Tuesday, August 31, 2004

kenapa

kenapa

assalamualaikum warahmatullah..

ramai yang tanya kenapa nak dan dah tutup blog? sebenarnya mmg dah lama rasa nak tutup dan kuburkan begitu sahaja.. tambah2 sekolah dah start balik dan sgt sibuk, sbb tu sapa-sapa yang perasan ada la dlm lebih sebulan or dua tidak mengupdate blog. tp kerana satu peristiwa, sort of mcm dah tekad mmg nak tutup blog.. apa yang jadi sebenarnya..

mcm ni, bagi sapa-sapa yang ingat, kan ada komen by seseorang(baca dlm bahasa inggeris), cakap pasal apa yg patut dan tak patut saya tulis dlm blog ini. pertama kali baca mmg rasa nak terajang je orang tu, 'alah blog aku lantak aku lah', kedua kali baca, baca dengan hati, dan hati-hati. Dan saya pun teka-teka lah, agak-agak siapa yang punya angkara. Daripada cara dia tulis, ayat dia, dan juga content komen tersebut, saya buat telahan yang itu adalah ditulis oleh rakan-rakan sekelas saya.

Jadi, seminggu keretakan hubungan berlaku. Masuk kelas mmg tak pandang muka tau. Even tanya kabar, jawab pun tak pandang kita. Ha.. kan ke padan muka. Saya cuba menjaga hubungan baik (baik btol2 ni) dengan semua orang. tak kiralah orang melayu ke orang putih. Kawan-kawan sekolah saya mcm kawan-kawan melayu saya jugak. Kadang-kadang, di dalam perkara-perkara tertentu, mereka lebih arif tentang saya dari kebanyakkan kawan-kawan melayu saya.

Apa saya rasa

Saya rasa sangat down bila telahan saya tu seakan-akan betul. Kenapa? Tiga tahun saya kawan dengan derang. Saya bukan kawan sebab main-main. Saya ni jenis blur sket. Jenis yang suka buat tak kesah hal sekeliling. Jenis yang sangat merdeka sehingga boleh 'hidup' sorang-sorang je(betul ke?). Tapi saya yang jenis ni selalu saya lawan. Saya tak suka saya yg jenis ni.

Kalau ikut 'hati' saya, saya tak pedulikan sesapa pun dalam dunia ni. Ikut hati la, tapi saya yang pesen ni saya tak berapa gemar sgt. Jadi, saya sentiasa lawan saya yang begini. Termasuklah kepada kawan-kawan saya kat sekolah. Dijadikan cerita, saya kenal derang start dengan pendapat derang sangat rendah terhadap saya.

Saya berusaha untuk menjadikan perkawanan kitorang kamceng la. Kitorang satu sekolah mmg kamceng, bukan sesama kengkawan je, tapi sesama pensyarah juga. Ye la, korang bayangkan. Kan ke ada teori ke apa tah yang kata, kalau kita nak taaruf dengan sorang2 tu, kita kene makan, tido, dan musafir dengan dia. Baru kita kenal orang tu mcm mana.

So, saya kat sekolah macam tu lah. Saya dah pernah tidur (lelaki tak tidur sekemah dan sebilik), makan, dan musafir (walaupun derang tak panggil menda ni musafir, tapi dugaan berjalan kitorang lebih menduga fizikally dan mentally dari jaulah, dan road trip yang kita duk buat selalu). Walaupun niat semua orang bukan kerana ukhuwah, tapi, sebab fitrah alam tu kan tetap sama. Jadi, derang kenal saya kadang-kadang lebih dari kawan2 melayu saya.

Tapi saya jenis diatas (blur, tak suka amik kesah, dan tak fikir feeling orang), buat tak kesah akan feeling kawan-kawan saya yang saya ada la jugak try nak kasik derang 'faham dan rasa apa yang saya rasa jadi seperti saya', sehingga saya terlupa apa rasanya dikondem budaya, dan cara hidup kita.

Itulah apa yang saya dah buat, saya kutuk, dan kutuk cara hidup dan budaya derang. Mungkin ramai yang rasa, mmg budaya derang tak bagus pun. Tapi letakkan tempat korang dalam situasi kawan, dan korang tengok kawan korang tu kutuk korang depan kawan korang yang lain. Takke sakit hati.

Benarlah ghibah itu bisa meruntuhkan ukhuwah. Tak semestinya dia tidak sama din dengan kita, budaya hidup kita lain-lain, ghibah itu dibenarkan.

Jadi kesimpulannya, semua adalah salah saya. Saya yang konon-kononnya ditarbiyah ini, tapi tak berjaya digest menda yang paling penting dalam hidup. Saya buat orang mcm mesin, yang saya boleh switch it on bila saya suka dan campak bila saya rasa tak perlu. Terukkan saya.

Memandangkan tentang keterukkan ini, saya naik muak, meluat, dan benci dengan diri saya. Termasuk blog ini kerana ia termasuk dalam kehidupan saya. Saya cuba untuk membersihkan kehidupan saya yang kotor dan jijik ini. Dan itu lah apa yg saya sdg cuba buat. Tegur-tegurlah saya, sedar-sedarkan lah saya selalu.

No comments: