About
Tuesday, March 29, 2005
ijlis bina nu'min saah
ijlis bina nu'min sa'ah
Semalam, another earthquake strike Sumatera. This new gempa has made a lot of nations terjaga sekali lagi dari keadaan yg baru2 nak tidur. Di dalam kekalutan ini, ramai pemimpin negara, duduk dan bersidang, lalu membincangkan langkah awal yg perlu diambil.
"Kita perlu membuat sistem amaran awal yang segera"
Cik nur kata= gempa itu lah sistem amaran awal Allah. Nak kata yang alam ini merana kerana manusia tak laksanakan tugas sebagai khalifah nya. Dulu dah ada gempa, tapi manusia lupa, instead of balik dan lihat siapa pencipta gempa, manusia buat konsert tsunami.
Sejauh mana sistem amaran awal berkesan untuk mengelakkan kemusnahan dari gempa. Jika ada satu sistem awal, yg dapat membuat prediction akan berlakunya gempa 1 jam dari sekarang di bumi Permata ini, atau di Malaysia yang "permai" ini, sempatkah kita untuk lari daripadanya?
Islam mengajar kita untuk percaya kepada qada' dan qadar. Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Jika ajal kita 2 jam dari sekarang, pasti kita akan pergi, walaupun tidak ada gempa. Apa guna sistem amaran awal. Untuk selamatkan nyawa? Atau harta benda?
dikala mereka menyarankan untuk mewujudkan sistem amaran awal gempa, cik nur nak cadang:
mari kita duduk dan beriman sejenak
kata seorang sahabat kepada sahabatnya yg lain (cik nur tak ingat siapa). Mati adalah pasti. Maka mati adalah matlamat kita. Setiap hari Allah memberi kita peluang melihat sistem amaran awal mati. Terutama sekali dalam dunia globalisasi ini. Letupan yang baru berlaku di Texas, dalam masa kurang dari setengah jam, Malaysia dah tahu. Dan setiap hari jugalah, Allah memberi kita peluang sekurang-kurangnya 5 kali sehari untuk mengadapnya, dan kata "Ya Allah, sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanya untuk mu"
ijlis bina nu'min saah. hanya sejenak yang diperlukan utk kita duduk dan beriman kepada Allah. InsyaAllah ini bakal dijadikan bekalan apabila ada gempa yg melanda. Malah lebih hebat dari gempa, jika sejenak itu benar-benar dimanfaatkan utk beriman kepada Allah, cik nur pasti, kita dapat mengharungi cabaran yang lebih hebat dari gempa.
Ya Allah kau permudahkanlah kami dalam menyampaikan risalahMu di bumi ini. ameen
Wednesday, March 23, 2005
Assalamualaikum warahmatullah
Selawat dan salam buat rasul junjungan. Its been a while since last time I wrote in here. It's been a while jugak, I haven't check this page. A few major changes happens in my life. But, alhamdulillah, I'll get through it.
Taggy
Kak Su: Thank you very much for the support sis. I'm missing you here. InsyaAllah, I'm at Tower 2 KLCC, so if you're coming to malaysia, dont hesitate to contact me kay.
danesz: Thank you dear, hey, How's our green car doing??? take care of it for me kay.
makiko: Thank you. All the best to you too.
lokpi: I'm in malaysia lah.
suria: I miss you too honey. Utilise your last moment in australia. Its a 1000 dollar worth of experience.
hazaro: Aah alhamdulillah, saya kat T2, KLCC with Carigali.
Omar: Thank you. May Allah bless you.
nani: habaq baik.
yanti: khabar baik
faizi: Terima kasih. Sorry I can't attend to your quaries. maybe later.
zaidi: Waalaikumsalam
nani: salam perkenalan juga.
naji: Najiiiiii... hot stuff la kau!!!!
usu: Sorry lambat check.
rabbito: alhamdulillah. belajar rajin2 tau.
adik: good. cool, take that challenge and work on it.
aishah: kem salam balik kat dia.
Some news
I've started my new job as an executive at Petronas Carigali on the 1st march 2005. Currently, doing my orientation program at permata. Alhamdulillah there's other australian graduates, i knew them during last year's reorientation program.
making new friends here at permata. yah, I'm in tower 2 klcc, level 15, so whoever drop by at klcc, and got nothing to do, you can come and harrass me during my lunch hour la kan.
Apa lagi... Yah, that's pretty much it. I miss a lot of things actually. but on top of everything, i'm enjoying myself. jaga diri, hiasi peribadi ppl!.
Saturday, February 12, 2005
salam maal hijrah
assalamualaikum warahmatullah, selawat dan salam buat rasul junjungan. Selama lebih sebulan tidak keluar dari teluk intan dan ikut program, alhamdulillah hr selasa hari tu Allah izinkan. masyaAllah akhawat2 ramai sungguh yg mantap2. Tabik gelombang. Konvensyen wanita ISMA, bnyk betul yg dipelajari. Kebanyakkan yg dtg adalah para daeiah yg merangkap ibu kepada anak2 lebih kurang 8 ke 12 orang.
apabila masalah2 kekeluargaan ini diutarakan, terasa mmg patut pun tak kawin2 lagi. Hehehe, gila bnyk cabaran dan dugaan. Sgt bnyk kene belajar. insyaAllah, dlm proses pembelajaran.
kerja
cerita kedua, saya sudah dpt offer letter dari Petronas. Dikehendaki memulakan tugas pada 1 Mac. Jawatan sbg Eksekutif (Geoscientist), di Jabatan Explorasi Petronas Carigali, di Petronas Twin Tower. Hopefully tak pindah2. bersembang dengan akhawat shah alam, dia ingatkan saya perbanyakkan infaq terutama bila dah kerja nanti. Itu juga nasihat suria. Hutang saya pada pakcik di Brisbane hari tu insyaAllah akan saya langsaikan. So jawatan guru sandaran tu, akan digive up dalam masa 2 minggu ini. Tak lama lagi saya jadi orang kl lah. Ya Allah tentukanlah hanya yang terbaik untukku.
Takut??
dulu masa di aussie ada seorang manusia yang mengekspresskan ketakutannya terhadap kerjaya yang bakal saya pegang tidak lama lagi. Baru2 ini juga, ada lagi mereka yang berasa takut. Ya Allah, tentukanlah yang terbaik untukku.
Muharram
salam maal hijrah kepada semua, 1426 Hijriah. Hijrah kali ini, ada lebih bnyk lagi tenaga yg harus dicurahkan untuk daawah. Di awal muharram ini juga telah mencatatkan lagi satu sejarah di rumah umi yang sgt menenangkan. Moga Allah guide us to make the best decision. Kepada yang sambut birthday pada satu muharram, juga selamat hari jadi. Birthday saya 9 muharram nanti. masyaAllah, walaupun org duk kata, “muka macam sweet 17”, tapi hakikatnya sudah 22 thn ikut kalender islam.
awal2 rasulullah sampai ke madinah, baginda mempersaudarakan muhajirin dan ansar. So, benda yg plg sgt kita kene buat muharram ini adalah membina ukhuwah. Mantapkan ukhuwah, perkasakan daawah.
Thursday, February 03, 2005
Back to school!!!
Assalamualaikum warahmatullah. Hehehe, by looking at the title I presume some people might think that I went to SEMESTI and meet the teachers there. Well, tetttt, wrong answer. Today, 3 Feb. 05, I’m officially went back to school, as a teacher. Well, my GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) permohonan was fwded to my neighbour’s school, then I went to the interview process sometime ago, and JPN luluskan, then sy pun disuruh melapor diri di Sekolah Menengah Dato’ Sagor, Langkap (quite far jugak la from my house), as a chemistry teacher.
it turns out that, I’m the only chem teacher at that school, so automatically, I was appointed as the Ketua Panitia Kimia of that school. Although my role is just a guru sandaran, but ajaring 4 chemistry classes, 1 kelas moral, and 1 class BM kat sekolah yg totally jauh gila dari SEMESTI is sort of a tough role la jugak.
can you imagine, a petite girl, masuk kelas and ajar. Those budak2, are even bigger than me. Kat Memana je saya jalan, I heard someone say “eh cikgu baru , cikgu baru”, and in each class that I went in to, bebudak laki, memang tak malu to ask openly in the class, “Cikgu, berapa umur cikgu,” tapi budak2 perempuan, jumpa me privately after class just to ask about my age. Then they was like, “cikgu sangat muda”. Hehhehe so the very funny.
untuk lebih menerukkan keadaan, I actually said that I’m 21 instead of 22. well, im still 21, and let me feel like being 21 until the time comes laa kan. Even the teachers pun wondering about my age.
Besides that, I have to do kelas tambahan for those kids. Just imagine, diorang tak dek cikgu kimia utk yg form 5 dari bulan 6 yg lalu. Derang hnya sempat mengajar bab form 4 sampai jadual berkala je. Then bila saya tanya pasal siri elektrochem and stuff like that sbb form 5 kan bnyk kene faham yg form 4, sume depa tak tau. plus dah sebulan derang tak dek cikgu chem.. so… that means I have to work hard to make sure I can cover a lot of things, and those kids didn’t leave with a don’t know answer masa masuk amik exam nanti.
lagi.. heheh pengetua approaches me, and say that I have to do kelas tambahan, and cikgu BM minta I latih pasukan bahas… wawawa… so bnyk kerja dong. Debate, was one of my greatest satisfaction in high school. Eventhough im not as good as those names, like mayang sari, ikram, iznan, yopesh, aimi, etc… but it was one of the best moment happened in my life. I really missed those good all days I had at school.
lagi… I asked the guru panitia of pendidikan moral nak ajar apa kan? And he was very blur tatau nak ajar apa. Then dia jawab, cikgu ajar saja… haaahahha jangan, nanti aku ajar nanti…
So, may Allah make it easy for me. Semoga saya ada benda nak bagi those kids. Semoga they take not just my knowledge, but everything I have to give. Semoga Allah mudahkan derang terima ilmu saya amen.
wallahualam.
Wednesday, February 02, 2005
Assalamualaikum warahmatullah
Alhamdulillah, ahad lepas sy dah jumpa dengan akhawat kawasan yg lain, ada beberapa org dah kenal sebelum ni, kak awa dan kak nor kenal di sabak bernam, cikgu masliza juga ada, makcik najlah selama ni dengar nama saya dari anak dia shj, ahad hr tu dah jumpa orgnya.
dunia ini kecil
ukhti hikmah (bc btol2), sy kenal di sabak bernam, ukhti hikmah anak makcik najlah, makcik najlah kenal saya melalui anak sulung dia, abd halim (dulu budak saina), rupanya abd halim ni kawan baik azmah yassin, dan salah seorang penonton debate semi final semesti vs saina di Muhammad jiwa, juga merupakan salah seorang yg melihat saya nangis dengan teruknya sekali lepas kalah petang itu. Hehehe kecikkan dunia..
bila tgk org local buat kerja, walaupun mcm tak nampak, tp bnyk gile kerja, especially bila masuk usrah mak2 ni, diorang la plan usrah tulab (remaja), diorang juga plan aktiviti aulad (kanak2 kecil). Sy dengan selambanya meregister adik saya suruh masuk gak aktiviti utk aulad.. heheh..
high achievers
org2 high achievers ni selalunya intermedating. Saya kenal sgt dengan org2 mcm ni. Derang ni bila derang dah into something, mmg dunia derang bleh lupa gak aaa. Bab makan, org2 cam ni mmg senang je, sgt ala kadar bila mereka dah start buat kerja. Hubungan dgn org lain.. yg tak berkepentingan mmg kengkadang dilupakan. Dan kadang2 berlaku konflik antaraa org2 mcm ni dgn org2 yg bit more relax dr derang. Kengkadang derang ni tenang tau, nampak tenang, tapi hati sentiasa membara.. arrhh biarkanlah derang, saya Cuma berdoa agar semangat derang ni disalurkan pada saluran yang sepatutnya
saluran islam dan saluran daawah adalah saluran yg sepatutnya. Dlm dunia ni ada dua tarikan, tarikan iman, yg menjurus kpd kesungguhan dan kesedaran thdp tanggungjawab serta tarikan syaitan, yg menghiasi cintanya pd dunia, yg menyebabkan dia malas, suka berangan, dan berlengah-lengah dlm mempelajari sesuatu yg tidak diketahui.
so reflek balik diri sendiri, kalau ada salah satu dari ciri di atas, bermakna kemungkinan utk berada dlm tarikan syaitan itu tinggi. Kadang-kadang syaitan ni pandai tau, dia jadikan org high achievers ni seronok dengan kerja2 dunia, lalu bila nak buat kerja yg sepatutnya org2 ni layu dan komitment yg diberikan bukan lagi 110% seperti selalu.
menangislah sekarang, kerana mungkin esok tiada lagi
dalam dunia ini, bnyk menda yg kita hanya dpt buat sekali, tiada ulangan untuk kali kedua. Bahkan kehidupan di dunia ini juga sekali. Lepas tu kita akan masuk satu alam lain pula, untuk melengkapkan cycle alam yg perlu dilalui oleh seorang insan bila dia dah masuk ke alam dunia. By knowing that life only come once, jam 19:34:39 1 Feb. 05 only come once, and when it passed it will never ever come back again.
when we have this at the back of our mind, insyaAllah we will appreciate every breath that Allah gave us. Tanya diri sendiri, apa yg kita sedang buat ketika Allah memberi peluang untuk bernafas kali ke 20 000 000 000 kali. Arghh, nafas itu sudahkah ia berlalu atau mungkinkah kita tak sempat nak rasa pun kita tidak tahu. Setiap udara yang masuk ke dalam hidung melalui saluran penafasan lalu diambil oleh darah dan menyebabkan badan kita bergerak adalah hutang. Hutang yang hanya akan terbayar jika kita menggunakan gerakan itu ke jalan islam dan daawah!
argghhh bnyk gila hutang kita. Langsaikan segera kerana mungkin nafas terakhir kita dua jam dari sekarang. Kerana mungkin peluang terakhir untuk melangsaikan hutang itu adalah sekarang, jika esok tiada lagi, menangis air mata darah pun ia tidak dapat mengubah apa2.
wallahualam
Tuesday, January 25, 2005
Cerita Hari Raya
Assalamualaikum warahmatullah..selawat dan salam buat rasul junjungan.. Selamat hari raya aidil adha buat semua.. hari raya kali ni… seronok juga, lain dari hari raya yang lain…selalu hari raya ada mak ayah… significantnya mereka, terasa bila nak ke mana2 (ziarah rumah family), kene buat sendiri. Berbanding dulu yang membontoti diorang je kan. Sekarang semua kene sendiri laa.. dan kat situ gak bestnya bila drive kereta sendiri, adik2 sedara yang kecik2 (3 to 8 years old), pun suka mengikut kita juga.
maklumlah bak kata ateh, orang muda, lembut pulak tu, ajak ke mana .. ikut je, tak banyak soal macam mak ayah derang. Mak ayah derang (merangkap pakcik2 dan makcik2 saya pulak), happy la. Ingatkan nak melarikan diri dari kerimasan budak2 kat rumah tuk, start je kereta, sedar2 je belakang terus penuh, budak2 ni pun pandai la pulak masuk senyap2. chet.
apa yg lagi seronok, maybe derang tak kenal saya, sbb 1) hari tu raya tak balik, 2) selalunya mmg saya diam je ikut parents, malas nak interframe, skarang ni balik tiba2 reti bawak kereta pulak, mananya adik2 sedara tak mengulit. Anyway… nak share laa antara diolog2 comel budak2
Tasha: kakak, kakak nama apa? (Tanya saya lepas saya baru balik dari solat raya, tgh duduk sambil potong kuku)(tanya dgn malu2).
Saya: Tasha nak kakak nama apa?
Tasha: cakaplah apa nama kakak?
Saya: Tasha.
Tasha: Buat muka pening kepala, tak puas hati ada org nama mcm dia. Mana boleh nama sama. Kakak nama apa?
Saya: last2 saya pun surrender lah, saya jawab lah, kak yong.
seperti ice breaking pulak, dia pun interview saya mcam2, spt, suka makan apa, suka buat apa, suka nyanyi lagu apa, suka tengok cerita apa, heheh comel seyhh budak2 ni…
pastu dia bisik kat sepupu sorang lagi ni, pastu dua2 gelak.
Adlina(nama adik sepupu saya yg lagi sat uni): tanya laaa dia.
Tasha: datang kat saya lalu bisik. (mmg saya tak dengar.)
Pastu dia bisik lagi
Tasha: Kak yong dah kawin ke belum?
hahah geli hati saya, haaiii budak2 pun dah pandai nak tanya org dah kawin ke belum. Dlm cucu atuk yang dah dekat 70 org tu kot (sy mmg lost track berapa org cucu atuk), baru ada sorang je yg dah kahwin. Cucu yg plg tua, 30 thn, yg plg muda, ada laaa kot beberapa bulan.
saya: Tasha rasa…
Tasha: alah cakap lah kak yong dah kawin ke belum.
Nak je saya tanya, apasal kalau tak kawin lagi tasha nak masuk meminang ke? … tapi saya yang malas nak layan lebih2 ni pun, kata laaa tak kawin lagi.
Then derang, “haaaa kan betul” (dan dan je betul)… tak kesah laaa..
di occasion yang lain, di rumah mak long saya yg tak jauh dari rumah atuk saya, (sy lagi suka tidur kat sini, sbb kurang kebisingan budak2, tapi maybe tu dulu bila saya dengan mak ayah saya, bila saya sorang2, budak2 penuhkan belakang kereta.
anak mak long saya ada sorang lelaki, sepupu saya yg sebaya ngan saya. Masa dia tak balik lagi saya tak pakai la tudung, tapi bila dia balik saya pun sarung tudung.
Nurul (kakak tasha): Apsal kak yong pakai tudung.
Dlm hati saya (aduh malasnya nak cerita panjang2,)..
Saya: perempuan aurat sampai mana?
Nurul: semua kecuali muka dan tapak tangan.
Saya: perempuan kan kene tutup aurat… orang lelaki yang boleh kahwin dengan dia tak boleh tgk aurat perempuan kan. Kak yong boleh kahwin dengan abg tan so, kena la tutup aurat.
Nurul: tutup mulut dia, buat muka terkejut gilaa, dan terus lari mendapatkan adiknya.. hahahha budak2. biarlah.
tapi mmg saya kalahlah dgn budak2 ni, derang dah berjaya memujuk saya berjalan merata dunia, hari first raya dah ke supermarket (bawak jalan lebih dekat 10 org budak2 pergi supermarket adalah satu duty yg penat). Esoknya, pergi berkelah sampai ke taiping, dekat dengan bukit larut, siap ajak jalan2 masuk zoo lagi.
exhausted gila, balik rumah sambil hantar makcik ke kg gajah, mmg press minyak sampai 120km/j (sampai makcik saya sound jgn bawak laju2 sgt.), . time ni baru laa saya tau kenapa ayah saya suka bawak kereta laju2.
esoknya, which is hari isnin, which is semalam, saya flat, terus demam, teruk juga sampai muntah2. penangan budak2.
anak-anak singa menjadi kijang yang pengecut
saya sangat sedih, tgk anak2 singa ini. Diorang sangat kuat, kalau ikutkan kederat dan tenaga, mereka punya tenaga lebih besar dari saya. Bahkan ketinggian dan kebesaran badan mereka jauh lebih hebat dari saya. Tapi masa mereka banyak dihabiskan disekitar benda yang bernama mobile phone, dan menjawab sms awek2 serata Malaysia. Ya Allah. Saya sangat takut, takut jika rumah saya dipenuhi dengan kijang2 yang pengecut. Takut jika kijang-kijang di luar sana, menjadi kawan kepada anak-anak singa saya, lalu menjadikan anak-anak singa saya kijang yang pengecut.
Saya melihat adik2 sepupu saya, saya rasa nak ambil mereka, dan didik mereka jadi anak-anak singa yg ditakuti dan digeruni. Mereka jauh lebih sensitive dari kijang2 yang sekitar umurnya dengan saya. Hati mereka masih lembut, dan yg penting, mereka masih lagi mahu mendengar kata. Saya sgt takut suatu hari nanti adik2 saya yang comel2 ni, akan jadi seperti perempuan-perempuan di luar sana, yang begitu senang dan rapuh dimainkan dengan kata-kata org lelaki. Wahai anak-anak singa, sedarlah yang kamu semua sedang dijinakkan untuk dipertonton di zoo-zoo, dan menjadi hamba2 kepada mereka.
kijang yang seronok diperhambakan
Kijang-kijang itu: seronok la kak yong ya, dah habis belajar. Nanti kerja dengan Petronas. Senang hidup
Saya: senyum sahaja, sedih sehingga tidak mampu berkata apa-apa.
Kijang-kijang itu: haaa hangpa nanti, belajar betul2 biar jadi pandai macam kak yong, dpt kerja bagus-bagus, boleh beli kereta besar, boleh beli rumah besar.
Saya: aaarrghh jangan kau racun minda adik-adik aku. Lalu saya memberani kan diri, anak singa perlu berani.
Saya: Tak belajar tinggi-tinggi pun, rezeki Allah yang bagi. Rumah besar, kereta mewah kerja bagus, kalau hidup dibawah telunjuk orang apa gunanya. Kalau hati tak tenang buat apa?
Kijang-kijang itu diam, mungkin tidak faham apa yang saya cuba sampaikan. Wajah-wajah mereka meminta penjelasan.
Saya: Frankly speaking, jika diizinkan Allah saya tidak akan bekerja sebagai geologist.
Saya: Untuk apa saya belajar tinggi-tinggi, jika akhirnya anak-anak saya dijaga oleh orang gaji Indonesia yang tak lepas darjah 3 pun.
Kijang-kijang itu: Tapi tak sayang kah ilmu yang dah belajar, sampai Australia?
Saya: apa tandingannya degree yg saya ada, dan gaji yang bakal saya dapat dengan anak-anak saya?
Kijang-kijang itu: habis tu nanti, nak kerja apa?
Saya: Rasulullah kata, 90% dari sumber ekonomi itu adalah perniagaan. Berniaga sendiri, kita jadi bos sendiri, kita control masa sendiri, ikut telunjuk sendiri.
Kijang-kijang itu: ikut suka kak yong lah.
saya sedih melihat kijang-kijang ini. Mereka seronok diperhambakan. Lihat saja orang cina.. mana ada org cina jadi kuli. Kalau pun mereka yang bekerja membaiki kasut-kasut yang rosak, (kerja-kerja seorang kuli), tapi mereka juga bos kepada pekerjaan mereka sendiri. Macam mana org Melayu nak maju jika seronok bekerja kilang, dan boleh buat over time sampai berjam-jam lamanya. Macam mana org Melayu nak maju jika masih bekerja dibawah telunjuk bangsa lain. On top of everything, mcm mana org islam nak maju jika gembira bekerja dgn somebody and somebody, dapt gaji itu dan ini. Mereka tidak ubah seperti singa-singa yg dahulunya digeruni, tapi sekarang dipertontonkan di zoo dan sarkas2 ciptaan syaitan bertopengkan manusia!