MASA
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal salih dan berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran"
Surah pendek yang hanya mengandungi 3 ayat, menggambarkan satu peraturan hidup yang sempurna bagi manusia sebagaimana yang dikehendaki Islam. "Masa" sama seperti makhluk yang lain, dan memiliki sifat makhluk iaitu ada permulaan dan ada penghujungnya, berbanding dgn sifat Allah yg kekal. "Masa" adalah indikator terpenting dalam kehidupan manusia. "Masa" lebih mahal dari emas dan permata, "masa" adalah kehidupan.
Dan didalam ayat diatas, jelas, sepanjang mana pun kehidupan manusia, hanya ada satu cara dan satu jalan hidup sahaja yang membawa keuntungan dan keselamatan. Dan itulah satu-satunya cara dan jalan hidup yang telah dijelaskan sempadan-sempadannya di dalam surah ini. Selain dari cara hidup ini, HIDUP MANUSIA ADALAH SIA-SIA
i) beriman
ii) amalan yang salih
iii) berpesan pada kebenaran
iv) berpesan pada kesabaran
Duduk sejenak dan berfikir, betapa telah bertahun-tahun masa dihabiskan dengan tidur. Bertahun masa telah dihabiskan dengan makan. Bertahun masa telah dihabiskan dengan menuntut "ilmu sihir". Bertahun-tahun masa dihabiskan dengan hilai tawa, perkara lagha.. dan dosa.... Sungguh bnyk masa dihabiskan dengan mengeluh kepenatan, mengeluh mendapat ujian..Berapa harilah agaknya masa dihabiskan dengan menangisi dosa yang menggunung, meraung dengan keadaan umat yang tenat.
Pesanan kepada yang masih belajar
Masa muda hanya sekali. Ya!! Tidak datang muda setelah tua. Jangan rosakkan masa muda dengan makanan yg haram. Jangan binasakan masa muda dengan hilai tawa yang terlalu banyak. Jangan gelapkan masa muda dengan pandangan yang hina. Kerana masa muda itu sekalilah, hanya ini masanya untuk memahami dan meyelami.. lalu mempraktikkan islam. kerana masa muda itu sekalilah... al-quran itu perlu diteliti sama banyaknya dengan faham dan apply calculus, thermo, mineralogy, dan apa saja subject yg kononnya susah. supaya tidak ada sesal bila sudah tua nanti..
Teringat akan kata-kata seorang sahabat setia... fikrah islam itu letaknya di dalam Al-Quran, bukan di dalam buku-buku fikrah...
Marilah sama-sama menyelami Al-Quran
About
A Muslimah, A Wifey to beloved Abu Amir, An Ummi to baby Amir. Sharing her thoughts to make a difference.
No comments:
Post a Comment