayahnya lebih garang di rumah…

dengar sekali dah masuk… so bila cikgu tanya dia boleh jawab… dijadikan cerita… cikgu pun tak tau nak marah dia mcm mana…

melihatkan akan potensi budak tersebut cikgu nih pun jumpa lah dengan ibu bapa budak ini untuk menceritakan tentang masalah anaknya di sekolah…
cikgu : saya rasa cara terbaik adalah keluarkan dia daripada kampung ini… sbb kalau dia tinggal di sini .. mindanya tidak akan bergerak… dia akan kekal ditakuk lama… nanti susah dia nak maju… walaupun rekodnya baik di sekolah…

fikir dok punya fikir… parents budak ini pun mengambil keputusan untuk berpindah dibandar… dijadikan cerita… dia dimasukkan kesebuah sekolah terbaik di bandar tersebut… dan didalam kelas terbaik… bezanya antara langit dengan bumi… hari pertama masuk kelas dia dah kena marah… sbb…. Dia tak ada buku tapi dia tak pinjam buku budak sebelahnya.. lalu dia kene baling dengan pemadam papan hitam…

baru dia sedar langit tinggi rendah… satu hari dia tak dpt eja chocolate…. Satu pelempang hinggap kat pipi putih budak nih… budak2 lain tanak kawan dengan dia… pergi sekolah kena marah… balik rumah kene marah lagi… kerja sekolah tak tau nak buat…

timbulah satu azam baru dalam jiwa budak ini untuk belajar… dan belajar… dengan segala apa yang ada… masuk tahun kedua… dia dah ada sikit kawan… masuk tahun ketiga… budak2 yang dulu mengejeknya kini menjadi kawan2 nya… result dia pun dah makin naik… dan alhamdulillah kekal sehingga dia menamatkan pengajian di sekolah tersebut… dan alhamdulillah dia masih mengekalkan kecemerlangan hingga hari ini…

hehheheh cerita budak2… budak tu sapa??? Dekat je tak jauh… kawan baik cik nur sendiri…hehehhe… dia selalu gak la duk ungkit citer lama nih… skang nih dia selalu la jugak cakap dia berterima kasih kat cikgu tu sbb ada inisiatif utk jumpa mak bapak dia bagitau pasal dia… guru tugasnya mendidik.. dan dia rasa cikgu tu dah buat duty yg sepatutnya dia buat alhamdulillah… diharap agar awak terus berusaha dan berjaya bukan saja dlm pelajaran tapi dlm semua bidang yg awak buat…

wokeh… cerita lain pulak… heheheh
ujian Allah
ujian Allah pada setiap hambaNya ada mcm2… tadi kawan lama ada call…dulu kenal masa kat yayasan tun razak… ok la jugak.. kadang2 contact … pastu diam.. pastu contact balik… cik nur sempat la korek cerita sket2 pasal dia laa pasal sapa lagi… tgh pening kepala rupenya dia tu… sbb apa… mcm mana nak cakap kat family dia dia nak kawin… cik nur tanya la bila dia nak kawin… dia cakap tak tau.. sbb???? Cik nur pun taktau la dia nih.. maybe dia confuse kot… pastu dia cakap laa… yg kat pihak lagi satu tu senang je… family dia dah bagi green light tinggal tunggu masa je lagi…

siap … ada org tanya nak masuk line lagi tuu… huhuhuhu… cik nur tanya la kat dia… ko takut ke dia memilih tawaran2 yang lain tu… kawan cik nur tu… dlm nak cakap takut ngan tidak… “ye la jodoh di tangan Allah kan… kalau dah tak dek nak buat mcm mana…” amboii sayu nya bunyi… pastu sembang2 lagi… pastu cik nur pun terasa nak tergelak… sbb apa… ye la ujian Allah pada setiap org berbeza… ko susah nak cakap kat family ko… family ko pun susah nak bagi.. yg dia sbb senang sgt… ramai pulak org bertanya… maka jadi susah la jugak… hehehhe… dia pun ikut gelak sekali….

Selamat membuat keputusan la kepada ko… and insyaAllah aku doakan segala yang terbaik utk ko… selamat lah ye…

Yang penting… cara kita lihat dan tgk satu2 ujian tu… kita boleh utk melatah.. tapi pilihan terbaik adalah bersabar… dan teruskan usaha… berdoa terus pada Allah… pasti itu adalah yg terbaik berlaku ketika itu… tak semestinya apa yang terbaik utk org lain adalah terbaik untuk kita… kan???

I have to go laa… ok esok insyaAllah bertolak ke kl… ada re-orientation… sapa2 yg ada hal nak cakap call la hanset eh… number lama jugak cam last year… ok laaa selamat untuk semua… selamat bagi sapa yg nak kawin… selamat pengantin baru… sapa yg nak dpt anak … selamat dpt anak… sapa yg nak exam… selamat amik exam dalam keadaan yg tenang.. semoga dpt result yg best…. Cheers everybody

No comments: