Thursday, November 18, 2004

typical


politics...


What is politics??? I did a simple google search, politics defined by - the study of government of states and other political units, the profession devoted to governing and to political affairs, the opinion you hold with respect to political questions, social relations involving authority or power - Princeton.


Well, cik nur tidak berniat untuk mengupas apa2 mengenai kerajaan, atau negara, atau parti politik atau apa saja yang berkaitan dengannya apabila kita bercakap pasal politik.


Dalam definition di atas, salah satu entiti politik adalah "social relations involving authority and power". Yeah kuasa... Mari kita bercakap mengenai KUASA dan KEKUASAAN.


Dalam dunia ini ada dua hubungan, habluminallah (hubungan dengan Allah), dan habluminnas (hubungan dengan manusia). Kedua-dua penting dan inter related. Kita takkan ada habluminallah yang sebenar kalau kita tak jaga habluminnas, dan vice versa. Dan dalam kedua-dua hubungan ini KUASA dan KEKUASAAN memainkan peranan penting


KUASA DAN KEKUASAAN


Maha Kuasa, itu hanya Allah. Setiap manusia adalah hamba, dan hamba perlu tunduk pada Tuhan yang memiliki KEKUASAAN, kerana Dia maha KUASA. Tuhan yang satu itu juga memberikan KUASA kepada mereka-mereka yang telah dipilih, untuk mentadbir alam ini. Untuk menlancarkan perjalanan hidup manusia juga. Ketua negara (Baca: Khalifah) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, Gabenor diberi KUASA untuk mentadbir kawasan-kawasan jajahan Ketua Negara, Pegawai Daerah, dan seterusnya kepada institusi yang lebih kecil.. Keluarga.


Lelaki: KUASA dan KEKUASAAN


Dan dalam situasi-situasi di atas, kebanyakkan mereka yang mempunyai KUASA dan diberi KUASA adalah lelaki. Lelaki yang sinonim dengan sifat ego, angkuh, mempunyai 9 akal berbanding 1 nafsu - juga sinonim untuk mendapat KEKUASAAN ini.


Menyelami hati


samikna wa athokna. Tunduk dan patuh. Susah kah????? Namun, setakat ini cik nur masih lega dan redha dengan keputusan yang telah dibuat oleh orang yg paling berKUASA di rumah cik nur di Malaysia. Mana mungkin cik nur dapat membuat perbandingan antara kepentingan keluarga, dengan kepentingan "syarika" dunia dan wang. Tapi bagaimana pula perbandingan antara kepentingan keluarga, dan kepentingan daawah??


KUASA dan KEBEBASAN


KUASA juga disinonimkan dengan KEBEBASAN.Tapi sejauh mana boundary KEBEBASAN ini berbeza untuk setiap individu. Ketika pemerintahan saidina Umar: dalam satu occation, Umar bangun di mimbar dan cakap, (lebih kurang la) "wahai penduduk jelata, kamu semua kene dengar cakap aku..". Tiba-tiba ada seorang perempuan si tukang jahit kata "Aku tak mahu dengar cakap kamu. Semalam aku distribute kain, dan kain tu takkan cukup untuk buat baju pada badan kamu yang besar. Kamu mesti dah amik portion org lain!". Lalu Ibnu Umar (anak Umar)kata: Aku bagi portion aku kat bapak aku! Then perempuan tu "ok kalau macam tu kau boleh cakap apa yang kau nak cakap."


Harga sebuah KEBEBASAN
Cik nur merindui KEBEBASAN begini. Tunduk di bawah KEKUASAAN namun masih bebas. People's have shed blood to get FREEDOM. KEBEBASAN adalah hak yang perlu diperjuangkan. Terutama sekali dari KEKUASAAN yang zalim!


SEMUA dapat diselesaikan dengan FAHAM


apa yang terbaik utk cik nur, mungkin amat buruk untuk orang lain. Tapi apa yang penting adalah kita redha dengan apa yang ditentukan utk kita.

No comments: