read:
Mat jan
"Benda yang paling aku tak suka ialah dilabelkan "pro-itu" atau "anti-ini" bila kita bercakap tentang sesuatu isu, padahal kita bercakap atas landasan akademik, dan bukan landasan politik. Susahnya orang kita ini, tidak berfikiran terbuka, cenderung melihat sesuatu dari satu sudut saja (misalnya: sudut politik). Lihat dunia dari dalam tempurung, bukan dari mata burung."
Dalam hal ini, saya setuju dengan penyataan Mat Jan. Cuma bila terbaca penyataan ini, saya teringat seminggu yang lalu. Ketika kepala otak sedang tepu duduk di dalam lab, lalu fire alarm pun went off, keluar pegi uni bookstore, dan tgk-tgk buku-buku yang ada kat situ. (Nak beli tak dek duit)
Kebetulan, uni tengah buat promotion, "Promoting Islam to the Society", maka adala a few buku-buku "Islam". Mainly, karangan Ibn Warraq
read:
Ibn Warraq: Leaving Islam - Apostate Speak Out
Antara buku-bukunya yang lain, "Why am I not a Muslim", dan apa tah lagi satu pasal Koran fails to explain. Apa-apa je lah. Secara generalnya, komen-komen Ibn Warraq di dalam buku-bukunya, adalah pendapat dari seorang yang bukan orang Islam.
Saya menulis dalam bentuk akademik. Jika saya meletakkan element emosi didalam tulisan ini, pasti saya dah tulis email instead of dekat blog, dan letak gambar-gambar buku, dan hantar kepada rakan seISlam saya, and beware of these books!!!!
Mental vs Emosi
Allah jadikan manusia ada 3 benda, akal, hati dan nafsu. Hati adalah engine didalam badan manusia. Bila hati bersih dan baik, maka nafsu juga terdidik. Tapi, adakah pendidikan hati ini diberikan oleh akal? Atau sebaliknya?
Ntah saya malas nak jawab persoalan itu. Tapi apa yang penting di sini, Mengapa orang takut apabila menyatakan tentang orang ini keluar Islam, orang ini murtad, orang ini keluar Kristian, gerakan reformasi mengkristiankan orang. Mengapa orang takut dengan mereka-meraka ini?
Saya berpendapat, sejauh mana pun sekularisme yang cuba dicalitkan oleh the neocolonialist, (penjajah bentuk baru), tapi fitrah beragama, fitrah mempunyai Tuhan, fitrah hamba yang memang menjadi fitrah semula jadi manusia tetap ada dalam jiwa manusia. Tak kira la kau Islam ke, kau bukan Islam. Sebab itu susah sebenarnya bagi mereka yang nak buat "comparative religion".
Kerana untuk ada remote control pada diri sendiri, "saya hanya belajar tentang agama mereka" adalah payah sebenarnya. Persoalan takut tergelincir akidah satu hal, persoalan melenting tak tentu arah pula satu hal.
Sedang saya membelek buku-buku tu, ada seorang makcik bekas student Minnessota Uni, datang melawat anak dia kat UQ, belek-belek buku-buku kat situ juga. Lalu saya pun cakap la kat makcik tu, apa yang ibn warraq tulis adalah pendapat dia yang keluar Islam, dan tidak menggambarkan Islam sebenar. Makcik tu, yang hanya mengguna kan akal nya sahaja bila dengar saya cakap, menerima dengan terbuka.
Dia cakap dia aware dengan pendapat orang instead of just purely from the creator. Saya lega juga bila dia cakap macam tu. Dan dia sambung, memang susah untuk orang mengeluarkan perasaan bila bercakap tentang agama. Mainly kerana takut. Fear of changes, Fear of hearing the truth. Fear!!! Saya bersetuju juga dengan cakap makcik ni.
Tapi bila kaki saya nak keluar dari kedai buku tu, saya terfikir... 1)Terasa macam nak cakap dekat tokei kedai, buku-buku itu tak melambangkan Islam yang sebenar dan perlu cari buku yang lebih muktabar. 2) Terfikir akan kerja yahudi bila buku "The International Jew" direlease di US, pada hari pertama diedarkan, buku itu telah habis di semua kedai buku di US, edaran kedua juga begitu. Kemana buku itu pergi? Orang-orang Yahudi beli buku dan musnahkan, sebab nyata di dalam buku itu menerangkan tentang kebenaran. Kita????? Mampukah kita membeli buku-buku yang tidak menyatakan tentang kebenaran Islam, lalu membakarnya?
Ghawzul Fikr
Ghawzul Fikr - Peperangan Pemikiran sekarang, makin hebat. Kalau dulu, mereka hanya berani menyatakan Islam tersebar ke asia dari pedagang-pedagang Arab, dan kristian tersebar dari mubaligh mubaligh kristian. Dulu mereka hanya berani, meletakkan common law dalam undang-undang "negara Islam", dan mengasingkan pelajaran Agama Islam dari sejarah, geography, dan sains. Tapi sekarang mereka begitu berani mempublish buku tentang "keburukan Islam".
Hati ini Allah yang pegang... Masakan kita boleh suruh orang suka dekat kita, sbb hati dia bukan dia yang control....
Wallahualam
No comments:
Post a Comment