antara fitrah dan fikrah
assalamualaikum warahmatullah,
selawat dan salam buat Rasul junjungan. Setelah agak lama menyepi, saya terpukul untuk menulis tentang tajuk di atas.
Perkara ini sering dibincangkan, atau setidak-tidaknya menjadi tanda tanya, atau mungkin menjadikan beberapa org manusia gundah gulana dan confius. Mereka-mereka ini selalunya mereka-mereka yang sudah mula terpukul dengan kesedaran Islam, dan sudah ada benih-benih mahu bekerja untuk Islam. Mereka-mereka ini selalunya adalah terdiri dari golongan muda, 19 hingga 22 tahun, yang selalunya telah ter"couple" sebelum mereka memahami kehendak Islam, baik lelaki mahupun perempuan.
Saya sendiri pernah mengalami pengalaman ini. Atau mungkin juga sedang mengalaminya. Antara fitrah dan fikrah? Satu persoalan yang amat mudah dijawab jika kita mengetahuinya.
Persoalannya di sini, kita bermain dengan hati, perasaan, jiwa, raga, yg amat halus. Tidak ada skema jawapan yang boleh sesiapa pun berikan utk menjawab persoalan ini. Tepuk dada, tanya iman....
Bagi saya mudah, ia semua bergantung kepada pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah. Sejauh mana kita melihat bahawa Allah itu telah menentukan segalanya untuk kita. Secara fitrahnya, Allah tidak akan mencampakkan perasaan yang sama kepada si dia, dengan perasaan yang sama kepada orang lain. Jika ini terjadi, maka rosaklah dunia.
Namun sejauh manakah kita ingin mendigest kefahaman kita, dalam erti kata lain "fikrah" dalam soal hati dan perasaan. Saya tidak tahu. Tapi satu ketika dulu, saya pernah mengepos cerpen tentang sakinah, dan hari ini saya akan letak lagi... bacalah puas-puas...
-------------------------------------------------
Sekembalinya di Christchurch kali ini membawa misi yang lebih jelas. 3 bulan di Malaysia memberikan gambaran yang jelas bagaimana penerimaan masyarakat terhadap orang sepertinya. Malah ibu bapanya sendiri memberi tentangan kepada Sakinah. Semenjak lebih sebulan yang lalu lagi hatinya sudah melonjak-lonjak untuk kembali semula ke bumi bertuah itu. Hendak bebas seperti burung-burung yang terbang mencari makan setiap pagi. Dia seperti burung di dalam sangkar bila berada di Malaysia. Apa saja yang ingin dibuatnya mendapat tentangan.
Bulan pertama Sakinah masih mampu meloloskan diri.
“Tiga minggu lagi ada gathering pelajar-pelajar Australia yang balik ke Malaysia. Alumni Australian yang buat. Kinah nak pergi boleh kan?” kata Sakinah memecah sunyi malam itu.
“Apa yang diorang nak buat?” tanya En. Hamid bapa Sakinah
“Ada kem motivasi sikit-sikit. Lepas tu mungkin ada perjumpaan dengan budak-budak yang nak fly tahun ini. So budak-budak tu tak de la susah nanti nak cari accommodation sebab dah jumpa budak-budak di sini,”
Alhamdulillah alasanya kali ini menjadi. Tamrin yang dinantikannya dari Australia lagi akan dia pergi. Rindunya membuak-buak pada rakan-rakan seangkatan dari Adelaide, Sydney dan Melbourne. Pada Salmi terutamanya.
Namun, dia tidak lagi mudah untuk pergi ke program yang seterusnya. Dia hanya mendengar cerita rakan-rakan yang pergi ke program Jaulah Qudama’. Orientasi pelajar-pelajar tajaan Petronas yang terpaksa dihadirinya menjadi penghalang untuk dia pergi ke Jaulah. Alasan gathering alumni sudah tidak diterima lagi.
“Takkan la dalam sebulan gathering sampai dua tiga kali,” balas En Hamid lagi.
“Tapi gathering kali ni ada jemput penceramah agama” Sakinah cuba membalas. Mencari ruang kalau-kalau ada rezekinya kali ini.
“Nak cakap pasal agama ke. Masjid depan rumah tu tiap-tiap hari ada ustaz datang mengajar. Dekat dan senang je,” Sakinah mati akal. Alasannya yang satu itu tidak diterima lagi.
“Akak tu balik setahun sekali. Cuba la duduk kat rumah sikit. Tolong-tolong mak masak, kemas rumah. Akak ingat KL tu selamat ke sekarang ni? Karang tak pasal-pasal kene cekup baru tau.” Soleh adiknya yang ketiga cuba memujuk.
“Degil. Keras kepala. Cuba la dengar cakap orang sikit. Ini tidak dia je betul,”
Sakinah masih membatu.
“Ada jugak yang kene penumbuk sulung malam ni,” getus hati kecilnya lagi. Pantas dia bangun meninggalkan Soleh. Dicapainya buku “Membongkar Jahiliyah” karya Fathi Yakan. Hanya buku pengubat duka dihati. Laju airmatanya mengalir. Terbayang wajah rakan-rakan satu persatu. Mungkinkah mereka sesusah aku untuk ke sana?
Dalam perut kapal terbang itu laju saja benak Sakinah berputar. Satu persatu video 3 bulan lalu dimainkan. Wajah Ali Imran juga bertukar sekali sekala.
“Astraghfirullah,” panjang istighfarnya malam itu.
“Sebab tu lah ramai sisters tak nak kahwin. Sebab tak jumpa dengan orang sefikrah,” kata Salmi.
“Tu la pasal. Kalau dari dulu lagi Allah campakkan pemahaman begini pada aku, mungkin aku tak membuat keputusan begini,”
“Jangan cakap macam tu Kinah. Kau seperti menyalahkan takdir.Jika dari dulu pun kau faham pasti keputusan itu juga yang kau buat,”
“Astaghfirullah,”
“Minta lah banyak-banyak pada Allah Kinah. Kalau kau tak mintak pun Allah tahu apa yang ada dalam hati kau tu. Tapi kalau kau mintak baru lah Allah sayang kat kau. Dia kan suka hambanya meminta-minta,’
“Kita lemah Kinah. Mintalah supaya Dia tetapkan hati kau. Minta juga Dia tentukan mana-mana yang terbaik untuk kau,” balas Salmi lagi malam itu.
“Entah la Salmi kadang-kadang aku malas nak fikir,”
“Ko paham kan. Fikir banyak-banyak pun bukannya aku boleh buat apa pun,”
“Ya ... aku faham sayang,”
“Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Kita doa je semoga kita boleh redha dengan segala ketentuan Dia,”
“Dia mesti tgh dengar apa yang kita bincangkan ni kan?”
“Eh itu sudah mesti. Tak payah kita susah-susah bincang pun Dia dengar jugak,”
terburai gelak dua sahabat pada malam itu.
“Kau tahu tak... Aku sentiasa suka chemistry antara kita,”
“hahahhah that is the best part laa,”
-------------------------------------------------
Apa kesudahan cerita sakinah???? Tidak perlulah dibincangkan di sini. Kerana Sakinah dan Ali Imran mungkin sudah berbahagia.
Tapi, apa yang hendak dinyatakan di sini. Allah itu Maha tahu. Benda yang ramai orang takut nak buat setelah mereka membuat keputusan kepada sesuatu perkara adalah solatul istikharah. Tanya dan mintalah pada Allah, untuk diberikan petunjuk mana yang benar dan mana yang salah.
Dalam surah Al-Baqarah: 216, Allah telah menyebut bahawa, "... sesungguhnya apa yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu, dan benda yang kamu benci mungkin baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu..."
Keluarkan hati ini, biar Allah sahaja yang memegangnya, dan janganlah biarkan ia berbolak-balik. Agar terus tetap di jalan ini. Kehidupan penuh dengan tanda tanya, dan manusia sendiri sentiasa risau kepada perkara yang dia tak ada kawalan ke atasnya. Hai laaa manusia manusia....
No comments:
Post a Comment