Sunday, October 03, 2004

antara fitrah dan fikrah


antara fitrah dan fikrah

assalamualaikum warahmatullah,
selawat dan salam buat Rasul junjungan. Setelah agak lama menyepi, saya terpukul untuk menulis tentang tajuk di atas.

Perkara ini sering dibincangkan, atau setidak-tidaknya menjadi tanda tanya, atau mungkin menjadikan beberapa org manusia gundah gulana dan confius. Mereka-mereka ini selalunya mereka-mereka yang sudah mula terpukul dengan kesedaran Islam, dan sudah ada benih-benih mahu bekerja untuk Islam. Mereka-mereka ini selalunya adalah terdiri dari golongan muda, 19 hingga 22 tahun, yang selalunya telah ter"couple" sebelum mereka memahami kehendak Islam, baik lelaki mahupun perempuan.

Saya sendiri pernah mengalami pengalaman ini. Atau mungkin juga sedang mengalaminya. Antara fitrah dan fikrah? Satu persoalan yang amat mudah dijawab jika kita mengetahuinya.

Persoalannya di sini, kita bermain dengan hati, perasaan, jiwa, raga, yg amat halus. Tidak ada skema jawapan yang boleh sesiapa pun berikan utk menjawab persoalan ini. Tepuk dada, tanya iman....

Bagi saya mudah, ia semua bergantung kepada pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah. Sejauh mana kita melihat bahawa Allah itu telah menentukan segalanya untuk kita. Secara fitrahnya, Allah tidak akan mencampakkan perasaan yang sama kepada si dia, dengan perasaan yang sama kepada orang lain. Jika ini terjadi, maka rosaklah dunia.

Namun sejauh manakah kita ingin mendigest kefahaman kita, dalam erti kata lain "fikrah" dalam soal hati dan perasaan. Saya tidak tahu. Tapi satu ketika dulu, saya pernah mengepos cerpen tentang sakinah, dan hari ini saya akan letak lagi... bacalah puas-puas...

-------------------------------------------------


Sekembalinya di Christchurch kali ini membawa misi yang lebih jelas. 3 bulan di Malaysia memberikan gambaran yang jelas bagaimana penerimaan masyarakat terhadap orang sepertinya. Malah ibu bapanya sendiri memberi tentangan kepada Sakinah. Semenjak lebih sebulan yang lalu lagi hatinya sudah melonjak-lonjak untuk kembali semula ke bumi bertuah itu. Hendak bebas seperti burung-burung yang terbang mencari makan setiap pagi. Dia seperti burung di dalam sangkar bila berada di Malaysia. Apa saja yang ingin dibuatnya mendapat tentangan.

Bulan pertama Sakinah masih mampu meloloskan diri.
“Tiga minggu lagi ada gathering pelajar-pelajar Australia yang balik ke Malaysia. Alumni Australian yang buat. Kinah nak pergi boleh kan?” kata Sakinah memecah sunyi malam itu.
“Apa yang diorang nak buat?” tanya En. Hamid bapa Sakinah
“Ada kem motivasi sikit-sikit. Lepas tu mungkin ada perjumpaan dengan budak-budak yang nak fly tahun ini. So budak-budak tu tak de la susah nanti nak cari accommodation sebab dah jumpa budak-budak di sini,”

Alhamdulillah alasanya kali ini menjadi. Tamrin yang dinantikannya dari Australia lagi akan dia pergi. Rindunya membuak-buak pada rakan-rakan seangkatan dari Adelaide, Sydney dan Melbourne. Pada Salmi terutamanya.

Namun, dia tidak lagi mudah untuk pergi ke program yang seterusnya. Dia hanya mendengar cerita rakan-rakan yang pergi ke program Jaulah Qudama’. Orientasi pelajar-pelajar tajaan Petronas yang terpaksa dihadirinya menjadi penghalang untuk dia pergi ke Jaulah. Alasan gathering alumni sudah tidak diterima lagi.

“Takkan la dalam sebulan gathering sampai dua tiga kali,” balas En Hamid lagi.
“Tapi gathering kali ni ada jemput penceramah agama” Sakinah cuba membalas. Mencari ruang kalau-kalau ada rezekinya kali ini.
“Nak cakap pasal agama ke. Masjid depan rumah tu tiap-tiap hari ada ustaz datang mengajar. Dekat dan senang je,” Sakinah mati akal. Alasannya yang satu itu tidak diterima lagi.

“Akak tu balik setahun sekali. Cuba la duduk kat rumah sikit. Tolong-tolong mak masak, kemas rumah. Akak ingat KL tu selamat ke sekarang ni? Karang tak pasal-pasal kene cekup baru tau.” Soleh adiknya yang ketiga cuba memujuk.
“Degil. Keras kepala. Cuba la dengar cakap orang sikit. Ini tidak dia je betul,”
Sakinah masih membatu.
“Ada jugak yang kene penumbuk sulung malam ni,” getus hati kecilnya lagi. Pantas dia bangun meninggalkan Soleh. Dicapainya buku “Membongkar Jahiliyah” karya Fathi Yakan. Hanya buku pengubat duka dihati. Laju airmatanya mengalir. Terbayang wajah rakan-rakan satu persatu. Mungkinkah mereka sesusah aku untuk ke sana?

Dalam perut kapal terbang itu laju saja benak Sakinah berputar. Satu persatu video 3 bulan lalu dimainkan. Wajah Ali Imran juga bertukar sekali sekala.

“Astraghfirullah,” panjang istighfarnya malam itu.

“Sebab tu lah ramai sisters tak nak kahwin. Sebab tak jumpa dengan orang sefikrah,” kata Salmi.
“Tu la pasal. Kalau dari dulu lagi Allah campakkan pemahaman begini pada aku, mungkin aku tak membuat keputusan begini,”
“Jangan cakap macam tu Kinah. Kau seperti menyalahkan takdir.Jika dari dulu pun kau faham pasti keputusan itu juga yang kau buat,”
“Astaghfirullah,”
“Minta lah banyak-banyak pada Allah Kinah. Kalau kau tak mintak pun Allah tahu apa yang ada dalam hati kau tu. Tapi kalau kau mintak baru lah Allah sayang kat kau. Dia kan suka hambanya meminta-minta,’
“Kita lemah Kinah. Mintalah supaya Dia tetapkan hati kau. Minta juga Dia tentukan mana-mana yang terbaik untuk kau,” balas Salmi lagi malam itu.
“Entah la Salmi kadang-kadang aku malas nak fikir,”
“Ko paham kan. Fikir banyak-banyak pun bukannya aku boleh buat apa pun,”
“Ya ... aku faham sayang,”
“Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Kita doa je semoga kita boleh redha dengan segala ketentuan Dia,”
“Dia mesti tgh dengar apa yang kita bincangkan ni kan?”
“Eh itu sudah mesti. Tak payah kita susah-susah bincang pun Dia dengar jugak,”
terburai gelak dua sahabat pada malam itu.

“Kau tahu tak... Aku sentiasa suka chemistry antara kita,”
“hahahhah that is the best part laa,”


-------------------------------------------------


Apa kesudahan cerita sakinah???? Tidak perlulah dibincangkan di sini. Kerana Sakinah dan Ali Imran mungkin sudah berbahagia.

Tapi, apa yang hendak dinyatakan di sini. Allah itu Maha tahu. Benda yang ramai orang takut nak buat setelah mereka membuat keputusan kepada sesuatu perkara adalah solatul istikharah. Tanya dan mintalah pada Allah, untuk diberikan petunjuk mana yang benar dan mana yang salah.

Dalam surah Al-Baqarah: 216, Allah telah menyebut bahawa, "... sesungguhnya apa yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu, dan benda yang kamu benci mungkin baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu..."

Keluarkan hati ini, biar Allah sahaja yang memegangnya, dan janganlah biarkan ia berbolak-balik. Agar terus tetap di jalan ini. Kehidupan penuh dengan tanda tanya, dan manusia sendiri sentiasa risau kepada perkara yang dia tak ada kawalan ke atasnya. Hai laaa manusia manusia....

Saturday, September 25, 2004

Dua minggu lalu…
Aku keluar dari kamar ini
Musawwir ku pilih, melangkah jauh dari nur Ilahi
Melangkah ke dunia keji
Menyaksikan mayat-mayat hidup menikmati duniawi
Arghh cukuplah aku menentang dengan hati...
Cukup???

Namun Tuhan itu tidak alpa
Bahkan Dia memberiku peluang kedua..
Kedua???
Mungkin sudah tidak terhitung lagi peluang keberapa

Melangkah lagi aku ke kamar ini...
Dimensinya lebih luas dari pandangan mata
Lebih jauh dari dengaran telinga
Pancaindera keenamku bergetar
Meminta dibetulkan kesilapan semalam
Merayu menegakkan mana-mana yang songsang

Kamar ini diketuk tiga murabbi kehidupan
Matlamat mereka jauh kehadapan
Tidak pernah lupa meniggalkan pesan
Kehadiran kalian membuka dimensi baru dalam kamar ini
Kelunakkan kalian mengetuk pintu-pintu hati
Kemesraan kalian terpahat kukuh di qalbi

Kamar ini dipenuhi jiwa-jiwa merdeka
Jiwa-jiwa yang sentiasa membara
Mereka yang melihat alam pada dimensi sebenar
Menyahut semboyan tanpa ketar
Melangkah maju tanpa risau terlantar
Merindui hidup bawah naungan Qalam Ilahi
Mengangkat panji Islam yang dahulunya tegak berdiri
Demi keredhaan dan cinta hakiki

Jangan Kau tinggalkan kamar ini
Jangan Kau biarkan ianya sepi
Jangan kau jadikannya mayat-mayat berdiri
Jangan kau hiasinya dengan hiasan duniawi
Kamar ini tetap di sini

Nukilan,
- Nur Mohamud, Brisbane 2004 -

Monday, September 20, 2004

sebuah pertemuan

Sebuah pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan , tika aku
Diuji dengan dugaan .....
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat - Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih- Mu , oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Syukurnya sungguh dihati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati - Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Monday, September 13, 2004

pembunuhan etnic

the scariest exam timetable ever sepanjang 3 thn di uni ini

ERTH 3101 – Isotope Geochemistry – 8/11 – 11.15am
ERTH 3203 – Fossil Fuel Geology (t) – 11/11 – 11.15am
ERTH 3203 – Fossil Fuel Geology (p) – 11/11 – 2.30pm
ERTH 3110 – Marine Geology – 15/11 – 8.30am
ERTH 2002 – Palaeobiology (t) – 16/11 – 11.15am
ERTH 2002 – Palaeobiology (p) – 16/11 – 2.30 pm
ERTH 3021 – Tech in Exploration Geophysics – 17/11 – 11.15am

Friday, September 10, 2004

more books please

more books please

saya sangat berpendapat bahawa library sepatutnya memberikan kebenaran kepada pelajar undergraduate untuk meminjam buku lebih dari 14 buah!!!!!!! bayangkan, korang buat science degree. Then kene buat term paper. bayangkan average amik 4 courses (saya amik 5 to be exact).. then, setiap course ada term paper, setiap term paper nak at least 10 journals articles.

then put yourself in undergraduate science student, who are doing geology, and want to do the term paper on petroleum geology. Bayangkan petroleum industry yang besar tu, berapa bnyk journal article ada yg cakap pasal satu subject such as thermal history modelling (ni mcm 1/50 dari aspekk petroleum geology itu sendiri). therefore, in order to understand the journal, bukan nak understand pun, dlm process nak cari topik term paper dari industry yang besar ni.. kene la pinjam bnyk buku..

ditambahkan pulak dengan subject2 ini tidak lagi dicover dlm kelas. 12 books are not enough.I need more!!!!!!!!!!

p/s: rintihan manusia, yang dah dekat 18 kali pinjam buku then keluar message tak boleh pinjam!!!!

addition to above entry (this is at 4 in the library)

heheh saya buat muka kesian, after hantar some of buku2 yang (rasanya tak diperlukan buat setakat ini), pegi library balik dan bawak balik buku2 yang tak lepas dipagi hari.. and guess what... depa kasik lepas.. and saya pinjam 3 buku over the limit.. heheheh.. kadang-kadang seronok juga jumpe pustakawati yang baik ni.

Tuesday, September 07, 2004

mental vs emosi

read:
Mat jan

"Benda yang paling aku tak suka ialah dilabelkan "pro-itu" atau "anti-ini" bila kita bercakap tentang sesuatu isu, padahal kita bercakap atas landasan akademik, dan bukan landasan politik. Susahnya orang kita ini, tidak berfikiran terbuka, cenderung melihat sesuatu dari satu sudut saja (misalnya: sudut politik). Lihat dunia dari dalam tempurung, bukan dari mata burung."

Dalam hal ini, saya setuju dengan penyataan Mat Jan. Cuma bila terbaca penyataan ini, saya teringat seminggu yang lalu. Ketika kepala otak sedang tepu duduk di dalam lab, lalu fire alarm pun went off, keluar pegi uni bookstore, dan tgk-tgk buku-buku yang ada kat situ. (Nak beli tak dek duit)

Kebetulan, uni tengah buat promotion, "Promoting Islam to the Society", maka adala a few buku-buku "Islam". Mainly, karangan Ibn Warraq

read:
Ibn Warraq: Leaving Islam - Apostate Speak Out

Antara buku-bukunya yang lain, "Why am I not a Muslim", dan apa tah lagi satu pasal Koran fails to explain. Apa-apa je lah. Secara generalnya, komen-komen Ibn Warraq di dalam buku-bukunya, adalah pendapat dari seorang yang bukan orang Islam.

Saya menulis dalam bentuk akademik. Jika saya meletakkan element emosi didalam tulisan ini, pasti saya dah tulis email instead of dekat blog, dan letak gambar-gambar buku, dan hantar kepada rakan seISlam saya, and beware of these books!!!!

Mental vs Emosi

Allah jadikan manusia ada 3 benda, akal, hati dan nafsu. Hati adalah engine didalam badan manusia. Bila hati bersih dan baik, maka nafsu juga terdidik. Tapi, adakah pendidikan hati ini diberikan oleh akal? Atau sebaliknya?

Ntah saya malas nak jawab persoalan itu. Tapi apa yang penting di sini, Mengapa orang takut apabila menyatakan tentang orang ini keluar Islam, orang ini murtad, orang ini keluar Kristian, gerakan reformasi mengkristiankan orang. Mengapa orang takut dengan mereka-meraka ini?

Saya berpendapat, sejauh mana pun sekularisme yang cuba dicalitkan oleh the neocolonialist, (penjajah bentuk baru), tapi fitrah beragama, fitrah mempunyai Tuhan, fitrah hamba yang memang menjadi fitrah semula jadi manusia tetap ada dalam jiwa manusia. Tak kira la kau Islam ke, kau bukan Islam. Sebab itu susah sebenarnya bagi mereka yang nak buat "comparative religion".

Kerana untuk ada remote control pada diri sendiri, "saya hanya belajar tentang agama mereka" adalah payah sebenarnya. Persoalan takut tergelincir akidah satu hal, persoalan melenting tak tentu arah pula satu hal.

Sedang saya membelek buku-buku tu, ada seorang makcik bekas student Minnessota Uni, datang melawat anak dia kat UQ, belek-belek buku-buku kat situ juga. Lalu saya pun cakap la kat makcik tu, apa yang ibn warraq tulis adalah pendapat dia yang keluar Islam, dan tidak menggambarkan Islam sebenar. Makcik tu, yang hanya mengguna kan akal nya sahaja bila dengar saya cakap, menerima dengan terbuka.

Dia cakap dia aware dengan pendapat orang instead of just purely from the creator. Saya lega juga bila dia cakap macam tu. Dan dia sambung, memang susah untuk orang mengeluarkan perasaan bila bercakap tentang agama. Mainly kerana takut. Fear of changes, Fear of hearing the truth. Fear!!! Saya bersetuju juga dengan cakap makcik ni.

Tapi bila kaki saya nak keluar dari kedai buku tu, saya terfikir... 1)Terasa macam nak cakap dekat tokei kedai, buku-buku itu tak melambangkan Islam yang sebenar dan perlu cari buku yang lebih muktabar. 2) Terfikir akan kerja yahudi bila buku "The International Jew" direlease di US, pada hari pertama diedarkan, buku itu telah habis di semua kedai buku di US, edaran kedua juga begitu. Kemana buku itu pergi? Orang-orang Yahudi beli buku dan musnahkan, sebab nyata di dalam buku itu menerangkan tentang kebenaran. Kita????? Mampukah kita membeli buku-buku yang tidak menyatakan tentang kebenaran Islam, lalu membakarnya?

Ghawzul Fikr

Ghawzul Fikr - Peperangan Pemikiran sekarang, makin hebat. Kalau dulu, mereka hanya berani menyatakan Islam tersebar ke asia dari pedagang-pedagang Arab, dan kristian tersebar dari mubaligh mubaligh kristian. Dulu mereka hanya berani, meletakkan common law dalam undang-undang "negara Islam", dan mengasingkan pelajaran Agama Islam dari sejarah, geography, dan sains. Tapi sekarang mereka begitu berani mempublish buku tentang "keburukan Islam".

Hati ini Allah yang pegang... Masakan kita boleh suruh orang suka dekat kita, sbb hati dia bukan dia yang control....

Wallahualam